Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,353
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

“Eii…Sejuknya air ni!” Kedengaransuara Sabby menjerit dari dalam bilik mandi. Sabby akhirnya Berjaya memujukSarah menerima pelawaan Eric. Mereka baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur danbaru sahaja mendaftar masuk ke hotel Equatorial di Brinchang. Sarah hanyatersenyum mendengar jeritan Sabby yang sentiasa over. Badannya yang lenguhsetelah menempuh perjalanan selama 4 jam dilabuhkan ke katil empuk yang seakanmengamit Sarah supaya membaringkan dirinya. Sarah berbaring santai sambilmenekan alat kawalan jauh televisyen.

            “Mica,lapar la” Sabby yang baru keluar dari bilik air mengadu sambil mempamerkan mukaseposen. Sarah hanya senyum sambil sibuk mencari rancangan kegemarannya ditelevisyen. Sarah benggang melihat reaksi Sarah. Dia segera berbaring disebelah Sarah dan merampas alat kawalan jauh daripada Sarah. Sarah pandangSabby tajam.

            “Niapa kes!” Sarah menjeling. Sabby sengih. Saja mengusik.

            “Jomla makan. Aku lapar” Sabby memujuk Sarah. Dia tahu marah Sarah terhadappaksaannnya untuk ke Cameron masih bersisa. Sarah hanya diam sambil menjelingke arah Sabby.

            “Ala…dahla marahnya. Kita dah sampai pon…jom la makan…sian aku” Sabby cuba memujuklagi. Mukanya disardinkan sebaik mungkin. Sarah buat muka sardine juga. Punat kawalan jauh ditekan-tekan. Sabby Tarikmuka lalu bangun.

“ Sudah la kau!Aku ajak Eric aje. Biar kau lapar kat sini. Buekkk!” Sarah menjelir lidahkepada Sarah yang terus membatukan diri. Sarah membetulkan baringnya yangterganggu tadi apabila mendengar pintu bilik ditutup kasar. Sarah hanya senyum.Dia tahu marah Sabby itu tidak ke mana. Dek kerana keletihan matanya yang asyikmenonton akhirnya layu juga. Tidurnya pulas tanpa gangguan.

“….dari darjahsatu, dari darjah satu….”bunyi nyanyian Mark Adam mengganggu lena Sarah. Sarahdalam keadaan berpisat-pisat mencari telefon bimbitnya. Butang jawab ditekanperlahan.

“Hello…” Sarahmenjawab malas.

“Sarah, tidur ke?”lembut kedengaran suara yang bertanya. Sarah segera duduk tegak.

“Oh..ha…hi…eh…aahtertidur..” Sarah kelam kabut menjawab. Kedengaran gelak perlahan Eric disebelah sana. Sarah garu kepala.

“Mari la turun.Sabby ni dari tadi tak habis membebel pasal you. Turun ye. Kami tunggu kat caféhotel” Eric memujuk lembut. Sarah garu kepala lagi. Ni yang dia lemah ni bilamakhluk spesies ni berlembut. Terasa macam nak cair la pulak! Gatal! Sarahmemarahi diri sendiri.

Sarah segera bangun membasuh muka.Bedak disapu tipis supaya tidak kelihatan sangat rupa puteri beradunya. Begsilangnya di atas meja sisi katil segera diambil. Sandal leper kegemarannyadisarung pantas. Sampai di café dia segera nampak Sabby dan Eric yang sedangrancak berbual. Langkahnya segera diatur menuju ke meja mereka.

“Assalammualaikum…bolehduduk?” Sarah menyapa.

“Waalaikummusalam.Come..have a seat” Eric bangun lalu menarik kerusi di sebelahnya. Sarah serbasalah kerana dia bercadang untuk duduk di sebelah Sabby yang sudah bertambahmuncungnya.  Teragak-agak Sarah dudukjuga di sebelah Eric. Sabby dipandang sekilas. Sabby buat-buat tak nampak.

“Amboi tuanputeri…Prince charming panggil baru nak turun ye…” Sabby sudah mula perang.Sarah senyum sambil ketap gigi.

“Aku tertidur latadi” Sarah membela diri. Eric yang melihat hanya ketawa kecil.

“You berdua nimemang macam ni ye? Bergaduh macam budak-budak”

Sarah dan Sabby memandang Ericserentak. Menjeling tajam.

Tiba-tiba….

            “Eric,I bagi you petua ni…kalau tengok Sabby dan Sarah tengah bergaduh jangancampur…nanti kena”

Sarah dan Sabby pandang ke sisiserentak. Mulut mereka terlopong besar. Eric hanya diam dan dalam hati sudahterdengar bunyi gesekan biola sedih…

            “Uish…macamanakau boleh muncul kat sini?!” Sabby yang sudah pulih dari terkejutnya segeramenyapa Rayyan yang sedang tersengih. Tanpa dipelawa dia melabuhkan duduknya dikerusi sebelah Sabby. Sarah hanya mampu memandang. Dab dub! Dab dub!Jantungnya. Terkejut sangat!

            “Adala…informer aku kan ada” Rayyan menjawab riak. Air minuman Sabby ditegukselamba”

            “Kauada bela hantu raya ke? “ Sabby tembak lagi. Eric sudah tergelak. Rayyanmengetuk kepala Sabby.

            “Choila kau ni. Syirik tau tak! Aku tanya mak kau la!” Rayyan menjawab sedikitkasar. Muka Sarah dipandang sambil tersenyum. Tawa Eric menjadi semakin hambarapabila melihat renungan Rayyan kepada Sarah.

Sarah yang masih keliru hanya diam.Sudu sudah diletakkan ke tepi. Melihat Rayyan seleranya mati tiba-tiba. Diahanya berdoa supaya jantungnya tidak tergolek keluar. Adui la hati. Pengkhianatbetul!

            “Apa kes kau pergi soal siasat mak aku? Menyibuk aje!” Sabby memarahi Rayyan.Dia tahu tujuan sebenar Rayyan datang menyusul ke Cameron Highland. Mesti sebabSarah! Adui la. Sian kau Eric. Sabby bermonolog sendiri.

            Hariini masuk hari kedua Sarah, Sabby Eric dan semestinya Rayyan berada di tanahtinggi ini. Walaupun kadangkala sikap bersaing Rayyan dan Eric menjengkelkanSarah dan Sabby tetapi mereka tetap menikmati percutian ini. Rayyan yangdatangnya tidak diundang juga sudah boleh diterima semua terutamanya Sarah.

            “Wah,cantiknya kaktus ni. Unik bentuk dia. Macam kepala Mickey” Sabby menunjukkearah deretan kaktus comel di atas meja jualan.

            “Aah..Yela…cantik. Kat situ lagi banyak yang cantik Sabby” Sarah berjalan ke  arah meja jualan yang berada di hujung kanankaunter bayaran.

Sarah dan Sabby asyik membelekderetan kaktus pelbagai saiz dan bentuk sementara menunggu Eric dan Rayyanmembeli tiket untuk masuk ke Taman Rama-Rama. Tadi Eric dan Rayyan sibukberebut untuk membeli tiket akhirnya Sabby dan Sarah yang sudah mula bosanmeninggalkan mereka di kaunter lalu menuju ke kedai  kaktus di tepi kaunter tiket.

            “Sabby,tenggok ni. Nanti balik aku nak beli la kaktus ni. Nak buat souvenier untukkawan-kawan ofis kita” Sarah begitu teruja memilih kaktus tidak perasan adalubang di lantai tepi kaunter jualan itu. Sarah yang memakai kasut bertumittidak dapat mengimbang diri lalu jatuh terduduk kerana tumit kasutnyaterperosok masuk ke dalam lubang kecil itu.

            “Aaaa…..!!Sabbbb…Tolong…”Sarah memanggil Sabby yang berada di hujung kedai.

Kebetulan Eric dan Rayyan berjalanmasuk ke dalam kedai. Mereka segera menerpa ke arah Sarah. Cuba membantu. Ericsegera memegang bahu Sarah untuk membantu Sarah bangun. Rayyan yang sampailambat sedikit sibuk juga memegang lengan Sarah. Eic tepis tangan Rayyan,Rayyan tepis tangan Eric. Sarah yang kesakitan rasa nak hempuk aja makhluk duaorang ni. Mujur la kakinya sakit kalau tidak memang berdarah telinga dua jejakani di lasernya. Sabby yang tercungap-cunggap sampai di hadapan Sarah semacamdapat membaca tahap kebengangan Sarah apabila melihat adegan tak berapa nakcerdik yang berlaku di depan matanya.

            “Eric,Rayyan! Agak-agakla. Mica kan tengah sakit tu. Korang sibuk nak jadikanak-kanak Ribena kat sini. Tepi! Biar aku yang tolong. Dah la korang tu bukanmahram. Suka hati aje pegang anak dara orang!” suara Sabby yang memetirmembuatkan Eric dan Rayyan spontan melepaskan tangan mereka dari Sarah. Sarahyang tidak menjangka akan dilepaskan serentak jatuh terduduk sekali lagi.

            “Aduh!Korang ni nak bunuh aku ke?!” Sarah mengosok-gosok punggungnya yang sengalkerana terjatuh. Apalah nasib. Dah la kaki sakit ni tambah pulak bontot sakit.Memang aku bagi jugak mamat dua ekor ni karang! Sarah sudah menyumpah di dalamhati.

            “Ouch!..SorySarah. I tak niat pun nak buat you jatuh lagi..Maaf. Mari I tolong” Ericbersuara serba salah.

            “Yela Sarah. Saya pun tak sengaja. Kau la ni Eric!” Rayyan memarahi Eric. Cubamenutup kesalahan.

            “Dahtak payah. Dua-dua blah! Biar aku yang tolong” Sabby menolak dua jejaka itu ketepi. Bahu Sarah di paut lembut. Membantu Sarah bangun. Sarah bangunperlahan-lahan kerana kakinya mula rasa berdenyut-denyut.

            “Nikena bawa pergi klinik ni. Takut ada yang patah ke?” Eric memberi cadangan.

            “Biarsaya bawa awak ye Sarah?” Rayyan menawar diri.

            “Takpe..Ibawak you Sarah” Eric juga tidak mahu kalah.

Sabby dan Sarah sudah salingmemandang. Memang cari nahas betul la mamat dua ekor  ni.

            “YaAllah. Kenapa la aku dipertemukan dengan korang berdua ni. Umur dah dekat 30tapi perangai macam kanak-kanak tak cukup umur. Sarah ni sakit. Korang sempatlagi nak buat perangai tak cukup akal lagi!” Sekali lagi lantunan suara Sabbymembuatkan dua jejaka itu diam tidak berani bersuara tetapi Eric bertindakpantas dalam takutnya. Tangan Sarah dipaut lembut tapi cukup pantas untukmengheret Sarah mengikutnya. Cepat-cepat dia memapah Sarah menuju ke keretanya.

            “Ibawak Sarah pergi klinik. You pergi tengok rama-rama dengan Rayyan ye”

Rayyan yang tidak berpuas hati inginmembantah namun segera ditahan Sabby. Rayyan buat muka tidak puas hati.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac