Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,364
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

            Kelas masakan Sarah pada hari initelah sampai ke penghujungnya. Sebaik sahaja semua anak muridnya pulang, Sarahsegera membasuh semua alatan yang telah digunakan. Radio dibiarkan terpasangkuat buat menemani kesunyiannnya. Sarah menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagukegemarannya. Tangannya lincah menyiapkan kerja.

            “Assalammualaikum…” Sarah berpalingapabila mendengar suara memberi salam.

Sarahangkat kening Ziana Zain apabila melihat siempunya suara. Seteru sepanjangzamannya sedang tersenyum simpul di seberang sana kaunter dapur. Elok santaiZahin Rayyan melabuhkan duduknya di atas kerusi kaunter. Sengihnya sengajadilebarkan apabila melihat reksi Sarah.

            “Waalaikummussalam. Naka apa?”Sarahbertanya acuh tak acuh. Rayyan senyum. Dia sudah lali dengan reaksi Sarah.Walaupun baru 2-3 kali berjumpa tapi Rayyan tahu yang Sarah tidak senang dengankehadirannnya dalam apa jua situasi. Bukan dia tidak berusaha untuk berbaikdengan Sarah tapi Sarah tidak pernah memberi peluang. Namun Rayyan tak akanberputus asa kerana Sarah sudah mencuri ruang di dalam hatinya.

            “Jangan la garang sangat. Ni nakbagi. Sabby kirim. Tadi saya dari rumah dia. Mama dia kirimkan makanan ni.Aunty cakap awak suka makan pengat pisang ni” Sarah memandang bungkusan yangRayyan letakkan di atas meja kaunter. Muka Rayyan dipandang.

            “Ye ke? Entah-entah awak tapau katmana-mana cakap aunty bagi” Sarah masih berprangsangka.

Rayyanketawa. Lucu pula mendengar  telahanSarah. “Agak-agak la. Tak percaya call la aunty. Nanti makan tau. Saya balikdulu. Bye hon…”Rayyan berlalu sambil melambaikan tangan. Sengaja perkataanakhirnya tidak dihabiskan.Sarah cebik bibir sambil tangannya laju membuka bungkusan pengat pisang kegemarannya.Sejak menjadi anak angkat mama Sabby dia dimanjakan sperti Sabby. Mama dan papaSabby menjadi tempatnya mengadu dan bermanja. Walaupun ibu bapanya meninggalsemasa dia di matrikulasi, pada umur yang boleh dikatakan sudah agak dewasauntuk memahami situasi tapi jauh di lubuk hatinya dia sangat medambakan kasihsayang ayah dan ibunya. Namun dia tidak boleh menyalahkan takdir. Dia yakin percaturanAllah adalah yang terbaik.

Kuahpengat pisang yang manis dihirup perlahan. Rasa lemak manis santan dan gulaMelaka yang seimbang membuatkan keenakkan pengat pisang itu terserlah. Sarahmakan sambil ditemani lagu-lagu English oldies kegemarannya. Sedang asyik makantelefon Samsung Note 3 bernyanyi-nyanyi. Nama Sabby aka Safarina tertera diskrin. Sarah senyum.

            “Assalammualaikum. Nak apa Tipah”Sarah menyapa.

            “Waalaikummussalam.Micaaaaaaaaaaa…..apa khabar? Dah makan pengat pisang mama?” Sabby bertanyadengan nada mengada-ngada membuatkan Sarah tergelak kecil.

            “Dah Sabbyyyyyyyyyyy….terima kasihingat kat aku..lain kali guna delivery ya jangan guna makhluk tu jadi utusan”Sarah berterima kasih sekaligus memuntahkan rasa tidak senangnya pada Rayyan.Sabby disebelah sana sudah ketawa kuat. Sabby sudah menjangka reaksi Sarah itudan memang sengaja dia meminta Rayyan menghantar makanan kepada Sarah. Dia mahuRayyan mendekati Sarah kerana dia yakin Sarah dan Rayyan seccocok.

            “Amboi…bahagianya kau gelak. Kausengajakan?” Sarah membuat telahan. Mengenali Sabby dia yakin Sabby sengaja.Dia juga yakin Sabby ada agenda tersembunyi.

            “Hish..kau ni…cuba la husnuzonsikit. Aku niat baik apa” Sabby ketawa lagi.

Bingitketawa Sabby ditelinga Sarah. Sarah hanya mengeleng-gelengkan kepala.

            “Ha, kenapa telefon. Tak kan la naktanya pasal pengat pisang tu je. Mesti ada apa-apa kan?”

            “Kau ni..guna bola sakti ke? Asyikkena aje tekaan kau” Sabby mengusik Sarah lagi.

            “Banyak la kau punya bola sakti. Akuguna telur la…pecah telur tengok kat kuning telur..kat situ ada tulis jawapan!”Sarah berloyar buruk. Makin kuat ketawa Sabby di sebelah sana. Sarah yangbenggang pun mula ikut ketawa.

            “Ye la kau..telur la sangat. Tahu laterer masak….Ha..sebenarnya aku nak ajak kau dinner” Sabby meluahkan tujuan diamenelefon.

            “Hem…dinner? Penat la..lagipun esoknak kerja..malas la nak balik lewat-lewat” Sarah cuba menolak. Memang dia penatdan bercadang mahu balik dan berehat sahaja.

            “Ala…tak dangdut la ko ni! Pi makanje kot!.Jom la. Aku tunggu kat rumah kau…aku drive pergi tempat makan andhantar kau balik and tidur kat rumah kau. Nak?” Sabby cuba memujuk Sarah. Diamahu rancangannya Berjaya. By hook or by crook!

            “Amboi…cantiknya plan tapi kalau taknak pergi boleh?” Sarah cuba memujuk lagi walaupun dia tahu kalau Sabby sudahmembuat perancangan jangan harap boleh mengelak. Kedengaran dengusan Sabby.

            “Alaaa….jom la..tak nak kawan lamacam ni!” Sabby guna taktik merajuk.

Sarahgaru kepala. Kasihan pula dia mendengar nada Sabby.

            “Ish kau ni. Dasar anak tunggal yangkekurangan kasih sayang! Asyik paksa orang aja. Ye la aku pergi” Sarah separuhbersetuju.

Sabbytepuk tangan tanda menang. “Ok sayanggggg…Aku ambik kat rumah kau ye. Pakaicantik-cantik tau!” Sabby berkata sambil ketawa gembira. Langkah pertamamisinya telah berjaya!

            Sampai di rumah Sarah cepat-cepatmandi. Sabby berjanji akan mengambilnya pukul 830 malam. Nanti bising pulak maknenek tu kalau dia lambat. Selesai mandi Sarah terkocoh-kocoh membuka pintualmari empat pintunya. Deretan pakaian yang pelbagai itu ditilik laju. Diapening mahu memilih kerana Sabby tidak memberitahu mahu membawanya ke mana.Setelah berulang kali deretan pakaian itu dibelek akhirnya Sarah memilih gaunlabuh  berwarna hijau emerald yangdipadankan dengan instant shawl gold ringkas Dia bersiap ala kadar memandangkanSabby sengal merahsiakan lokasi makan malam mereka. Selesai bersiap Sarahmenunggu di ruang tamu. Remote tv ditekan. Sambil menonton dia meninjau-ninjaukeluar kalau-kalau Sabby dating.

            “Aik..lambat pulak minah ni. Selaluon time aje.” Sarah sudah gelisah menunggu. Jam sudah menunjukkan jam 840malam. Sarah tidak mahu keluar terlalu lewat kerana esok hari kerja tambahanpula badannya terasa penat.

Pon!Pon!Bunyi hon kereta dari luar rumah membuat Sarah bingkas bangun. Dia yakin ituSabby sebab Sabby sahaja yang tiada kesedaran sivik membunyikan hon kuat waktumalam di kawasan rumah orang! Remote tv segera ditekan off. Lampu ruang tamudibiarkan terbuka. Tas tangan dan kunci rumah segera dicapai. Selesai menguncipintu Sarah segera memakai heels berwarna beige satu incinya. Pagar dikuncikemas dan dia berjalan pantas menuju kereta Toyota Camry putih Sabby yangterparkir di tepi pagar rumahnya.

            “Sorry, lambat. Sesat” Sabbytersengih-sengih minta pelempang. Sarah menjeling.

            “Banyak la kau punya sesat. Baruhari ni ke kau datang rumah aku. Dah bertahun duk bertunggu bertangga kat rumahaku hari pulak sesat. Kau dah kenapa” Sarah sengaja buat muka benggang. Sabbygelak-gelak pulak. Gelak mintak penyepak! Sarah jeling lagi.

            “Janganlah marah. Abis lawa kau. Dahla kau tu memang tak lawa” Sabby usik Sarah lagi.

Sarahsudah termakan provoke Sabby. Tangannya sudah disilangkan ke dada.

            “Hamboi,hamboi! Sedap mulut kau kan.Tak nak pergi karang baru tau!” Sarah mengugut.

Sabbyangkat tangan tanda mengalah. Kalau Sarah merajuk habislah plan dia.

            “Ha ye la…Sorry..tadi aku singgahisi minyak kejap. Lambat la” Sabby menerangkan hal sebenar sambil memandumenuju ke destinasi.

Setelah400 minit perjalanan Sabby membelok ke sebuah kawasan perumahan. Sarah pandangsekeliling. Setahunya kawasan perumahan yang baru Sabby masuki merupakan salahsebuah kawasan perumahan elit di Kajang. Sarah sudah pandang Sabby. Sabbybuat-buat tak nampak. Dia terus memandu.

            “ Safarina Farisa! Kau bawak akupergi mana ni?” Sarah bertanya cemas. Dia tahu Sabby ada agenda dalamkepalanya. Sabby diam dan terus memandu. Sampai di hadapan sebuah rumah agamdua tingkat dengan seni bina ala Inggeris, Sabby memberhentikan kereta.

            “Dah sampai. Jom, masuk. JanganTarik muka ya. Kang kau jugak yang malu”Sabby memujuk sambil memberi amaran.Sarah membuka tali pinggang keselamatan. Rambut separas bahunyadikemas-kemaskan. Dia keluar dari kereta perlahan-lahan dengan hati yangmembara-bara dan penuh tanda tanya. Apabila melihat kereta ibu dan bapa Sabbyelok terparkir di dalam pagar rumah itu membuatkan Sarah lagi pening.

            “Eh, tu kan kereta papa? Macamanapulak dorang ada kat sini. Safarina Farisa, baik kau bagitahu aku sekarang. Apakes ni?!” Suara Sarah sudah mula bergetar. Airmata sudah memenuhi tubir mata.Betapa dia tidak suka kejutan ini!

            “Hei, chill la. Tak adanya aku nakjual kau. Kita masuk dulu. Come…behave ya” Sabby memujuk Sarah lagi. Sarah mengikutSabby perlahan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dia perlu menenagkandirinya.

            “Assalammualaikum…” Sabby memberisalam sebaik sahaja mereka sampai ke muka pintu yang sudah sedia terbuka. Sarahdi belakang hanya mengikut.

            “Waalaikummusalam. Ha, dah sampaipun anak dara berdua ni. Mari masuk. Jangan segan-segan” Kedengaran suaralelaki yang agak asing ditelinga Sarah menjawab salam.

            “ Eish..Pak Long  ni. Mak Long, mama, papa mana?” Sarahmendengar Sabby berbual-bual dengan ‘pakcik’ itu seperti sudah kenal lama.Sarah buat tidak peduli.

            “Semua ada kat belakang. Sibukmembakar-bakar. Jom la kita ke belakang” ‘pakcik’mempelawa mereka. Sabbymenarik tangan Sarah yang sudah jauh ketinggalan di belakang.

Sampaidi belakang rumah, Sarah mendengar suara orang berbual-bual sambil diselangseli dengan gelak ketawa. Sarah cuba menjenguk tetapi badan Sabby yang agaktinggi menghalang pandangan Sarah.

            “Haii!!” Sarah mendengar Sabbymenyapa suara-suara itu.

            “Hai..anak mama..Sarah mana?” Sarahmendengar suara mama Sabby.

Sabbybergerak ke belakang dan menarik tangan Sarah. “Ni dia anak mama. Dah separuhhysteria tadi. Marah kat Sabby” Sabby mengadu kepada mamanya. Sarah mencebikkepada Sabby apabila mendengar aduan Sarah. Senyuman paling manis dilemparkankepada mama Sabby merangkap ibu angkatnya.

            “Hi, mama” Sarah menyapa DatinFarisha. Sarah segera menghampiri Datin Farisha yang sedang sibuk mengaulcoleslaw. Sarah melabuhkan duduknya di atas kerusi kayu di sebelah DatinFarisha. Sabby sudah pergi ke meja panjang penuh makanan di hujung koridor. Sabby dan makanan memang tidak bolehdipisahkan.

            “Mama, buat apa? Nak Sarah tolong?”Sarah berbasa basi.

            “Ni nak gaul coleslaw lepas ni nakpotong buah pulak. Sarah tolong potong boleh” Datin Farisha meminta tolong.

            “Boleh je mama. Mana buahnya?”

            “Kejap. Rayyan pergi ambil”mendengar nama Rayyan membuatkan Sarah terkedu. Apa kes?! Sarah cepat-cepatduduk semula. Jantungnya sudah berlari-lari kencang. Adui la!

            “Ha, tu pun Rayyan. Rayyan, bawabuah tu ke sini. Sarah nak potongkan” Sarah sudah keras. Langkah Rayyan yangmenghampirinya membuatkan jantungnya lagi kencang.

            “Ni buahnya aunty. Hai, Sarah.Welcome to my home” alu-aluan Rayyan menjawab teka teki Sarah. “Patut la siSabby beri-ia ajak aku. Ada kes rupanya. Siap kau Sabby!” Sarah sudahberpantun-pantun di dalam hati. Untuk Rayyan dia cuba melemparkan senyumanplastic semanis madu.

Diatidak mampu menjawab hanya tangan dilambai perlahan tanda hormat. Rayyan hanyasenyum dan segera berlalu.

            “Sabby tak beritahu ke ni rumahRayyan. Saja aja Sabby ni kenakan Sarah. Kalau Sarah nak tahu ni rumah Rayyan.Mama dan papa Rayyan dah lama buat rumah ni tapi baru sekarang ni diaorangdapat menetap kat sini. Sebelum ni diaorang tinggal di Australia” Datin Farishamemberi penerangan panjang lebar kepada Sarah yang jelas terkejut mukanya.

            “Oh..” sepatah Sarah menjawab. Buahtembikai di atas meja segera di ambil dan dipotong. Dalam hatinya sedangmerencana balasan yang paling kejam untuk Sabby. Asyik melayan rasa marah padaSabby dia tidak sedar Datin Farisha sudah berlalu menuju kearah suaminya yangsedang berbual dengan bapa Rayyan.

            “Uiik…macam marah je tu. Jangan lalepaskan kat buah tu. Sian tembikai tu” Sarah yang sedang asyik memotong buahtembikai terhenti apabila mendengar suara Rayyan menyapanya.

Sarahdiam. Dia hanya menjeling tajam.

            “Amboi, tajamnya jeling. Janganjeling-jeling..nanti juling” Usikan Rayyan menambah bara dalam marah Sarah.Sarah buat pekak telinga.

            “Sombongnya. Tak payah lahgaduh-gaduh lagi. Kita kawan ye?” Rayyan cuba memancing perhatian Sarah. Sarahdiam lagi.

            “Keras juga awak ni ye. Nampaklembut. Tak apa lah..orang tak sudi..tapi orang tua-tua kata jangan bencilebih-lebih nanti sayang..” Rayyan mengusik sambil berlalu meninggalkan Sarah

Sarahhanya memandang Rayyan yang berlalu meninggalkannya dengan perasaan bercampurbaur.

            “Ha..mari-mari semua makan. Semuadah siap bakar dah ni. Cepat-cepat sementara masih panas!” Suara bapa Rayyanmemanggil semua orang yang sedang asyik berbual memecahkan kekeliruan Sarah.Pinggan ditangan dihulurkan kepada bapa Rayyan yang sibuk mengagihkan makanan.Setelah mendapat bahagian makanannya Sarah duduk di meja bulat taman menantiSabby mengambil buah dan air. Coleslaw dan kentang putar air tangan DatinFarisha dimakan dengan penuh kenikmatan. Kadang-kadang Sarah hairan mengapaSabby tidak mewarisi kemahiran Datin Farisha memasak. Sabby memang dilahirkanuntuk makan saja agaknya tapi Sarah kagun kerana Sabby tetap slim.

            “Nah, air. Sedap tak udang tu?”tangan Sabby segera mengambil udang yang Nampak menyelerakan dari pingganSarah. Sarah tepuk tangan Sabby.

            “Kau ni kalau bab makan semua lawkau langgar kan?!” Sarah menegur Sarah. Sabby senyum mengejek. Dia tahu Sarahmasih marah padanya.

            “Ala nak rasa sikit je. Kedekut!”Sabby jelir lidah. Sarah menjeling. Sudah macam kanak-kanak tak cukup umurmereka berdua bergaduh.

            “Hai, kembar pun bergaduhke?!”Rayyan datang menambah panas.

Kedua-duamereka memandang Rayyan serentak. Rayyan ketawa.

            “Lawak la korang ni!” Rayyanmengusik lagi. Rambut tocang Sabby ditarik perlahan. Sabby membalas denganmemukul bahu Rayyan.

            “Sakit la! Kau ni sama macam Sarah.Nampak lembut tapi kasar” Rayyan tiba-tiba membabitkan Sarah. Sengajasebenarnya!

Sarah  pandang Rayyan. Apa kes pulak nama dia naikni. Memang perang la kan! Kulit tembikai ditangannya dilemparkan kepada Rayyandan kena tepat pada dahi Rayyan.

            “Aduh! Korang ni gila ke apa. Sorangpukul aku, sorang baling buah kat aku. Mental la korang ni!” Rayyan berlalusambil mengaduh. Sabby dan Sarah saling memandang dan meletus ketawa mereka.Padan muka Rayyan. Lain kali jangan masuk campur best friend bergaduh!

            “Sabby, jom la balik. Dah pukulberapa ni? Esok nak kerja” Sarah mengajak Sabby pulang apabila dia melihat jamsudah menunjukkan pukul 11 malam.

            “Kejap la. Pukul 1130 kita balik ye”Sabby cuba memujuk sebab dia masih tak puas berbual.

            “Eh, tidur sini la. Esok pergi kerjaRayyan hantar” Puan Maimun menyampuk apabila dia terdengar perbualan Sabby dabSarah. Sabby sudah senyum meleret. Rancangannya menjadi bertambah baik. Sarahsudah buat muka blur.

            “Elok sangatlah idea Mak Long  tu. Saya pun dah kenyang and mengantuk nakhantar Sarah balik. Kita tidur sini ya Sarah” Sabby memberi persetujuan tanparela Sarah. Sarah pandang sambil bulat mata memandang Sabby. Sabby buat-buattak faham.

            “Nanti Mal Long suruh bibik kemaskanbilik” Sarah sudah pasrah apabila mendengar kata Puan Maimun. Sabby sudah buatisyarat Yes! Senyap-senyap. Rayyan yang mendengar dari jauh tanpa sedar meliriksenyum. Seronok kerana Sarah ada dekat dengannya malam ini. Sarah sahaja yangbuat muka cemberut!

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac