Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,363
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

            Sarah menepuk-nepuk perlahan bahunyayang terasa sengal. Seharian menghadap computer membuatkan dia rasa penat. Diaperlu segera menyiapkan laporan ujian air Sungai Tekala yang diambilnya bulanlepas. Sebagai syarikat perunding alam sekitar semua keputusan perlu segerakerana mengikut kehendak dan keperluan pelanggan yang membayar mahal untukperkhidmatan mereka. Setelah selesai menulis penutup untuk ringkasan laporannyaSarah segera menutup computer. Dia bangun dan berjalan perlahan menuju kepantry. Tekaknya terasa dahaga kerana sejak masuk dari makan tengahari tadi diatidak minum walaupun segelas air. Sampai di pantry, peti ais yang berisi anekajus dan minuman sejuk mengoda tekaknya. Sekotak jus oren diambil dan dibawa ke meja.Ini untungnya kerja syarikat kaya yang tidak lokek. Memandangkan kebanyakkanpekerja syarikat bekerja tidak tentu masa jadi peti ais sentiasa akan diisidengan beraneka makanan. Kebanyakkan pekerja di syarikat ini bertahan lamakerana mereka berpuas hati dengan layanan majikan yang bertimbang rasa.

            Jus oren diteguk perlahan. Nikmatair sejuk yang melalui tekaknya melegakan Sarah. Tanpa sedar ada mata yangmemerhati dari pintu pantry. Eric bersandar pada pintu pantry sambil asyikmemerhatikan Sarah yang tidak sedar kehadirannya. Senyuman terukir dibibirnya.Sejak dari kali pertama bertemu Sarah wajah itu sentiasa mempersonakan.

            “Hai, buat apa?” Eric menegursetelah agak lama berdiri di pintu. Langkahnya diatur menuju ke meja pantry.Kerusi di hadapan Sarah ditarik. Punggungnya dilabuhan ke kerusi bertentanganSarah.

            “Hai, I tengah basuh kain. You takNampak ke?” Eric ketawa mendengar loyar buruk Sarah.

            “Ala you ni. Itu ayat intro. Potongbetul la you ni” Eric ketawa lagi. Sarah senyum. Kotak jus oren dihadapannyadihulurkan kepada Eric. Eric mengambilnya dan menuang jus oren ke dalam gelas.

            “Sabby mana? Selalu you all macamkembar. Berdua aje ke mana-mana” Eric bertanya setelah ‘melihat hanya Sarahberseorangan.

            “Ada kat tempat dia kot. I tadi penatsangat. Lenguh dah bahu ni. Report kena emel sebelum pukul 5 hari ni. Dahsettle kerja tu yang I lepak sini jap. Dah tepu dah kepala I.” Sarah mengadu.

            “Oo..patut la. Dah settle kansemua?” Eric bertanya lagi.

            “Alhamdulillah dah. I dah emel tadi.Lepas ni nak balik, refresh and tidur!”

Erictersenyum mendengar rancangan Sarah. Penat benar bunyinya.

            “Tapi walaupun penat you still kenamakan kan? Apa kata I belanja you dinner? Boleh” Eric mencuba nasib. Muka Sarahdipandang penuh mengharap.

Sarahketap bibir. Dahinya dikerutkan tanda dia sedang berfikir.

            “Boleh kot tapi dekat-dekat sini jela. I malas nak drive jauh-jauh” Sarah bersetuju setelah menimbang beberapaperkara.

            “Okay. Kalau macam tu jumpa kat lobidalam pukul 5.30 ya” Eric bangun dan meminta diri.

Sarahangguk tanda setuju.

Setelahselesai solat asar Sarah segera masuk ke pejabat semula mencari Sabby. Sabbyyang sedang tekun menyusun fail di meja kerjanya tidak menyedari kehadiranSarah.

“pap!”Sabby segera menoleh apabila terasa bahunya pedih ditepuk seseorang.

            “Kau ni memang hantu kan! Tak bolehbagi salam ke? Ni main tepuk-tepuk pulak. Kang aku tepuk dengan fail ni barutau!” Sabby menjerkah Sarah. Sarah yang sudah biasa dengan jerkahan Sabby tidakmemperdulikannnya.

            “Wei, lepas ni kita pergi makan samaye. Kang balik aku nak terus terbongkang aje. Penat gila hari ini”

            “Kau belanja kan? Kalau macam tu akusudi aje” Sabby tersengih buat muka tak malu. Asyik nak makan free aje.

            “Hem..tahu dah kau tu. Kaki pau. Tusebab bulat aje” Sarah mengusik lagi.

            “Aku yang seksi ni kau kata bulat.Tunjuk kat aku kat mana yang bulatnya? Kau tau tak menanggis model-model tu nakdapat figure macam aku ni!” Sabby sudah panas. Dia memang pantang kalau sebutpasal tubuh badan cantiknya. Sarah tergelak lucu melihat reaksi Sabby.

            “Ye la, ye la..kau memang cantic..Memang anggun. Memang deboom!”Sarah mengalah. Sabby senyum tanda menang.

            “Nak belanja kat mana? Makan apa?”Sabby terus bertanya setelah terpujuk dengan pujian melangit Sarah.

            “Kau kalau bab makan laju aje. Nantikita pilih la mana-mana restoran yang sesuai. Jom la sekarang. Dah siap semua?Nak gerak dah ni”  Sarah menerang panjanglebar.

            “La awat tak habaq awai-awai. Kalautau nak pi la ni cheq cepat-cepat siap. Sat no. Cheq nak refresh jap. Nak tepekapa patut” Sabby berloghat utara.

            “Ala tepek sikit-sikit dah la. Tak adaje kau tu jadi lawa macam Mira Filzah kalau tepek banyak-banyak! Aku tunggu katlobi. 10 minit. Lambat tinggal!” Kata Sarah lalu segera beredar. Dia fahambenar perangai Sabby. Kalau sebut nak refresh dan tepek maksudnya berjam-jammenunggu. Kena bagi kata dua dengan perangai Sabby ni. Take it or leave it!

Sampaidi lobi Sarah melambai pada Eric yang sedang duduk menunggu di sofabertentangan lif. Eric bangun apabila melihat Sarah.

            “Sory, lambat. Lama tunggu?” Sarahmemohon maaf.

            “Ala tak apa. I baru sampai. Soshall we?” Eric memberi isyarat untuk beredar.

            “Eh, kejap. Tunggu Sabby. I ajak diasekali tadi. Tak apa kan?” Sarah buat muka comel. Memang dia sengaja mengajak Sabbysekali. Nak mampus keluar berdua dengan Eric. Nanti kena gossip siapa susah!Tapi yang paling penting dia tak nak kena fire gaban dengan Sabby kalau ceritadia keluar dengan Eric lepas ke telinga Sabby. Mahu runtuh bangunan pejabat tudengan hangin Sabby.

            Muka Eric sedikit beriak apabilamengetahui Sabby ikut sekali. Bukan dia tak suka tapi untuk kali ini dia mahuberdua dengan Sarah. Mahu mengenali Sarah. Tapi apa nak buat kembar lain maklain ayah ni memang tak dapat dipisahkan. Sabar je lah!

            “I ok je. Ha, tu Sabby” Ericmenunjuk ke arah Sabby yang sedang berjalan laju menuju ke

arahmereka. Sampai Sabby di depan mereka kedengaran helaan nafas Sabby yang kasarseperti orang baru lepas lari marathon.

            “Sory, lambat. Jam kat lif” Sabbysengih. Sarah sudah mula senyum lebar. Tahu sangat alasan cliché Sabby.Sebenarnya lif tak jam mana pun tapi Sabby sebenarnya sibuk refresh dan tepekmuka.

            “Tak apa. Kita gerak sekarang la ya.Nanti lewat sangat pulak you all balik. Lagi pun tadi Sarah  kata nak tidur awal malam ni. Penat dia katatadi”

Sabbyangkat kening Ziana Zain apabila mendengar kata-kata Eric. Matanya sudahmemberi isyarat

“Apakes ni? Sampai plan kau nak tidur awal pun dia tahu” Sarah angkat jari katbibir sambil memberi isyarat “nanti aku cerita” Eric di depan tidak perasanisyarat bisu antara Sarah dan Sabby. Sampai di parkir kereta mereka membuatkeputusan untuk menggunakan kereta Eric kerana kereta Eric terletak palinghampir dengan lif. Kesudian Eric memandu memang dialu-alukan Sarah yang sememangnyaletih. Sabby duduk di depan sementara Sarah yang memilih untuk duduk dibelakang melayan mengantuk tambah penatnya. Dia hanya mendengar Sabby dan Ericberbual-bual tentang pelbagai perkara. Setelah 15 minit pemanduan, akhirnyamereka tiba di Secret Recipe. Sabby yang mencadangkan mereka ke situ kerana diamahu makan bluberry cheese cake dan dia tahu Sarah suka makan kari laksa disitu. Eric yang tidak kisah hanya menurut. Sampai ke dalam restoran, Sarahmemilih meja yang terletak agak ke belakang terletak berhampiran kaunter. Sabbysudah duduk di kerusi tunggal di hadapan meja, Sarah tiada pilihan terpaksaduduk sebelah Eric di kerusi attached berhadapan Sabby. Selesai memesan makananSarah menongkat dagu. Sabby asyik bermain telefon. Eric hanya diam sambilmemerhati sekeliling.

            “Penat ke? “ Eric bertanya perlahanapabila melihat keadaan Sarah. Sarah angkat kepala. Dia senyum.

            “Penat la juga. Rasa tak larat nakbuka mata dah” menjawab separa mengadu. Eric senyum.

            “Balik nanti rest la. Lepas makankita gerak balik terus ok” Eric menenagkan Sarah. Sarah hanya angguk. Tanpasedar perbualan mereka menjadi perhatian Sabby. Sabby memandang dua insan dihadapannya dalam diam. Ada tanda soal yang sangat besar dalam kepalanya!

            Sebaik sahaja solat isyak Sarahterus menuju ke katil .Badannya yang lenguh meronta-ronta minta berehat.Apabila badannya diluruskan di atas tilam rasa kelegaan yang teramat menjalardi seluruh tubuhnya. Matanya dipejamkan tanda menikmati kelegaan yangditawarkan oleh tilam empuknya. Matanya terasa berat. Tangannya meraba-rabaremote penghawa dingin. Suhu bilik direndahkan supaya dia dapat tidur lebihlena. Bantalnya ditepuk-tepuk perlahan. Usai membaca doa matanya dirapatkantetapi tiba-tiba kantuknya diganggu dengan bunyi deringan dari telefonbimbitnya. Lagu Pencuri Mark Adam kegemarannya terasa bingit ditelinga.Lambat-lambat tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkkn di bawahbantal.

            “Assalammualaikummm..” pemanggildisapa tanpa melihat nama pemanggil.

            “Waalaikummussalam. Dah tidur ke?”suara lembut sang pemanggil menyapa telinga Sarah.

Sarahkerut dahi. Dia bingkas duduk. Bukan suara lembut itu yang membuatnya segarsemula tetapi suara lelaki yang tidak dikenalinya membuang rasa mengantuknya.Telefon di gengaman dilihat sekali lagi.

            “Siapa ni?” Sarah bertanyalambat-lambat. Debar didada makin kencang kerana bimbang telahannnya benar.

            “La, dah tak kenal ke? Eric la”kedengaran tawa Eric di sebelah sana. Sarah telan air liur. Kepala digaruperlahan.

            “Oh..ingat siapa tadi? Mana dapatnombor?” Sarah bertanya tidak sabar. Seingatnya dia tidak pernah memberikannombor telefonnya pada Eric.

            “Rahsia. Kenapa? You tak suka I callke? Maaf la kalau menganggu” Eric berjauh hati.

Sarahhantuk telefon ke kepala.

            “Bukan apa I rasa tak ada baginombor kat you so macam hairan la macamana you dapat nombor. Hem..tak apalah..Kenapa call?” Sarah cuba menjernihkan suasana.

            “Saja. Dah nak tidur tadi tapiteringat pulak kat you tu yang call tu. Saja nak bertanya khabar.”Eric berkataperlahan. Degup jantung Sarah sudah menggila. Hadui la jantung. Jangan la geraklaju-laju. Tercabut nanti. Sarah ketuk-ketuk dada.

            “ooo…” itu sahaja yang mampu Sarahbalas.

            “La itu aje. Hem, tak apa la. I tahuyou penat. Sweet dream. Jumpa esok ya” Eric letak telefon tanpa sempat Sarahmembalas.

Telefonditangan Sarah pandang lama. Banyak betul kejutan dari insan bernama Eric hariini. Sarah merebahkan badan. Akhirnya Sarah dibuai lena.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac