Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,347
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Sarahmembersihkan tangan setelah selesai mengadun kek red velvet untuk kelasnyapetang ini. Kek yang sudah siap diadun dimasukkan ke dalam ketuhar besar disebelah meja mengadun. Sementara menanti keknya masak, Sarah baring di atassofa kecil di sudut bilik. Pinggangnya sakit kerana dari tadi dia sibukmengemas dan mengadun kek.

“Tidurla kejap. Baru pukul 3. Lambat lagi nak kelas”. Sarah berkira-kira sendiri.Setelah mendapat posisi selesa matanya dipejamkan. Tangan kirinya diletakkan diatas kepala. Sarah mula di buai lena.

“Assala…..”suara pemberi salam terhenti. Pintu yang dikuak sedikit dibuka luas apabilamelihat puteri beradu. Rayyan tersenyum. Wajah lena Sarah ditenung.

“Cantikbetul cikgu aku ni. Buat bini boleh ni..” Rayyan senyum lagi. Kali pertamabertemu Sarah hatinya sudah terpaut. Hatinya berdetik riang tatkala meihatSarah. Wajah Sarah direnung. Seluruh wajah Sarah dijelajah. Guna mata aje ye.Tak guna anggota lain. Dalam suka tiba-tiba datang pula akal nakal bertandang.Senyum yang ditarik bukan lagi kagum tetapi sudah masuk mood nakal menyakithati.. Rayyan bangun. Dia berdiri di tepi kepala Sarah dan kedua-dua tangannyaditepuk kuat.

“Pap!”Sarah bingkas bangun. “ Kek!Kek! kau meletup ke? Sarah berlari pantas menuju keketuhar. Dia lega melihat keknya elok di dalam ketuhar. Dalam keadaan mamaiSarah menuju semula ke sofa tetapi dia terkejut melihat susuk tubuh yang sedangmenahan tawa duduk di sofa. Sarah kerut dahi.

“Awaklagi?! Tadi tu kerja awak la ye?”Sarah bertanya geram. Matanya dikecilkan.Garang. Rayyan angkat tangan. Tawanya dilepaskan.

“Kah!Kah!..lawakla awak ni. Agaknya tidur tadi mimpi kek ye?”

“Eiiii!!Mamat ni!Aku baling dengan besen ni baru tahu” Besen di atas meja sudah sediauntuk dihlakan kearah sasaran. Rayyan ketawa lagi.

“Alagurau je. ..Gurau-gurau bawak  bahagia.Mana tahu kita ada jodoh” Rayyan cuba jual minyak. Sekaligus membuka rahsiahati.

“Atukkau gurau! Kalau ada sakit jantung dah mati tau!” Sarah rasa berasap maumeletup.

“Uish!Bahaya ni. Asap dari kepala macam dah banyak je tu…Saya undur diri dulu ye.Jumpa kelas nanti” Rayyan pantas melarikan diri. Takut marah Sarah  berlanjutan. Sarah hentak kaki. Besenditangan sudah dihentakkan di atas meja.

“Siapkau! Main kasar ye. Hari ni kau tak boleh lepas” Sarah merancang misi jahat didalam kepala. Tanduk sudah keluar!

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac