Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,360
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

ZahinRayyan membelek-belek telefon bimbitnya. History chat Whatsapp diklik klikbosan. Sampai pada perbualannya dengan Sarah dia senyum. Teringat peristiwaminggu lepas. Manis pada dia tapi dia pada Sarah rasa manis manis masam. Kalaudiukur dari mimik muka Sarah. Dia senyum sendiri. Teringat perbualannya denganSarah semasa mereka makan tengahari di gerai depan ofis Sarah.

            “Sarah, dah consider permintaansaya?”Rayyan memula bicara sebaik mereka duduk. Sarah pandang Rayyan tajam.

            “Agak-agak la bro. Nak makan ni.Lepas-lepas ni tak boleh ke? Panas-panas ni tak ada mood nak berjiwang-jiwang.Tambah perut lapar ni. Mood rasa nak lempang orang ada la!” Sarah bagi Rayyansedas lalu menyuap makanan tanpa perasaan. Panas hatinya. Dah la lapar, panaspulak tu dengan keadaan gerai yang sesak dengan ramai orang.

Rayyantepuk dahi. Salah timing pulak! “My bad!” Rayyan ketu-ketuk kepala.

            “Awak ni dah kenapa? Ketuk-ketukkepala? Tak nak makan ke?” Sarah menyergah. Rimas melihat tingkahlaku Rayyanyang semacam orang serba tidak kena.

Rayyanhanya sengih sambil menunjukkan isyarat makan. Sarah buat muka bosan.

Setelahusai makan, Rayyan menghantar Sarah masuk semula ke bangunan ofis. Sampai dilobi, Rayyan meminta Sarah duduk di sofa yang terletak di tengah-tengah ruanglobi. Sarah akur walaupun hati dah menyanyi lagu Black Sabbath! Rasa nak pijakorang je!

            “Dah kenyang kan? Dah tak panaskan?” Rayyan memula bicara minta kena lempang.

Sarahangguk dan angguk kemudian buat muka tak faham.

            “Boleh la awak jawab soalan sayakan?” Rayyan bertanya penuh harap.

Sarahbuat senyum zalim. “kan saya kata bagi saya 5 alasan tapi awak baru bagidua..tak penuh lagi syarat tu. Penuhkan dulu baru saya jawab!” Sarah buat mukakerek dan terus berlalu meninggalkan Rayyan yang rasa macam mahu membolehblahkan Sarah. Kalau tak fikir dia memang suka Sarah memang dia dah bagiayat-ayat nanah telinga kat Sarah.

            “Rayyan, Rayyan!” Puan Maimunmelambai-lambaikan tangan di hadapan muka Rayyan. Rayyan masih tidak memberitindak balas. “Hem, jauh menung anak aku ni” Puan Maimun mengomel dalam hati.“Puk!” Bahu Rayyan ditepuk kuat. Rayyan yang sedang asyik dengan telefonnyatersentak.

            “Oh, Sarah! Aku terima nikahnya!”Rayyan melatah. Buat malu kompeni. Lelaki termacho di abad ini melatah. Ayatmelatah pulak memang menunjukka tahap kegatalan tahap petala.

PuanMaimun meledak kuat ketawanya apabila mendengar anak bujangnya melatah. Merahmukanya.

Rayyansudah tepuk dahi. Kantoi sudah!

            “Oo..patut la jauh melamunnnya.Ingat buah hati..Mama suka” Pua Maimun mengusik.

            “Ala mama ni. Belum lagi jadi buahhati. Orang tak sudi…”Rayyan mengadu.

            “La..anak mama yang hensem ni adajugak orang reject. Kesiannya..tak cukup berusaha kot?” Puan Maimun memujuk.

Rayyansengih kerang. Tak tahu nak jawab apa. Kalaulah mamanya tahu sejarah perjalananpertemuan dia dan Sarah yang berapa nak baik itu pasti ibunya pun akan mempunyairespon sama seperti Sarah.

            “Rayyan, perempuan ni adamacam-macam jenis. Ada yang suka di kejar, ada yang suka mengejar dan ada jugayang suka biasa-biasa aja. Kena la kenalpasti dulu Sarah tu macamana. Daripengamatan mama Sarah ni mesra and kelakar tetapi kena ada cara mendekati dia.Rayyan pun tahu apa yang dah berlaku dalam hidup dia kan?” Puan Maimun memberitips memikat.

            “Rayyan tahu ma. Tapibiasalah..she’s too cute nak biar je dia hidup aman macam tu. I like to makeher go haywire sometime.He,he..” Rayyan membuka cerita.

            “It’s okay kalau kadang-kadang tapikalau selalu sangat mengusik dia nanti dia meluat terus dia menyampah naktengok muka Rayyan. Tu la yang jadi sekarang ni kan? Rasa susah tak sekarangni? Tambah pulak anak mama ni dah terjatuh” Puan Maimun menasihati sambilmengusik Rayyan.

Rayyanketawa kecil. Telahan mamanya memang tepat. Apa lagi nak dikata!

            “Biasa la mama. Tak thrill la kalaudia fall on my lap just like that. Kena la ada adventure nya. Baru la feel”Rayyan membela diri.

            “Ha, thrill la sangat. Sampai takboleh focus dalam hidup. Hem..apa-apa pun kalau Sarah yang Rayyan pilih mamasuka aje. Lagipun dia tu kan anak angkat Aunty Farisha. Lagi suka mama. Senangcerita nanti” Puan Maimun menyatakan persetujuan atas pilihan Rayyan.

            “Thanks ma. Doakan Rayyan ya”

            “Ha, bercinta bercinta jugak. Bilanak mula kerja ni? Papa dah bising-bising. Mama tak larat nak cover Rayyandah.” Puan Maimun sudah masuk tajuk yang Rayyan sering elakkan.

            “Ala mama. Bukan Rayyan tak nak tapitak minat la kerja ofis ni. Rayyan suka memasak and makanan. Tak boleh keRayyan buat apa yang Rayyan suka. For once mama” Rayyan memujuk mamanya. Kalaudiikutkan mamanya tak banyak menentang pilihan kerjayanya tetapi papanya yangmenjadi penentang kuat. Papanya mahu dia meneruskan legasi syarikat. Kebetulanpula Rayyan anak tunggal memang semua tanggungjawab jatuh atas bahunya. Sejakdari kecil Rayyan mengikut sahaja perancangan papanya tetapi semakin umurnyameningkat dia tidak dapat menafikan keinginannya. Dia juga punya cita-cita danimpian sendiri.

            “Rayyan, apalah salahnya Rayyanterus mengembirakan papa. Kerja dulu dengan papa. Ambil hati papa. Mama rasaRayyan juga boleh meneruskan minat Rayyan. Kami hanya ada Rayyan”Puan Maimunmenasihati anaknya dengan lemah lembut dan penuh pengharapan.

            “Nantilah ma. Rayyan akan fikirkan”Rayyan berjanji.

Sarahsedang memberikan penerangan tentang jenis bahan untuk membuat Kek Lobak Merahapabila pintu kelasnya ditolak perlahan. Penerangan Sarah terhenti danpandangannya dialaihkan ke pintu. Perhatian semua pelajarnya seramai 10 orangturut tertumpu ke pintu. Sarah bulat mata apabila melihat Rayyan tersengih dipintu.

            “Maaf lambat. Hai, semua” Rayyanmenyapa rakan sekelasnya.

            “Hai, Rayyan!” serentak rakansekelasnya membalas seperti murid-murid tadika. Kelakar.

Sarahmenyambung penerangannya tanpa memeperdulikan Rayyan yang sedang mencari tempatduduk di belakang kelas. Setelah selesai memberi penerangan, semua pelajarnyabergerak ke stesen bahan-bahan mentah. Setelah selesai memilih bahan merekamemulakan sesi mengadun dan membakar. Rayyan yang terlepas penerangan awal tadisudah garu-garu kepala. Tidak tahu bagaimana hendak bermula. Mahu bertanya padayang lain macam tak kena kerana semuanya sedang khusyuk membuat kerja. Mahu takmahu terpaksalah dia bertanya pada cikgunya yang garang itu aka Sarah. Rayyanberjalan ke hadapan kelas menuju tempat Sarah berdiri.

            “Sarah, help me please” Rayyanmeminta perhatian Sarah. Sarah berpaling apabila mendengar suara Rayyan. Satujelingan manja maut diberikan pada Rayayn. Rayyan hanya mampu sengih. Nak buatmacamana cikgunya ini memang garang tapi pada murid nama Rayyan aje.

            “Yes, kenapa?” Sarah berlagakprofessional.

            “Tadi kan saya lambat. Terangkan labalik step-stepnya.”

            “Kat kertas resepi tu kan ada tulisdetailnya. Baca and ikut aje la” Sarah cuba mengelak.

            “Dah baca tapi tak faham. Kena adatunjuk praktikal” Rayyan mengada-ngada. Sarah sudah mengangkat kening ZianaZain. Tanda amaran yang Rayyan memang akan kena basuh.

            “OO…tak faham. Sian graduan Aussieni. Simple recipe macam tu pun tak faham ke?” Sarah menyindir. Rayyansengih-sengih. Dia sudah merasakan dia memang akan terkena banyak kali ini.

            “Ishh..awak ni. Saya ambikengineering kat sana bukan culinary” Rayyan membela diri.

            “Oooo…Nak tolong kat mana tu EncikRayyan” Sarah sudah tumbuh tanduk.

            “Ha, macam tu la cikgu yang baik.Sentiasa membantu murid yang kehilangan.”

Sarahmencebik mendengar kata-kata Rayyan.

            “Mula-mula ambil bahan kat sana.Lepas tu sukat ikut yang ditulis tu. Pukul satu-satu ikut arahan. Jangan lebihpukul nanti kek tak cantik. Pukul pakai senduk kayu aje. Jangan gunamixer”Sarah menerangkan sambil menyelitkan satu dua ajaran sesat.

            “Okay. Yang cream cheese ni nak buatmacamana?” Rayyan buat-buat tanya.

            “Cream cheese. Hem…buat tepek katmuka! Baca la kat kertas tu!” Sarah membalas sambil berlalu meninggalkan Rayyanyang sudah seribu kerut di dahi.

Jamsudah menunjukkan jam 5.40 petang. Bau kek lobak merah yang sedang dibakarmembuatkan perut menyanyi-nyanyi minta diisi. Para pelajar Sarah sedang sibukmengadun cream cheese dan  gula aising untukdi sapu di atas kek yang sudah disejukkan. Rayyan di belakang masihterkial-kial dengan keknya.

            “Rayyan, need help?” Rayyanmengangkat kepala apabila suara lembut menyapanya.

            “Oh, Dina. Boleh jugak. Ni kek I nimacam tak cantik aje naiknya. Cream cheese ni pulak tak pekat pun macam you allpunya” Rayyan mengadu pada Dina, gadis manis yang sering memasak di mejasebelah Rayyan.

            “Oh, mungkin you tak pukul elok masafirst whisk tadi. Tapi kalau guna mixer selalunya ok aje. Cream cheese ni pulakyou ada tambah gula ising tak?” Dina membantu Rayyan menyelesaikan masalahnya.

            “Oh, guna mixer ye. I ingat takboleh guna mixer tu yang I whisk pakai senduk kayu tu je. Cream cheese ni kenabubuh gula ising ye..hem..ok..nanti I betulkan” Rayyan sudah tahu jawapan padamasalahnya dan pada guru yang mengajar ajaran sesatnya. “Main kasar ye Sarah”Rayyan sudah mengatur pelan balas dendam dalam kepalanya.

            Usai kelas, Sarah segera mengemasuntuk balik. Dia bercadang mahu singgah di Tesco untuk membeli barang dapur.Stok peti ais dan makanan keringnya sudah kehabisan. Punat kunci keretanyaditekan. Sarah segera menghidupkan enjin. Sambil menunggu enjin panas, diamencari-cari siaran radio kegemarannya tanpa menyedari dia tidak menguncipintunya. Sedang asyik menekan punat radio, Sarah terkejut besar apabila pintusebelah penumpang dibuka kasar dan seorang lelaki terus melabuhkan duduk dikerusi penumpang di sebelahnya. Sarah sudah menjerit tetapi jeritannyadimatikan segera apabila melihat Rayyan yang sedang tersenyum sambil berpeluktubuh.

            “Puk!”kepala Rayyan diketuk dengan beg tangan di riba Sarah.

“Aduh! Sakit la Sarah” Rayyan mengaduh sambilmengusap-usap kepalanya yang sengal diketuk Sarah.

            “Padan muka! Yang nak buat dramasangat kat sini kenapa?!” Sarah sudah mula tinggi suaranya. Separuh lega keranaRayyan yang msuk ke dalam keretanya dan separuh lagi benggang kerana dikejutkansebegitu.

            “Hei, awak patut bersyukur tau.Kalau penyangak yang masuk tak naya. Tu la lain kali masuk kereta kunci pintudulu baru buat benda lain. Bahaya tau. Dah la weekends macam ni kat sinilenggang tak a da orang. Mujur la buah hati idaman awak ni setia menunggu jadipenyelamat” Rayyan menasihati Sarah.

            “Penyelamat la sangat. Dah keluarla. Saya dah selamat ni” Sarah menghalau Rayyan keluar. Tidak betahberlama-lama dengan Rayyan begini. Takut kalah dengan perasaan.

            “Tak nak! Bagi upah baru sayakeluar” Rayyan peluk tubuh lebih erat.

Sarahsudah garu kepala. Nak diketuk lagi kasihan tapi perangai Rayyan memangperangai minta kena ketuk.

            “Keluar la cepat. Saya nak pergibeli barang ni. Nanti lewat pulak saya balik”Sarah menukar taktik denganberlembut.

            “Kan saya kata tak nak. Bagi la upahdulu” Rayyan buat-buat degil.

            “Awak ni kan. Ok lah. Esok sayabelanja lunch!” Sarah mengalah kerana dia memang mahu cepat.

            “Ha, macam tu la. Saya keluar. Janjitau. Awak nak beli barang kat mana?”

            “Kat Tesco Mutiara Damansara. Dahkeluar la” Sarah menolak badan Rayyan kuat.

Rayyansegera membuka pintu dan keluar dari kereta Sarah.

            “Jangan lupa esok tau. Pukul 1 sayaambil awak.” Rayyan mengingatkan Sarah.

Sarahbuat muka poyo. Lidahnya dijelirkan dan terus memandu pergi. Rayyan segeraberlari menuju ke keretanya yang diperkirkan selang 3 petak dari Sarah. Diasegera memandu mengekori Sarah. Dia mahu menemani Sarah membeli belah. Ha,ha….

            Sarah memilih buah plumkegemarannya. Dibelek-belek deretan bungkusan buah plum yang pelbagai jenamadan saiz. Buah plum kegemarannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu keras.Kalau terlalu besar rasanya cenderung agak pahit dan tawar tapi kalau terlalukecil rasanya selalu masam. Sarah suka plum yang berjus masam-masam manis danlembut. Setelah berpuas hati dengan pilihannya Sarah meneruskan perncariannyake rak sayur-sayuran. Tiba-tiba trolinya dilanggar dari tepi. Sarah yangterkejut segera berpaling dan lagi sekali dia terkejut beruk kerana melihatRayyan yang sedang tersengih kerang memandangnya. Sarah kerut dahi. Memang misiRayyan hari ini untuk membuatkan dia terkejut agaknya. Kalau betul memangRayyan minta penyepak tambah sepak la jawabnya!

            “Awak ni apa hal?! Tadi buat gilakat parking  ni kat sini pun nak meroyanjugak!” hilang kesopanan dan kesusilaan Sarah apabila berhadapan dengan berukseekor ni.

            “Free country kan. Suka hati la sayanak beli barang kat mana pun” Giliran Rayyan buat muka poyo. Sarah mencebikgeram. Paket gula-gula mentos dibaling kepada Rayyan yang sudah beredarmeninggalkannya. Rayyan yang tidak perasan objek yang datang dari belakangnyamengaduh kuat apabila objek aka paket mentos bedebuk kena belakangnya. Rayyanberpusing pantas.

            “Awak apa hal? Nak mengorat sayake?” Rayyan bakar hati Sarah.

Sarahjelir lidah. Troli dibelokkan kearah bertentangan. Rayyan juga pusingkantrolinya mengikut belakang Sarah. Sarah tolak trolinya laju dan Rayyan pantasmengekor dari belakang.

            “Aduh! Apa ni cik. Hati-hati la”Sarah sudah bukak mulut besar-besar. “Matilah aku”

Sarahterlanggar belakang kaki seorang pemuda yang sedang memilih jus minuman di rak.Sebaik sahaja pemuda itu berpaling Sarah terkejut lagi. Sarah minta maafberkali-kali sambil membantu Eric mengosok-gosok belakang pahanya yangdilanggar Sarah tadi. Sarah tak tahu mengapa hari ini hari kejutan seduniauntuknya. Mujurlah jantungnya sihat walafiat.

            “You tengah racing ke Sarah” nadaEric berubah lembut apabila melihat Sarah yang melanggarnya. Sarah hanyatersengih. Rayyan di belakang turut terhenti. Kening sudah dikerutkan. Cemburumula menjalar.

            “Tak lah. I nak cepat tadi. Maaf ye.Sakit ke?” Sarah rasa bersalah teramat. Dia tahu dalam keadaan trolinya yangpenuh impak pelanggaran tadi agak kuat.

            “Ala, setakat kena langgar troli Isado lagi. Tambah pulak kena langgar dengan gadis manis macam you. Tak rasasakit dah tapi kena bayar denda jugak ni” Eric mengusik Sarah.

Sarahsudah pandang langit Tesco. Tadi kena bayar denda pada Rayyan dan kali ini kenabayar denda pada Eric. Adui la! Apa la nasib. Hari Terkejut tambah Hari Dendasedunia. Mujurlah tak jadi hari-hari kalau tak tergolek-golek jantung diajatuh.

            “Ok, my bad. I belanja makan boleh.Nak makan apa?” Sarah memanis muka.

Rayyandi belakang sudah merah muka. “Kalau dengan aku kasar ya amat tapi dengan apekni mesra tak hingat!” Rayyan sudah bersilat-silat dalam hati. Kalau ikutcemburu mahu saja dia menyibuk dalam perbualan dua insan di hadapannya tapi diacuba berlagak cool. Mahu melihat tindakan Sarah.

            “Hem, boleh saja. Tapi kita maghribdulu la ya. Dah nak pukul lapan ni” Eric terus bersetuju. Peluang beb manaboleh lepas.

            “Ok….”Sarah sudah mula mengerakkan trolinyaapabila dia terasa seperti pandangan tajam panahan api di belakangnya. Diatepuk dahi. “Macamnana la pulak aku boleh terlupa mamat ni?”

Sarahbagi isyarat “Blah la” pada Rayyan. Rayyan geleng-geleng kepala. Trolinya sudahditolak mengekori Sarah. Sarah bulat mata pada Rayyan. Rayyan buat-buat takfaham. Eric yang sudah berjalan di hadapan tidak perasan situasi yang berlaku.  Sarah tiada pilihan.

            “Eric, kejap” Sarah meminta Ericberhenti. Eric berhenti dan dahinya berkerut apabila melihat Rayyan. “Macampernah nampak je?” Eric rasa tak best!

            “Eric, ni kenalkan. Zahin Rayyan.Cousin Sabby merangkap cousin I sebab I anak angkat family Sabby. Rayyan, niEric” Sarah memperkenalkan dua lelaki yang tanpa sedarnya adalah pesaing.Rayyan senyum dan hulur tangan.

            “Saya Rayyan. Nice to meet you”

            “Saya Eric, nice to meet you too”

Sesiperkenalan skema yang Sarah rasa macam tak ikhlas.

            “Ok, dah kenalkan. Jom solat. Dahlambat sangat ni” Sarah cepat-cepat memecahkan suasana kekok yang menrimaskan.Kedua-dua jejaka itu senyum dan terus berjalan membelok menuju ke surau.

            “Nak makan mana ni?” Sarah bertanyakepada dua makhluk yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

EricJawab” Kat Pizza. You kan suka Pizza”

Rayyanjawab,” Kat food court je. You kan suka makan nasi”

Sarahsudah rasa mahu hentak kepala ke dinding. “Ya,Allah. Apalah salah aku hari nidipertemukan dengan dua makhluk ni serentak” Sarah merintih di dalam hati. Aduila!

Sarahsenyum dan membuat keputusan. “Ok lah. Kita makan KFC aje la ye. Senang. Youall makan ayam kan? I makan tak kisah. Makan semua tolak batu dengan kayu aje”Sarah cuba melawak walaupun rasa macam tak lawak pun.

Ericdan Rayyan angguk. Eric berjalan di hadapan, Sarah di tengah dan Rayyan dibelakang Sarah. Sudah macam barisan tentera nak pergi berperang. Sarah taubat.Minta dijauhkan dipertemukan dengan dua-dua jejaka ni serentak sebab dua-duabuat jantung Sarah rasa macam nak tergolek. Tak tahu la sebab suka ke, sebab benggang.

           

 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac