Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,349
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

“Mica, jalan pelan-pelan boleh tak?Kaki kau kan tak elok lagi tu” suara Sabby sudah naik satu oktaf apabilamelihat jalan Sarah yang laju saja menonong meningglkan dia di belakang.

Sarah buat tidak dengar teguranSabby. Marahnya pada Sabby masih bersisa. Mereka baru usai makan malam bersamaEric dan Rayyan. Rayyan bermurah hati menaja makan malam mereka di restoranstim boat di pekan Brinchang. Pada permulaan jamuan kecil mereka semuanyaelok-elok belaka tetapi semuanya menjadi caca marba apabila Eric dan Rayyanmula buat perangai. Tanpa segan silu mereka terang-terangan menunjukkanperasaan mereka pada Sarah. Sabby pula menjadi tukang sokong padahal muka Sarahsudah tebal berinci-inci menahan malu dengan perangai tak sekolah dua jejakayang sibuk mahu mengambil hatinya.

Imbas kembali

            “Sarah,you ni cantik, lemah lembut, pandai…tak ada ke orang yang minat kat you?”  Eric memula bicara manis gulanya. Sarah hanyasenyum. Malas nak membalas soalan yang tak berapa nak kena dengan hati dia.

            “Eric,you usahlah terpedaya dengan lembut dan cantik Mica ni. Kat luar tu lagi ramaiyang kababbom apa” Sabby membantu Sarah walaupun dengan jawapan yang membuatkantelinga Sarah yang tak berapa nak tebal mula menipis.

Eric ketawa perlahan. Sopan la tukot. Nak gelak kuat nanti lari pulak bunga di kejar. Rayyan di sebelah Sabbyhanya diam tetapi dalam hati sudah berbakul-bakul menyumpah seranah Eric yangsentiasa mendahuluinya.

            “Eric,Sabby…korang berdua ni tak baik tau. Sarah ni sikit punya lawa ni korang cakapmacam-macam eh..” Rayyan cuba bertindak hero. Sabby buat muka herot dan Ericbuat-buat pandang langit. Benggang!

Sarah diam lagi. Tangannya ligatmemasukkan sayur dan tauhu ke dalam periuk stim boat. Layan makan lagi baik.Sabby, Eric dan Rayyan pandang Sarah. Mereka hairan kerana rasanya tajukperbualan mereka ialah Sarah tetapi empunya diri macam pekak aje. Rasa terhinapun ada.

            “Yuhoo…earthto Mica…bip,bip..” Sabby cuba memancing perhatian Sarah. Sarah buat batu keras.Kuah tomyam di hirup asyik. Cuaca sejuk makan stimboat panas-panas memangheaven!

Ada masa Sarah yang lembut kalau buathati batu payah juga mahu pecah. Hanya Sabby yang kenal sifat Sarah yang satuni. Eric dan Rayyan yang masih belum mengenali Sarah masih cuba bertandingmelontar ayat paling manis.

            “Sarah,awak suka lelaki yang macamana ye? Ye la kalau antara saya dan Eric, agak-agakyang mana la pilihan awak?” Rayyan buat muka tak malu cuba lontar umpan. Rindunak dengar suara bentakan Sarah menjawab soalannnya. Sarah hanya jeling Rayyan.

            “Dua-duasaya tak pilih!” pendek jawapan Sarah tetapi tawa Eric dan Sabby panjangmembuatkan Rayyan rasa nak hempuk kepala Sabby. Pengkhianat! Aku sepupu diatapi boleh dia sebelahkan apek ni!

            “Sarah,I tak nak la memaksa. Tapi I pun teringin juga nak tahu macamana pilihan you?Yang gentleman macam I ni ke atau yang poyo macam sepupu Sabby ni?” Eric cubaayat manis tambah gula 6 sudu.  Sarahsudah mengeluh. Sabby angkat kening. Dia tahu tak lama lagi ada yang kena lasersedas dua ni.

            “Eric,Rayyan…FYI dua-dua I tak nak. ..sebab you all ni macam budak tingkatan 3 nakmula tackle awek. Agak-agak la…memang la you tu lelaki..malu x berapa nak adatapi hormat la sikit kat I yang perempuan ni…” Senafas Sarah bagi. Eric danRayyan terus diam. Masing-masing buat-buat tekun menghirup sup tom yam di depanmata. Sabby saja yang masih ada hati untuk ketawa. 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac