Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,359
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Sabby leka melayan ipod apabilaterasa bahunya diterjah kasar. Dia segera berpaling dan mulutnya membentukhuruf  ‘o’ besar bila melihat Mika versilelakinya sedang menunduk-nunduk memohon maaf. Sabby Nampak peluang. Mukanyadibengiskan.

            “Jalanlain kali hati-hati. Mujur saya tak jatuh tersungkur. Kalau tak malu saya tau!”Sabby buat-buat tinggi suara. Lelaki itu hanya menunduk-nunduk sambil mulutnyatidak berhenti meminta maaf. Sabby pandang Mika versi lelakinya dengan penuhkekaguman.

            “Lagihensem bila nampak dari dekat” Sabby mengatal dalam hati.

            “Maafcik. Saya nak cepat tadi. Tak perasan cik berdiri kat sini. Ada cedera katmana-mana ke?” suara itu bertanya penuh keprihatinan.

Sabby buat muka kerek tak hingat.“Mujur tak ada apa-apa kalau tak saya saman awak tau!”

            “Eh,janganlah macam tu. Saya memang tak sengaja. Maaf ye. Anyway nama saya RaymondChai. Cik?”

            “Hem..saya  Safarina Farisa” Sabby memperkenalkan diri.Rasa teruja dapat mengetahui nama Mika versi lelakinya memadamkan api marahnyayang tak seberapa itu.

            “Nicename. Ok lah Farisa saya gerak dulu ye. Ni my card. Hope to meet you again”Raymond menghulurkan kad namanya lalu beredar meninggalkan Sabby.

Kad nama di tangannya direnung lama.“Raymond  Chai, Interior Designer. Patutla metroseksual sangat gaya”

“Puk!” Bahunya ditepuk kuat. Sabbysudah bersedia untuk membalas kerana dia tahu itu tanda Sarah sudah sampaisetelah lama dia menunggu. Tapi kira ada hikmah juga Mika versi perempuan inilambat kalau tak mana nak dapat peluang bertemu Mika versi lelaki yang hampirdilupakan.

            “Berangan!”Sarah merampas kad nama dari tangan Sabby.

            “Banyakla. Kau tu lambat. Penat aku tunggu” Sabby cuba merampas kad nama dari tanganSarah.

            “RaymondChai, Interior Designer. Hem, is there something that I should know?” Sarahlayang-layangkan kad nama di hadapan muka Sabby.

            “Nothing!Nak tahu bagi kad tu kalau tak go to never never land la” Sabby sudah masukangin merajuk. Sarah mengalah lalu menyerahkan kad nama itu kembali kepadaSabby.

            “Apacer?” Sarah meminta penjelasan. Sabby buat-buat tak dengar. Dia segera menujuke restoran stim bot Johnny’s  yangberada hujung deretan kedai. Nak tak nak Sarah laju mengikut dari belakang.

Wap stim dari periuk kecil berisi supkegemaran mereka membuatkan Sarah dan Sabby berpeluh-peluh. Aneka makanan lautdan sayur-sayuran dimasukkan ke dalam periuk untuk dicelur.

            “Ha,mula la cerita” Sarah menuntut penjelasan yang tergantung sebentar tadi.

            “Kauagak-agak apa? Ni memang jodoh beb” Sabby bercerita dengan nada yang sangatgembira. Sarah pandang Sabby lama. Setahunya Sabby merupakan spesies yang mudahkagum dengan keindahan rupa paras tetapi cukup jarang dia menyatakan suka.Padanya kecantikan dan keindahan untuk dihargai dan tidak semestinya untukdimiliki.

            “Uish..hebatjugak penangan Raymond ni ya. First time jumpa terus bergolek-golek kawan akuni”

            “Ops..correction!Second time ya” Sarah lagi tambah hairan.

            “Bilapulak kau jumpa mamat ni? Tak pernah cerita kat aku pun” Sarah mula berjauhhati.

Sabby ketawa. “Menipu tak pernahcerita. Siap ambik gambar bagi kau tengok lagi. Kau ni kalu spesies pemakansemut memang la pelupa!” Sabby sempat mengutuk Sarah.

            “Amboi,kau ingat aku tenggiling. Bila kau tunjuk gambar?” Seingatnya tidak pernahSabby menunjukkan gambar mana-mana lelaki cina padanya.

            “Alamasa kat kelas masak dalam 2-3 bulan lepas. Masa aku suruh kau posing katlaluan nak naik ke akademi tu. Gambar apek yang aku ambik tu” Sabby cubamengingatkan Sarah.

Sarah geleng-geleng kepala tanda takingat.

            “Mikaversi lelaki?” Sabby cuba lagi.

            “Oooo..tuaku ingat tapi mukanya aku tak ingat..he,he” akhirnya Sarah ingat tapi bukanpada muka tuannya tapi pada gelaran yang diberikan Sabby. Ye la pesaing diamestilah dia ingat. Ada pulak Mika versi lelaki. Sabby,Sabby.

            “Mamattu memenuhi 8/10 ciri-ciri lelaki idaman aku. Susah nak cari tu” Sabby mulamemasang angan.

            “Yela..nanti kau jumpa yang lagi ok kau kata benda sama jugak. Dah la tu. Cari laorang Melayu. Senang” Sarah ambil mudah perasaan Sabby.

            “Manaboleh. Bangsa tak penting. Yang penting sesuai” Sabby menegakkan pendiriannya.

            “Eh,belum cuba dah tahu sesuai ke tak. Hebat ni” Sarah mengusik.

            “Tusebab kena cuba baru tahu” Sabby sengih. Pelbagai perancangan sudah ada dalammindanya. Sarah hanya ketawa kecil. Dia kenal benar dengan sengih Sabby. KalauSabby mula tersengih ala ala evil tu adalah plan merapu dalam kepalanya.

            “Bestof luck! Kalau jadi jangan lupa bagitau” Sarah memberi semangat.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac