Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,345
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Sarahrasa mahu lempang Sabby yang sedang ketawa berguling-guling di atas katil.Sabby bermalam di rumah Sarah malam ni. Girls night katanya.

            “Dah la wei! Kang putus pulak  urat ketawa kau tu” Sarah cuba menghentikantawa Sabby.

            “Gila tak lawak. Padan muka! Jualmahal sangat. Allah pertemukan kau dengan dua-dua. 

               Gelabah biawak kau!”

MenyesalSarah bercerita pasal peristiwa dia bertemu Eric dan Rayyan serentaksemalam  pada Sabby. Kalau dia tahubeginilah reaksi Sabby, memang sampai kiamat dia tak mahu bercerita pada Sabby.Malu seh!

            “Ala taka da lawak mana pon. Kau tuje yang over..” Sarah membela diri. Memang betul la. Kalau ikut perkiraan Sarahsituasi yang terjadi bukannya lawak tapi mencemas dan membenggangkan adalah!Sabby yang tadi berguling-guling sudah baring terlentang. Sarah ikut berbaringdi sebelah.

            “Mica, agak-agak la kan..kalau kaudiberi pilihan kau nak pilih siapa? Eric ke Rayyan?” Sabby melontarkan soalancepu emas yang buat Sarah cemas nak menjawabnya.

Sarahdiam. Lama. Cuba buat-buat tidak mendengar soalan Sabby.

“Puk!”Pedih mukanya apabila Sabby dengan sekuat hati mengehempuk bantal peluknya dimuka Sarah.

            “Sakit la! Main kasar Nampak!” Sarahsudah mula berang. Sabby sengih.

            “Ye la. AKu  tanya kau buat-buat OKU pulak. Jawab la”Sabby mencabar.

            “Ala..tak penting pun. Entah-entahkita aje yang perasan  padahal dorang tutak ada apa-apa pon. Malu seh!” Sarah guna ayat cover tak hingat. Tapi memangbetul pun. Perasan ada admirer tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun. Malu wei!

            ‘Mica ku sayang. Aku berani kerat jarilentik aku ni kalau dorang tak ada apa-apa kat kau. Bukan setakat terang, siappakai spotlight lagi tau. Cuma yang membezakan sorang slow sorang lagi macamgopoh. Tapi yang pasti ada apa-apa” Sabby menyatakan teori tak boleh blahnya.

            “Agak-agak la. Dorang baru kenal akutakkan la dah jatuh hati. Wuish, hebatnya aku!”Sarah masuk mod perasan. Sabbyketawa kuat. Kelakar melihat reaksi Sarah. Sahabatnya yang seorang ini memangsejak dari dulu memang tidak pernah faham dan tidak pernah ambil tahu tarikan yangada pada dirinya sendiri. Sabby kagum tapi pada masa sama rasa nak hempuk Sarahkuat-kuat. Lampi sangat!

            “Kau ni aku kata bodoh kau kecikhati pulak tapi memang tak berapa cerdik kot agaknye. Lampi bebeno!”Sabby sudahmula keluar ayat menghina mesra. Sarah mencebik.Lidahnya dijelirkan.

            “Excuse me! Ni Applied Sciencedegree holder ye. See the leg la!”Sarah membela diri.

            “Memang la degree holder tapi bongokkau tetap ada. Pandai kat belajo aje tapi tang hati dan perasaan F besar.”Sarah dan Sabby sudah mula bertekak mesra.

Sarahmenjeling. Jelingan yang paling tajam dia boleh beri. Sabby cebik bibir.  Akhirnya dua-dua ketawa. Terasa lucu ataskelakuan masing-masing.

            “Sebenarnye kan aku ni tak bersedianak bagi hati kat sesiapa. Tapi apa-apa pun semuanya kuasa Allah. Aku hanyaserah kat Allah. Allah aje yang tahu mana yang terbaik untuk aku. Mana tahu adainsan ketiga yang lebih baik akan muncul” Sarah akhirnya meluahkan rasa hati.

            “Amboi,amboi..dua ni pun gelabahbiawak nak handle ada hati nak tambah lagi” Sabby tolak kepala Sarah. Sarahketawa sekuat hati.

Sarahdan Sabby sedang enak menikmati sarapan sebelum keluar bekerja apabila merekaterdengar bunyi hon kereta dari luar rumah. Sarah dan Sabby saling memandangkerana setahu mereka hanya Sabby dan ibu bapa Sabby sahaja yang tahu rumahSarah. Sarah segera menuju ke ruang tamu. Langsir tingkap diselak untuk melihattuan punya kereta. Sarah kerut kening apabila melihat kereta Audi tt putih elokterparkir di luar pagar rumahnya. Kerutan di dahinya bertampah lapis apabiladia teringat tuan punya kereta. Sarah segera berlari ke dapur.

            “Sabby, ni mesti kau punya kerjakan?! “Sarah serkap jarang pada Sabby.

            “Apa aku buat?” Sabbyterpinga-pinga.

            “Kau pergi ke depan sekarang. Tengoksiapa kat luar!” Sarah tolak Sabby menuju ke pintu depan. Sabby berjalan menujuke pintu dalam keadaan terpinga-pinga sebab dia memang tidak tahu!

Sebaikpintu dibuka Sabby senyum. Tahulah dia punca kekalutan Sarah.

            “Hai, Rayyan. Apa mimpi muncul katsini pagi-pagi ni?” Sabby menyapa Rayyan dan pada masa sama dia juga ingin tahutujuan kedatangan Rayyan.

            “Saja. Aunty Farisha cakap you adakat sini. Dia terus bagi alamat suruh I tengok-tengokkan you” Rayyan memberialasan yang kedengaran sangat tidak logic di telinga Sabby.

            “Oo..mama suruh cek I. You pulakikut aje ye. Baiknya you” Sabby buat-buat termakan helah Rayyan. Rayyan garukepala. Dia sudah tahu yang helahnya tidak menjadi.

            “Ala Sabby. Bagi la I peluang.Sementara you ada kat sini boleh la I memempek kalau tak nak mampus kena bamboodengan Sarah tu” akhirmya Rayyan pecah tembelang.

            “Mengaku pun! Jual nama aku takhingat. Kau minta address kat mama ye?”

            “Aah. Jenuh aku pujuk. Jual nama kaula apa lagi. Nasib laku” Rayyan mengusik Sabby.

Sarahdi dalam rumah sudah tidak senang duduk melihat perbualan dua orang sepupu itu.Hatinya kuat mengatakan mesti ada agenda tersembunyi dua makhluk ini yangmelibatkan dia. Adui la! Jantung bergolek-golek semalam pun tak lekat kuat lagini pagi-pagi dah jantung dia bergetar kuat. Kalau macam ini mahu belum masuktengahari jantung dia tercabut. Duduk diam-diam jantung!

            “Sarah, come here. Meet our very ownRayyan ni!” Suara Sabby menambah kelajuan getaran jantung Sarah. Lambat-lambatSarah keluar. Senyum yang dilemparkan entah apa rasanya. Manis tambah masamtambah kelat.

            “Hai, Sarah. Dah breakfast” Rayyanbertanya ceria. Senang hati pagi-pagi dah Nampak muka buah hati. Sarah hanyasenyum dan angguk. Rasa kelu pula lidahnya.

“Apakes ni Sarah!” Hatinya menempelak. Sabby sudah sengih-sengih di tepi Sarah. Diadah tahu Sarah sedang berperang hebat tu. “Tu la semalam berlagak!” Sabbymemadan mukakan Sarah dalam hati. Walaupun Sarah tidak mendengarnya.

            “Sabby, cepat la. Kita dah lambatni” Sarah cepat-cepat mengubah hala perbualan. Tidak mahu dia berlama-lamadengan Rayyan. Dia segera berjalan masuk ke dalam untuk mengambil beg dan kuncikereta. Sabby menuruti dari belakang.

            “Saya hantar ye?” kata-kata Rayyanmematikan langkah dua sahabat itu. Serentak mereka berpaling menghadap Rayyan.Sabby bersuara mendahului Sarah.

            “Apa kes?!” Sabby buat-buat marahtapi dalam hati tabik spring dengan keberanian Rayyan. Dia kena buat-buat marahkalau tak kena cubit dengan Sarah. Sakit.

            “Saja nak berbakti. Boleh la. Tapikau naik la kereta sendiri. Aku offer kat Sarah aje. Tak kuasa aku nak hantarkau balik ke Puchong petang karang” Rayyan dengan selamba menguis Sabby ketepi. Sarah sudah bulat mata.

            “Apesal pulak! Saya boleh drivesendiri. Awak kan tinggal kat Kajang. Lagi jauh nak hantar saya balik dariSabby!” Sarah sudah hamper histeria. Sabby sudah tunjuk isyarat padan muka padaRayyan.

            “Ala tak apa la. Saya hantar la.Sabby dia suka melilau lepas kerja. Malas nak layan” Rayyan memujuk Sarah.Sarah buat tak peduli. Dia segera berjalan masuk. Kunci kereta dan beg kerjadiambil. Kunci rumah diserahkan pada Sabby.

            “Sabby, kunci rumah elok-elok ye.Kat ofis nanti pas kat aku. Encik Rayyan, give way please. Saya nak keluarbekerja!” Sarah sudah keluar ayat skema tanda jangan cakap lebih-lebih kalau taknak kena fire.

Rayyanhanya pandang kereta Sarah yang memecut laju meninggalkan dia dan Sabby. Bunyihilai tawa Sabby di sebelahnya serasa macam bunyi ejekan yang paling pedih.Sabby dijelingnya. Tocang ekor kuda Sabby ditariknnya sekuat hati.

            “Adui, sakitlah! Tau la sakit hatitapi jangan la lepas kat aku” Sabby mengaduh. Pedih kulit kepalanya apabilarambutnya ditarik Rayyan.

            “Padan muka! Bukan nak back up aku.Kan dah melepas” Rayyan buat-buat sedih.

            “Aku pulak salah. Kau yang silapstrategi. Ni mari mak ajar. Kalau dengan  manusia bernama Sarah  Aliya Dr Kassim aka Mica kau tak bolehgelojoh. Itu kepantangan dia. You’ve to be slow and steady. Baru la style!”Sabby menurunkan petua memikat Sarah.

            “Banyak la kau punya style. Dah lakat ofis kau tu ada apek mana ntah. Sibuk aje kacau line” Rayyan mengadu. Sabbygelak kuat-kuat!

            “Aik, rasa tercabar ke? Tak kan dahsurrender kot?” Sabby hembus angin kuat pada bara cemburu Rayyan.

            “Ish..mana boleh surrender. Ni ZahinRayyan la”

            “Eh, dah la! Melayan angau kau nantiaku lambat pulak. Kau kata nak hantar aku kan? Jom la” Sabby segera mengambilbarangnya di dalam rumah. Selesai mengunci pintu rumah dia menoleh apabilaRayyan memmanggil namanya.

            “Sabby, kau pergi sendiri ye. Tadioffer tu untuk Sarah. Untuk kau lain tahun la! Bye!” Rayyan memecut lajumeninggalkan Sabby.

            “Hantu punya Rayyan!” 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac