Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,354
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Sejak dari tadi Eric meninjau-ninjaukeluar melihat kalau-kalau Sarah dan Sabby sudah masuk dari rehat tengahari.Ada perkara yang mahu dikongsikan bersama dua gadis itu. Setelah menunggubeberapa lama akhirnya dia menarik nafas lega apabila melihat Sarah masukdikuti oleh Sabby. Dia segera keluar dari bilik pejabatnya dan segera berjalanmenuju ke tempat Sarah. Sabby juga turut berada di situ. Bersembang kosongsementara menunggu mood memulakan kerja.

            “Hai,girls” Eric menyapa kedua-duanya. Pandangannya dijatuhkan ke muka Sarah yangkebetulan sedang mendongak memandangnya. Sarah hanya senyum.

            “Hai,handsome” Sabby buat mood kucing mengawan. Saja nak usik Eric yang cepatgelabah.

Merah muka Eric. Sabby ketawa. Objektiftercapai.

            “Sabby,hobi ka mengusik si Eric ni. Ha, kenapa tiba-tiba datang turun kawasan ni?”Sarah cuba meredakan rasa malu Eric. Selepas peristiwa hujung minggu bulanlepas, Sarah buat macam biasa sebab Eric pun melayannnya seperti biasa. Dia hanyamengandaikan telahannnya benar yang Eric tak punya apa-apa perasaan yang lainterhadapnya melainkan perasaan seorang kawan.

            “Adahajat sebenarnya. You all free tak hujung minggu depan?” Eric menyatakantujuannya.

            “Kalaukitaorang free kenapa? Nak belanja makan besar ke?” Sabby cuba mengusik lagi.Eric ketawa perlahan. Tangannnya mengetuk kepala Sabby perlahan.

            “You,kalau tak menyakat I tak bolehkan. Bukan nak belanja makan nak ajak pergiholiday”

            “Wah!Bagus banget nih!” Sabby sudah berbahasa Indonesia. Serentak Eric dan Sarahketawa mndengar Bahasa Sabby.

            “Mimpi apa nak ajak kitaorang ni? Kau ada agenda apa ni? Nak jual kitaorang ye?”Sabby usik Eric lagi.

            “Uish..choila you ni. Nak belanja pun tak boleh. I nak ajak Sarah sorang tak boleh nanti silap-silapkena kawin free pulak. Tu sebab I terpaksa ajak you” giliran Eric mengenakanSabby.

Sarah hanya mendengar perbualan Sabbydan Eric. Sekali sekala dia turut tertawa mendengar celoteh lucu mereka.

            “Hamboi,hamboi!Ada hati nak angkut Sarah tak bawak aku. Nak mampus!”

            “Ha,tu sebab la aku terpaksa ajak kau. Nak pergi tak?” Eric menekan pada perkataan‘terpaksa’. Saja bagi Sabby panas.

            “Akukalau orang nak belanja on aje tapi Sarah ni tak tau la. Dia ni spesies luaralam sikit. Anti social. Nasib la ada aku nak berkawan dengan dia..he,he” Sabbymengusik Sarah pula, Saja mahu membuatkan Sarah bersuara.

            “Youni. Jangan la usik buah hati I. Sian dia” Eric mempertahankan Sarah sebelumsempat Sarah membuka mulut.

            “Buahhati? Bila declare? Jangan main terjah aje. Yang isi borang tahun lepas pun takapprove lagi you yang baru nak mintak borang ni pulak dah berani declare. Wah,hebat!” Sabby main aci cakap aje. Memprovok Sarah.

            “SafarinaFarisha! Lebih nampak” akhirnya suara emas Sarah keluar memberi amaran.

Sabby ketawa dan lidahnya dijelirkanmengejek Sarah. Eric hanya ketawa.

            “Eleh,tak payah cover, cover. Kita cakap terus terang. Suka cakap suka tak suka cakapboleh blah! Tak gitu Eric” makin rancak usikan Sabby. Sarah dah mula berasap.

            “Sabby,I warn you. Kang makan selipar kang”

            “Sabby,dah la. You ni kalau mengusik memang tabiat kan. Jadi ke tak nak ikut?” Ericbertindak menjernihkan suasana. Dia tahu Sarah kalau lama-lama diusik nantimengalir airmatanya. Kasihan pula dia melihatnya.

            “Akuon. Kalau Sarah kau tanya sendiri” Sabby menyatakan persetujuannya.

Eric pandang Sarah Meminta jawapan.

            “Hem,nanti I tengok schedule dulu ye. I setiap Ahad ada kelas. Kalau dapat cikguganti I boleh pergi kot tapi kalau tak dapat you pergi dengan Sabby aje la”Sarah memberi jawapan paling selamat. Eric buat muka kecewa. Walaupun jawapanSarah 50-50 tapi rasa macam menuju ke gagal aje. Adui la! Habis plan.

            “Kalaumacam tu ok lah. Tapi nanti reconform ye. Nak book hotel.” Eric bersuaraperlahan.

            “Ala,jangan la sedih,sedih. Nanti aku hembus, hembus Sarah mesti dia nak pergi”Sabby cuba memujuk Eric yang ketara kecewa. Dia faham perasaan Eric tapi apanak buat sahabatnya yang seorang ini memang lampi dalam bab bercinta. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac