Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,357
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

“Ok, terima kasih semua. Jumpa lagi minggu depan. Jangan lupa cuba resepi tu katrumah ye.” Sarah menamatkan kelasnya pada hari itu. Pelajar-pelajarnyaberansur-ansur keluar mengosongkan bilik itu. Sarah mula mengemas alatan yangtelah digunakan. Dia mahu segera berkemas. Penat benar rasanya hari ini.Walaupun kelas memasak hanya pada hari Ahad setiap minggu tetapi masihmemenatkan. Kalau ikut hatinya dia hanya mahu bermalas-malas dirumah. Gajinyasudah lebih dari cukup untuk menyaranya setiap bulan. Kalau tidak mengenangkanibu Sabby yang baik dan lemah lembut itu sudah pasti dia tidak mahu membuatkerja sambilan ini.

“Em, cik…eh…puan..” suara seseorang yang menegurnya mematikan lamunan Sarah.Sarah menoleh kearah datangnya suara itu.

“Ya, cik. Boleh saya bantu” Sarah senyum…tapi hatinya berkata-kata” eh, ni bukanke mamat sengal tadi..tau la pulak beradab”..kutuk Sarah di dalam hati. Senyumpalstiknya dilebarkan.

“Emm…sayanak tanya boleh?” lelaki itu menunggu respon Sarah. Sarah angguk perlahan tandamengizinkan.

“Emm…kat mana nak beli mixer yang cik guna tu? Design dia menarik dan Nampakmacam sangat berkualiti” lelaki itu senyum.

Sarahjatuh rahang..” la..ingat nak mintak nombor telefon aku nak berkenalan…hampeh!”hati Sarah membuat dosa lagi.

Sarahsengih.’ Oh, mixer ni. Memang bagus mixer ni. Dah lama saya guna. Yang sayaguna ni model lama. Kalau encik nak boleh la beli yang model terbaru tapiharganya mahal sikit la. Banyak kedai ada jual. Kat Parkson ada, kat HarveyNorman ada..” Sarah memberi maklumat.

“Oh ye ke..kalau macam tu nanti saya cari. Saya balik dulu ye.” Lelaki itumeminta diri. Sarah mengangguk dan meneruskan kerjanya.

Sedangasyik menyental bekas adunan Sarah berpaling ke belakang apabila mendengarbunyi benda jatuh. Matanya membulat apabila melihat lelaki tadi.

“He,he.. sori..x balik lagi…saya terleka pulak tengok buku resepi ni..” lelakiitu mengaru-garu kepalanya. Entah kerana gatal atau kerana mengelabah.

Sarahdiam memandang. Satu detik, dua detik…” dah berapa lama awak duduk situ? “Sarah bertanya keras.

Lelakiitu senyum lagi. “ Lama tak lama bengkak juga la telinga saya ni dengr suaracik menyanyi tadi…he,he”..lelaki itu menjawab sambil berjalan perlahan ke arahpintu

Sarahbulat mata, bibir diketap kuat. “ Kau memang nak cari pasal kan?! Kata tadi nakbalik” Sarah mula menyinga. Cover malu.

“Nak balik la ni…Bye…jangan nyanyi lagi ye..saya naik motor balik nanti. Kalauhujan..basah saya..” lelaki itu berlari keluar sebelum sempat penyental ditangan Sarah singgah di belakangnya. Penyental itu jatuh di hadapan pintu yangsudah tertutup. Sarah duduk di atas sofa. Dia tersenyum sendiri. “ Berani kaukutuk aku ye. Nanti kau minggu depan” Sarah menyimpan dendan pada lelaki tidakbernama itu.

Selesaimengemas Sarah mengambil beg galasnya dan bergerak untuk pulang. Jammenunjukkan pukul 830 malam. Sabby sudah pulang lebih awal sebelum kelas Sarahbermula tadi. Sarah segera menuju ke tempat letak kereta. Tadi Sarah terpaksameletakkan keretanya agak jauh dari kedai kerana tiada petak kosong di hadapankedai. Sarah berjalan laju. Bimbang juga dia kerana malam minggu begini kawasanitu agak lenggang kerana deretan kedai itu kebanyakkannnya tutup awal pada hariAhad. Sarah segera menekan kunci kereta apabila sampai di keretanya. “Alhamdulillah tak  ada apa-apa..” Sarahsegera menghidupkan enjin dan berlalu dari situ. Tanpa sedar keretanya meluncurlaju melintasi sebuah kereta Audi tt putih yang parker di tepi jalan.

Lelakidi dalam kereta senyum melihat Sarah. “ Alhamdulillah. Selamat balik ye Sarah”Lelaki itu mengucap syukur kerana gadis manis itu selamat. Dia baru mengenaliSarah sebentar tadi, nyaris kantoi tapi dia tahu dia akan berusaha untukmengenali gadis manis itu dengan lebih dekat. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac