Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,346
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

““Ya,Allah! Sabby bangun,bangun!!..Dah pukul 6.30 ni…subuh cepat..kang lambat kitapergi kerja” Sarah terkocoh-kocoh bangun sambil mengoyang-goyangkan Sabby yangtidur macam anak gajah lena. Sabby diam tak bergerak. Mengantuk benar diakerana malam tadi dik asyik bersembang pukul 2.00 pagi baru seisi rumah masuktidur.

            “Sabby, bangun la! Solat!” Sarah mengoyang-goyangkanbadan Sabby yang pegun. Sarah goncang badan Sabby sekuat hati.

            “Ala..kau ni! Kan aku cuti. Dah lupake?Sibuk aje” Sabby mengomel tapi matanya masih tertutup rapat. Badannyadikalihkan ke sebelah kanan, membelakangkan Sarah.

            “Ye la..kau cuti solat bukan cutikerja. Bangun la cepat. Kita bukan dari rumah aku ni jauh ni kalau nak gerakdari rumah aunty Maimun. Bangun la!” Sarah goyang-goyang badan Sabby.

Sabbymelayang-layangkan tangannya. Selimut ditarik sampai ke paras dada. Kedinginanpagi tambah dengan sejuk pendingin hawa membuatkan Sabby terus mahu terlena.

            “Oh, lupa nak cakap. Sebenarnya akudah apply cuti. Kau pergi dengan Rayyan ye. Bye..Aku nak sambung tidur. Jangannakal-nakal dengan Rayyan ye..Jauh tu nak sampai Damansara…” Sabby ketawa kecilwalaupun matanya masih terpejam. Mendengar penerangan Sabby membuatkan Sarahmembuat tindakan reflex. Bantal peluk ditangan Sabby ditarik kasar. Dihempuknyakeras bantal tak bersalah itu ke punggung Sabby. Dihempuknya berkali-kali.Marah tambah benggang!

Sabbyhanya ketawa. Bukan sakit pun kena hempuk bantal!

            Selesai sarapan bersama mama danpapa Rayyan (juga Rayyan) Sarah menyalami mama Rayyan. Sarah masuk ke keretaAudi tt putih Rayyan. Mereka bergerak keluar menuju ke lebuhraya. Trafik sudahmula sesak. Jam Tissot Sarah sudah menunjukkan jam 7.30 pagi. Sarah sudahgelisah bimbang tidak sempat sampai. Waktu kerjanya bermula jam 8.30 pagi.Rayyan perasan kegelisahan Sarah. Dia memandang Sarah sekilas. Dia senyum.Sarah memakai blaus biru diraja dipadankan dengan skirt labuh bercorakbunga-bunga.Tudung segera bewarna putih sepadan dengan bajunya membuatkan Sarhkelihatan ayu tanpa perlu melebih-lebih. Mujur tabiat sentiasa membawa baju ganti menyelamatkan Sarah daripadameminjam baju Aunty Maimun. Solekan tipis diwajah Sarah sudah cukupmenyerlahkan kemanisan Sarah. “Adui la hati. Sabar. Step by step” Rayyanmenasihati hatinya. Takut terbabas.

            “Sarah, kenapa gelisah ni?” Rayyanmemulakan bicara. Small talk kata orang putih.

            “Takdelah. Tak ada apa-apa” Sarahberdalih. Sebenarnya Sarah cover. Gelisah pasal lambat sampai tu separuh tambahdengan jantung dia dah lagi 5cm nak tercabut. Berdebar-debar naik kereta berduadengan Rayyan. Dia pun tak faham benggang dengan Rayyan tapi bila jumpa Rayyanjantung jadi tak berdisiplin. Nak berdebar laju-laju aje. Semput dia. Itu lahsebab dia tak suka jumpa Rayyan.

            “Ye ke tak ada apa. Dari tadi Nampakgelisah je. Ala jangan risau. Sabby dah call bos Sarah tadi beritahu yang Sarahlambat sikit hari ni”

Sarahpandang Rayyan. Biar betik! Sabby dari tadi terbongkang buat tahi mata bila lapula dia telefon Eric aka bos. Agak-agak la nak menipu Rayyan.

            “Eh, betul la. Dia call I tadi daridalam bilik. Dia siap pesan jangan usik Sarah lebih-lebih lagi” Rayyan membuatpenerangan lanjut. Dia perasan ketidakpercayaan Sarah.

            “Hem, ok. “ Sarah jawab sepatah.Macam tenang tapi dalam hati rasa nak lempang Sabby.

Setelahbeberapa lama perjalanan mereka ditemani sepi Rayyan memula bicara kembali.

            “Mica aka Sarah, boleh tanya?”Rayyan cuba membuka bicara.

Sarahangguk sekali tanda setuju.

            “Kenapa Sabby panggil awak  Mica sebab nama Sarah tu lagi sedap andmencerminkan Sarah” Rayyan bertanya berbelit-belit.

Sarahpandang Rayyan dan angkat bahu tanda tidak tahu. Dia terus mendiamkan diri.Tunjuk protes.

            “Hem…Saya panggil awak Sarah la ye.Mica tu macam tak suit you aje. Bunyi kasar. Emm..Boleh tak kita berkenalansekali lagi? Dengan cara yang lebih baik and gentleman?” Rayyan cubamenjernihkan keadaan. Dalam keadaan perasaannya terhadap Sarah yang sudahbertunas langkah menjernihkan keadaan adalah perkara pertama yang perlu diabuat. Kalau tidak tunas yang baru mahu tumbuh mesti kena racun.

Sarahpandang Rayyan lama. Dalam hati “Apa ke hal la pulak mamat ni? Sawan ke?”

            “Sarah, jawab la. Boleh tak kitarenew perkenalan kita?” Rayyan separuh merayu.

Sarahlambat-lambat menjawab, “Hem..give me five reasonable reasons that can make meconsider your request. Berhenti kat bus stop tu ye.. I  jalan masuk dari sini” Sarah memberi syaratdan segera keluar dari kereta setelah Rayyan memberhentikan kereta sepertidiminta. Rayyan hon sekali Sarah yang berjalan laju meninggalkannya. Sarahberhenti apabila mendengar hon Rayyan dan kereta Rayyan sudah berhentibetul-betul di sebelahnya. Rayyan turunkan tingkap. Kepalanya dijenggukkankeluar cukup untuk Sarah mendengar suaranya.

            “Sarah, bukan setakat lima, seratussebab pun saya boleh bagi. I promise before today end saya bagi semuareasonable reasons yang awak nak tu. Bye, kerja elok-elok. Jaga hati jangansampai orang lain curi” Rayyan segera bersedar setelah selesai meluahkansebahagian perasaan yang tersimpan di dalam hatinya. Sarah memandang keretaRayyan hilang di sebalik selekoh. Lidahnya kelu. Jantung dia main lumba larilagi!

            Sampai di ofis, Sarah meletakkan begtangannya ke dalam laci meja dan segera berlalu menuju ke pantry. Jammenunjukkan jam 9.00 pagi. Dia lewat 30 minit tetapi dia masih tidak mahumemulakan kerja. Moodnya telah diganggu oleh Sabby dan pastinya oleh Rayyan.Dia perlu mencari sesuatu untuk menenangkan jantungnya yang masih berdegupkencang. Walaupun tidak sekencang tadi tapi perasaan terkejut itu masih ada.

            Sarah membancuh white coffeekegemarannya. Walaupun sebenarnya dia tidak boleh minum kopi kerana migrainnyatetapi pagi ini dia perlukan sesuatu yang kuat untuk mengalihkan perhatiannya.Rakan sekerjanya, Rozi sedang duduk di kerusi bar di kaunter pantry. Sarahmelemparkan senyuman dan mengambil tempat di kerusi meja makan di tepi kaunter.Kopi dihirup perlahan. Setelah beberapa hirupan, kafein yang telah menjalar diseluruh tubuhnya menenangkan.

            “Assalammualaikum…” Sarah buka mataapabila mendengar suara lembut mendengarnya. Sebaik mata di buka dia melihatEric sudah duduk dihadapannya sambil tersenyum simpul. Sarah balas senyum Eric.

            “Waalaikummusalam. Minum?” Sarahmempelawa. Eric geleng kepala sambil menunjukka perutnya tanda sudah kenyang.

            “Sabby call kata you datang lambathari ni? Kenapa?”Eric sudah menyoal siasat. Sebaik dia menerima panggilan Sabbypagi tadi hatinya sudah tidak keruan. Mana tahu penghibur hatinya ada masalahtapi sebaik melihat Sarah melangkah masuk ke pejabat hatinya lega. Nampak Sarahmenuju ke pantry dia segera mengekori. Dia mahu tahu sebabnya segera kalautidak hatinya tidak senang.

“Eric,remember. Don’t make the same mistake. Be patient!” suara hatinya bergemamengingatkan.

            “Tak ada apa-apa pun. Perempuan tudia ajak I dinner malam tadi lepas tu janji nak hantar I balik tapi hampeh.Lepas dah penat berseronok-seronok dia penat and tak jadi hantar I. Dah lafunction kitaorang pergi tu kat Kajang. Last-last pagi tadi I terbangun lambat,penat-penat I gerakkan dia tup tup dia cakap dia dah mohon cuti. I rasa macamnak lempang aje dia kat situ!” Sarah bercerita sambil meluahkan rasa marahnyapada Sabby.

Ericketawa mendengar cerita Sarah. Rasanya dia boleh merasakan tahap benggang Sarahpada Sabby sekarang. “Ooo..macam tu ceritanya. I ingat kereta you rosak ke, youtak sihat ke? Risau jugak I. Nak call you rasa macam tak best la pulak”

Sarahsenyum. Rasa terharu dengan keprihatinan Eric. Kopi terus dihirup perlahan.

            “Tadi you datang dengan apa? Sebab Irasa malam tadi you naik kereta Sabby pergi function tu kan?” Eric serkapjarang. Untung-untung kena.

            “Aah ye la! I baru ingat. Tak apa laI ambil teksi tak pun I paksa Sabby ambil I nanti” Sarah tepuk dahi. Dia memangterlupa tentang itu.

            “Ala tak apa. I hantarkan ya.” Ericmenawar bantuan.

            “Eh, tak apa. Jam teruk nanti. Teksipun asyik nak mengelak pergi area perumahan I tu you pulak yang sanggup. Tak  apa. I keluar lewat sikit. After 6 or 7 pmteksi dah ok sebab jam dah reda. “

            “Jangan nak mengada-ngada. You tudah la perempuan. Nak tunggu sampai lewat macam tu. Bahaya tau. Kalau you takutI stuck dalam jam I hantar you lambat sikit. Sebelum tu kita dinner dulu.Boleh?’” Eric berkeras. Bimbang keselamatan Sarah. Sambil-sambil itu boleh diamencuri peluang makan berdua dengan Sarah.

Sarahdiam. Seperti berfikir. Pipinya diusap-usap perlahan. “Kalau macam tu ok jugak.I belanja you dinner ya. Upah hantar I balik. Jauh tu dari sini nak keDamansara tu.”

            “Tak ada maknanya. I pun tinggal katDamansara juga ye. Jadi kita sehala la” Eric ketawa. Dia tahu yang Sarah masihtidak tahu tempat tinggalnya.

            “Oh, ok..kalau macam tu lagi senangcerita” Sarah turut ketawa.

Setelahselesai minum di pantry, Sarah segera memulakan kerja. Telefon bimbit di dalambeg tangan dikeluarkan dan diletakkan di tepi monitor. Telefonnyaberkelip-kelip tanda Whatsapp masuk.

            “Reason 1: Awak comel. Rugi takkenal” bait ayat whatsapp daripada Rayyan membuatkan Sarah tersenyum. Mat romeobetul la mamat ni! Sarah tidak membalasnya. Biarkan dia tertunggu-tunggu. Itu strategiSarah.

            Sarah segera menaip laporan yangperlu diselesaikan pada hari ini. Tugasnya sebagai Pegawai Penyelidik memangmenuntut dia sentiasa membuat laporan untuk setiap kajian dan data yangdiperoleh. Walaupun kadang-kadang bukan atas permintaan klien tetapi dia harusbersedia kerana semua dapatan perlu dibentangkan jika diperlukan. Lenguh menaipSarah mematah-matahkan jari jemarinya. Botol air mineral yang ada di sudutkanan mejanya segera diambil. Air mineral diteguk perlahan. Perutnya sudahberbunyi. Dia memandang jam Tissot di tangan. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00tengahari. “Patut la lapar. Dah la pagi tadi breakfast awal gila” . Dia teringatkanperbualan bersama ibu dan bapa Rayyan semasa bersarapan pagi tadi.

            “Sarah, kalau senang-senang datangla sini. Jenguk-jenguk Mak Long. Boleh kita sembang-sembang” Puan Maimunmemepelawa Sarah. Kemesraan ibu Rayyan membuatkan dia rindu pada mamanya.Perlahan air matanya menitis.

            “Hi, What’s up” suara ceria Ericmematikan lamunannya. Air mata diseka laju. Takut Eric perasan. Nanti spekulasila pulak. Tak kuasa nak layan.

“Baru abis taip report. Lapar la. You dah lunch?”Sarah mempelawa. Eric geleng kepala tanda belum.

“Lunch jom. Kita makan kat gerai depan ofis ni je”Sarah memepelawa. Terpaksa buat ramah sebab hari ni Sabby tak ada.

“Hem…nak say sorry boleh? I ada appointment la katluar. Tu yang I keluar awal ni.”Eric serba salah menolak pelawaan Sarah.

“Oo..ok..Eh, tak payah la rasa bersalah. I ok aje.Nanti I tapau la. Makan kat pantry.” Sarah menghalau rasa bersalah Eric. Ericsenyum dan segera meminta diri. Sarah balas senyum Eric.

Sampaidi lobi, Sarah mengatur langkah menuju ke pintu keluar. Langkah diatur lajukerana dia tidak mahu beratur panjang. Sudahlah masa rehatnya singkat. Kalauberdua dengan Sabby tidaklah dia rasa janggal sangat kalau terlambat tetapikerana berseorangan hari ini semua perlu dilakukan mengikut jadual. Tak nak jadiakward! Tanpa sedar ada mata memerhati pergerakan Sarah. Belum sampai ke pintukeluar, langkah Sarah terhenti apabila bunyi Whatsapp masuk ke telefonbimbitnya. Dia buka icon whatsapp dan senyum apabila melihat nama Rayyan.

            “Reason 2: Saya nak jaga awak. Havelunch with me?” Sarah ketawa kecil apabila membaca whatsapp Rayyan. “Tak habislagi mat romeo ni” desis hati Sarah. Ada rasa mula menjentik hatinya.

            “Sudi tak lunch dengan saya?” Sarahsegera berpaling mencari suara yang bertanya. Matanya sudah bulat macam matakoala apabila melihat Rayyan sedang berdiri di hadapannya.

            “Apa kes awak ni? Tak kerja ke harini?” Sarah buat-buat marah. Main politik sikit.

            “Ishh..awak ni. Saya kan kepenganggur terhormat sekarang. Jadi boleh la saya pergi mana-mana saya sukapada bila-bila masa saya suka” Rayyan ketawa dengan penjelasannya sendiri.

Sarahbagi muncung itik pada Rayyan. Lagi besar ketawa Rayyan.

            “Tu tanda setuju la tu kan? Shallwe?” Rayyan buat-buat yakin pelawaannya akan diterima.

Sarahberpusing dan terus berjalan laju ke pintu keluar meninggalkan Rayyan. Rayyanyang terkejut dengan rekasi Sarah terus berlari mengejar. Sarah jalan lagilaju.

            “Sarah, stop la. Nak mainkejar-kejar ni lepas kita makan la. Sian saya tau. Tunggu awak dari pukul 12.00tadi. Lapar perut ni” Rayyan memohon simpati. Sarah buat muka tak percaya.

            “Phone kan ada? Kenapa x call? Yangcerdik sangat pergi tunggu lama-lama tu buat apa?”Sarah cakap senafas. Coverrasa terharu sebab dihargai.

            “He,he..tak teringat pulak nakcall..My bad. Lunch dengan saya ya?” Rayyan cuba lagi.

            “Hem..ye lah. Makan kat depan tu jeboleh tak?” Sarah akhirnya bersetuju. Tadi tu gertak aje.

Rayyansenyum lebar. Tangannya didepangkan tanda mempelawa Sarah berjalan di hadapan.

Sarahdan Rayyan jalan beriringan keluar menuju ke gerai di seberang jalan. Merekamenyeberang perlahan-lahan dalam kesesakan arus trafik. Tanpa sedar tanganRayyan memegang siku Sarah. Bimbang dengan keadaan sesak yang bolehmembahayakan jika tidak berhati-hati. Dari kejauhan Eric yang sedang keluardari parkir pejabat melihat adegan yang berlaku tanpa Sarah sedari. Ericmemberhentikan kereta di bahu jalan. Lama dia memerhatikan Rayyan dan Sarah.

            “Eric, make your decision. Pilih diadan berusaha atau biarkan dia dengan kehidupannya. Either hurting yourself ormake her hurt!” Suara hati Eric menyesakkan ruang dadanya. Eric suka Sarahtetapi kisah lalu membuatkan dia takut. 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac