Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,341
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15

JENUH Izz mengaduh saat belakang badannya diurut Izzara. Izzara menggeleng apabila melihat perangai suaminya. “Kau urut betul-betul sikit boleh tak? Macam ni gaya kau mengurut memang tahun depan lah aku boleh sembuh.” Sempat pulak tu bagi komen tak membina. Izzara menonyoh tempat yang sakit itu lebih kuat. Cakap tu memang tak reti nak elok agaknya. Mulut pula senantiasa berbau longkang.  

“Aduhh, sakitlah!” Jerit Izz kesakitan. Posisinya yang sememangnya meniarap di atas sofa diperbetul sedikit.

“Awak ni tahanlah sikit. Sakit sikit nak meraung. Hanan jatuh berdarah pun tak jerit-jerit macam awak ni. ”Izzara tayang muka menyampah namun dia tak sampai hati juga tinggalkan Izz begitu saja setelah apa yang Izz dah lakukan untuknya. Kalau bukan sebab Izz,mesti dia yang lebam-lebam sekarang dan kalau dia lebam-lebam macam ni, nak mintak tolong Izz untuk bubuh ubat atau urutkan? Memang tak lah. “Aku jadi macam ni sebab kau. Kau tu lain kali hati-hati. Tak menyusahkan orang tak boleh ke?” Sakitnya hati… Izzara ketap bibir. Laser tahap empat dah ni. “Awak tu orang ke?”

“Menjawab je kau ni… dah, cepat sambung urut.”

“Baik, tuanku. Patik menurut perintah.”

Izz tersengih sambil matanya dipejam, menikmati urutan yang diberikan Izzara. Namun tak lama bila tiada lagi tangan yang mengurut badannya. Izz memusingkan kepala memandang Izzara. Hurm,patutlah berhenti mengurut. Tengah main handphone rupanya. “Papa whatsapp.” Kening Izz bertaut. Main whatsapp pulak papa ni. Nak apa lah agaknya. Nak suruh tambah cuti lagi ke? Tak sanggup rasanya! Kali ini badan lebam, nanti apa pulak? Mata?

“Papa nak gambar kita tadi. As evidence yang kita pergi bercuti berdua. Nasib saya ni bijak.”

“Bijak?”

“Yelah, kan kita  dah berselfie tadi. Walaupun muka awak tu macam tak cukup gula but it’s okaylah untuk buat bukti.” Izzara selesai memilih gambar kemudian dihantar pada Datuk Talib. Ada lah dalam tiga keping gambar. Gadis itu sempat ketawa. Lawak tengok muka cemberut Izz. Suruh selfie pun masam terus muka.

“Kau gelak ni dah kenapa?”

 “Tak ada apa lah.” Whatsapp yang baru masuk dibuka. “Awak, papa dengan mama ajak dinner sana ahad malam. Saya rasa saya ada cerita kat awak kan?”

“Hmm… okay.” Kemudian Izz tutup mata. Tidur sekejap macam syok jugak. Kejap lagi nak settle kertas kerja. Izzara menekan remote control untuk menonton televisyen. Drama di slot Samarinda dah menanti. Lebih kurang 30 minit, Izzara dah mula menguap tapi perut rasa lapar pula. Jam pun belum menginjak pukul 10 malam lagi. “Awak…”Bahu Izz digoncang. Izz masih keras di atas sofa. “Awak, jom kita pergi makan.”

“Makan apa pula?” Izz jawab, malas. Letih masih bermaharaja dalam diri.

“Dinner lah. Jom, saya belanja malam ni.”

“Makan kat rumah dah lah.”

“Tak boleh. Saya nak makan kat luar. Teringin nak makan nasi goreng daging merah kat kedai favourite saya ni. Sedap...serius tak tipu. Takpa saya naik atas siap-siap.” Izz tak kata ya pun. Lelaki itu geleng kepala. Malam ni masing-masing letih, nak bergaduh pun tak larat. Agaknya sebab tu Izzara tiba-tiba jadi baik malam ni, detik Izz dalam hati.

 

“NAIK kereta saya je. Biar saya drive.” Izzara dengan senang hati bukakan pintu untuk Izz. Naik hairan Izz dengan perangai Izzara tapi dia layankan aje. Tengah mood okay baik jangan tanya banyak. Lagu di radio yang berkumandang membuatkan Izzara nyanyi sekali. Nyanyi depan suami takpa, bukannya aurat pun kan.

“Izz, actually saya nak minta maaf sebab saya awak jadi macam ni. I’m sorry.”

“It’s okay. Lagipun bukan selalu badan aku nak lebam macam ni.” Izzara menjeling. Tahu nak menyindir je. Izz tertawa. Kelakar dengan ekspresi isterinya. Tak ubah macam ikan buntal. “Tapi kau nak bawak aku makan kat mana ni?”

“Ada satu warung ni. Masakan dia semuanya sedap-sedap. Tambah-tambah nasi goreng daging merah dia.”

“Nasi goreng daging merah aku pun pandai masak.” Izzara mencebik. Izz tak habis-habis nak puji diri.

“Iqram tu actually kawan baik saya.Memang kalau ada apa-apa dia selalu tolong saya. Dah lama dah saya tak jumpa dia. Sebab tu saya excited dapat jumpa dia tadi.” Tiba-tiba Izzara bercerita. Dia bukan apa. Tak mahu lah Izz salah faham pulak. Izz sekadar terdiam. Bukan sebab marah atau cemburu, tapi lebih kepada saja, saja nak diamkan diri. Biar Izzara yang bercakap banyak malam ni.

“Okay dah nak sampai.” Izzara tertinjau-tinjau ke luar tingkap. Macam tak sedap hati je. Gelap semacam warungnya. Takkan tutup? Aduiii… “Bukak ke tak ni?” soal Izz. “Entah-entah pindah dah ni.”

“Ishh, mana ada lah. Pak cik ni memang bukak lagi warung tu kat sini. Aduh, tak bukak lah pula malam ni. Saya baru nak bagi awak rasa nasi goreng dia tu.”

“Kau nak bagi aku rasa ke kau yang nak makan?”

Izzara tersengih. Tu betul jugak. Dia yang benar-benar teringin makan kat situ. Tak ada rezeki pula malam ni.

“So, macam mana? Nak balik je ke?”Izzara garu kepala. Hajatnya dah tak kesampaian. Lagipun kesian jugak dekat Izz. Izz pun ada kerja lain nak dibuat. Tapi sebab dia yang paksa Izz ikut, Izz layankan je lah. “Hmm…alang-alang dah keluar. Jom pergi kedai makan favourite aku. Lagi sedap dari warung kau ni.” Eleh, nak cabar-mencabar pulak. Harus ke aku rasa tercabar? “Okay, we’ll see.” Izzara menekan minyak. Tak sabar rasanya nak mengisi perut yang sememangnya dah nak berbunyi. Mujurlah Izz mood baik malam ni.

 

 

 

 

 

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.