Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,329
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

"Reza,hang buat apa kat dia? Sampai bengkak mata menangis."

"Ish, Mak Long ke situ pula.Tanyalah dia. Reza tak buat apa pun." Izzara dan Izz berpandangan sesama sendiri. Apahal pula Sarah nangis-nangis ni? Saat mata Sarah menangkap susuk tubuh abang sepupunya, dia terus melangkah ke arah Izz dan menangis di dada lelaki itu. Semua yang ada di situ terpaku. Orang-orang kampung yang datang menolong pun ternganga.

"Sarah, what's wrong with you?" Izz tepis Sarah jauh darinya. Rasa diri macam penjenayah kategori berat bila semua mencerlung memandangnya. Izzara lempar senyuman tawar pada semua yang hadir.

Ya Allah, malunya! Mana nak letak muka ni? Memang lah adik dan abang sepupu tu boleh rapat tapi tetap depa boleh kahwin juga. Puan Habsah dah pandang semacam.

"Abang Izz, M-Muaz dah tinggalkan Sarah. Sarah tak sangka dia sanggup tikam belakang Sarah." Mendayu-dayu bunyi tangisan Sarah. Kak Long sakit mata lihat adegan Izz dan Sarah.

"Tu sapa hat peluk-peluk suami hang tu?" Bila makcik-makcik kaki gosip berkata-kata, serius boleh timbulkan fitnah. Puan Habsah menggeleng. Apa punya ayat lah yang depa ni guna?Bila masa pula peluk? Izzara diam menikus. Nak balas apa pun dia blur.

"Hangpa nak pelik buat apa. Tu Sarah adik si Izz. Biaq lah dia nak peluk abang dia sendiri." Semua yang sibuk bertanya tadi terdiam. Tau pun diam, ingat busy body 24 jam.

Fuh! Lega.... thanks mak...

Izzara sengih pada Puan Habsah. Kalau bagi jawapan tak kena gaya pada makcik-makcik ni, mahu sebulan dua gosip masih berleluasa.

"Zara, hang pi tengok Sarah tu. Bawak dia naik atas, masuk bilik. Pi bagi ayaq teh suam kat dia. Bagi lega sikit." Izzara angguk. Baguih betui mak ni. Langsung tak bengang pada Sarah yang dok buat drama ayaq mata depan semua orang.

 

"KAT, kau nak aku buat apa ni? Aku nak pujuk dia? Nak cakap apa? Terima kasih sebab buat drama sebabak tadi sampai aku dapat idea terus nak tulis novel?"

"Kau ni cakap je lah apa yang patut kau cakap. Aku tak ada kat situ so aku tak tau situasinya. Dah lah aku banyak kerja ni. Bos mengamuk habis dimaki satu office. Karang nampak aku bergayut lagi dia kerja nak memaki je."

"Yelah yelah... bye." Panggilan dimatikan. Cis, ingat boleh minta tolong Kat bagi idea. Idea nak pujuk orang tengah putus cinta. Betullah cinta tu complicated. 

"Nah, minum ni." Sarah sambut cawan berisi teh suam.

"Abang Izz mana?" Perkara itu disoal dulu.

"Izz sibuk kat bawah. Awak ada problem apa sebenarnya ni?" Gaya macam nak cari gaduh pula aku ni, detik Izzara.

 "Jangan sibuk. Masalah aku tak ada kaitan dengan kau."

"Amboi, saya tanya je. Tak nak share sudah." Gadis itu meluru-luru mahu bangun namun Sarah menahannya.

"Sorry..." keluh Sarah."Aku emosi sikit tadi. Aku kena tinggal dengan Muaz. Dia rupanya dah lama couple dengan Aleesya, bff aku."

"Muaz? Awak tak payah bazirkan air mata untuk lelaki macam tu. Saya ada idea."

"Apa dia?" Izzara tersenyum lalu membisikkan sesuatu pada Sarah. Akhirnya, gadis itu turut tersenyum..

 

IZZ mengangkat beberapa barang ke dapur. Nampaknya esok tak ada lah banyak sangat perkara yang nak diuruskan. Dari jauh bayang Sarah yang bergelak-sakan dengan Reza benar-benar menghairankannya. Kejap tadi Sarah menangis, ini tergelak pula.

"Berat bang?" Usik Izzara. Dari tadi Izz masih tak letak barang-barang di tangannya ke lantai.

"Hmph, kau ke."

"Haah saya. Kenapa? Ada masalah?"

"Tak ada. Hmm..." Izz teragak-agak. Nak tanya soal Sarah pada Izzara, takut dicop abang sepupu tak bertanggungjawab pula. Sepatutnya dia lebih tahu perangai adik sepupunya itu tapi Sarah dan dia bukan rapat mana. Kecil dulu selalu bersama-sama tapi makin besar makin renggang pula.

"Awak nak tanya pasal Sarah kan? Kenapa dia macam tu kan?" Izz mengangguk. "Awak tak payah tau. Semuanya rahsia." Bunyi mesej WhatsApp yang masuk buatkan Izzara lihat handphone di tangan. Izz pun dirasakan tak wujud.

 "Haha, lawak juga dia ni."

"Siapa lawak?"

"Adalah. Yang pasti bukan awak."

"Kalau bukan aku, siapa? Affat?" Erkk.. terbatuk-batuk Izzara. Tepat betul tekaan Izz. Tak payah nak tunggu 5 saat untuk meneka. "Betul lah tu. Aku dah agak mesti Affat." Izz senyum sinis.

Rasa nak sumbat mop dalam mulut dia yang tengah senyum perli tu!

"Aku dah bagi warning hari tu and this time aku nak ingatkan lagi sekali. Jangan rapat sangat dengan Affat. Dia tu playboy. Pandai pikat hati and pandai patahkan hati juga." Izzara mencebik. Warning apanya? Macam jealous je. Jealous sebab Affat lagi ramai peminat. Tapi aku bukan peminat dia, dia yang jadi peminat aku, peminat novel karya aku.

 "Awak dengan Affat pun nak jealous ke?"

"Apa dia?"

"Nothing. Saya nak naik atas. Ada apa-apa yang awak nak?"

"Buatkan aku milo suam."

"Milo suam? Milo ada dalam bekas pink tu, susu dalam peti ais. Air suam dalam thermos tu. Good luck then."

Cis, buat penat aku order. Last-last aku juga kena buat!

 

 

 

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.