Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,338
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7


Eiiii siapa pula sibuk nak kejut aku ni? Aku baru je lelapkan mata. Izzara merengus. Kepala digaru-garu. Memang mamai tahap nak kena tampar baru sedar ni. "Apaa?" Soal Izzara dengan minda separa sedar. Kalau dengan minda sepenuh sedar, kena sepak mahu orang yang kejut dia tadi.

 "Zara, bangun lah. Aku lapar ni." 

"Lapar pula dah. Nampak muka saya ni macam tukang masak ke? Pi lah masak sendiri." Kemudian dia tidur balik. Izz geleng kepala, pening dengan karenah isterinya. Mengigau ke apa?

"Zara, bangun masakkan aku bubur. Aku lapar lah." Zara terduduk. Ya Allah, ingatkan ada orang order makanan tadi. 

 "Awakkk, sorry saya pergi masakkan sekarang. Tunggu kejap."

"Kau nak masak bubur ke? Pandai?" Izz masih menyindir.

Izzara sengih tayang gigi. Bolehlah kot sebab dah baca banyak resepi tadi. Banyak? Ada lah dalam dua...

"Awak duduk sini. Saya pergi buatkan." 

Siaplah kau Izz, ingat aku tak pandai masak? Saja tak mau tunjuk terror. Izzara keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Segala resepi bubur dia cuba praktikkan dan satu-persatu bahan diambil. "First, basuh beras dulu. Nak buat banyak mana? Buat lebih lah. Boleh makan buat sarapan esok sekali."

Setelah semuanya selesai, dia letak periuk atas dapur. Tunggu punya tunggu akhirnya masak juga.

 Yes! Mission completed.

"Awak, ni bubur dah siap."

"Sini, bawa depan aku." Izzara masih dengan senyuman di bibir. Bukan senang Chef Izzara Afiqah Ayub nak masak untuk orang. Bertuah lah Naufal Izzan Dato' Talib dapat rasa dulu.

"Nah."

"Kau nak aku suap sendiri? Aku tak sihat kan? Masa ni lah kau nak berbakti pada suami."

“Mengada-ngada la awak ni. Saya dah masak kira bagus lah. Cepat makan." Arah Izzara. 

"Hmm... takpa lah. Kau makan sendiri. Aku kenyang dah."

Alamak, Izz merajuk pula... Tak pernah-pernah lagi. Apa hal pula ni?

"Okay fine, saya suapkan. Tapi awak jangan nak kutuk rasa bubur saya. Tak sedap pun awak kena makan."  Izz tak jadi nak tidur semula. Dia terus duduk kembali. Saat Izzara suapkan bubur, matanya tertancap pada wajah comel isterinya. Comel walaupun garang sentiasa. Dengan dia tahu nak marah je. "Dah kan? Ni awak minum air lepas tu makan ubat ni. Awak tidur lah. Saya nak hantar mangkuk ni ke dapur kejap."

"Zara?"

"Hmm?"

"Thanks for everything."

Muka Izzara terasa hangat. Mujur dia tengah menghadap pintu. Kenapa bila Izz ucap terima kasih dengan suara macam tu dia boleh rasa Izz romantik sangat? Ish, ni tak boleh! Izz memang akan cakap macam tu pada semua yang jaga dia. Kalau mama yang jaga pun, dia akan cakap macam tu juga, nada yang tu juga.Tanpa berlengah, Izzara lekas-lekas ke dapur.

Masuk saja bilik, Izz masih tak tidur. Terkebil-kebil matanya. Orang suruh tidur tak nak pula.

"Kenapa tak tidur lagi? Eh,bantal saya mana?" Bantal pun jadi chipsmore. Kejap ada kejap tak ada.

"Ada atas ni. Kau tak payah tidur bawah. Kau tidur atas."

"Eiii tak nak lah." Beriya-iya muka Izzara tunjuk rasa menyampah. Izz tergelak.

"Aku tak buat apa-apa lah. Kau tidur hadap sana, aku hadap sini."

"Okay deal!" Gembira Izzara naik atas katil. Dapat lah tidur atas tilam gebu malam ni.

Izz nyenyak tidur lepas subuh. Sewaktu Subuh tadi badannya terasa sihat sedikit berbanding sebelum ini. Berkat Izzara memaksanya mandi.

"Awak, bangun. Kita pergi mandi."

"Mandi? Aku malas lah."

"Orang demam macam awak ni elok mandi pagi-pagi. Baru sihat. Lepas tu solat subuh."

"Tak sejuk ke?" Laju Izzara geleng. Cakap sejuk confirm Izz tak nak. So terpaksa lah menipu demi kesihatan.

"Mana ada sejuk. Tak sejuk langsung."

Izz bangun sambil dipapah isterinya. Tak sejuk okaylah juga. Sampai di bilik air, Izzara menyuruh Izz duduk di atas sebuah bangku kecil. Kolam bersaiz sederhana itu direnung Izz. Rasa macam sejuk semacam je."Awak relaks je lah. Mandi je pun bukan nak pergi perang." Izzara mencedok air dan mencurahkan air pada Izz yang hanya berkain pelekat.

"Sejukk.... Zaraaa!" Terketar-ketar Izz menahan sejuk. Tipu aku rupanya!

Zara ketawa berdekah-dekah.

REZA sengih macam menang pertandingan lari dalam guni. Gadis cantik di sebelah direnung selang 5 minit. Sarah habis bersabar dah. Nak pusing kampung dengan Abang Izz tapi Abang Izz demam pula.

Sengaja tau!

"Sarah, awat Sarah diam ja?Tak suka jalan dengan Abang Ray ka?"

Abang Ray?? What the fish! No way...

Sarah kembang tekak. Apa lah lelaki di sebelahnya membebel. Lambat lagi ke nak sampai rumah ni? "Sarah, semua awek dekat KL memang cantik-cantik ka? Awat hari tu Abang Ray pi kenduri Kak Zara tak nampak Sarah pun?"

Sarah menjeling. Rasa biji mata pun dah nak terkeluar. Kenapa rasa masa lambat berlalu ni? Tepat selepas itu,handphone Sarah berbunyi. Fuh, lega! Boleh dia larikan diri dari Reza sebentar.

"Helo, sayang. You kat mana?" Sengaja dia tinggikan suara. Biar Reza tahu dia dah ada boyfriend. Muaz namanya tau. Tapi bukan dia sayang sepenuh hati pun sebab dia sukakan Abang Izz. Suami orang? Dia sikit pun tak kisah. Bila dia dah dapat Abang Izz, Muaz akan ditinggalkan saja.

"I rindu you. Kenapa you tak call I pun." Wajah Sarah yang ceria bertukar serius. Reza di sebelah perhatikan saja. Nak tanya takut kena tempeleng.

"Okay fine! Do I look like I care?? You buatlah apa you nak. Oh, you nak break dengan I lepas tu you ingat I akan menangis sedih la? Siapa perempuan tu?"

Reza diamkan diri. Dah bertukar mood pula Sarah ni. Hatinya rasa simpati pada Sarah.

"What? Aleesya? Since when?"

Sarah matikan panggilan sebelum sempat Muaz berikan penjelasan. Kakinya laju melangkah. Air mata dah mula gugur. Aleesya dan Muaz dah bercinta lama. Malangnya, Aleesya ialah bff Sarah.Ni lah namanya harapkan pagar, pagar tak boleh diharap! Rosak habis peribahasa.

"Sarah! Sarah! Tunggu Abang Ray sat."

"Go to hell!”

 

 

 

 

 

 

 

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham