Home Cerpen Cinta Mr.Chef Saya
Mr.Chef Saya
Fiera
24/2/2015 17:27:11
3,768
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

"Kau ni pandai masak ke tak pandai?" terkebil-kebil mata Dania mendengar sindiran percuma itu. "Memang lah saya tak pandai masak sebab tu la saya suruh awak ajarkan." Asyraf menggeleng. Dari tadi dia perhatikan gelagat si Dania. Potong bawang sebiji pun terkial-kial. Tapi gaya macam nak pergi berperang. Siap dengan cermin mata gelap sekali. Macam mana la nak pandai masak kalau macam ni. "Menjawab je kerja kau ni kan!" Dania mencebik. Kalau tak jawab cakap aku ni bisu pulak. Fuhh sabar je lah. Ni semua untuk masa depan aku dengan Aiman jugak. "Termenung apa lagi? Potong la bawang tu." Dania menurut perintah 'tuan muda' dihadapannya.

"Tadaaaa..siakap sweet sour Dania in the house!" Dania mempersembahkan masakan pertamanya pada Sifu Asyraf. "Banyaklah kau punye in the house." Dania menjeling. "Okay, dari gaya hiasan tu boleh tahan lah. Tapi tu semua tak penting. Paling penting rasa makanan ni." Dania menelan air liur. Komen pedas dari Asyraf akan dia dengar sekejap saja lagi. Be ready Dania. Asyraf sudah mula mencedok kuah sweet sour di dalam pinggan bercorak bunga itu. Jejaka itu sempat tersenyum sinis sebelum merasmikan masakan pertama anak didiknya. Dahi Asyraf berkerut. Dania mulai panik.

"Kau nak bagi aku darah tinggi ke ape ni?"

"Hah?"

Dania merasa sedikit masakannya. Kadang-kadang mamat ni saja nak cari pasal dengan aku. Entah-entah sedap- haish memang masin. Boleh kena darah tinggi la suami aku nanti. "Kalau marah sangat kat aku pun agak-agak la sikit. Dah tak sabar tengok aku masuk wad ke ape?" Asyraf menyindir sambil tersenyum sinis melihat wajah Dania yang terkulat-kulat. Dania menarik nafas sedalam yang mungkin. Buat masa ni tak ada gunanya dia bertekak dengan budak kurang tatasusila ni. "Macam mana lah si Aiman boleh tangkap cintan dengan kau? Muka je cantik tapi masak.. hampehh!"

Eiii geramnya aku…

*****

"Helo sayang you ada kat mana?"

"I ada kat rumah. Baru lepas memasak dengan Asyraf tadi. You pulak kat mana ni?" Dania menanggalkan apronnya. Rasa penat yang bertandang masih belum hilang. "I on the way nak pergi rumah you la. Nak ajak you lunch sama." Dania mengambil tempat di ruang tamu. Kepalanya disandarkan sebentar pada sofa. "You lagi berapa minit nak sampai? I nak mandi dulu lah. Bau bawang masih melekat lagi ni. you tunggu tau."

"Sayang, kenapa you tak makan? you sakit ke ni?" Dania menggeleng. Bukannya sakit, tetapi seleranya terbantut apabila melihat hidangan di depan matanya. Siakap sweet sour! Teringat pulak pada ayat-ayat pedas Asyraf petang tadi."Takpe lah I tiba-tiba rasa kenyang. Tengok you makan pon I dah kenyang." Aiman ketawa. "You ni macam tu pon boleh kenyang ke? By the way, macam mana dengan Asyraf? Dia okay je kan?" Dania memaniskan mukanya dalam keadaan terpaksa. "Cousin I tu memang macam tu. Mulut dia pedas sikit tapi hati dia baik." Dania mengangguk. Dalam diam dia berasa bersalah jugak sebab dia masih belum kenal hati budi Asyraf tapi dia sudah membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Tak adil tu.

*****

(Flashback)

"Sayang you kan tahu I tak kisah pun kalau you tak pandai masak." Dania masih mahu menegakkan kata-katanya. "Takpe lah you. I nak belajar masak ni pon untuk kebaikan kita dua jugak bila dah kahwin nanti." Aiman tersenyum mendengar kata-kata bakal isterinya. Kerana pendirian Dania lah, dia jadi terpikat pada gadis itu. Seorang gadis yang gemar berdikari dan tidak pernah menunjukkan dia lemah. Lagi dua bulan mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan. "Okay, kalau macam tu I boleh mintak tolong pada cousin I. Dia chef di one of the five stars hotels kat KL." Dania mengangguk. Dia berasa sangat beruntung mempunyai bakal suami sebaik Aiman. Seorang yang sangat memahami dirinya.

*****

"Dah habis termenung dah cik kak oi?" suara yang menyapa dari belakangnya benar-benar membuatkan dia tersentak. Hisshhh mamat ni, kalau ye pon bagi la salam dulu. "Eh, lupa pulak aku nak bagi salam. Assalamualaikum." Dania menelan air liur. Macam boleh baca fikiran aku pulak mamat ni. Whatever lah.

"Kak Zie sihat?"

"Alhamdulillah sihat."

"Bila Kak Zie balik dari kampung?"

"Malam semalam lagi Kak Zie dah sampai. Ni Kak Zie nak tumpang belajar sekali boleh ke?"

Asyraf senyum sambil menggaru kepala. "Eh boleh je kak. Saya bukannya pandai sangat pon. Boleh lah Kak Zie tolong top up kan ilmu memasak yang saya kurang." Dania menarik muka. meluat dengan kata-kata sifunya. Dengan aku perangai macam bapak rimau. Kerja memekak je sebelah telinga aku. Aku buat ni salah, buat tu salah. Kalau tak buat apa-apa lagi lah salah. "Apa yang Kak Zie boleh tolong pon. Asyraf lagi pandai. mana taknya chef kat hotel lima bintang gitu. Peminat ramai, mengalahkan retis. Muka handsome masak pun pandai. Lengkap semua pakej yang ada."

"Kak Zie tak payah lah nak puji melangit sangat, karang takut-takut ada yang kembang semangkuk pulak." Kak Zie ketawa mendengar kata-kata perli dari Dania. "Saya ni memang ramai peminat Kak Zie oi tapi orang yang jealous dengan saya pon ramai. Yelah saya ni lelaki, dah lah handsome lepas tu pandai masak pulak tu. Bukan saya yang kata lah kan, Orang sekeliling yang dok kata. Balik pada topik jealous tadi, biasanya orang yang TAK PANDAI MASAK yang selalu jealous ni." Dania mengetap bibir. boleh pulak dia pandang aku bila sebut ayat tak pandai masak tu. Sensitip betul aku dengar ayat kutukan free ni. Tak pasal-pasal jadi telemovie cili burung di bibirmu kang. Nasib mamat ni cousin Aiman kalau tak dah lama hi hi bye bye. Aku sepak masuk loji jugak karang.

"Hari ni nak masak apa ye Chef Asyraf?" Dania sendiri tak rela nak menggelar lelaki bongkak itu dengan gelaran Chef tapi dah Asyraf sendiri suruh. Nak tak nak kena lah panggil jugak.

"Hari ni kau tak payah masak. Biar aku yang masak."

"Habis tu saya nak buat apa?"

Berpeluh-peluh dahi Dania mengharungi ujian yang diberikan Asyraf. Memang mencabar bagi dirinya. Kak Zie di sebelah cuma dapat tolong gelak je. Apa punya nasib lah Dania oii. "Macam mana ni? Licin betul badan ikan ni. Dah lah hidup lagi." Sesekali terdengar jeritan kecil Dania apabila ikan keli tadi meloncat-loncat. "Kak Zie tolonglah Dania…" Dania sudah merengek. Asyraf menahan tawanya. Tak sia-sia aku bawak ikan keli ni sekali. Dapat jugak lah aku tengok muka terkulat-kulat si Dania ni. Dania meniup rambut yang hampir masuk ke dalam mata. Semangat perwira muncul dalam benaknya. Berperang dengan ikan keli macam tu lah. Rupanya ikan hidup yang mamat ni bawak. Siap isi dalam plastik penuh air lagi.

"Ni kan ikan kegemaran Aiman. Kalau dia nak makan nanti macam mana?"

"Masalahnya awak suruh saya siang ikan keli yang masih bernyawa lagi. Nanti kalau Aiman nak makan saya suruh lah dia cari yang dah tak hidup baru senang sikit kerja saya."

"Ni yang kau silap. Kak Zie tengok si Dania ni. Kita dalam hidup kena ada cabaran sikit. Kalau aku bagi kau siang ikan yang dah mati senang la hidup kau. This is part of my job as a chef. Tak kiralah apa jenis ikan sama ada hidup atau pun mati aku still kena buat jugak kerja aku." Dania terkebil-kebil mendengar penerangan dari sifunya. Kak Zie juga terangguk-angguk seakan mendengar kuliah daripada seorang ustaz. "Malu lah nanti kau terjerit-jerit depan suami kau sebab ikan keli yang tak bersalah tu melompat-lompat bila nak disiang." Gaya Asyraf tak ubah seperti seorang detektif muda pula.

"Faham?"

"Faham…"

"Apa dia aku tak dengar lah. Aku rasa aku dah korek telinga pagi tadi."

"FAHAAAMMM!"


Dania menghempaskan badannya di atas tilam. Kalau ikutkan mau saja dia berhenti belajar memasak. Rasa macam masuk kem tentera pon ada. Takpe Dania, you can do it okay? Buktikan pada si chef poyo tu. Jangan ingat aku ni nampak lemah aku tak boleh la. We'll wait and see!

*****

(Seminggu kemudian)

"Assalamualaikum, Dania sayang. malam ni kita keluar dinner sama-sama eh." Dania meletakkan gelas ke dalam sinki. "Dinner? kat mana?" Aiman mengukir senyuman sebelum menyambung percakapan.

"Biarlah rahsia."

"You ni sejak bila pandai main rahsia-rahsia ni."

"Sejak I kenal you lah. Pukul 8.30 malam ni I datang ambik you."

*****

Dania, Dania… kau nampaknya memang tak ingat aku langsung. Asyraf mengeluh panjang. Sudah hampir 3 tahun dia tidak berjumpa dengan Dania. Tapi bila dah jumpa rasa tak ada makna pon semua ni. dia bakal jadi milik lelaki lain. Tambah-tambah apabila lelaki itu merupakan sepupunya sendiri. Aiman, kau memang beruntung sebab berjaya dapatkan perempuan sebaik dia. Aku harap kau takkan sia-siakan atau lukakan hatinya.

Sebaik saja dia mahu melelapkan mata, Iphone yang terletak elok di atas meja berbunyi. Asyraf bingkas bangun, mencapai telefon bimbitnya itu. Nama Aiman yang tertera di skrin membuatkan dahinya berkerut. Ada apa-apa hal penting ke?

“Helo, bro.”

“Hah apa hal kau call aku ni? Tak pernah-pernah kau call.” Dalam bergurau itu terselit juga kata-kata sindiran. Aiman sudah lama tidak menghubunginya. Maklumlah masing-masing sibuk. Asyraf pernah juga berkunjung ke rumah Pak Longnya itu tapi dia langsung tak nampak batang hidung Aiman. “Sorry la bro. I’m a bit busy lately. Kau kan tahu tak ada siapa yang nak uruskan syarikat papa aku tu. Lain lah kau, selalu free je.” Asyraf menggeleng. Malas nak melayan sepupunya. Nak menang je. “Actually aku nak ajak kau keluar malam ni. For family gathering. Tempat macam biasa, kat Villa Impian a.k.a rumah aku.” Asyraf terdiam. Ada satu soalan terbuku dalam benaknya. “Dania join ke?” Kalau gadis bernama Dania itu turut serta, Asyraf sudah pasti mahu mengundur diri. Malas dia mahu melihat kemesraan antara mereka berdua. Antara gadis idamannya dengan sepupu dia sendiri. Kini Aiman pula mengambil giliran untuk berdiam diri. “Sebenarnya aku…” serba salah dia ingin meneruskan bicaranya.

“Mummy aku tak suka dia Asy. Aku tak tahu apa lagi patut aku buat. Malam ni aku nak sangat kau join. Malam ni aku akan terus-terang dengan mama yang aku betul-betul sayangkan Dania and aku nak dia jadi isteri aku. Bukannnya Melissa.”

“Jadi selama ni kau tipu Dania ke Aiman? Kau tak cerita langsung pada dia yang mummy kau tak restu hubungan korang dua? Habis tu kenapa kau cakap kat aku lagi 2 bulan korang nak kahwin? Apa ni Aiman? Lakonan apa ni?”

“Aku tak sanggup lukakan hati dia Asy. I really love her and I couldn’t tell her yang mummy benci dia. Tak apa malam ni aku akan betulkan segala-galanya. Kau janji kau kena datang yer Asy.” Asyraf mematikan telefon. Entah kenapa perasaan geram muncul dalam hatinya. Gadis sebaik Dania diperlakukan seperti itu.

Asyraf, awak boleh tak hantar resepi ikan keli masak lemak pada saya?

Kau nak buat apa? Nak masak? Rajin pulak kau.

Ishhh, sibuk je la dia ni. Orang rajin pun salah. Malam ni Aiman nak bawak saya keluar so saya nak la masak untuk dia.

Asyraf mengeluh. Kalau la Dania tahu tentang perkara sebenar…

*****

“Awak nak bawak saya pergi mana ni?” ujar Dania dalam esakan. “K-kenapa awak buat macam tu? Kenapa awak selamatkan saya tadi?” Asyraf diam membatu. Saat ini dia juga terkelu tidak tahu mahu menjawab apa untuk pertanyaan Dania itu.

(Flashback)

“Sayang, siapa perempuan tu?” soal Melissa, menginginkan kepastian. Biji matanya terbeliak melihat ada gadis lain disebelah bakal suaminya. Mummy Aiman sudah berdehem serta menghantar jelingan berupa amaran pada anak tunggalnya. Dania melepaskan tangan Aiman apabila semua yang berada di situ memandangnya dengan satu pandangan tajam. Hatinya mula tidak tenteram. Kenapa semua pandang aku semacam ni? Eh Asyraf pun ada kat sini. “Mummy, Aiman ada benda nak confess pada mummy and pada semua yang ada malam ni.” Semua khusyuk memberikan perhatian, tidak mahu terlepas satu perkara pun. Asyraf cuba menenangkan diri. Dia sudah bersiap sedia, jika Dania diapa-apakan oleh Datin Syarifah dia akan segera membawa gadis itu lari dari Villa Impian itu. Aiman mengambil nafas, mengatur kata-katanya.

“Aiman nak jadikan Dania isteri Aiman. Tak kira lah mummy and papa setuju atau tak, itu keputusan Aiman. Muktamad.”

“Mummy tak setuju! Aiman, mummy dah banyak kali cakap pada Aiman perempuan tu tak layak jadi menantu dalam keluarga kita. I hate her. Datang dari kampung lepas tu ada hati nak masuk dalam keluarga kita.”

“Sayang mana janji you pada I. You kata you sayang I, and you akan jadikan I isteri you. Apa semua ni? I lagi cantik dari perempuan kampung ni. You ni dah buta ke apa?”

Asyraf mengepal penumbuknya. Dia masih lagi waras, tahu membezakan yang baik mahupun buruk. Kalau tak dah lama, Datin Syarifah dan Melissa makan penumbuk malam itu. Dania menahan air mata daripada tumpah. Tak sangka seteruk itu mereka membenci dirinya.“Hei perempuan, apa you dah buat pada abang Aiman hah? Sampai dia tergila-gilakan you? Kami akan berkahwin tak lama lagi tapi sebab you abang Aiman nak batalkan rancangan ni. Perempuan kampung tak sedar diri!” Satu penampar hampir dilayang pada wajah Dania namun ada tangan lain yang menghalang perbuatan Melissa itu. “Sakit lah. Lepas lah.” Melissa menjerit kesakitan di saat tangannya digenggam kuat oleh Asyraf.

“S-saya tertinggal barang kat dalam kereta.” Dania berbisik perlahan. Gadis itu masih terkejut dengan tindakan Melissa tadi. Masakan lemak ikan keli yang dimasak olehnya sememangnya tertinggal di dalam kereta tetapi sebenarnya Dania saja mahu mencari alasan untuk keluar dari pertengkaran itu. Tidak dia sangka pertemuan yang gembira itu disudahi air mata.

“Apa hak aunty untuk hina dia macam tu sekali? Sekampung-kampung dia pun dia masih tahu cara untuk hormat orang lain. Kau pun sama Melissa. Kau ingat kau bagus sangat? Sebelum kita nak hina orang lain, better kita cermin diri kita dulu. Kalau harap ada pelajaran tinggi tapi otak letak merata pun nak buat apa.”

“Asy!” Datin Syarifah tersentak dengan kata anak buahnya.

“I’m not sorry for what I’ve said, aunty. Asy dah tak sanggup tengok semua benda ni.”

“Why you defend her? Entah-entah Asy yang ada hati kat perempuan kampung tu. Sepatutnya Asy kena sokong aunty. Perempuan tu tak layak tuk jadi menantu dalam rumah ni.” Melissa mengangguk. Mengiyakan kata-kata wanita setengah abad itu.

“Mummy, Aiman cintakan-” kata-kata Aiman dipotong oleh Asyraf.

“Yup, memang Asy dah lama ada hati kat dia. Sebelum dia jumpa Aiman lagi. Tiga tahun aunty, selama tiga tahun Asy cari dia tapi bila Asy dah jumpa dia, dia nampak bahagia dengan Aiman. Asy yakin Aiman takkan lukakan dia tapi Asy silap. Malam ni dah buktikan segala-galanya. Asy janji Asy takkan biarkan siapa-siapa lukakan hati Dania lagi termasuk kau Aiman.” Asyraf melangkah pergi meninggalkan mereka semua dalam keadaan terpinga-pinga.

“Jom!”

“Eh nak pergi mana ni? Saya nak bagi masak lemak ikan keli ni pada Aiman.”

“Kau ni tak tahu malu ke? Dia orang dah hina kau macam-macam kau masih lagi ada hati nak bagi dia benda ni?” Air mata yang ditahan-tahan sedari tadi mengalir juga. “Dah jom!” Asyraf menarik tangan Dania, menyebabkan bekal di tangannya jatuh di atas lantai. Sebagaimana jatuh bekal itu, begitulah juga jatuh berkecainya hati Dania apabila dihina oleh Datin Syarifah dan Melissa.

*****

(Sebulan kemudian)

“Dik, kasi abang mi goreng basah satu. Air milo ais.” Budak perempuan dalam lingkungan 18 tahun itu mengangguk selepas mengambil pesanan dari lelaki itu. Alhamdulillah setelah kedatangan Dania, sambutan pelanggan ke gerai kecil itu amat memuaskan. Keramahan Dania menarik para pelanggan untuk terus berkunjung.

“Akak, mi goreng basah satu ek.”

“Okay.”

Berkerut-kerut dahi lelaki itu menjamah mi goreng basah di hadapannya. Macam ada yang tak kena je. Mira mula bermonolog dalam hati. “Dik sini kejap.” Mira menghampiri lelaki berpakaian t-shirt polo itu.

“Boleh abang jumpa orang yang masak mi goreng ni?”

“Eh kenapa abang?”

“Tak ada apa-apa. Abang saja nak jumpa dengan tukang masak kedai ni.” Mira akur dengan permintaan pelanggan tadi. Dia menuju ke dapur. Sejak ibunya tidak sihat, Dania lah banyak membantu keluarganya. Membantu dari segi kewangan dan juga tenaga. “Akak, ada abang hensem nak jumpa.” Dania mengangkat sebelah kening, menayang muka pelik pada Mira. Sebelum ni tak pernah-pernah pulak ada mamat hensem nak jumpa aku. “Akak taruh apa dalam mi goreng akak tu? sampai ada orang tangkap cintan kot.” Mira sudah mula menyakat Dania. Ada saja idea mahu mengusik kakak angkatnya. “Ada lah. Akak baca ayat-ayat cinta sikit. Ish, kalau tak pergi jumpa boleh tak? Akak sibuk ni.” Mira menggeleng. Memang tak logik langsung alasannya. Cuma ada empat pelanggan je sekarang. Kalau tadi tu ye lah sibuk pun sebab ramai. “Akak pergi la cepat. Jangan buat abang tu tunggu lama-lama.” Dania merengus geram. “Ye lah ye lah.”

“Ye encik. Ada apa encik nak jumpa saya? Mi goreng saya tu sedap sangat ke?” soal Dania pada lelaki yang sedang duduk membelakanginya. “Sedap awak cakap? Apa kedai ni kehabisan garam ke? Langsung tak ada rasa. Tawar.” Dania menelan air liur, membasahkan tekaknya yang mulai perit. Aku rasa ni macam suara Asyraf. “A-Asyraf? Apa awak buat kat sini?”

*****

“Kau apa khabar? Sihat?” Dania mengangguk sambil tersenyum. Matanya terpikat pada keindahan sawah padi di depan matanya. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Asyraf menjadi semakin tertawan dengan kecantikan Dania apatah lagi sekarang gadis manis itu bertambah manis mengenakan tudung bawal berwarna pink lembut. “Asyraf kenapa awak tengok saya macam tu?” Dania menahan debar di dada. Entah kenapa hatinya jadi tak menentu saat mata mereka berdua bertembung. Masih terngiang-ngiang lagi soalan yang terpacul keluar dari bibir lelaki itu.

“Saja. Maybe sebab aku rindu kau.”

“Rindu?” Asyraf mengangguk, mengiyakan soalan Dania tadi.

“Aku tak sangka sejauh ni kau pergi. Puas aku cari kau Dania. Dah macam tak tentu arah aku rasa dan akhirnya lepas satu bulan, aku jumpa kau kat sini. Itu pun aku dapat tahu dari Kak Zie lepas aku paksa dia untuk ceritakan pada aku kat mana kau sekarang.”

“Saya-saya tak berniat nak buat awak macam tu. Saya mintak maaf.”

“Tak apa. Kau tak salah. Aku yang salah sebab paksa kau untuk terima aku. I’m sorry for that night. Aku tak patut tanya soalan macam tu pada kau. Aku rasa cukup lah buat masa sekarang. As long as aku dah tahu kau kat mana, itu pun dah cukup untuk aku. Thanks Dania and I hope we can still be friend.” Asyraf bangun, mahu meninggalkan Dania di situ. Bagi dia, melihat Dania gembira bersama orang lain pun sudah memadai. Cinta tak semestinya memiliki. Dania kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.


“Akak mana abang hensem tu tadi?”

“Dia dah balik dah.”

“Balik? Akak tak pergi kejar dia ke? Akak cepat lah pergi kejar dia. Dia sanggup datang sini untuk cari akak. Mira dah dengar semuanya tadi. Abang tu nampak ikhlas sayangkan akak. Bukan senang kita nak jumpa orang yang jujur sayangkan kita.” Dania menggigit bibir. Setiap kata Mira tadi ada benarnya. Setiap masa yang diluangkan bersama lelaki itu berlayar dalam fikirannya. Pergaduhan, kata-kata sinis, dan senyuman Asyraf semuanya sedang bermain dalam mindanya. “Mira, pinjam motor.” Mira tersenyum. Inilah semangat yang kita perlukan, go kak Dania!

Dania melilau-melilau mencari kelibat Asyraf. Dalam hati dia mula mengutuk diri sendiri. Sudah terlambat kah untuk dia menyedari akan perasaannya pada Asyraf? “Asyraf angkatlah telefon!” Beberapa kali dia cuba menghubungi lelaki itu namun tiada jawapan.

“Kau cari aku ke?” Hampir terjerit Dania disitu apabila bayang lelaki itu muncul dari mana entah.

“Ha’ah saya cari awak sebab hmmm…sebab”

“Sebab apa?”

“Saya nak jawab soalan awak hari itu.”

“Soalan? Soalan apa?” Dania menggigit bibir, geram dengan Asyraf yang sengaja buat-buat tak ingat.

“Saya-saya sukakan awak jugak. Mintak maaf sebab dah terlambat baru saya sedar tentang perasaan saya. Saya tak sangka lelaki macam awak sukakan saya. Awak perfect, saya pula ada banyak kelemahan. Saya ni tak pandai masak lepas tu-”

“Tu aku tahu. Tak apa benda tu boleh belajar.”

“Saya harap awak dapat terima saya seadanya.” Panjang lebar Dania berucap. Dia tersenyum. Perasaan yang terbuku di hatinya terluah juga. Kini dia hanya menunggu respons lelaki di hadapannya saja.


“Miss Dania Ilyani, will you marry me?”

“Huh?” Dania naik blur tiba-tiba.

"Cepat lah jawab. Kau nak biar aku melutut lama-lama ke kat sini?"

"Awak ni kan! Okay saya terima tawaran awak, Mr. Asyraf and awak akan terikat dengan saya sampai bila-bila. Sebab awak Mr.Chef saya. Deal?"

"Deal."

Tawa mereka bersatu.




Masih belum terlambat untuk mereka berdua mengapai bahagia kerana peluang untuk bahagia itu sentiasa ada. Kalau dah jodoh tak kemana kan?



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.