Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,347
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

SUASANA pagi benar-benar menenangkan hati Izzara. Selalunya dia mendapat idea untuk menulis di waktu pagi. Tapi memandangkan hari ini kenduri akan berlangsung, Izzara kuburkan niat untuk menulis dan fokus pada kenduri hari ini. Alhamdulillah semalam ramai juga datang menolong. Sekurang-kurangnya settle juga segala kerja. Izzara mengeluarkan sepasang baju kurung dari almari. Warna biru laut, warna kegemarannya dipadankan pula dengan shawl kelabu. Daripada tadi tak nampak pula batang hidung Izz. Entah ke mana lelaki itu pergi.

Sarah pula dah tak menangis macamsemalam. Berguna juga idea yang aku bagi. Cara paling mudah untuk sakitkan hati orang yang sakitkan hati kita ialah tunjukkan kita bahagia tanpa dia. Well, dan Sarah nampak bahagia dengan Reza.

"Thanks. Semalam terus Muaz call aku bila aku upload gambar selfie aku and Abang Ray dekat IG."

Abang Ray?

Hmm....Reza pun sama, pandai ambil peluang. Kalau dah suka tu, macam-macam sanggup dibuat, sanggup dikejar.

Izzara mengeluh. Bulan depan masuk bulan kesembilan usia perkahwinannya dan Izz. Tapi dia dan Izz macam tu juga.Serius macam duduk dengan housemate dalam satu rumah yang sama saja. Baju kurung tadi diseterika. Begitu juga dengan shawl kelabunya. Malas dia nak semakkan fikirannya.

"Mak Su, Pak Su balik dah ka?" Keletah Hanan yang pandai bercakap menghiburkan hatinya. "Hanan ni mesti ada apa-apa cari Pak Su ni kan?" Izzara bercekak pinggang. Saja tayang muka garang. Hanan menyengih. Payah pulak Mak Su ni. Tahu-tahu je. "Ada lah tu kalau dah sengih-sengih tu. Cepat bagitahu Mak Su."

"Mana boleh Mak Su. Ni hal lelaki."

Amboii! Kecik-kecik pun cakap macamorang besar. "Tak apa lah Mak Su. Kalau Pak Su balik, cerita kat Hanan okay?"

Balik? Eh kejap, Izz pergi mana?

"Hanan!"

"Apa Mak Su?"

"Pak Su pi mana? Mak Su lupa nak tanya dia."

"Pak Su pi ambik Tok dengan Tok Ma la kat airport."

Ohh, patut lah aku tak nampak batang hidung dia.

 

Langkahnya terhenti saat dia ternampak susuk tubuh itu. Mata dah hampir nak berair, kaki terkaku, dan matanya cuba dilarikan tapi gagal. Senyuman bahagia lelaki itu benar-benar buat Izzara sakit hati. Kenapa dia boleh senyum macam tiada apa-apa yang berlaku? 3 tahun yang lalu, senang-senang saja ingat aku boleh lupa?

"Zara..." Lelaki  itu kelihatan terkesima. Hilang senyumannya tadi.

"Abang Aiman..." Lambat-lambat Izzara menyebut lelaki itu.

"Zara sihat?" Sihat? Kau tak tahu betapa sakit hati aku? Rasa mahu cekik lelaki di depannya.

"Abang! Abang pi mana? Letihlah lagu ni." Suara rengekan Sofia jelas kedengaran. Mata Sofia beralih pada Izzara yang tercegat berdiri di hadapan suaminya. Hmm dah banyak berubah rupanya si Zara ni. Makin cantik tapi mana mungkin boleh lawan aku! "Oh Zara, lama tak dengaq habaq. Suami hang mana?" Sengaja Sofia tekankan perkataan suami supaya Aiman sedar bekas tunangnya itu dah pun berlaki. Jangan cuba nak rapat kembali. Penat dia cuba goda Aiman. Daripada Aiman jadi tunang Izzara, dia berjaya menukar status Aiman menjadi suaminya.

"Suami aku..." Izzara tercari-cari bayang Izz. Dari tadi tak nampak batang hidung. Papa dan mama dah lama sampai. Pergi mana pulak?

"Sayang, cari abang ke?" Izz tiba-tiba muncul dari belakang.

"Ya Allah!" Terkejut Izzara dibuatnya. Tangan sengaja dilingkarkan ke pinggang isterinya. Entah kenapa pandangan lelaki dihadapannya dirasakan bukan pandangan biasa. Seperti menyimpan suatu perasaan pada Izzara. Aiman perhatikan Izzara. Hatinya meluap rasa cemburu dengan gelagat sepasang suami isteri itu.

 "Abang ni sengaja buat sayang terkejut tau." Izzara terkedu melihat Izz yang turut memakai baju melayu berwarna biru. Macam berjanji pulak padahal tak pun.

"Sayang lah buat abang terkejut. Terkejut abang tengok isteri abang ni cantik sangat." Hidung mancung Izzara dicuitnya. Calon suami mithali terus jadinya.

Wekkk! Zara, tahan muntah dulu. Bukan calon suami mithali dah ni, ni kategori calon pelakon terbaik drama!

"Ehemm, Zara hang tak mau kenaikan kami ka dengan suami hang ni?" Soal Sofia. Dari tadi dok bermanja. Sakit mata ni tengok gelagat hangpa. Aiman? Jangan harap nak puji aku macam tu. Untung si Zara dapat suami macam Izz, dalam hati Sofia menangis.

"Oh abang, lupa sayang nak kenalkan. Ni Sofia dan suami dia, Aiman."

"Saya Izz, suami Izzara. Sayang, jom. Abang ada surprise untuk sayang. Sofia, Aiman jomlah sekali." Mereka berdua terpinga-pinga sebelum mengangguk. Izzara tak faham. Surprise apa pulak si Izz ni? Genggaman Izz kuat pada tangannya. Alangkah bagusnya kalau kita betul-betul saling sayang antara satu sama lain.

"Abang, tunggu lah sat!" Terkial-kial Sofia mendapatkan Aiman. Laju pula langkah Aiman, betul-betul rapat dengan Izzara. 

"Happy birthday sayang." Bisik Izz di telinga Izzara. Terharu Izzara melihat ahli keluarganya yang berkumpul beramai-ramai. Sebiji kek terletak elok di atas meja. Matanya terasa berkaca. Lekas-lekas dia menyeka air matanya yang tumpah. "Ini lah hal lelaki yang Hanan cakap kat Mak Su tu. Kami dua ikut Pak Su pi cari kek besaq punya untuk Mak Su. Mak Su, anak patung Shinchan atas kek tu, boleh bagi Hanan dak?" Semua tergelak mendengar celoteh Hanan. Pandai pulak dia mintak anak patung atas kek tu. Izzara angguk sebelum memeluk anak saudaranya.

Nyanyian Allah selamatkan kamu berkumandang. Selesai memotong kek, Izz menyuapkan kek ke mulut Izzara.

"Awak?"

"Hmm?"

"Terima kasih."

"Terima kasih je?"

"Habis tu?"

"Kau ingat semua ni free?"

Aku dah agak dah! Dia mesti plan something.

"Kena bayar ke?"

"Yes, of course."

Izz tersenyum sinis. Izzara pula tersenyum tawar. Udang di sebalik batu betullah!  Apabila Along nak mengambil gambar, dua-dua terpaksa maniskanmuka. Konon nak simpan buat kenangan Along kata. Layankan je lah...

Aiman tak betah duduk lama di situ. Hatinya jadi tak aman. Izz, lelaki yang berjaya miliki Izzara direnung tajam. Jangan ingat semua tu akan kekal selamanya.

"Sofia, jom balik."

"Abang, Fia baru nak makan ni." Baru nak merasa kek perisa red velvet.

"Aku cakap balik, hang tak dengaq ka?" Aiman tarik kasar tangan Sofia. Entah hantu apa yang rasuksuaminya tengah-tengah hari ni.

"Abang, sat lagi dah nak mula kenduri. Takkan tak mau tunggu sat?" Pandangan tajam Aiman buat Sofia terkelu. 

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.