Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,329
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

P-PAPA…” Kedua-dua mereka jelas tergamam.Mana taknya, papa elok tercegat depan pintu dengan reaksi tak puas hati. Bingit telinga bila mendengar suara mereka dari luar office lagi. Dia sebagai ayah yang berasa malu.

          “So cerita pada papa, apa sebenarnya yang jadi? Sampai bergaduh macam ni?” Datuk Talib mengambil tempat duduk Izz manakala Izz dan Izzara pulak duduk bertentangan dengannya. Sudah macam sesi kaunseling pun ada. Izzara dan Izz masing-masing tayang senyum gemuruh. Macam mana papa terdetik hati nak datang office pulak?

“Awak ceritalah.”

“Awak lah cerita.” Izz cuba berdalih. Kenapa tak Izzara je cerita pada papa? Dia yang cari pasal dulu.

“Cepatlah.” Izzara geram. Depan papa sempat lagi Izz berlakon. Bersaya awak pulak.

“Ish, kenapa saya pulak?”

Akhirnya kepala Datuk Talib yang pening. Rasa macam berurusan dengan budak tadika pun ada. “Sudah! Sekarang Izz cerita pada papa. Lepas tu Zara pula.” Mereka terpaksa akur. Kalau papa naik angin, habis ribut taufan syarikat ni. “So?” Datuk Talib masih tak jemu menantikan jawapan anak lelakinya.

“Zara yang mula dulu.”

Aik? Tiba-tiba aku yang terus kena?

Datuk Talib cuba menjadi pendengar setia kepada mereka berdua. Hajatnya datang sekadar nak melihat anak dan menantunya tup tup lain yang jadi. Izzara perhatikan saja mamat di sebelahnya.Jangan sampai dia betul-betul buka gelanggang WWE kalau si Izz salah bagi kenyataan. Itu boleh mengundang kemarahan.

“Dia masuk bilik Izz lepas tu marah-marah. Izz dah lah tengah buat kerja waktu tu.” 

Eleh mengadu konon! 

“Papa, Abang Izz ni-”

“Zara bagi Izz habis cakap dulu.” Izzara terdiam. Tak apa kita dengar apa yang dia nak bubuh dalam penipuan dia.

“Okay pa.”

“Dia marah sebab Izz tak setuju dengan apa yang dia nak.”

Betul, memang aku tak setuju! Aku nak dia ubah perangai dia yang berlagak tu. Cuba hormat sikit dengan pekerja. Dia okay je dengan semua staf syarikat ni cuma bila mood swing dia datang melawat,siaplah semua orang lain. Nak duduk pun tak tenang. Macam nak jawab exam saja lagaknya.

“Zara nak Izz minta cuti, bawak dia keluar makan angin. Izz sibuk, tak sempatlah.” Hah, puas hati aku! Izz gelak dalam hati. Gelak jahat pula tu. Terbeliak mata Izzara. Ni penipu tahap bikin darah mendidih takat suhu 100 degree celcius dah ni. “Sebab tu je gaduh?” Datuk Talib tertawa sendiri. Izzara yang tengok naik hairan. Ini bukan lawak, ini namanya teraniaya. Arghhh!

“Mana ada sebab tu je pa.” Izzara menambah.

“Sebab apa lagi?”

“Abang Izz dah janji nak belanja semua staf makan. Lepas tu tak jadi pula.”

Pulak dah? Bila masa aku janji?

Pertandingan berlawan pandangan berlaku selama 3 minit. Izz geram dengan Izzara dan begitulah juga sebaliknya.

“Hmm, papa dah fikir penyelesaian yang terbaik. Hari ini dengan esok, papa izinkan Izz cuti. Ambil cuti bawa Zara pergi jalan-jalan. Lagipun Izz asyik bekerja je, kesian juga dekat Zara. Kerja satu pejabat pun bincang soal kerja lagi. Mestilah Zara pun bosan kan? And pasal belanja makan tu, biar papa yang handle. Zara ke yang bagi cadangan untuk treat our staffs?” Izzara angguk lemah. Baru nak pekena si Izz tapi papa pula nak handle.“I like your idea. That’s why Zara ni menantu yang terbaik because your heart is kind and generous. Izz, kalau Izz berani treat Zara dengan buruk, you better watch your back okay?” Izz dah masam muka. Rasa macam dianaktirikan saja padahal Izzara cuma menantu saja.  

“Pa, Zara okay je kalau tak bercuti pun. Lagipun Abang Izz mesti banyak benda nak settle. Meeting pun ada banyak.”

“No no… you don’t need to worry about that anymore. Start sekarang Izz dan Zara dah bercuti. So, go now. Papa boleh handle semua ni.”

“Tapi pa-” Izz pula cuba nasib. Hatinya berat nak bercuti. Dah lah kerja penting masih tak settle. Ada deal yang melibatkan jutaan ringgit, nak jumpa client lagi. Tak ada masa lah nak bercuti, berseronok.

“No buts, just enjoy your holiday.”

 

“Ni semua sebab kau!” Izz lontarkan rasa tak puas hatinya pada Izzara. Masing-masing dah turun ke bawah dengan muka sebal. Tak sangka pergaduhan tadi jadi macam ni pula. Izzara malas nak dengar bebelan Izz lagi.Syok juga bercuti. Boleh lah dia siapkan manuskrip novelnya. Kaki laju mahu melangkah ke myvi namun dia terhenti saat Izz menghalangnya. “Kau nak pergi mana ni?”

“Laa, baliklah.”

“Siapa suruh kau balik? Nah, kunci.” Tak sempat  buat atau kata apa-apa, Izzara terpaksa ambil saja kunci di tangan Izz. Izz selamba masuk ke tempat duduk penumpang. Apa lagi, nak suruh si Izzara drive lah.

“Kita nak pergi mana ni?”

“Papa dah bagi cuti, kita cuti lah. Itu pun kau tanya lagi?”

“Hisy, karang tak tanya cakap saya ni memandai buat keputusan sendiri. Bila tanya, cakap macam tu pula. Nasib baik awak ni anak orang, kalau awak ni anak cicak, dah lama saya lastik keluar kereta ni. Cepatlah, nak saya drive pergi mana?”

“Sekarang ni kau bawa je pergi mana-mana. aku nak tidur, dah sampai kau kejut aku. Faham?”

Izzara jeling. Izz dah lelapkan mata. Enjin terus dihidupkan dan lama-kelamaan, Iz hanyut dalam lenanya.

 

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.