Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,344
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

IZZARA tenung jam beberapa kali. Pukul 11 kejap lagi dia akan bertolak ke Perlis Indera Kayangan, kampung tumpah darahnya. Tak sabar nak jumpa mak, ayah, along, kak long, anak-anak buah semua. Mesti meriah. Tak ada lah sunyi macam duduk di KL.

"Kau ada kat mana ni?"Soalan di corong telefon buatkan Izzara geram. Kan dah suruh aku balik sendiri tiba-tiba call tanya pulak. "Saya ada dekat TBS lah. Pukul 11 kejap lagi naik bas. Awak call ni kenapa? Dah buang tebiat?"

"Aku ada sini. Nak bawak kau balik kampung. Dah jom."

Dia nak balik sekali ke? Semalam kata kerja banyak. Kau baliklah sorang. Hari ini cakap lain pula. Apakah permainan dia ni?

"Awak tak prank saya kan? Tapi tiket ni, takkan nak burn macam tu je."

"Kau jangan buang masa akuboleh tak? Aku dah ada bawah ni..Cepat!"

"Yelah. Ish tak pernah nak ikhlas betul lah."

"Kau cakap apa?"

"Tak ada apa-apa. Saya on the way nak turun ni."

 

SUASANA dalam kereta sunyi semacam. Dah nak dekat dua jam perjalanan, satu bunyi pun tak keluar kecuali suara sorang minah ni. Hingaq ya amat...

Tapi macam mana dia boleh ikut sekali? Sarah, sepupu Izz. Tak pernah nak ikut balik Perlis dan kali ni dia pula yang paling beria-ria. "Zara, lambat lagi ke nak sampai ni?" Izzara menyampah. Apahal tanya soalan bodoh sangat. Baru nak dekat dua jam perjalanan,confirm lah tak sampai lagi dan Izz dah lena kat belakang. Terpaksa lah aku layan minah ni sorang-sorang. Tabahkan lah hati aku dari termaki dia ni.  Izzara tak sangka Izz sanggup bagi dia bawa kereta maklumlah Izz sejenis makhluk yang sayangkan kereta, tapi nak suruh Izz bawa macam kesian pula. Nampak letih je. Tak cukup tidur kot.

"Zara, aku lapar ni.Berhentilah makan dulu."

"R & R lambat lagi. Ada dalam sejam."

"Lambatnyaa..." Dah merengek macam budak kecik pula. Tak ada masa lah nak layan.

"Saya ada bawa roti dalam beg tu. Makan lah roti dulu." Teringat akan roti Gardenia perisa Vanilla dalam beg tadi. Ingat nak buat bekal untuk dalam bas tadi.

"Roti? Kau suruh aku makan roti? Aku lapar makanan berat."

"Roti okay juga sebab ada kibohidrat. Awak makan dulu untuk alas perut. Nanti kita jumpa R &R, saya berhenti"

Sarah terdiam. Dah orang offer ambik je lah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Beg Izzara lekas-lekas digeledah. Ni lah padah tak nak breakfast dulu. Bila perut bunyi, kalut pi cari makanan.


"Awak, kita dah sampai R&R ni." Bahu Izz dicuit beberapa kali. Tidur lena sungguh mamat ni. Apa semalam tak tidur ke? Izz terkejut. Wajahnya diraup beberapa kali. Haish macam mana boleh terlena sampai macam ni.

"Abang Izz, seronok tengok Abang Izz lena. Handsome macam Sleeping Handsome je." Heh, apa punya pujian tu? Seronok apanya. Dia pun lena sekali. Tinggal aku je yang berjaga. Izzara geleng. "Kita berhenti solat jamak dulu then kita teruskan perjalanan." Izz angguk dengan cadangan Izzara. Semalam dia memang tak boleh nak lelap. Lega sikit dapat tidur tadi. At least dapat lepaskan penat.Mujurlah Izzara boleh bawa kereta.

"Cepatlah sikit. Aku lapar dahni." Bebel Sarah.

"Yelah..."

 

"BAK kunci."

"Awak nak bawa ke? Tak ngantuk dah?" Soal Izzara prihatin. Sebenci-benci dia pada Izz yang poyo ni pun tak ada lah sampai tahap kejam. Dia kesian juga pada lelaki itu. "Hmm, kau duduk sebelah aku. Biar Sarah duduk belakang."

Erkk, perlu ke duduk sebelah? Nak ke Sarah berjauhan dari sepupu kesayangan dia ni?

"Sarah nak duduk sebelah Abang Izz."

"Jangan nak jadi budak-budak. Duduk mana-mana sama je."

"Tapi Zara boleh pula duduk depan. Kata duduk mana-mana sama je."

Tu betul juga.

"Sarah, Abang Izz letih ni.Nak kena tinggal tepi jalan?" Sarah laju menggeleng. Takut kena tinggal betul-betul lah tu. Izzara mengeluh. Hal tempat duduk pun jadi isu ke? Mereka masing-masing masuk ke dalam kereta. Sarah dah tarik muka. Merajuk kononnya. Izz geleng kepala saja. Sepupunya perangai macam budak-budak. Sampai tak bertempat perangai mengadanya.

Sarah lena dibelakang. Izzara pula tahan mata daripada tidur. Nak temankan Izz memandu kononnya. Kesian Izz tak ada teman nak berbual. Padahal dari tadi masing-masing diam saja. Lagu di radio saja berkumandang.

 Izz perhatikan je Izzara. Dah masuk kali keberapa dah Izzara menguap. Suruh tidur tak nak. Degil betul. Syok sangat nak balik Perlis agaknya. Macam budak-budak.

 "Kau nak tidur, tidur je lah."

"Takpa saya tak mengantuk." Serentak itu, Izara menguap. Izz tergelak. Tak mengantuk apanya.

"Mak dengan ayah jemput siapa je untuk kenduri?"

"Semua orang kampung, orang surau, Along, Kak Long pun balik juga. Saya rindu nak jumpa Hanan dengan Hanim. Lama tak jumpa diorang. Mesti masing-masing dah besar kan." Izz mengangguk. Dia pun dah lama tak jumpa anak-anak buahnya. Kalau balik je mesti ajak Izz pi kedai. Kecik-kecik pun dah pandai pow duit orang. 

"Berapa umur diorang tahun ni? Hanan 5 tahun, Hanim 3 tahun kan?"

 Diam. Tak ada jawapan. Wajah Izzara dipandang. Dah tidur rupanya. Patut senyap. Punya lah nak tahan mengantuk last-last tidur juga.

 

IZZARA menenyeh-nenyeh mata. Rasa macam lama je dalam kereta. Suara bergelak-tawa yang datang dari arah mana membuatkan matanya jadi segar. Kelam-kabut dia lihat suasana luar. Hari ni dah petang dan kenapa dia sorang yang ada dalam kereta ni ? Tak ada orang pun kejutkan dia. Izz dengan Sarah, dua-dua sama je. Kecewa betul.

"Zara masuk bilik dulu."Semua mata tertumpu padanya. Rasa nak menangis pun ada. Sampai hati bergelak-sakan lepas tu tinggalkan aku tidur sorang-sorang dalam kereta. Pintu bilik dihempas kuat hingga terkejut semua yang duduk di ruang tamu.

Izzara mengelap air mata. Lantas dia ambik keputusan untuk mandi. Boleh dia tenangkan diri. Habis saja mandi dan memakai baju, dia duduk di hujung katil. Rambutnya dikeringkan menggunakan tuala. Suara gelak-tawa di luar makin berkurang. Kelibat seseorang yang masuk ke dalam bilik memang nak naikkan anginnya betul. Geram Izzara.

"Awak nak apa masuk sini? Ni bilik saya." Muka Izzara jelas tunjukkan bahawa dia bengang dengan sikap Izz.

"Kau kenapa sampai hempas-hempas pintu bilik? Tak malu pada mak ayah? Perangai macam budak-budak."

"Ikut suka saya lah. Awak tu dah kenapa? Pergilah duduk depan. Bergelak-tawa sampai lupa saya kat dalam kereta. Agaknya kalau besok pagi saya bangun pun satu rumah ni tak perasan yang saya tak ada. Dah lah saya nak solat. Sakit hati je melayan perangai awak."

Izz naik serabut. Ishh tak fahamlah hati perempuan ni. Kejap okay kejap tak.

 

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.