Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,340
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

NAFAS ditarik berulang kali.Macam manalah boleh kantoi mengumpat semalam? Izzara rasa nak rendam kepaladalam sinki. Masih kuat dalam ingatan macam mana Izz pandang dia semalam,serupa singa nak telan daging je. Takut tu memang takut tapi Izzara tetap buat selamba. Buat macam tak ada apa-apa. Depan Izz tunjuk berani walhal dalam hatiTuhan saja tahu. Izzara jalan terjengket-jengket supaya bunyi tapak kakinya tak kedengaran, dengan harapan takkan bertembung dengan Izz. Rasanya kalau terserempak dengan Izz tak tahu nak buat macam mana. Berlakon tak bersalah or minta maaf? Rasa bersalah juga sebab sebut nama Lisa sekali dalam umpatan tu.Tak baik betul mulut ni! Serentak itu, mulutnya ditampar.

 Gadis itu turun tangga perlahan-lahan tapi sebaik saja sampai ke bawah, dia naik hairan sebab suasana sunyi semacam je. Izz dah tak ada ke? Ruang tamu turut sunyi seperti tak ada orang langsung. Memikirkan perut yang dah lapar, Izzara terus gerak ke dapur dan keluarkan sekotak jus oren dari peti ais untuk sarapan pagi. Roti dan juga jem turut disambar dan dibawa ke meja makan. Handphone lekas-lekas dikeluarkan dari handbagnya. Nombor telefon Izz dicari dan mesej pula ditaip.


Awak dah ada kat office ke?


Butang send disentuh. Kemudian Izzara tumpu pada makanan di depan mata kembali. Cukuplah dua keping roti dan dua gelas jus oren sudah membuatkannya kenyang. Handphone dicapai kembali tapi hampeh! Mesejnya langsung tak dibalas Izz. At least kalau taip yes saja pun dah memadai. Tak payah nak taip panjang-panjang. Tapi ini tak balas terus. Nombor Izz didail pula. Kalau mesej tak balas, kita tengok pula Izz angkat call atau pun tak. Setelah beberapa minit mencuba nasib, Izzara akhirnya menyerah kalah. Satu rengusan penuh geram keluar darinya. Tanpa memperdulikan Izz lagi, Izzara cepat-cepat capai kunci kereta dan keluar dari rumah. Nanti lambat, kena marah pula.

 

Muka semua dah macam tak senang duduk. Macam ayam berak kapur pun ada. Ada apa-apa jadi ke dalam office ni? “GET OUT!” Suara ngauman singa jadian mana ni? Seorang wanita dalam lingkungan 40-an terkocoh-kocoh keluar sambil membawa fail di tangan. Air mata mengalir keluar dari matanya.

“Kak, kenapa ni?”

“Akak tak tahan dah Zara. Akak nak berhenti. Sekarang juga akak bagi surat resign!”

Izzara ternganga. Dia tak mampu nak ungkapkan apa-apa kata melainkan masuk ke dalam bilik Naufal Izzan yang tengah mengamuk tak tentu pasal tu. Mood swing ke apa?

“Awak ni dah kenapa?”

“Kenapa apa?” Tenang saja Izz menyoal Izzara kembali. Pelik Izzara dengan perangai Izz. Tadi bukan ke tengah naik angin? Sekarang nampak cool pulak. Izz sambung menaip. Nak tunjuk dia sangat sibuk dan tak sempat untuk berbual kosong dengan isterinya di pagi-pagi buta ni. “Awak terpekik-pekik marah orang tu kenapa? Kesian saya tengok Kak Wati keluar daripada bilik ni dengan menangisnya. Siap kata nak resign bagai. Semua sebab awak.” Gadis itu tidak dapat mengawal kemarahan. Handbag yang tadi elok tersangkut di bahu kiri kini elok terbaring atas lantai. Dia tak peduli. Orang yang perasan bagus macam Izz patut diajar. Tak boleh kompromi dah ni.

“Itu saja kau nak cakap? Kalau tak ada benda penting, better kau pergi buat kerja kau.” Izz gelak sinis. Ingat dia kisah orang nak menangis ke, nak letak jawatan ke, yang penting kerja yang dah diberikan mestilah kena buat betul-betul. Ini isi data pun masih lagi salah.Bukannya kerja setahun dua, dah bertahun-tahun kerja. Izzara dah siap senteng lengan baju kemejanya. Kalau ada gelanggang gusti, dah lama dia ajak Izz berlawan. Biar dia keluarkan skill berlawannya sampai pengsan si Izz dan lepas itu insaf terus.

“Eiii, sakitnya hati bercakap dengan awak yang tak ada perasaan ni. Semuanya awak je betul. Awak ingat pekerja-pekerja ni tak ada maruah ke? Awak boleh maki sesuka hati? Sorry lah…sebab semua pekerja yang awak ada sekarang ni lah, syarikat ni boleh berjaya. Kalau tak, jangan haraplah. At least awak appreciate lah sikit. Kalau salah, tak boleh ke tegur elok-elok? Awak jangan ikut mood swing awak je.”

“Kau nak cakap kau pandai jadi bos? Aku pula tak reti jadi bos?” Izzara tergamam. Ke situ pula makhluk ni fikir? “Kau nak cakap aku ni tak reti nak jaga semua staf aku kat syarikat ni? Macam tu?”

“M-mana ada!” Izzara yang makin hampir ke meja Izz terus terundur ke belakang. Pandangan mata Izz benar-benar menakutkan.

 “Saya tak kata pun macam tu.”

“Habis tu semalam? Kau tak mengumpat pasal aku?”

“Semalam tu-” 

"Aku tak peduli kau nak kata aku apa pun sebab kau bukan sesiapa untuk judge aku macam mana!"

"Saya-" Kata-kata  Izzara tergantung apabila pintu dibuka dari luar. Kedua-dua mereka terdiam dan tergamam.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.