Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,346
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

GADIS itu tercengang,mulutnya ternganga luas. Berita yang baru disampaikan sendiri oleh suaminya benar-benar tak dapat dihadam malah turut tidak boleh dihadam oleh orang lain yang ada di situ. Lantas tangan Izz ditarik ke pantri, supaya perbualan mereka nanti tidak akan didengar orang. “Awak ni dah hilang akal ya?” Hilang akal terus dipanggilnya aku? Izz ketap bibir, geram dengan penggunaan ayat Izzara.Terlalu 'sopan'. “Awak nak saya kerja dengan awak? Tak nak saya!” Izz dah agak mesti Izzara tak mahu punya dan sebab itu, dia panggil Izzara datang ke pejabatnya tanpa memberitahu cerita sebenar pada isterinya itu. “So, sekarang saya nak dengar reason awak. Kenapa awak nak saya kerja sini? Dah lah sesuka hati buat announcement dalam meeting. Tak tanya saya pula tu. Kalau ikut saya waktu tu saya nak je hempuk awak.” Izz tergelak. Izzara ni dari tadi tak berhenti bercakap. Pot pet pot pet mulutnya.

“Kau nak membebel ke nak dengar reason aku ambil kau kerja?” Terus Izzara diam. “First reason, ini sebagai bayaran balik waktu aku berlakon jadi suami mithali and celebrate birthday kau kat kampung.”

Hmm…hampeh! Langsung tak ikhlas.

“Second, Kak Ani PA Encik Kassim cuti bersalin so tak ada orang nak gantikan tempat dia.”

PA orang lain yang bersalin, so apa kaitan pulak dengan dia ni? Aku rasa Nora yang jadi PA dia. Nora tak nampak macam baru lepas bersalin pun.

“Third, aku dah inform papa and dia setuju.”

Pandainya buat keputusan sendiri. sepatutnya tanya aku dulu! Eii, geramlah dia ni!

“Fourth, daripada kau duduk goyang kaki kat rumah, baik kau duduk sini tolong aku and last but not least, berapa pun gaji kau nak aku akan bayar.”

Amboi, sedapnya mulut kata aku goyang kaki. Ini aku bengang!

“Kenapa saya kena jadi PA awak?Nora tu awak nak letak mana?”

Serentak itu, Nora masuk ke dalam bilik pantri dengan mata merah. Macam baru lepas nangis saja. Wajahnya memang tak puas hati pada Izzara. Gara-gara Izzara, dia ditukarkan untuk menjadi PA Encik Kassim. “Apa ni Izz? I tak kira you kena hantar isteri you ni untuk ganti post Kak Ani!” Nora tak dapat tahan sabar. Masuk-masuk bilik pantri terus rasa nak mengamuk bila tengok muka si Izzara. “Kenapa you tak suruh wife you ni yang kerja dengan orang tua gatal tu?” Orang tua gatal? Izzara garu kepala. Apa pula drama sebabak depan dia ni?

“That’s it Izz. Saya rasa betul juga cakap Nora tu. Lagipun I am not the right person untuk jadi PA sesiapun dalam syarikat ni. Plus, saya sibuk dengan kerja saya.” Izz mencebik. Sibuk apanya. Ke hulu ke hilir berjalan buang masa. Izzara perasan pandangan suaminya yang lain macam padanya. Pandangan yang penuh keperlian tu.

“So, Nora… you better pilih sama ada nak terus bekerja di sini or diberhentikan?”

Nora dan Izzara sama-sama tercengang dan ini kali kedua Izzara terkedu dengan tindakan Izz. Mula-mula apabila dia yang tidak tahu apa-apa diberikan jawatan sebagai personal assistant kepada Naufal Izzan, dan kali ini apabila Nora diugut pula. “How dare you Izz! I thought you are my best friend tapi you sanggup buat macam ni pada I.” Nora keluar begitu saja. Kakinya dihentak-hentak. Nak tunjuk tanda bengang pada keputusan Izz. Izzara pandang Izz dengan pandangan geram. Tak faham betullah dengan perangai makhluk bernama Izz ni. Tak kesian ke pada Nora? Kalau dia ditempat Nora pun, mesti dia geram juga. Nora ni baik sangat sebab kalau aku, dah lama Izz ni kena belasah.

“Kau dah kenapa pandang aku macam tu?”

“Awak ni tak baik buat macam tu pada Nora. Kalau saya pun saya geram. Dah lah awak decide sendiri. Pandai-pandai awak je.”

“Syarikat ni syarikat kau ke?”

Izzara terdiam. Tengok! Bila nasihat mula nak pekena orang balik. Budak baru nak up macam ni lah!

“Dah tak payah nak cakap banyak. Aku dahaga so buatkan aku nescafe suam.”

“Awak buat-”

“Mulai hari ni kau dah jadi PA aku so apa yang aku nak kau kena ikut termasuklah makan minum aku kat office ni.” 

“Siapa kata saya  nak kerja sini?” Izz memberi isyarat diam pada Izzara. Panggilan yang baru diterimanya tadi disambut dengan serius.

“Helo pa.”

Laa papa rupanya… cakap dengan papa pun muka tegang macam tu? Pelik!

“Ini papa nak cakap.”

Izzara mengambil handphone Izz lalu ditekapkan ke telinga. Sempat air liur ditelan supaya tekaknya yang kering tadi basah. Nanti terkeluar suara jantan papa takut pula. “Assalamualaikum papa. Zara? Alhamdulillah sihat. Kerja sini?” Izz angkat kening. Menanti jawapan isterinya.Tadi kemain kata tak nak, sekarang kita tengok dia berani tak kata tidak pada papa? “Su-suka pa. Semua pekerja layan Zara okay dekat sini.” Tepat tekaannya. Dengan papa, confirm Izzara akan kata ya. “Hujung minggu ni kot kami balik sana. Mama nak buat makan-makan? Okay pa, nanti Zara inform Abang Izz. Take care pa.” Panggilan tadi tamat akhirnya.

 “Nah.” Handphone tadi bertukar tangan.

“So, ready for your first task?”

Senyuman Izz benar-benar menjengkelkan di mata Izzara. “Aku nak nescafe suam and I give you 2 minutes. Kalau tak siap, siap kau aku kerjakan!” Terkedip-kedip Izzara cuba menelan kata-kata Izz. “Tercegat apa lagi? Pergilah bancuh.” Izz berjalan meninggalkan Izzara yang masih cuba terima kenyataan. Apa semua ni?

 

YA ALLAH letihnya badan. Rasa hari ini macam-macam dia kena buat. Siap kena marah lagi dengan Izz. Gara-gara tertumpah air nescafe atas kertas kerja penting. Kelancangan mulut dia tu…haih Tuhan je boleh tahu. Nasib baik aku ni bukan jenis hati lembap kalau tak memang menangis juga lah kat situ. Izzara membuka tudung, tuala ungu lembut yang tersidai dicapai. Tak sabar rasanya nak mandi, dan rehatkan diri.

“Kat,aku ada berita penting nak cerita kat kau ni.”

“Apa dia?”

“Sekarang aku dah jadi PA.”

“What? PA siapa?” Mug ditangan diletak. Menarik juga cerita Izzara ni.

“Cuba kau teka.”

Berkerut-kerut dahi Kat. Lama tak berskype dengan Izzara tup tup suruh teka-teka pula. Ingat nak bertanya khabar ke.

“Ish, cerita je lah. Tak payah nak buat kuiz bagai. Dekat U dulu, kuiz lah paling aku tak suka. Macam tak tahu pula kau ni.”

“Yelah…tak sabar lah kau ni. Aku dapat…eh eh bukan dapat tapi terpaksa jadi PA Izz.” Bersungguh-sungguh betul dia bercerita. Kalau bab bergosip dengan Kat, nombor satu. “Perangai dia…eiii sakit hati aku ni kau tahu tak! Aku ingat dalam rumah ni je perangai dia kerek,rupanya kat pejabat lagi menyebalkan kau tahu. Ada ke patut dia buli aku suruh buat macam-macam? Muka aku ni dah jenuh ulang-alik pergi sana pergi sini. Bila salah sikit, maki!” Kat tergelak. Rasa macam Izzara ni tukang buat lawak pun ada.

“Wait, dia suruh kau buat apa?”

“Macam-macam lah. Malas aku nak story. Tapi banyak rahsia juga aku dapat korek.”

“Rahsia apa?”

“Pasal Izz lah. Budak pejabat panggil dia mamat kurang gula.”

“Hah? Mamat kurang gula? Sebab apa?”

“Hah ni lah aku nak cerita. Izz tu tak pernah nak senyum dekat pejabat. Dengan pekerja-pekerja muka dia memang masam macam tak cukup tidur. Patutlah semua macam takut dengan dia. Kesian siapa yang kahwin dengan dia. Patutlah Lisa pun lari.” Izzara ketawa tanpa dia sedar ada seseorang yang sedang mendengar perbualannya.

“Kau ni tak baik lah. Dia dah jadi suami kau pun. Cuba bersyukur sikit. Bukan senang nak dapat lelaki perfect macam dia.”

“Dah lah wei, aku nak turun. Nak cari makanan.”

“Okay Zara. Bye.”

Izzara bingkas bangun dari katil lalu menuju ke arah pintu. Dengan hati yang lapang, dia melangkah ke luar namun figura yang berdiri di hadapannya begitu mengejutkan. Izz berdiri sambil menyilangkan tangan, pandangan tajam dilontarkan pada Izzara. Izzara berdebar tak tentu arah. 

“Seronok mengutuk aku?”


Habislah! Mati aku kali ni!

 

 

 

 

 

 

 

 vvvv

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.