Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,334
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3


"ADUHH!" Boleh patah hidung aku. Izzara gosok hidungnya. Serupa langgar dinding saja. "Kau jalan memang mata letak kat lutut ke?" Izzara dongak ke atas. Cis, mulut tak ada insurans ni sah-sah lah Naufal Izzan. Tak beradab and tak ada sivik semuanya ada pada Izz.

"Siapa suruh awak halang laluan saya?"

"Halang laluan? Sekarang ni aku duduk elok kat tepi. Ada kau nampak aku duduk tengah jalan?"

Kerja nak menang je dia ni! Jerit Izzara dalam hati.Tak kuasa nak bergaduh dengan Izz.

"Bro, long time no seen."

"Kau dah balik Malaysia? Since when?"

Izzara perhatikan wajah orang yang menyapa Izz. Okayyy, err... lelaki bernama Affat dan Izz kenal satu sama lain.

"Aku balik last week lagi. Kau tu yang busy, bukannya nak lepak dengan aku dah. Kerja sibuk je. Eh, kak! Kau kenal ke kak ni? Kenalkanlah pada aku. Boleh buat calon isteri."

Erkkk.... Affat ni memang selamba macam ni ke? Tak kisah kena penumbuk dengan Izz ke. Tapi Izz bukan anggap aku wife dia pun kan. Izzara tengok muka Izz. Tak ada tanda jealous pun.

"Affat, meet my wife, Izzara Afiqah."

Dan wajah Affat... terkejut gila! Sah-sah tak sangka Izzara ialah isteri kawan dia.

"Whoaa, so inilah Izzara. Wow, I didn't expect this. Melepaslah aku. Aku rasa aku dah jumpa calon isteri and last-last, she is your wife. I am sorry bro."

Izzara gelak tak berapa nak gelak.Affat ni selamba sangat. Isteri orang aku ni. So jangan nak buat calon isteri sangat.

"Kau ni sama macam dulu.Setiap perempuan yang kau jumpa, semua kau cakap macam tu. Sayang, ini lah bestfriend abang. Affat Jasril. He is one of the best architects in Malaysia."

Arkitek? Wah, arkitek rupanya.Ingatkan orang gila terlepas dari wad. Izzara senyum saja.

"Tapi wife kau ni sempoi lah.Tadi kat luar dia tolong aku selamatkan diri."

"Tolong? Tolong apa sayang?" Izz pandang Izzara. Nantikan jawapan isterinya.

Bunyi panggilan buatkan Izzara diamkan diri daripada memberi jawapan pada Izz. Kedua-dua mereka tertumpu pada Affat. Nampak macam busy je. Kalah YB kawasan.

"Guys, ada client nak jumpa. So, nice meeting you Zara. I'm sorry sebab susahkan you tadi. By the way, Izz nanti kita lepak sama-sama. Banyak benda nak bual dengan kau. Bawak lah wife kau ni sekali." Sebuah pelukan dihadiahkan pada Izz.

Bayang Affat lesap dari pintu dewan hotel lima bintang itu. Spontan Izzara lepaskan satu keluhan.

"Aku tak suka kau rapat sangat dengan dia." Terbeliak mata Izzara. Warning apakah ini?

"Jangan cakap awak jealous." Senyum sinis terukir di bibirnya. Izz jealous? Hmm.... macam tunggu kucing jantan beranak lah jawabnya.

"Yes, I am. You're my wife,not his."

"Kan saya cakap saya isteri dalam kurungan kan. Kita kahwin bukan sebab suka sama suka pun. Awak tak boleh paksa saya untuk terus jadi isteri awak kalau saya jatuh cinta pada orang lain.Saya pun takkan halang awak if awak jumpa orang lain yang awak cinta. Win win situation."

Izz terdiam manakala Izzara pula bergerak untuk mengambil makanan. Dari tadi perutnya dah lapar. 

"Dah jom balik. Aku letih." Aik, tadi dia beria ria. Ni nak ajak balik pula. "Saya baru nak makan. Awak takpa lah dah kenyang." Bukan dia tak nampak Izz dah jamah daging kambing bakar tadi. "Kalau nak tinggal sini, kau tinggal. Aku nak balik." Apabila Izz sudah jauh berjalan ke depan, cepat-cepat Izzara melangkah. Izz memang macam tu. Angin tak menentu, kalah perempuan tengah datang bulan.

"Tak jumpa jugak dengan Izfar Murshid aku. Haih..." Akhirnya Izzara ikut juga arahan big boss tadi. Pinggan yang dipegang diletakkan kembali ke tempat asal.

"Cepat lah. Terhegeh-hegeh tu kenapa?"

"Yelah... jenuh lah nak ikut mood dia je. Aku tunjuk mood swing aku baru berterabuq lari."

"Jangan nak mengutuk aku pula." Izzara telan air liur. Tahu pula aku kutuk dia.



LAPARNYA... Izzara dah tak senang duduk. Dari tadi naik kereta, tak jugak sampai rumah. Izz rajin pulak bawak dia ronda-ronda tengok suasana malam. Ingat sweet ke? Dah lah perut macam masuk angin ni.

 "Kau dah kenapa? Dari tadi macam kucing nak beranak."

"Saya lapar." 

"Tahan lah kejap. Baru tak makan tadi dah mengada."

"Awak takpa lah. Melantak tak ingat dunia. Saya baru nak makan, kalut nak ajak balik."

"Diam lah."

Masing-masing diam. Layan perasaan. Izzara senyum sinis. Tahu pun diam, mesti sebab tak tahu nak balas apa lah tu. 

Akhirnya penantian Izzara berakhir. Kakinya lekas-lekas bergerak ke arah pintu. Angkara lapar punya pasal. Nak buat  maggi lah malam ni. Buat dua bungkus terus. Nak masak nasi confirm lambat lah aku boleh makan. Izz geleng kepala. Macam kebuluran sangat dah Izzara ni. Baru saja Izzara capai periuk yang tergantung bersebelahan kabinet, Izz terlebih dahulu menyambar periuk itu. 

"Awak ni dah kenapa? Jangan nak kacau periuk nasi saya. Saya tengah lapar ni."

"Kau duduk situ. Biar aku masak." 

Erkk.... serius?

"Betul ke ni?" Mata gadis itu hampir berair. Aduh, kenapa hati ni mudah tersentuh? 

"Betul lah. Kau nak makan, kau duduk. Tak nak, pergi naik atas tidur." Izz mulakan kerja sedia bahan masakan. 

Cis, baru nak feeling terharu!



IZZARA membelek buku novel Alexandra Potter, penulis novel cinta santai yang digemarinya. Kadang-kadang apabila kebuntuan idea, kena lah juga cari bahan membaca. Relakskan diri daripada writer block. Hari ini Ahad dan seperti biasa, dia akan ke kedai buku menghabiskan sejam dua membelek buku-buku yang tersusun di rak. Izz bukannya mahu mengikut. Sibuk dengan kerja katanya. Hmm tapi bila balik dok elok terbaring atas sofa dengan tv terbuka. Takpa, dia yang bayar elektrik katanya.

"I tengah cari satu malay novel ni but I can't remember the title. Cerita dia... I cuma ingat watak-watak dia. Lelaki itu nama Isacc then perempuan pula Ella. Cerita dia lebih kurang macam misteri but ada unsur-unsur cinta sikit. You boleh carikan untuk I?"

Kenapa aku rasa tu macam cerita aku? Erkk... Isacc dan Ella, dua watak yang tak sepatutnya berjumpa but end up jatuh cinta antara satu sama lain. Isacc sejenis pendiam, simpan banyak rahsia sehingga digelar lelaki misteri dan Ella pula gadis yang sentiasa optimis. Dia percaya dia boleh ubah sikap Isacc dengan cintanya.

"Saya tak pasti buku tu ada atau pun tidak sebab encik tak dapat nak beri tajuk buku tu. Dalam bookstore ni kita ada beratus-ratus buku, encik." Izzara perhatikan staf kedai buku itu dan lelaki yang membelakanginya. Rasa kembang hidung kerana masih ada peminat yang mencari bukunya.

Izzara bergerak ke arah rak buku yang menempatkan buku bertajuk Misteri Cinta itu. Ya tajuk buku tu sebenarnya Misteri Cinta. Jangan tanya kenapa dia pilih tajuk tu.

"Encik, buku ni ke yang encik cari?"

"Awak?" Lelaki itu senyum menampakkan lesung pipit kanannya.

Dan peminatnya ialah Affat Jasril.

 

"IZZ tak ikut awak keluar ke?" Izzara senyum tawar. Izz nak ikut? Jangan haraplah. "Dia busy.Takpa saya pun jenis tak kisah keluar sorang." Suasana kafe tenang, tak tahu pula Izzara tentang kewujudan kafe ini. Affat yang syorkan untuk makan disini.

"Not a clingy type I guess.So, bookstore tu memang port melepak awak ke apa?" Affat tersenyum. Entah kenapa dia boleh terserempak dengan Izzara. At least dapat juga teman berbual.

"Boleh lah. Awak? Memang peminat novel ke?"

"Boleh lah dikatakan sebagai peminat. Saya akan baca bila saya banyak masa terluang. You know saya memang banyak habiskan masa di site or untuk design for client. So, time saya free, saya akan membaca. Novel ni pun my sister yang suggest. Dia kata dia suka cara penulisan novelist ni. Santai but jalan ceritanya tersusun." 

Wah, ni rasa nak terbang ni!

"Zara, I hope you don't mind me asking. Awak dan Izz memang dah kenal lama ke? Saya rasa sebelum ni dia tak pernah pun mention pasal awak. It just make me curious. I'm sorry if that question offended you." Izzara geleng sambil tersenyum. Menurutnya soalan Affat sama sekali tidak menyinggung perasaannya.

"Saya jiran nenek Izz di kampung. Rapat juga keluarga saya dengan arwah nenek Izz. Saya anggap dia macam nenek saya sendiri."

"Oh, saya minta maaf again.Dari semalam saya tak lena tidur sebab fikirkan tentang awak."

Erkk... Uhuk! Uhuk! Direct sungguh ayat dia.

"Awak okay tak?" Izzara angguk. Air kosong dalam gelas diminum sampai habis. Gila apa Affat ni. "Saya okay." Izzara betulkan kedudukan. Nasib baik tak jatuh tertonggeng dari kerusi. Duduk dengan Affat ni, boleh kena heart attack. Nauzubillah...

"Izz beruntung sebab awak jadi bidadari dalam hidup dia,. If I found you first, I swear I wouldn't let you go."

Izzara gabra. Ni confession ke apa? Ke pickup line?

"Awak ni kenapa? Takkan jatuh cinta pada saya kot? Love at first sight ke?" Gurau Izzara. Gelak buat-buatnya jelas kelihatan. Namun terhenti apabila wajah Affat serius.

Biar betul mamat ni!

 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.