Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,343
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

HANDPHONE di tangan masih setia sejak 1 jam 30 minit yang lalu. Sebenarnya tiada apa yang menarik pun di skrin itu sebaliknya dia asyik teringatkan Aiman, kenangan bersama lelaki itu. Aiman, bekas tunangnya 3 tahun dulu. Kenapa Aiman perlu tunjukkan diri semula saat dia dah malas hendak ingat kepada lelaki itu kembali. Tapi nak buat macam mana dah Izzara dan Aiman pun duduk sekampung,terpaksa jugalah menghadap muka satu sama lain. Sedaya upaya Izzara cuba elakkan diri dari terserempak dengan Aiman mahupun Sofia. Selama 3 tahun dia mencuba dan akhirnya dia berjaya. Tapi hari ini tiba-tiba Aiman dan Sofia berani datang, tanpa sebarang rasa bersalah tercalit di wajah mereka. Mungkin 3 tahun cukup untuk mereka lupakan semuanya. Tapi tidak baginya.

Pintu bilik tiba-tiba terkuak. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangan datang menjengah isteri yang langsung tak lalu makan malam. Lepas Asar terus berkurung dalam bilik. Mak cik- mak cik yang teringin nak berjumpa Izzara pun terpaksa balik begitu saja.

“Jauh termenung.” Sapa Izz. Apa lah sebenarnya Izzara tengah fikirkan?

"Kenapa? Termenung dekat je ke boleh?" Annoying betul mamat ni. Izz yang sedang memeluk tubuh terus duduk di birai katil. Izzara lekas-lekas beranjak, memberi ruang pada Izz untuk duduk. Malam ni malas pulak nak bergaduh. Letih kenduri tadi pun tak habis lagi.

"So, care to share?"

"About what?"

"About anything yang buat kau jadi macam ni."

"Jadi macam apa?" Izzara merengus. Skrin handphone digesek-gesek, kasar. Tak suka bila Izz cakap macam tu.

 “Aiman? Ex tunang kau?"

“Ya. Kenapa awak sibuk nak tanya pasal dia? Awak jealous? Jangan risau sebab dia dah tak ada dalam kepala saya ni.Dalam hati saya ada awak sorang je. Puas hati?" Balas Izzara sinis. Dia jelas bengang. Tak suka bila nama Aiman disebut. Lagi geram bila Izz ketawa mengejek. Seolah-olah ketawakan nasib malangnya yang ditinggalkan tunang, ops bukan tunang tapi bekas tunang sudah. "Why are you laughing Mr. Naufal Izzan? Is it funny to you?" Suara tegas Izzara buatkan Izz terdiam. Riak wajah lelaki itu bertukar serius dalam sekelip mata.

"You're the funny one." Balas Izz serius.

"Care to explain?" Izzara letak handphone di sebelah. Dia berpeluk tubuh. Menanti jawapan suaminya. Kenapa Izz sibuk nak tahu hal hidupnya pulak? Fine, let's play the game.

“Kau cakap kau dah lupakan dia butI know you did not. Aku boleh nampak cara kau pandang dia.”

Dah tahu kenapa tanya!

“So awak nak saya buat apa? Balas dendam untuk apa yang dia dah buat?”

"Why not kalau itu yang  buat kau lega? Sometimes, berkongsi sesuatu perasaan tu lebih penting daripada pendamkan semuanya. Luahkan apa yang kau rasa."

"Yes but easier said than done, Mr. Naufal Izzan." Izzara tersenyum sinis. Dia bukan budak-budak,dia dah matang untuk tahu apa yang perlu dia buat dan apa yang tidak. Naufal Izzan bukan sesiapa untuk bagi arahan padanya.

"Habis tu berbaloi kau rasa macam ni tapi di depan orang lain kau tunjuk kau tabah?"

"What about you?"

Izz terdiam. Kenapa bila soalan itu diajukan kembali padanya dia tak boleh balas apa-apa? “Apa beza awak dan saya?Kita tak ada beza pun. Funny right? Lisa Juita... Awak dah lupakan dia?" Berombak dada Izz mendengar nama itu. Nama yang suatu masa dulu selalu meniti bibirnya.

“Aku-”

“Kita masing-masing mangsa keadaan. Awak dan saya, kita berdua masing-masing gunakan perkahwinan ni sebagai alasan untuk keluar daripada apa yang kita lalui. Saya tahu awak masih cintakan Lisa.Am I right?”

Izz masih terkelu. Semua yang dikatakan Izzara betul dan dia tak mampu nak menafikannya.

 

IZZ mencari-cari isterinya yang hilang sejak pagi tadi lagi. Selepas sarapan dia tidak nampak langsung batang hidung Izzara dan sekarang pun dah nak menginjak petang. Mungkin masih merajuk agaknya. Sebab hal semalam Izzara terus-menerus diamkan diri, asyik termenung saja. “Izz, Zara ada di bendang sana. Pi lah cari dia.” Puan Habsah seperti tahu apa yang sedang dicari oleh menantunya. Dari tadi tak senang duduk. “Err… okay mak.” Oh dekat bendang rupanya. Senyuman mulai terbentuk dibibir lantas selipar disarungkan ke kaki.

Padi-padi yang menghijau benar-benar menenangkan hati sesiapapun yang memandang. Izz berjalan sambil menghirup udara segar. Sekali-sekala pulang ke kampung bukanlah suatu idea yang buruk. Dia mengaku sewaktu kecil, pulang ke kampunglah merupakan perkara yang paling tidak disukainya. Izz tersengih sendiri tika teringat kenangan dahulu. Pokok mempelam di hadapannya direnung lama.

“Kau ni lembap lah! Panjat pokok pun terhegeh-hegeh.”

“Sat lah. Cuba  sabaq sikit.”

“Ambil buah yang besar tu.” Izzara angguk kepala. Tangannya cuba mencapai buah mempelam yang berwarna hijau kekuningan itu. Dia sanggup panjat pokok semata-mata untuk penuhi syaratyang ditetapkan Izz tapi Izz ni banyak songeh pula. “Cepatlah sikit!” Setelah berjaya, Izzara turun dengan perasaan puas hati. “Nah. Kita dah jadi kawan kan?” Buah tadi sudah bertukar tangan.

“Izz, kita dah jadi kawan kan?” Sekali lagi soalan yang sama ditanya.

“Siapa nak kawan dengan kau?” Wajah berlagak Izz buat Izzara tercengang. Tadi suruh panjat pokok dan ambil buah baru boleh jadi kawan tapi sekarang menipu pula.

“Tadi hang kata kalau nak jadi kawan hang, aku kena panjat pokok tu. Awat hang tak mau kawan dengan aku pula?” Izzara masih tak puas hati. Pantang betul dia bila ditipu macam ni. Walaupun dia baru 10 tahun tapi dia bukanlah bodoh sampai tak sedar dirinya ditipu oleh Izz. “Kau budak kampung, kita mana boleh kawan.” Izzara ketap bibir menahan geram. “Lagipun kau yang beria-ria nak panjat pokok tu. Aku tak suruh pun.” Buah mempelam di tangan Izz dirampas kasar. “Oh kalau macam tu buah ni aku punya lah sebab aku yang panjat.”

           

“Dah puas termenung?” Wajah Izzara yang tersenyum sinis terpampang di depan mata.Hilang habis lamunannya tadi.

“Kau buat apa dekat bendang ni?”

Orang tanya dia, dia tanya orangbalik, getus Izzara dalam hati.

“Hmm, saya tengah main pondok-pondok. Tak nampak?” Izzara hadiahkan sebuah jelingan pada lelaki itu. Macam mana Izz boleh terfikir untuk datang ke bendang ni? Baru nak layan feeling sorang-sorang. Izzara duduk kembali di tempatnya tadi manakala Izz dengan selamba duduk di sebelah Izzara. Keadaan sunyi menyelubungi mereka waktu itu. Masing-masing memandang ke arah padi-padi yang berwarna kekuningan akibat dilimpahi cahaya matahari. Cantik. Satu perkataan itu cukup menggambarkan suasana tika itu.

“Aku nak minta maaf.” Izz bersuara. Matanya masih memandang hadapan. Pandangan Izzara padanya waktu itu dibiarkan saja. “Aku tahu aku tak patut sibuk hal kau. I’m really sorry.” Sebuah keluhan kecil terlepas dari bibir Izzara. Dia juga dihambat rasa bersalah kerana terlalu mengikut emosi. Kerana geram pada Aiman, dia melempiaskan kemarahan pada Izz. “Awak ingat tak pokok mempelam tu?” Izz lihat pokok yang dikatakan oleh Izzara. Dia tergelak sebelum mengangguk. Mustahil dia lupa dan dia tak sangka Izzara turut simpan kenangan yang sama.

“Sebab pokok mempelam tu lah kita boleh gaduh besar.”

“Sebab kau aku tak merasa nak makan buah mempelam tu.”

“Kenapa pula?”

“Kau rampas buah tu then campak masuk bendang ni.”

“Bukan campak tapi tercampak. Ada beza okay.” Izzara tegakkan kebenaran. Tak mahu lah dituduh bukan-bukan.

“Sebab pokok tu juga, Pak CikHassan kejar kita keliling kampung.” Mereka berdua ketawa. Lucu pula bila teringatkan kisah sewaktu masih jadi budak hingusan dulu.

“Lisa… aku dah  lama lupakan dia.” Perbualan tadi kembali serius.

“Awak dah lupakan dia… sepenuhnya?”

Izz pandang Izzara dan kemudian dia kembali menghadap hadapan seolah-olah menunggu sebuah jawapan yang pasti datang kepadanya. Kerana dia sendiri tidak dapat menjawab pertanyaan Izzara. Adakah aku dah lupakan Lisa sepenuhnya?

“Dah jom lah balik. Nak senja dah ni. Nanti mak bising pula.” Izzara bingkas bangun. Dia tidak mahu Izz rasa terbeban dengan pertanyaannya tadi. Lagipun dia bukan teringin nak tahu sama ada Izz masih cintakan Lisa Juita atau pun tidak. Apa yang dia tahu ialah dia dan Izz merupakan dua manusia yang terperangkap dalam satu situasi yang sama, ditinggalkan orang yang betul-betul mereka cintai.

 

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.