Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,336
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

"MAK CIK,takpa biar saya tolong angkat." Sarah mempamerkan senyuman paling manis pada Puan Habsah.

"Baguih lah hang ni Sarah. Dah ada marka?"

"Marka? Apa tu makcik?"

"La apadia entah bahasa Inggeris dia, hah boyfriend. Hang dah ada boyfriend?"

"Mak dah-dah lah tu. Tak payah lah nak interview si Sarah ni. Kesian dia." Izzara turun ke dapur. Dia baru sudah solat. Nak berehat dalam bilik, si Izz sibuk conquer katil.

"Mak Long ni mak kirim sambal ikan bilis petai." Reza, sepupu Izzara. Umur 28 tahun lagi tapi masih single.Bukan tak handsome cuma kuat loyar buruk. Jadi perempuan nampak dia macam tak serius. "Oh hai Sarah." Sarah buat muka menyampah. Geli bila Reza sibuk menyapanya. "Sombongnya orang KL ni. Saya cakap hai langsung tak balas. Hina sangat ka saya ni? Walaupun saya ni tak handsome tapi manis tetap ada." Izzara dah tergelak. Reza memang penuh dengan sifat lucu. Selalu buat orang tertawa dengan lawak-lawaknya. "Hai Kak Zara." Reza menegur Izzara.

"Hang toksah dok merapu Reza. Hang pi tanya kat Pak Long, ayam bakaq dah siap belum. Semua lauk lain dah ada,tinggai ayam ja tak ada lagi." Izzara telan air liur. Sedapnya! Ni sayang mak dengan ayah ni.

"Zara, mama dengan papa mai bila?"

"Esok baru depa mai mak. La ni depa sibuk sikit." Izzara susun pinggan-mangkuk yang berisi lauk-pauk di atas tikar. Kalau dah makan ramai-ramai, mana muat nak makan kat meja. Tapi bila makan ramai-ramai macam ni, barulah hubungan kekeluargaan makin rapat.

"Mak Su, Pak Su mana? Hanim dengan Hanan nak ajak Pak Su pi kedai."

"Pak Su rehatlah sayang. Pak Su letih. Esok kita pi shopping sama-sama. Nak pi mana-mana boleh."

"Sini ada panggung wayang tak?" Soal Sarah. Izzara menggeleng. Mana ada panggung wayang di Perlis ni. Cmart, Giant ada lah. Tak pun Padang Besar. Nak bershopping barang murah boleh lah. 

"Serius tak ada? Biar betul!" Wajah Sarah betul-betul terkejut.

"Kalau kat Jitra ada lah, tak pun kat Alor Setar. Awak nak tengok movie ke esok?"

"Haah. Kawan cakap ada movie baru keluar. Boleh lah pergi dengan Abang Izz. Lama tak keluar sekali dengan dia."

Haish, kenapa hati tiba-tiba rasa lain macam bila dengar ayat tu?

"Kalau Sarah mau, Abang Ray sanggup temankan. Sarah walaupun sini tak dak panggung wayang, tapi sini kaya dengan keindahan alam. Cuba Sarah renung abang, tak rasa indah ka?"

Sara nak termuntah. Indah? Menyampah ada lah.

"Ya Allah, Reza! Awat hang tak pi lagi? Pi tanya Pak Long tu."

"Okay sat, Mak Long."

 

SEMUA makanan siap terhidang di atas tikar. Macam makan jamuan saja bila tengok jumlah lauk-pauk yang ada. Seisi rumah dah duduk bersila di hadapan makanan. Ada yang beberapa kali telan air liur termasuklah Izzara sendiri. Dulu call suruh mak masak sedap-sedap dan sekarang hajatnya tertunai. "Zara, suami hang mana?" Haah lah, kenapa aku boleh lupa yang Izz sedap tidur dalam bilik?Ni lah angkara makanan lupa habis semuanya. "Takpa, Zara panggilkan Abang Izz." Tapi spoil bila boleh pula Sarah juga cakap benda yang sama, "takpa, Sarah panggilkan Abang Izz." Semua pandang Sarah semacam. Kemudian gadis itu hanya tunduk. Pelik lah, Izzara isteri Izz tapi Sarah pun nak buat apa yang Izzara patut buat juga ke? Izzara berdehem sebelum bangkit.

"Takpa, makan lah dulu. Mak, ayah makan dulu. Zara nak kejutkan Abang Izz."

Perghh, Sarah ni bikin suspens betullah!

Izz yang lena tidur langsung tak sedar Izzara masuk ke bilik. Rasanya dari tadi lagi dia rebahkan diri. Letih sangat lah tu. "Awak, jom bangun makan. Orang lain semua dah ada kat depan."

"Kau pergilah makan. Aku tak lapar." Mata Izz terkatup rapat. Badannya benar-benar rasa tak berapa sihat malam itu. Ikutkan hati nak saja dia melekat atas katil ni."Pergilah.. tak payah tunggu aku."

"Awak ni kan! Tak kesian kat mak ke? Dia masak banyak lauk kegemaran awak tau. Awak ni tak patut buat mak ayah saya macam ni. Cepatlah bangun. Kejap lagi pun boleh tidur. Cepatlah..."

Berdenyut kepala Izz. Kenapa lah Izzara ni langsung tak faham? Perlahan-lahan dia gagahkan diri untuk bangun. Izzara tersenyum. Yes! Berjaya juga panggil tuan raja turun dari katil.

"Zara, aku..." Pandangan Izz mulai kelam.

"Awakkk!" Bergema jeritan Izzara. Izz jatuh terkulai atas lantai. Tak sedarkan diri! Apa aku patut buat ni?

 

WAJAH pucat Izz ditatap lama. Kain tuala dibasahkan dan diletakkan di dahi suaminya itu. Panas badan Izz. Patutlah terbaring lepas Isyak tadi. Nak panggil makan pun tak nak. Ingat nak buat perangai. Rupa-rupanya demam.

"Awak nak minum?" Izzara ambil gelas berisi air kosong di meja kecil terletak bersebelahan katil.

"Tak payah. Aku boleh minum sendiri." Gelas itu dirampas dari tangan Izzara. Eleh, sakit pun berlagak lagi. Orang nak tolong tu kira baik lah.

"Awak nak makan tak? Kalau nak, saya nak masakkan bubur."

"Pandai ke kau masak?"Izz senyum sinis. Sakit pun mulut tu masih laser. Izzara ketap bibir. Tak pernah nak menyenangkan hati orang lah. "Awak jangan nak merendahkan kebolehan saya. Saya ni pandai juga masak okay?" Handphone di sebelah buat standby tanya pak cik google. Nak tanya mak dah lama dah mak masuk tidur."Aku tak lapar." Izz baring semula. Rasa badannya masih panas. Dan buat masa ini, dia ingin tidur balik. Izzara mengambil sepasang stokin dari dalam beg. "Kau nak buat apa?" Hairan Izzara. Izz ni sihat atau tak mulutnya tetap banyak bunyi. Biadab tak kira lagi. Stokin disarungkan ke kaki Izz. Lantaklah muat ke tak, janji tutup tapak kaki.

"Orang demam eloklah pakai stokin kat kaki. Jangan risau, tu stokin baru. Saya pun belum rasmi lagi. Awak jangan nak komen stokin ni berbau ke apa. Dah sakit buatlah cara sakit." Sunyi sepi. Ni sah-sah dah tidur. Izzara dongak. Mata Izz dah terpejam rapat. Bagus juga dia tidur. Tak adalah menyakitkan hati je.

Izzara duduk di lantai. Badannya disandarkan pada katil. Izz dibiarkan berehat di atas. Selalunya Izz tidur di bawah. Disebabkan Izz sakit bagi lah dia peluang tidur atas. Aku bukannya kejam.

CARA MASAK BUBUR

Izzara  skrol skrin. Nasib baik ada pak cik google. Macam-macam boleh dicari. Dia bukannya tak reti masak langsung. Malas je lebih. Kalau masak, boleh tutup kedai makan kat luar sana. Ewahh, puji diri pula. Baru skrol beberapa resepi bubur nasi mata berat pula. Menguap dah berapa kali dah. Elok lah jam pun dah pukul 1.30 pagi.

 Selamat malam dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.