Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,331
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

IZZARA garu kepala. Mana nak dapat idea ni? Izfar Murshid, watak dalam novelnya dikatakan tak menggambarkan ciri-ciri seorang hero dengan lifestyle mewah. Lepas tu watak hero playboy ni dah selalu sangat dan klise. Haish, kena ubah semuanya balik. Siapa yang paling dekat dengan watak Izfar? Kena lah jugak ada contoh supaya senang nak refer.

Izz?? Euwww...gila tak sama! Berkerut-kerut dahi Izzara. Perangai macam langit dengan bumi. Watak Izfar, lelaki yang gentle dan caring. Izz, poyo melebih, pentingkan diri. Tak sesuai langsung.

"Kat, aku tak ada idea ni. Otak aku blank." Izzara suka berbual dengan kawan baiknya Kat. Bila bersembang dengan Kat, terus ideanya mencurah. Saraf-saraf otak pun mengembang. Handphone ditukar pulak ke telinga kiri.

"Kau dah rehatkan otak kau? Paling penting kau kena rehat sebentar bersama KitKat!" Izzara buat muka pelik. Apa ke bodoh punya lawak. Confuse nak gelak ke nak nangis.

"Malam ni aku kena ikut Izz pergi dinner company. Lagi lah buang masa aku." Izzara mengeluh. Izz pun satu. Kenapa ajak dia waktu kerja tengah bertimbun. 

"Dinner company? Bestnya. Ramai yang datang kan?"

"Entah." Gadis itu jungkit bahu seolah-olah Kat boleh melihatnya sekarang. Mana dia tahu. Itu syarikat family Izz dan dia malas ambik tahu.

"Aku rasa malam ni idea kau mesti mencurah-curah."

"Sebab?"

"Izfar Murshid kau mesti ada sana. Guna lah skill kau untuk detect dia. Dalam ramai-ramai orang yang datang cuba kau petik sorang untuk kau guna jadi hero novel kau."

Berguna juga otak Kat ni! Izzara senyum bahagia. Kenapa lah dia tak terfikir yang malam ni mungkin tuah jadi miliknya.

"Zara, aku nak tanya sikit. Izfar Murshid tu sebenarnya watak fantasi yang kau harap dia wujud ke?"

"Lebih kurang macam tu lah, Kat. By the way thanks untuk idea gempak kau ni. Misi mencari Izfar Murshid akan bermula."

 

BAJU kurung cotton bercorak bunga kecil berwarna pink dipilih sebagai baju dinner malam ni. Biarlah orang nak cakap dia apa pun dia tak kisah. Dinner je pun. Lepas makan, balik lah. Buang masa tayang muka lama-lama. Izz sah-sah akan biar aku duduk sorang-sorang. Kalau bukan sebab papa suruh, Izz takkan mengajaknya ke sana. Izzara dah masak dengan perangai Izz.

"Wei,cepatlah sikit. Bersiap bukan main lama. Aku tengok bukan cantik mana pun kau siap lama-lama."

"Yelah. Nak turun dah ni." Izzara tayang muka menyampah. Mulut laser ni makan penyapu juga kejap lagi.

 Izz kemas berpakaian formal. Segak sungguh.Suami siapa lah ni? Izzara melarikan pandangan. Payah kalau sindrom poyo dia datang. Penampilan Izzara diteliti dari atas ke bawah. Simple yet nice. Ingatkan gadis itu nak melaram sakan malam ni. Tapi baju kurung dan selendang pun nice juga.

"Saya tahu saya cantik tapi tak payah tenung lama sangat. Dah jom." Izz berdehem sebelum mengunci pintu gril. Kepala digeleng. Senyuman terlakar dibibirnya. Kadang-kadang dia terhibur juga dengan perangai Izzara.

 

"KAU jangan cuba buat benda bukan-bukan." Bukan-bukan? Izzara tak faham apa jenis warning lah yang suaminya berikan. "Jangan nak jadi reporter interview orang semata-mata nak dapat info untuk novel kau. Behave sikit malam ni. Ramai important clients yang datang." Macam tahu-tahu je niat aku datang dinner ni. Izzara buat riak tak bersalah. Hal aku hal aku lah.Bukannya kau ambik tahu pun aku buat apa nanti kat sana.

"Mama dengan papa ada?"

"Diorang tak datang sebab pergi Johor. Ada problem sikit dekat branch sana." Izzara angguk. Dia memang tak minat soal business atau syarikat ni. Dia cuma tahu watak, plot cerita, konflik, peleraian, penutup. Sebab mustahak dia datang pun sebab dia nak jalankan misi mencari Ramli. Eh bukan Ramli, tapi Izfar Murshid.Watak untuk novel terbarunya.

 

IZZARA senyum. Walhal dalam hati nervous gila! Rasa macam nak lari keluar je. Tak pernah lagi Izz bawa dia ke mana-mana function syarikat. Tup tup malam ni dia kena ikut pula. Demi Izfar dia akan turun padang juga.

"Hey, you ni wife Izz ke?" Izzara toleh ke arah suara tadi. Seorang perempuan berketinggian ala-ala model menghampirinya. Izzara mendongak. Yelah, dia tinggi162 cm je. Nasib baik kasut heels membantu sedikit. "Ya saya." Izzara perhati sekeliling. Rasanya Izz ada dengan dia tadi tapi kenapa lesap tiba-tiba?

"I,Nora." Wajah Nora angkuh sekali. Nora pusing sekeliling Izzara. Penampilan Izzara diperhatikan. Gadis itu mula rasa tak sedap hati. Kenapa si Nora ni nampak tak puas hati pada aku? Cantik sangat ke aku ni?

 Sempat lagi perasan, puih!

"Not bad. Pandai Izz cari isteri. Kerja apa?" Aik, ni dah terbalik. Aku pula kena interview.

 "I'm a writer actually."

"Oh not bad. Berapa puluh buku yang you dah hasilkan?" Soalan berbaur sindiran itu menusuk hati Izzara. 

"Awak ada masalah ke dengan saya?" Soal Izzara. Dia datang sini untuk cari watak hero novelnya tapi dia pula yang ditanya macam-macam.

"Nora, you dah kenal-kenal dengan my wife? Sayang, ini Nora, PA abang." Loya tekak Izzara.Tangan Izz tersemat kemas di pinggang Izzara.

"Hmm, I've gotta go. See you Zara."

Depan Izz, Nora nampak lain dan depan aku tadi lain pulak. Tak faham aku, detik Izzara dalam hati. Lantaklah. Dora ke Tora ke,aku tak minat.

"Awak."

"Apa?"

"Tangan tu letak tepi boleh?"

"Kau isteri aku, ikut aku lah nak letak mana."

"Isteri? Isteri dalam kurungan okay? Dah lah. Saya nak pergi toilet."

 

"KAU tengok tak bos tadi, handsome gila!" Naik pekak telingaIzzara. Dalam tandas pun dia dengar lagi pasal Izz. Bosan!

Handsome? Hmphh handsome lagi lembu kat kampung aku.

"Dia memang handsome dari dulu. Wife dia pula...." perbualan mereka menarik minat Izzara. Dengar orang kutuk aku live berbaloi juga. 

"Wife dia pula cantik kan. Sepadan la aku tengok diorang. Bukan macam Cik Nora tu. Beria-ria kata akan jadi isteri bos last-last habuk pun tak ada."

Nora....si PA tu ke?

"Cik Nora tu syok sendiri. Mana ada bos sukakan dia. Dah terang lagi bersuluh bos anggap Cik Nora tu PA semata-mata. Dah, jomlah. Lama-lama dalam toilet ni, makanan kat luar habis pula."

"Okay jom cepat."

Izzara berjalan keluar dari toilet hotel itu. Dalam kepala ada banyak benda terlintas. Izz dan dia memang kenal satu sama lain dari kecil. Kebetulan rumah Izzara dan arwah nenek Izz cuma bersebelahan. Tapi setakat kenal saja, tak lebih tak kurang.Time raya, Izzara akan nampak Izz di kampung. Time lain, haram....

 

"MAMA, Izz nak balik KL.Sini bosan lah, ma." 

"Izz pergi lah kawan dengan Zara. Ajak dia main sama-sama. Pusing satu kampung.." Izzara setia menunggu bersama basikal warna birunya. Hajatnya nak main dengan Izz tapi bila Izz jeling ke arahnya, Izzara terus kayuh basikal, blah dari situ. Kalau Izz tak hingin, dia pun tak nak laa...

"Papa suka tengok Zara tu. Baik, tahu hormat, orang tua. Kalau jadi menantu pun papa tak kisah." Izz geleng. Apa daa mama dengan papa ni?

"Izz baru Form 2, mama dengan papa dah cakap pasal jodoh. Geli lah!"

"Kak,tolong saya kejap." Tolong? Izara tersentak. Mamat berjaket kulit coklat datang minta tolong pula.

"Err tolong apa?"

Handphone dihulur pada Izzara buatkan gadis itu tercengang. "Tolong jawab call tu. Kak cakap lah alasan apa pun, yang penting dia tak kacau saya dah. Ambiklah." Nak tak nak Izzara jawab juga panggilan itu.

"Helo?"

"Abang Affat mana?" 

"Abang Affat?" Izzara pandang wajah lelaki dihadapannya.

"Cakap saya tak ada. Tak tahu saya pergi mana." Bisik Affat. Muka jelas nampak cuak.

"Affat tak ada. Kenapa cari Affat ya?"

"Awak ni siapa? Kenapa handphone Affat ada pada awak? Jangan cakap awak ni wife dia pula." Soalan dibalas kembali dengan soalan. Izzara terkedu sebelum otaknya dapat jawapan.

"Wife?" Affat angguk laju. Okay juga kalau akak ni mengaku dia wife aku.

"Cakap je kak wife saya. Cepat!"

"Saya wife Affat. Sekarang ni kenapa awak kacau husband saya? Awak teringin jadi madu dalam family ni ke? Fine kalau itu awak nak, nanti kita jumpa face to face. Saya bawa anak-anak saya sekali. Biar mereka kenal muka awak, muka yang rampas kebahagiaan and kasih sayang daddy diorang. Aik kenapa diam? Tahu tak-" Panggilan dimatikan. Izzara tersengih. Tahu takut. Aku cakap sikit, terus tutup.

"Nah."

"Thanks kak..

"Zara."

"Kak single? Kalau single, saya sanggup kahwin dengan akak."


Gila!

Izzara lekas-lekas cabut. Tetapi Affat masih mengejarnya. "Kak, saya gurau je laa..." jerit Affat pada Izzara yang sudah masuk ke dalam.


Kenapa nasib aku dengan perempuan tak pernah nak baik?

 

 

 

 

 

 

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.