Home Novel Cinta IZZ vs IZZARA
IZZ vs IZZARA
Fiera
12/9/2017 13:38:31
16,348
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

IZZARA mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Biliknya terletak di belah kiri manakala Izz pula di sebelah kanan. Letih juga hari ini walhal ke kedai buku saja pun dan kemudian, melepak dengan Affat Jasril. Affat... lelaki yang pelik. Kadang-kadang dia suka buat benda yang berada di luar jangkaan.

"Awak b-betul-betul serius ke?"

"Kalau saya serius, awak nak terima confession saya?" Izzara bertambah gabra. Affat ni bukan tak tahu aku dah bersuami. Dah lah Izz dengan Affat kawan baik pula tu.

"Dah lah, saya gurau je. Tak payah buat muka teruk macam tu." Affat dah tergelak.

Cis, buang masa aku je cuak tak bertempat. Mangkuk punya Affat.


"Kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa? Baru keluar kejap dah jadi gila?"

Sakitkan hati betul dia ni.

"Haah gila sebab bersuamikan orang gila macam awak." Izz mencebik. Payah dapat bini kaki jawab ni. Tapi itu yang dia rindu bila berjauhan dari Izzara. Tak ada lah teman bergaduh.Pelik-pelik lah Izz ni.

"Mak kau call tanya kenapa kau tak jawab call. Kau pergi mana? Dating?" Soalan terakhir tu malas dia nak jawab. Kalau mengaku dating dengan Affat, baru tahu! Ingat tak ada orang berkenankan aku ke?

"Mak call? Kenapa?"

"Entah, dia tak cakap pun. Dah malas aku nak layan kau." Eleh, ingat aku rajin ke layan karenah tiga suku kau tu, kutuk Izzara dalam hati. Izz turun ke bawah. Apa lagi nak memasak di dapur lah tu.

"Helo Assalamualaikum mak! Rinduuu..."

"Waalaikumsalam! Banyak lah hang punya rindu. Mak call hang tak berangkat pun. Tanya Izz dia pun tak tau hang pi mana. Hangpa dua ni gaduh ka?" Hmm mula dah sesi soal jawab mak dan anak. Agaknya nampak muka aku ni suka cari gaduh gamaknya.

"Mana ada mak. Abang Izz tutak ingat lah tu Zara nak pi mana pagi tadi. Zara habaq kat dia dah eh."

"Ni ayah hang nak buat kenduri minggu depan. Nak tumbang lembu sekoq. Hang ajak Izz balik nah. Ajak lah sekali mama papa mertua hang tu."

"Kenduri? Kenduri apa mak? Ada sapa-sapa nak menikah ka? Jangan kata Zara dapat mak baru."

"Mak baru hang toksah dok sebut. Mak sekeh-sekeh pala hang sat lagi." Zara tergelak. Cengeh betui lamak ni.... "Ayah saja nak buat kenduri tahlil dengan kenduri kesyukuran."

"Takpa mak nanti Zara habaq kat depa. Ni mak dengan ayah dok elok-elok. Nanti Zara balik mak masak sedap-sedap tau. Rindu masakan mak."

"Hang tu belajaq masak sama.Dok rindu masakan mak tapi masak malaih. Kebuluq Izz tu buat naya dia ja. La ni youtube pun ada, situ pun hang boleh blajaq masak."

Mak pun dah pandai la ni. Tak sia-sia pasang wifi tahun lepas.

"Okay mak, daaa love you. Assalamualaikum." Izzara tersenyum girang. Rasa nak melompat pun ada.

Yayyy! Balik kampung... tak sabaqnyaa...

"Awak, minggu depan ayah nak buat kenduri tahlil. Mak pesan jemput papa dan mama sekali."

 Tak ada respons pula. 

"Hello...ada sesiapa tak dalam rumah ni?" Izz buat dia macam ada tak ada je. Lepas tu main handphone sambil senyum-senyum. Kegilaan apakah ini?

“Awak, belakang awak ada tuuu..lipas." Izzara lari lintang-pukang. Begitu juga Izz. Nasib baik tak tersadung kerusi. Jangan ingat dia berani sangat. Walaupun badan sado, hati ada sikit rasa itu takut hah... 

"Mana?Mana?" Meremang tengkuk Izz. Gelilah dia dengan lipas. Kecik-kecik dulu lipas pernah masuk dalam baju. Sampai lani dok fobia tak sudah. Haha... Izzara dah gelak tak ingat dunia. Kalau lah dunia luar tahu suaminya penakut yang amat pada encik lipas, confirm kena gelak punya. Izz panas hati. Kurang ajar betul minah ni.

"Kau dah kenapa? Tak puas hati pada aku?"

"Yelah siapa suruh awak buat saya macam tunggul. Dari tadi saya berdiri situ cakap dengan awak. Awak buat tak tahu je." Izzara mengelap air mata yang keluar ketika dia, gelakkan Izz.

"Agak-agaklah nak kenakan aku pun."

"Next week, mak dengan ayah nak buat kenduri tahlil dan kesyukuran. So diorang jemput kita and papa dan mama sekali. Kita balik kampung awal sikit eh. Rindu lah nak jalan-jalan kat dalam kampung."

"Hmm tengoklah macam mana.Kalau aku tak sibuk, kita balik awal."

"Awak mana sibuk pun. Kerja berehat je saya tengok. Takpa kalau tak pun saya beli tiket bas, balik Perlis sorang. Awak balik naik kereta."

"Mana-mana je lah." Izz berjalan merapati Izzara. Makin lama-lama makin dekat dan akhirnya Izzara terperangkap. Dia rapat ke dinding. Tak betah dia bila Izz tenung mukanya lama-lama. Izz nak tergelak dengan muka gabra Izzara. Tadi galak sangat gelakkan orang, ni diam terus pulak. 

"Kenapa sayang diam? Abang ni handsome sangat ke?"

"A-apa awak ni? Awak jangan ingat saya ni kaum yang lemah okay. Saya ni budak silat tau. Sekali saya serang awak, awak tahu la apa nasib awak" Izzara genggam kedua-dua tangan. Sedia untuk bagi penumbuk. Muka Izzara merah padam. Tak pernah duduk jarak sedekat ini dengan Izz.

"Sayang, abang nak cakap sikit." Geli-geleman Izzara dengan suara lembut Izz. Acah-acah suami romantik ke? "Lain kali kalau kau berani nak kenakan aku macam tadi, siap kau!"

Ceh, bagi warning konon. Dah lah takut lipas...

"Awak?"

"Apa lagi?"

"Tu saya nampak lipas."

"Kau ni tak habis-habislah."

Izzara beria-ria tunjuk ke arah langsir. Kali ini memang betul-betul ada lipas. Dia tak tipu.

"Tu kat langsir tu." Izz pusing kepala perlahan. Lipas jenis terbang ni dia lemah sikit. Wajahnya pucat. Tak lama lepas tu kelam-kabut dia berlari naik atas.

Haish rugi pulak aku tak rakam. Pastu upload kat youtube biar jadi viral.

Tssk.tssk..Izz.. Izz

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.