Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,419
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 16
Liyana merenung langit malam yang dipenuhi bintang. "Cantik langit malam ni.."

"Tak secantik sayang abang ni..." Liyana menoleh. Senyuman dipamer buat si suami yang mendekati. 


"Kenapa kau suka aku time sekolah dulu?" soal Liyana. Lengan suaminya dipeluk. Kepalanya direhatkan pada bahu si suami. Walimah mereka sudah selesai malam tadi. Ramai kawan mereka yang datang memeriahkan majlis.

"Sebab kau ceria kot. Kau happy. Aku selalu nampak kau kat library; buat taik mata."

"Kau pun buat taik mata apa. Aku je yang kena. Kau asal cikgu datang buat spotcek kau hilang. Tahu-tahu je."Hidung suaminya dicuit.

"Haruslah, Nak hidup lama." Mata si isteri direnung dalam. "Before, I said that I like you. But now, I love you. Really love you. Thank you jadi isteri abang." Dahi Liyana dikucup penuh kasih.

"Thank you to you also. And I love you too." Mereka bertentang mata sebelum Aizat merapatkan wajah mereka. Ciuman diberi di segenap inci wajah si isteri. 

Aizat mendekatkan bibirnya dengan telinga Liyana. "Assalamualaikum Liyana Anaqi." Nafasnya memberat. Wangian yang dipakai Liyana menjentik naluri si suami. 

Liyana memandang wajah si suami sambil tersenyum. "Waalaikumsalam Aizat Anaqi."

Tangannya melingkar di leher si suami. Aizat lantas menghulurkan tangan, mematikan lampu tidur. 



SEKIAN.




Thankyou for reading.

16/2/2019.

236

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium