Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,473
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(4)

“BUDAK perempuan tu dia baru clash dengan pakwe dia. Dia nangis-nangis duduk bawah pokok besar kat tepi tasik tu. Masa maghrib baru dia balik. Malam tu, dia konon nak pergi study. Tapi kawan-kawan dia cakap budak tu termenung je.”

“Oh patutlah dia menangis malam tu.”

“Dia menangis?” soal Re’an.

Liyana mengangguk. “Lepas dia menangis tu tiba-tiba dia ketawa. Mula-mula biasa lepas tu macam mengilai pulak. Lepas tu yang tiba-tiba dia menjerit tu.”

“Kau buat apa masa tu?”

“Aku tengok jela. Yang pasti, memang aku cuak gila. Nak rabah dah rasa masa tu. Nasib baik tiba-tiba Luth datang peluk aku.” Liyana tersenyum membayangkan muka adik bertuahnya itu. Tiba-tiba rindu pada si adik.

“Luth tu memang adik yang baik. Gentleman tu. Nasib baik adik si Aqi ni. Kalau dia senior kita ke classmate kita ke, confirm aku pun masuk list kipas-susah-mati dia.” Re’an memuji sambil ketawa.

“Apa-apa pun Aqi ni selamat. Fuh, risau aku pagi tadi masa Luth call.”

“Eh, kau tak sedar ke masa histeria semalam? Punya la kuat dia jerit,” soal Adi kepada Khayra.

Khayra sengih sambil menggeleng. “Lepas balik tu, aku terus cari katil. Baring je terus tak sedar apa dah.”

“Dia ni bom meletup pun belum tentu sedar.”

Ketawa empat gadis itu meletus.

KEJADIAN HISTERIA itu telah dua minggu berlalu. Keadaan kini kembali tenang seperti biasa. Kelihatan para pelajar sibuk bergegas ke kelas. Ada yang sibuk menikmati sarapan di kafe. Ada juga yang berjoging menikmati udara pagi.

Sony Xperia Z2 yang berbunyi menandakan ada Whatsapp masuk diambil dari atas meja.

-Salam Angah. Sihat?

Daripada Along.

+Wasalam. Sihat Alhamdulillah. Apecer tetiba ws angah?

Bluetick. Along is typing..

-Hamboih. Tanya khabar adik sendiri pun salah.

+Kehkeh. Lek Along lek. Ha napenye? Awal bangun.

-Ek eleh. Harusla. Jejaka melayu terakhir kan?

+Perasan. Along kat Perlis ke?

-Tak lah. Kat rumah.

+Eh, tak kerja ke? UniMAP cuti sem dah ke?

-Taklah. Adalah, rahsia. Nanti angah tahu la. Dah sibuk je kacau along. Bye salam.

+Lol. Dia yg ws kita dulu. Kbai. Wasalam.

Balik rumah tiba-tiba ni mesti nak bagitahu ibu yang dia nak kahwin. Confirm! Liyana ketawa. ‘Fuh, dapat kakak ipar aku lepas ni. Asyik aku je jadi kakak.’

KEADAAN dalam dewan kuliah itu riuh rendah. Ada beberapa pelajar yang baru sampai ke kelas. Lagi lima minit kelas akan bermula. Para mahasiswa-mahasiswi sibuk berbual-bual sesama sendiri. Ada yang meneliti telefon bimbit mereka. Dan ada juga yang sibuk membuat tahi mata. Sempat lagi tu..

Tidak lama kemudian, seorang jejaka tinggi lampai, bersaiz sederhana- tak gemuk dan tak juga kurus melangkah masuk. Tubuhnya tegap.

“Wuyoo handsomenyaa..” satu suara di belakang Liyana berkata.

“Ni ke lecturer baru yang gantikan Puan Ziana?”

“Gila kacak. Brad Pitt aku pun kalah.” Suara yang lain pula menambah. ‘Sejak bila Brad Pitt kahwin orang melayu?’ Liyana tergelak kecil. Matanya kembali memandang pensyarah baru mereka. Dia tersenyum. Sinis.

“Assalamualaikum. Saya Muhammad Haikal Luqman. Boleh panggil saya Encik Haikal. 27 years old.” Pensyarah baru itu memperkenalkan diri. Rata-rata siswi terpegun melihat ketampanan beliar. Termasuklah kawan-kawan baik Liyana sendiri. Liyana ketawa kecil.

“Saya akan menggantikan Puan Ziana yang cuti bersalin untuk subjek TITAS ini. Ada apa-apa soalan?”

“Encik Haikal, encik akan ajar sampai Puan Ziana habis bercuti ke?”

“Hurm, daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, saya akan handle subjek ni sampai habis semester kamu.”

Kedengaran suara-suara yang bersorak kegembiraan.

Confirm aku tak ponteng dah!” Satu suara berbisik kepada Liyana. Re’an! Liyana sengih.

Mereka memulakan pembelajaran pada hari itu. Pensyarah baru itu memang pandai menarik minat para pelajarnya. Mungkin kerana beliau sendiri masih muda, jadi beliau mampu memahami para pelajar.

“Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada kamu semua.”

Suara mengeluh dari para pelajar jelas kedengaran. Encik Haikal tersenyum.

“Jangan risau. Bukan pasal TITAS. Random je ni.”

Para pelajar menghela nafas lega.

Beberapa nama dipanggil. Encik Haikal sekadar bertanya beberapa soalan yang memang langsung tiada kena mengena dengan subjek yang diajarnya. Nama emak, apa cita-cita, asal mana. Cuma itu.

“Okay nama yang terakhir. Hm, Nur Liyana Anaqi bt Mohd Zikri. Sila bangun.”

Liyana tersentak. ‘Cis, kau nak kenakan aku ya?’ Namun, dia tetap berdiri. Dia tersenyum manis. Sinis sebenarnya.

“Ya Encik Haikal yang handsome, budiman, jejaka Melayu terakhir. Encik nak tanya soalan apa ya?”

Semua rakan memandang kea rah gadis itu. ‘Apa kena Aqi ni? Bunyi macam tak puas hati je?’

“Li-Ya-Na” Encik Haikal tersenyum sambil menyebut nama Liyana. Sepatah-sepatah disebut.

“Awak ada berapa beradik?”

Liyana senyum.

“Saya ada empat beradik je encik Haikal. Saya seorang je perempuan. Yang lain semua lelaki. Adik laki saya sorang ada kat sini. Fakulti ni jugak tapi baru tahun dua. Sorang lagi sekolah.”

“Adik dia handsome gila Encik Haikal!” satu suara menyampuk. Liyana sengih.

“Iye? Kalau macam tu abang awak pun mesti lagi handsome kan?” soal Encik Haikal sambil double jerk diangkat.

“Abang saya? Handsome sangat tapi perangai tak semenggah. Kalau saya jumpa dia sekarang, saya lenyek-lenyek dia jadi begedil,” tutur Liyana sambil matanya mencerun memandang pensyarah baru itu.

“Adik-beradik saya pun empat orang. Pun sorang perempuan. Entah-entah kita ni berjodoh.” Encik Haikal ketawa. Pelajar lelaki turut sama ketawa. Pelajar perempuan mula hangat punggung.

“Encik Haikal dah suka Aqi ke? Gawat nih!” satu suara berbisik kepada rakannya.

“Kita kena curi perhatian Encik Haikal lepas ni,” si rakan membalas.

Tidak berapa lama kemudian, mereka bersurai. Encik Haikal membiarkan para pelajarnya keluar terlebih dahulu. Liyana juga turut mengambil kesempatan untuk keluar kelas itu paling akhir.

Rakan-rakannya cuma menurut.

Tatkala melintasi meja pensyarah, Liyana menjelirkan lidah kepada Encik Haikal. Tindakannya itu menyebabkan Re’an, Khayra dan Adina terbeliak biji mata masing-masing. ‘Gila apa Aqi ni..’

Encik Haikal ketawa kecil sebelum menarik Liyana ke dalam pelukannya. Kali ini, rahang gadis-gadis itu pula yang jatuh. Liyana ketawa berdekah-dekah melihat reaksi rakan-rakannya itu.

“Korang, kenalkan suami aku, Haikal Luqman.”

“Watdeee.. Sejak bila kau kahwin?” soal Re’an. Khayra dan Adina masih lagi terlopong.

Encik Haikal menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum. Kepala Liyana diluku.

“Kuat nor menipu.”

Liyana menjulingkan matanya ke atas.

“Takdelah. Saya abang sulung Aqi.”

“Wooo Aqi, asal kau tak pernah bagitahu kau ada abang sikit punya handsome?”

Sekali lagi Liyana menjulingkan matanya.

“Saya handsome kan? Tahu dah,” Haikal ketawa. Eh mamat ni, masuk lif tekan sendiri pulak. Melebih-lebih.

“Sebab perangai kuat perasan dia ni la aku malas nak bagitahu. Takdir aku dapat adik-beradik laki otak tak center.” Tubuh abangnya ditolak. “Dah, Angah nak balik. Luth tahu tak along kerja sini?”

Haikal mengangguk. “Along ada lecture kelas dia semalam.”

“Apa reaksi budak bertuah tu?”

“Apa lagi, melopong la.” Haikal ketawa sambil membayangkan wajah adik lelakinya itu tatkala dia masuk ke dewan kuliah untuk mengajar. Adiknya itu siap menggosok-gosok mata dan mengetuk-ngetuk kepala tu..

“Eh along. Kita senyap-senyap je tau. Malas la kecoh. Angah dah cukup tension nak melayan peminat si Luth yang berkenan nak jadi adik ipar Angah.”

Pecah ketawa mereka berlima.

Previous: (3)
Next: (5)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium