Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,479
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(2)

3 tahun kemudian..

LIYANA ANAQI sedang sibuk membuat nota-nota Biochemistry berdasarkan buku rujukan di hadapannya. Bukan apa, final dah nak dekat. Lepastu, soalan Dr Jamilah selalunya out of syllabus, bak kata mereka yang lebih senior. So, dia kena lebih tekun. Kalau tak, takdenya muka si Liyana Anaqi ni nak muncul kat library. Kalau dok kat bilik, alamatnya mimpi sampai ke Pluto la. Asal nampak katil je nak tidur, asal nak tidur je nampak katil. Jatuh pointer dia sem ni mampus kena bebel dengan ibu.

“Woi kak!” satu suara menegur. Liyana memandang sekilas sebelum menyambung kerja. Dia memang dah kenal sangat dengan suara tu. Siapa lagi kalau bukan Luthfi Hafiy, si adik bertuah. Adiknya itu kebetulan dapat menyambung ijazahnya di universiti yang sama setelah tamat STPM. Bukan kebetulan sebenarnya, budak bertuah ni memang mintak universiti ni. Semua pilihan kat UPU tu dia letak university tempat Liyana belajar sekarang ni. Nampak sangat nak mengekor si kakak.

“Angah, buat apa tu?”

Liyana buat tak endah. Kalau dilayan karang, mahu tak siap kerjanya ini. Dia dah lah malas ke library ni.

“Angah, layan la Luth ni..”rengek si Luthfi.

“Ish kau ni Luth, angah busy ni. Gi main jauh-jauh. Tahu la paper kau start lambat daripada angah.”

Luthfi memuncung. ‘Merajuk la tu.’ Budak bertuah ini memang manja dengannya kerana dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Maka ini bermaksud, dialah satu-satunya kakak untuk si Luth dan Lathif, seorang lagi adiknya yang masih bersekolah.

“Hek eleh Angah. Sombong. Malas la kawan,” ujar Luthfi sebelum bangun. Liyana memandang langkah si adik yang menghampiri seorang rakannya di meja lain. Eh, macam kenal? Oh, mamat Anaqi tu. ‘Oh ya, mamat tu pun sama universiti dengan aku tahu? Cuma kos lain-lain la. Tapi macam biasa, walaupun aku ni peramah, aku tak pernah tegur mamat tu. Kenapa? Aku pun taktahu. Lagipun, nanti ramai pulak gadis lain jeling-jeling aku. Dia kan ramat peminat. Fuh, taknak aku tempah bala,'ujar Liyana dalam hati.

Telefon yang bergetar di dalam poket jeans mematikankan lamunan Liyana.

Aqi oi, kitorang otw ke fakulti. Makan dulu jom!– Khayra

Mesej daripada salah seorang rakan karibnya disini dibaca sebelum jarinya pantas menaip balasan. Liyana cepat-cepat mengemas barangnya sebelum berlalu.


HARI BERGANTI HARI. Bulan berganti bulan.

‘Fuh, tahun ketiga dah aku wo!’ujar Liyana dalam hati. Senyuman merekah di bibirnya.

“Kau kenapa sengih sorang-sorang? Takmau share?” tegur Adina, atau lebih mesra dipanggil Adi. Minah ni memang rock habis. Nasib baik pakai tudung, aurat terjaga je. Kalau tak laki pun kalah.

“Takdelah, aku just terdetik je. Ni kan dah third year kita. Tinggal lagi setahun”balas Liyana. Adi turut tersenyum.

“Kan, dah dekat tiga tahun kita kawan rupanya.” Re’an menambah sambil memeluk bahu Khayra disebelahnya. Mereka berempat sama-sama mendongak memandang langit nan biru.

“I’ll miss us soon.” Liyana menuturkan sambil tersenyum. Sebak didada cuba dikawal. ‘Malu der kalau otai tetiba fragile. Eheh.’

Tanpa mereka sedari, ada beberapa mata yang memerhati gelagat mereka.

“Minah-minah tu mesti tengah layan feeling,” ujar satu suara.

“Confirm lah. Nampak je ganas diorang tu,” balas suara yang lain.

“Tapi aku suka,”tambah satu suara lagi.

“Aku pun.”

Ketawa mereka pecah sebelum mereka melangkah meninggalkan susuk empat gadis yang masih terbuai dalam dunia masing-masing itu.

“ANGAH!”

‘Ya ALLAH budak bertuah ni.’ Liyana mengurut-urut dadanya yang terasa sebu dek tersedak tatkala namanya dilaung oleh si adik. Adi menepuk-nepuk belakang Liyana dengan lembut.

Keempat-empat mereka menoleh memandang Luthfi yang memasuki kawasan kafe bersama beberapa lagi rakannya. Kelihatan anak muda itu berbisik seketika kepada rakannya yang kemudiannya melangkah mendapatkan meja kosong di situ. Luthfi menghampiri mereka. Liyana juga perasan beberapa pasang mata gadis di situ mengekori langkah adiknya. Liyana sendiri mengakui yang adiknya ini kacak. Cukup kacak sehinggakan kalau lah Luthfi ini bukan adiknya, pasti dia sendiri akan jatuh hati.

“Hai kakak, kakak, kakak, dan Angah.” Luthfi menegur sambil tersengih. Kerusi kosong di meja sebelah ditarik lantas dibawa ke sebelah Liyana.

“Apa hai-hai? Salam mana salam?” tegur Khayra.

“Hamboi Kak Khay! Garang nau! Takut Luth,” ujar Luthfi sambil ketawa mengekek.

“Kau ni Luth. Sampai tersedak Angah kau. Kalau mati tadi macam mana?” Adi menambah sekaligus mengundang tumbukan padu di bahunya.

“Peh, mati-mati jangan main” tegur Liyana.

“Heh, sorry-sorry.”

Luthfi yang tersengih itu menambah.

“Angah mati, Luth ada kakak, kakak, kakak ni lagi.” Ujar Luth sambil menunjuk kearah Khayra, Re’an dan Adi. Liyana mendesis lantas laju tangannya menampar bahu si adik.

“Angah mati betul karang nangis kau.”

“Oloh gurau je pun.” Kepalanya direbahkan pada bahu si kakak. “Eh, dah la. Luth nak makan. Cakap dengan kakak, kakak, kakak dan Angah ni bukan kenyang pun.”

“Kau jugak menyibuk tadi kat sini. Dah, syuh!” Re’an berkata sambil tangannya digerak-gerakkan tanda menghalau adik Liyana itu.

Luthfi menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan beberapa kali sambil ketawa kecil. Setelah itu, dia berlalu.

“Manja betul si Luth dengan kau Aqi.” tutur Re’an setelah figura Luth hilang.

“Dah aku je kakak dia ada. Lepastu di Basyar tu lahir lima tahun lepas dia. Mana tak manja.”

“Dia dengan Lydia okay?” soal Adi.

Liyana mengangguk sebelum menyambung, “Luth tu even macam tu, he’s a responsible brother.. Dia tahu dia tetap seorang abang..”

“Good then.” Mereka kembali menikmati makanan yang dibiarkan sejak diganggu adik Liyana sebentar tadi.

TASIK di hadapannya direnung. Dari sorot matanya, jelas sekali pemilik mata itu sedang memikirkan sesuatu yang jauh.

“Oi Hud! Termenung jauh nampak?” tegur satu suara. Jejaka bernama Hud Iskandar itu lantas menoleh. Oh, Aizat Anaqi rupanya.

“Takdelah, aku tengok angsa-angsa tu je,” dalihnya. Aizat tersenyum.

“Lagi nak auta. Aku kenal kau dah lama la Hud. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betina. Ecewah,” balas Aqi. “Kau terfikirkan arwah Humayra lagi ke?”

Hud mengangguk. Aizat tahu kisah cinta Hudd an Humayra. Mereka bercinta sejak mereka di bangku sekolah dan kemudiannya mengikat tali pertunangan setelah tamat tingkatan enam. Namun, benarlah ajal maut ditangan Tuhan, Humayra kembali ke pangkuan Ilahi setelah disahkan menghidap demam denggi berdarah. Kini, telah genap setahun pemergian Humayra. Hud sememangnya pencinta yang setia.

“Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita sebagai ujian. Humayra ALLAH pinjamkan dalam hidup kau buat seketika, dan sekarang ALLAH dah ambil balik hak Dia. ALLAH nak uji kau. Nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kau, tahap keimanan kau. Kita kena percaya qada’ dan qadar. Ya, aku tahu kau percaya. Cuma itulah, bukan mudah nak terima kenyataan kan?” Wajah Hudd dipandang sebelum dia menyambung kata. “Bila kita redha, hati kita akan lebih tenang. Mungkin bukan jodoh kau dengan dia. Mungkin orang lain yang sebenarnya dah tertulis kat atas sana sebagai makmum kau. Apa-apa pun, aku doakan kau akan jumpa yang lebih baik dari yang dah pergi. Dah, jom balik. Karang tak sempat pulak jemaah kat surau.”

Hudd memandang tasik dihadapannya sekali lagi sebelum langkah kakinya diatur mengikut langkah rakannya. Nafasnya dihela dan dilepaskan perlahan. “Semoga awak tenang di sana Humayra. Doakan saya jumpa pengganti awak.”

SUASANA di kafe petang itu agak lengang daripada hari lain.

“Oh hari ini kan Sabtu, mesti ramai keluar.” ujar Liyana perlahan. Kepalanya melilau-lilau melihat keadaan sekeliling. Cuma kelihatan beberapa kumpulan pelajar sedang duduk bersembang di kafe itu. Oh, dan si Anaqi versi lelaki juga ada sama di situ, selang dua buah meja dari meja yang didudukinya sekarang.

“Re’an dengan Khayra keluar pergi mana?” soal Liyana kepada Adi yang baru sahaja melabuhkan duduknya setelah membeli air untuk mereka berdua.

“Entah. Lupa nak tanya.”

Liyana mengangguk. Nescafe ais dihirup perlahan. ‘Ah, sedapnya.’

“Aqi!” satu suara melaung. Kuat dan lantang hingga menyebabkan semua manusia di kafe itu menoleh. Oh, si Iqram, kawan sekelas Liyana yang juga merupakan teman sebilik Aizat.

Liyana dan Aizat serentak menoleh ke arah Iqram, kemudian berpandangan sesame sendiri sebelum kembali menoleh kearah Iqram yang semakin menghampiri mereka.

“Aqi mana kau panggil?” soal Liyana.

“Aku nak panggil dua-dua Aqi, sebab tu aku selamba je laung.” balas Iqram sambil ketawa mengekek.

Liyana menjungkitkan kening tanda bertanya. Aizat mendongakkan dagunya sekali- pun tanda bertanya.

“Kau orang dah kenapa main isyarat-isyarat je ni? Eh, hai Adi!”

Adina mengangkat sebelah tangannya tanda menjawab sapaan Iqram.

“Kau pun isyarat jugak?” Iqram menggeleng-gelengkan kepalanya. “Aqi 1, aku cari kau sebab aku lupa bawak kunci bilik,” terang Iqram merujuk kepada Aizat. “Dan kau Aqi 2, aku cari kau sebab nak pulangkan balik nota Genetik kau ni. Farhan suruh pass dekat kau sebab dia sakit perut, tak boleh nak jumpa kau,” tambah lelaki berkumis itu merujuk kepada Liyana. Buku nota yang dihulur disambut.

“Aku nak join korang boleh?” soal Iqram kepada dua orang gadia itu.
“Gi join Aqi laaa.” arah Adina.

“Nak join la ni.” Balas Iqram. “Ni kan Aqi.”

“Maksud aku, Aqi sana.” Bibir Adina dimuncungkan kepada Aizat yang baru bangun untuk membeli makanan.

“Kejap.” Iqram bangun lalu meja yang diduduki Aizat tadi didekati. Buku-buku dan beg sandang milik Aizat diambil dan dibawa ke meja bersebelahan meja Liyana dan Adina. Barang-barang itu diletakkan di situ sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Adina.

Seketika kemudian, Aizat kembali ke mejanya tadi.

“Eh mana barang-barang aku?”

“Sini hoi!” Iqram melaung sambil jari telunjukknya menunjuk kea rah meja sebelah. “Makan sini la. Ramai sikit. Baru meriah.”

Aizat kelihatan teragak-agak.

“Haah Aqi, sini la..” sampuk si Adina. Aizat akur. Kakinya diatur ke meja yang diduduki tiga orang manusia itu sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Liyana.

“Aqi, ni la roommate aku. Korang mesti tak kenal sangat kan? Aqi, kenalkan, ni Aqi. Pelik pulak rasa cakap dua nama sama.” Adina dan Iqram lantas ketawa. Ciss.

“Kitorang dah kenal lama pun,”tutur Aizat. Wajah Liyana dipandang. Senyuman dihulur.

“Haah, kitorang satu sekolah dar form one sampai form six…” Liyana menambah.

Adina dan Iqram terlopong.

“Watdeee…”

But, we happen to be a stranger..”tambah Aizat.

With lots of mutual friends.” Giliran Liyana menyambung.

Adina dan Iqram berpandangan.
“Ayat korang memang dah diskripkan ke? Main sambung-sambung pulak.”

Liyana dan Aizat sama-sama angkat bahu.

“Korang tak pernah rapat ke?” soal Iqram.

“Tak.” Serentak.

“Kenapa?”

“Entah.” Serentak lagi.

“Siapa yang sombong?”

“Takde sape.” Lagi sekali. Kali ini, Liyana dan Aizat pula berpandangan sebelum ketawa kecil.

“Kitorang bukan satu kelas pun. Dan hidup kitorang kat sekolah memang bukan jenis nak peduli hal orang lain. Biasanya yang akan peduli hidup kau, Cuma orang yang minat kau.”

Liyana mengangguk, mengiyakan kata-kata bekas rakan sekolahnya itu.

“Oh, patutlah Luth rapat dengan kau eh Aqi?” soal Iqram kepada Aizat.

“Yup. Dia junior aku. Adik dorm aku.”

Kedua-dua insan di hadapannya itu mengangguk-angguk. Iqram bangun untuk membeli makanan dan kembali menyertai mereka selepas itu.

Previous: (1)
Next: (3)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium