Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,469
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(3)

LUTHFI dan rakan-rakannya senyap tidak berkutik. Seketika kemudian, ketawa mereka pecah. Berdekah-dekah.

“Nervous betul kalau kena sergah macam tu. Kesian Gwang Soo tu.” Ucap salah seorang rakannya. Mereka sedang menonton marathon Running Man. Tension kata mereka. Minggu lepas belambak assignment kena hantar, dengan kuiz lagi. Minggu ni nak release stress. Ye la tu..

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan. Cepat-cepat mereka berlari ke koridor bilik.

“Apekes weh?” soal Luthfi.

“Entahla. Tiba-tiba jek. Bunyi macam dari anjung ilmu baru tu,” jawab Zamil, mulutnya dimuncungkan kearah anjung ilmu yang baru siap dibina pada semester lepas. Anjung itu memang menjadi tumpuan para pelajar untuk mengulangkaji tidak kira siang atau malam.

Bunyi mesej yang masuk dari telefon bimbit milik Faris menyebabkan semua pemuda itu menoleh kearah pemilik telefon itu.

“Awek aku kata ada histeria. Kakak tahun ketiga yang kena.”

“Iye? Kesiannya.” Ujar Luthfi. “ Eh kejap! Histeria?! Anjung ilmu?! Kakak aku selalu study situ! Dia tu lemah semangat!” Luthfi lantas berlari keluar. Selipar Flippernya cepat-cepat disarung. Rakan-rakan turut mengikut.

‘Janganlah jadi apa-apa kat Kak Aqi.’ Masing-masing memanjatkan doa agar kakak Luthfi itu selamat. Kakak Luthfi itu sudah dianggap bagai kakak mereka sendiri.

“AQI, aku chow dulu la. Ngantuk dah. Kau ada kunci bilik kan?” soal Khayra. Re’an dan Adi sudah lama pulang kebilik. Penat kata mereka.

Liyana mengangguk. “Aku nak sambung sikit lagi ni. Jap lagi aku naik.”
“Okay. Jangan lewat sangat. Bye weh. Goodnight. Assalamualaikum.”

“Night. Waalaikumussalam.”

Liyana menghantar Khayra dengan mata. Risau terjadi apa-apa kepada rakannya yang mengantuk itu. Khayra tu kalau mengantuk, macam-macam boleh terjadi. Dulu, pernah sekali dia tersalah masuk bilik orang, dah tu, siap landing atas katil tuan punya bilik tu lagi. Nasib baiklah itu pun bilik kawan sekelas mereka. Jadi takdelah sampai kecoh mana. Cuma seminggu Khayra dijadikan bahan ketawa oleh rakan sekelas.

Liyana senyum sendiri mengingatkan memori lama yang menerjah. Senyumannya mati tatkala melihat seorang gadis yang duduk di meja hujung sambil menangis teresak-esak. Liyana tidak mengenali gadis itu. Mungkin budak blok lain. Anjung ini memang menjadi tumpuan semenjak ianya siap dibina kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah blok pelajar lelaki dan perempuan. Liyana suka mengulangkaji disini kerana al-maklumlah dia sememangnya cepat tergoda dengan katil. Di sini jela tempat yang paling dekat dengan bilik. Nak ke library? Tunggu final nanti..

“Kenapa dengan budak tu?” gumam Liyana. “Nak tanya ke tak eh? Karang dia kata aku menyibuk pulak.” Akhirnya, Liyana mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan gadis tadi. Pennya kembali menari-nari di atas kertas. Kemudian, fokusnya terganggu apabila terdengar kerusi terbalik. Kepalanya diangkat. Gadis tadi sudah terduduk di atas lantai.

“Ler, nangis sampai jatuh kerusi.” Liyana mengatur langkah kearah gadis tadi untuk membantu namun terhenti apabila gadis itu tiba-tiba ketawa sebelum menjerit. Kuat dan nyaring. Bulu roma Liyana meremang.

“Alamak. Seramnya. Macam mengilai pun ada bunyi ketawa dia tu.”

Beberapa orang pelajar perempuan cepat-cepat mengemas barang mereka. Dua orang pelajar lelaki kelihatan mendekati gadis yang menjerit tadi untuk membantunya. Salah seorang daripada mereka cuba memegang bahu gadis itu dengan harapan untuk membantunya berdiri namun gadis itu menolaknya kebelakang.

“Fuh, kuatnya budak tu.” Satu suara berkata.

“Budak ni aku rasa kena histeria. Lain macam je ni. Panggil ustaz weh!” laung rakan lelaki yang tercampak tadi.

Gadis tadi kembali mengilai diselang-selikan dengan jeritan nyaring. Para pelajar kelihatan mengintai melalui tingkap, dan ada juga yang menghampiri anjung itu. Beberapa pelajar perempuan kemudian rebah. Seorang gadis bertudung kuning tiba-tiba turut menjerit. Gadis itu kemudian menolak rakan-rakannya dan berlari meninggalkan anjung.

“Kejar dia weh!” Seorang lelaki menjerit. Tiga orang lelaki kemudian mengejar gadis bertudung kuning tadi. Liyana mula terasa lemah lutut. ‘Allah, menyesal aku tak ikut Khayra tadi.’

Gadis yang mengilai tadi kemudiannya merangkak. Rambutnya sudah berserabai. Liyana semakin menggigil.

Tiba-tiba, terasa bahunya dipeluk. Liyana menoleh. Luthfi!

‘Ya ALLAH, alhamdulillah..’

“Luth, angah takut.”

“Luth ada kat sini Angah.” Pelukan dibahu kakaknya dieratkan. Rakan-rakan Luthfi mengambil tempat di kiri dan kanan Luthfi. Turut melindungi si kakak.

Seketika kemudian, kelihatan Ustaz Hafiz dan Ustaz Musa berlari kearah anjung bersama-sama beberapa orang ahli surau.

Gadis yang mengilai tadi didekati. Mereka menyuruh beberapa orang pelajar lelaki membantu mereka memegang gadis itu. Rakan-rakan Luthfi turut membantu. Kekuatan gadis tadi sangat luar biasa. Zamil turut ditendang sehingga terpelanting jejaka itu.

Gadis itu tiba-tiba duduk secara mengejut. Liyana terkejut. Mata hitam gadis itu tiada. Yang kelihatan pada mata yang terbeliak itu cumalah mata putih. Liyana mula terasa mual. Tubuhnya dipalingkan menghadap Luthfi. Luthfi kemudian memeluk si kakak dan membawa kakaknya jauh dari anjung.

“Luth, Aqi okay?” sapa seseorang. Luth menoleh. Aizat.

“Angah tengah takut. Aku nak bawak dia pergi surau.”

“Baguslah, ramai jugak yang dah ada kat surau tu. Pergilah.”

“Abang dari mana?”

“Aku tengah study kat surau tu tadi. Ni nak pergi jenguk anjung. “

Luthfi mengangguk. Aizat menghantar dua beradik itu dengan pandangan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu sebelum dihembus kearah mereka. Setelah susuk mereka hilang dari pandangan, barulah Aizat kembali menyambung langkah ke anjung.

“ANGAH, angah..” Wajah Liyana ditampar lembut. Seketika kemudian, gadis itu terjaga. Terpisat-pisat gadis itu memandang sekeliling.

“Angah kat surau. Lepas balik dari anjung semalam, sampai kat surau Angah terus pengsan. Ni dah subuh, jom solat.” Luthfi memandang wajah kakaknya dengan penuh kasih. “Kejap lagi kawan-kawan Angah datang nak bawak Angah balik bilik.”

Liyana mengangguk.

Setelah menunaikan solat Subuh, Liyana mendapatkan Luthfi yang menunggunya di pintu surau. Kelihatan Khayra, Re’an dan Adina turut sama berada di situ.

“Weh Aqi. Sorry! Tak patut aku tinggal kau semalam.” Ujar Khayra. Rautnya nampak serba-salah.

“Takde apa lah. Aku yang taknak naik.”

Luthfi memandang kakaknya itu. Dia kelihatan risau.

“Angah tak payah la study sampai lewat malam sangat. Kalau nak study lewat, sambung kat bilik. Luth cuak betul bila teringat yang angah selalu study kat anjung tu. Kelam-kabut Luth lari. Risau kalau angah yang kena sampuk semalam.” Rambutnya yang masih basah kesan air wuduk itu diraup sekali.

“Sayang jugak Luth kat Angah ya?”

Luthfi menjeling. Geram. ‘Gila tak sayang, Angah je kakak Luth dalam dunia ni.’ Namun sekadar di dalam hati. Malas diluahkan.

“Dah la. Aqi, jom kita balik.” Re’an dan Adi memegang kedua-dua belah tangan Liyana. Khayra mengekori mereka dari belakang. Luthfi sekadar memandang dari jauh. Dia menoleh apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahunya.

“Kakak kau tu nasib baik dia kuat jugak.” Aizat senyum. Nafasnya dilepaskan.

“Maksud kau bang?”

“Semalam, masa kau nak bawak Aqi pergi surau, salah satu ‘benda’ tu ikut kakak kau. Tapi lepas aku baca sikit-sikit, ‘benda’ tu dah lari.”

Luthfi tercengang.

“Kau boleh nampak ke?”

Aizat senyum. “Mata aku tak cukup penapis.”

“Kau boleh ubat orang kena sampuk ke?”

Aizat menggeleng.

“Aku cuma mampu tengok dan halang ‘benda’ tu dari dekat dengan kawan-kawan dan keluarga aku. Lebih dari tu, aku tak mampu.”

Kali ini Luthfi mengangguk. “Thanks btw.”

“Tarahal. Kau kan bakal adik ipar aku.”

Luthfi lipat maut kesisinya. ‘Aqi suka Angah ke?’ Wajah Aizat yang sedang termenung direnung.

Luthfi senyum. ‘Aku suka kalau kau betul jadi abang aku.’

Previous: (2)
Next: (4)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium