MAJLIS
RESEPSI Mustaqim dan Arissa bakal berlangsung tiga hari lagi.
“Ris bunting
pelamin lah nampaknya kan?”kata Puan Zaharah kepada adiknya.
“Tu lah,
murah rezeki dorang tu. Tiga bulan je kahwin dah melekat,”balas Puan Zahirah
sambil ketawa. “Subur nampaknya anak-anak kita. Hahaha.”
“Tapi Arissa
tu kena jaga betul-betul tu. Baru nak masuk sebulan. Tapi katanya dia nak jugak
duduk rumah dia sendiri. Degil betul.”
“Tu la
Kaklong. Takpelah. Nanti dah dekat due nanti, kita sama-sama jaga,”cadang Puan
Zahirah.
Ketika itu,
Mustaqim melangkah masuk ke dapur rumahnya.
“Mama, ibu,
sembang apa rancak kemain. Sampaikan ayah dan papa panggil pun tak
dengar?”soalnya.
“Eh, iye?
Takdelah, sembang pasal kamu dengan Arissa lah. Ni kamu dah tengok ke baju
pengantin semua? Baju Arissa tu. Perut dia tu dah nampak. Tak macam mengandung
sebulan.”
“Dah bu.
Baru balik lah ni. Tu la, tapi memang haritu dah pergi measure. Tadi fitting
okay je. Alhamdulillah. Dah la bu, ma. Kejap lagi sambung la. Sian papa ngan
ayah tu.”
“Haah kan,
apemende lah orang tua ni nak. Jom Ngah,” ajak Puan Zaharah. Mereka
bergandingan menuju ke halaman rumah. Mustaqim mengekori dari belakang sebelum
berlari memanjat tangga untuk mendapatkan isterinya yang sudah berada di bilik.
“Qim tengok
Ris kejap bu, ma.”
MAJLIS
perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah di kediaman mereka. Semua rakan
mereka dijemput termasuklah Mona dan Badrul.
“Rayyan,
Arissa, congrats! Tak sangka pulak aku korang dah kahwin. Senyap-senyap je eh.
Tup-tup dah nak dapat baby. Congrats weh,” ucap si Mikail. Mona disebelahnya
mengangguk-angguk.
“Arissa
sorry la. Aku ingat Rayyan ni single mingle available. Rupanya dah kahwin.
Sorry la terjatuh suka kat laki kau.” Mona ketawa diikuti Arissa.
“Takde hal
la. Time kau nak ngorat dia tu pun, aku belum kahwin lagi la. Kisah lama
lagipun. Kau ni bukan main sedondon dengan Mikail. Ada apa-apa ke?” usik
Arissa. Kedua-dua mereka memakai busana berwarna ungu.
Mona dan
Mikail memandang sesama sendiri sambil tersenyum. “Kalau ada jodoh, in sha Allah.
Mana tau jadi macam korang. Tiba-tiba kahwin. Padahal sepupu. Depan mata je.
Tak lari kemana.”
Pecah ketawa
mereka berempat. Tanpa mereka sedari, sepasang mata memandang dari jauh.
“Damn, kau
takkan terlepas dari aku Arissa.”
ARISSA dan
Mustaqim kembali ke pejabat setelah seminggu bercuti. Rakan-rakan mereka galak
mengusik tambahan pula setelah mengetahui yang mereka bukanlah pengantin baru,
sebaliknya pengantin 3 bulan.
“Congrats
Arissa, Mustaqim. Sorry saya tak pergi majlis kamu hari tu. Saya kena fly ke
London masa tu. Ada emergency kat cawangan sana. Ucap Encik Idham apabila
Arissa dan Mustaqim dipanggil kebiliknya. “Tapi dapat kan hadiah saya?”
Mereka
mengangguk. “Terima kasih banyak-banyak encik. Sebab encik la kami dapat
menginap kat Lexis Hibiscus PD tu. Dapat jugak lah kami rehat-rehat kat sana. Terima
kasih sekali lagi.”
“Takpe, kamu
berdua ni pekerja terbaik yang saya ada. Apa salahnya saya bagi hadiah macam
tu. Sebenarnya tu je sebab saya panggil ni. Maaf la kalau saya mengganggu kamu
buat kerja tadi.”
“Eh, takpe
encik. Encik kan boss kami. Takpelah, kalau takde apa-apa kami sambung buat
kerja dulu lah. Terima kasih lagi sekali encik.”
Encik Idham
sekadar mengangguk dan tersenyum.
JAM telah
menunjukkan pukul 5:30 petang. Rakan-rakan sekerjanya sudah pulang.
“Allah, dah
habis waktu kerja rupanya. Patut sunyi. Mesti Ris tertunggu-tunggu. Solat belum
lagi ni,” omel Mustaqim perlahan. Telefon bimbitnya dicapai.
“Hello Ris,
dah solat ke?” soal Mustaqim sebaik sahaja Arissa menjawab panggilannya. “Oh,
kalau macam tu, biar abang pergi surau nak solat dulu. Lepas solat, abang
datang bilik Ris. Ris jangan pergi mana-mana pulak.” Tambahnya lagi. “Okay.
Assalamualaikum.”
ARISSA berbaring
di atas sofa dibiliknya sementara menanti kehadiran Mustaqim.
“Ala, troop
dah habis. Macam mana nak attack. Eh, haritu Harith suruh join clan dia. Nak
tengoklah clan dia sementara tunggu troop aku ni.” bebel Arissa. Bunyi
permainan Clash of Clan itu memenuhi ruang pejabatnya itu.
Pintu
biliknya diketuk.
“Masuklah.
Pintu tak kunci pun.” Namun ketukan masih tidak berhenti. Arissa lantas
menghentikan permainan dan menuju ke pintu. “Ish, Mustaqim ni mengada pulak.”
Saat pintu
dibuka, Arissa tertolak sedikit kebelakang apabila tiba-tiba pengetuk itu
menerjah ke biliknya.
“Ka..kau
siapa?!” jerit Arissa. Yang mengetuk pintu tadi bukanlah suaminya sebaliknya
lelaki bertopeng hitam dihadapannya ini.
“Aku pencinta kau..” Garau suara lelaki itu. “Aku dah kata aku sukakan kau..”
Tubuh Arissa ditarik kearahnya. “Kau bukan untuk Rayyan!” Tudung Arinni yang
dipakai Arissa direntap dan dicampak keatas sofa.
“Hey, apa
kau buat ni! Kau siapa?! Tolong! Tolong!” Topeng mata yang dipakai lelaki itu ditarik,
namun tidak tertanggal. Arissa menjerit saat
lelaki itu menghumbannya keatas sofa. Lelaki itu lebih cekap. Kedua-dua tangan
Arissa dikunci. Tubuh Arissa ditindih. “Tolong! Tolong!” Kali ini, lelaki itu
menyumbat mulut Arissa dengan tudung untuk mengelakkan Arissa daripada
menjerit. Arissa tidak mampu melawan apabila blousenya direntap oleh lelaki itu
dan mendedahkan pakaian dalam yang dipakai. Airmata Arissa mengalir tatkala
wajah lelaki itu disembamkan kedadanya.
“Abang…”
MUSTAQIM
cepat-cepat memakai kasut setelah melipat sejadah. Dia risau jika Arissa
menunggunya terlalu lama.
“Tolong!Tolong!”
Mustaqim
terkejut apabila mendengar suara meminta pertolongan.
“Tu kan
suara Arissa. Ya Allah, isteri aku!” Dia lantas berlari ke pejabat isterinya.
Perasaanya berbaur-baur. Sesampainya dia dihadapan bilik Arissa, tombol pintu
dipulas. Tak berkunci!
“Ya Allah!”
“HOII!”
Tubuh lelaki itu ditarik dan penumbuk sulung diberi tepat pada wajah lelaki
itu. Dek tumbukan itu, lelaki asing itu terhumban ke belakang. Namun, dia tidak
mengalah. Lelaki itu bangkit dan mahu membalas tumbukan Mustaqim. Tetapi
Mustaqim bukanlah calang-calang. Tumbukan itu dapat dielak apabila dia menunduk
kebawah. Kakinya diangkat dan ditujah ke dagu pihak lawan. Lelaki itu terduduk.
Mustaqim menghampiri namun lelaki itu pantas bangun melarikan diri.
“Hoi!”
Mustaqim cuba untuk mengejar tetapi dia pergerakannya terhenti apabila
memikirkan keadaan isterinya. Lantas dia berlari kembali ke bilik isterinya.
“Sayang!”
Tubuh isterinya dirangkul. Arissa menangis teresak-esak dalam pelukan Mustaqim.
Airmata Mustaqim turut mengalir tatkala mendengar tangisan si isteri. “I’m
sorry sayang. I’m sorry.”
10 bulan
kemudian.
“Sayang,
anak-anak dah tidur ke?”soal Mustaqim ketika melangkah masuk kebilik tidurnya.
“Dah, baru
je,”jawab Arissa sambil menepuk-nepuk anaknya yang diletakkan diatas katil
mereka.
Mustaqim menghampiri
katil bayi yang terletak disebelah katil mereka. Dia tersenyum. “Comel je
diorang ni tidur. Tapi si Maarif ni lasak betul. Kita bedung pun, tangan dia
keluar lagi.”
“Tu lah,
macam abang la. Tidur lasak.”
“Bukan Ris
ke yang lasak? Banyak kali dah abang jatuh katil sebab kena tendang masa tidur.”
Arissa
menjeling. “Cis, aku jugak kena balik. Salah bahan la pulak.”omelnya perlahan
namun masih didengari oleh Mustaqim. Dia hanya ketawa.
“Sayang,
abang nak cakap something ni.” Punggungnya dilabuhkan disebelah Arissa.
“Pemende?”
“Pasal
kejadian dulu, kat office tu. Hm, abang nak mintak maaf sebab tak protect Ris
dari awal. Salah abang sebab tinggal Ris dalam bilik tu. Abang mintak maaf
sangat.” Tangan isterinya diusap lembut. Setelah kejadian itu, Arissa nyaris
mengalami kemurungan. Mujurlah, sokongan daripada Mustaqim dan ibu bapa mereka
tidak putus-putus. Laporan juga telah dibuat memandangkan Arissa sempat
mengecam siapa si pelaku.
Arissa tersenyum.
“Bukan salah abang pun la. Benda dah nak jadi. Kita anggap lah tu sebagai
pengajaran. Lepas ni Ris nak melekat je dengan abang,”guraunya.
“Boleh.
Sekarang jugak abang pi beli gam UHU,” balas Mustaqim sambil ketawa dan
disambut oleh Arissa. “By the way sayang, thanks sebab hadiahkan abang anugerah
yang tak ternilai ni. Putera-putera abang. Bukan seorang Ris bagi, tapi tiga
orang.”
“Rezeki
Allah bang. Thanks to you too.” Mereka sama-sama tersenyum.
“Tapi power
la jugak abang ni kan? Lepas ni, tiga lagi. Boleh dah main ragbi ngan abang.
Bola pun boleh. Lepas tu, kita buat la pulak team netball.”
“Hamboi kau.
Kat dahi ni ada ke tulis ‘Kilang Buat Anak?’
“Sebab ada
tu la aku mintak. Alah, tu pun berkira. Aku ni penyumbang terbesar kau tahu. Takde
aku, takde hasil kilang tu,” balas Mustaqim.
“Banyak la
abang. Merapu je lebih.”
Mereka
sama-sama ketawa. Anak-anak mereka yang sedang tidur dipandang.
Muhammad
Rafiq Daniel.
Muhammad Rafiq Mahfuz.
Muhammad Rafiq Maarif.
Bin Muhammad
Rayyan Mustaqim.
Pengikat
kasih, bukti cinta mereka berdua, Arissa dan Mustaqim.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hi gais!
Finally, habis pun cerita ni. Sorry terlambat sehari. Smtg happened.
Btw, thanks for those yang sudi baca. Appreciate it much!
Bab ending tu, Daniel, Mahfuz, Maarif. Daniel je yg D kan? Actually, i'm a big fan of Daehan Minguk Manse. Sebab tu D,M,M. Sape yang follow up pasal triplet tu tahu lah. hehehe. So, saja terfikir nak letak anak triplet. sebab melayu letaklah daniel etc. Kang letak nama korea jadi muhammad daehan pulak. K sy dah start merapu. Sorry. Haha.
Btw, again. thanks so much.
I'll end here.
Bye.
Loves,
Adamantium.