Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
3,631
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 16

KELIHATAN Irfan tergesa-gesa meninggalkan dewan makan sebaik sahaja pelajar junior yang menyampaikan pesanan kepadanya itu berlalu. Irfan yang merupakan pengawas sekolah makan di meja bulat, yang kedudukannya berhadapan dengan meja Hani yang telah tersedia mengikut rumah sukan dan dorm. Maka, Hani akan menghadap wajah Irfan dari tempat duduknya. Hani pernah minta untuk bertukar tempat dengan Alia, tapi cuma bertahan sehari, kata Alia, dia tak selesa. Hani lagi la tak selesa nak menghadap muka Irfan yang terlebih rajin meng’usha’ dia hari-hari tu. Nak tercekik rasa.

“Kenapa Ipan cam rushing Hani?” Minn menyiku Hani. 

Hani menjungkit bahu. “Entah. Tiba je. Ada la tu sesiapa cari dia.” Isi ayam dicubit dan dimasukkan kedalam mulut sambil otaknya ligat memikirkan segala kemungkinan mengapa Irfan nampak kelam-kabut.

“Kelas Quran Sunnah lepasni gabung semua ibnu kan?” Minn dah siap makan. “Kita gerak sekali la.” 

Hani mengangguk. “Aku malas kelas gabung ni satu je sebab dia, ramai sangat. Lepastu aku kat tidur.” 

Hani dari dulu, dia bukanlah orang yang akan tidur dalam kelas sewaktu guru mengajar, tapi bila ramai macam tu, confirm dia mengantuk teruk.

“Aku pun.” Mereka angkat pinggan. Dome makanan ditutup, ada lagi yang belum makan. 


“ASSALAMUALAIKUM. Saya nak mintak perhatian semua sekejap ya.” Zaim yang tiba-tiba berdiri sebaik sahaja kelas PQS tamat itu mendapat perhatian semua. Hani rasa tak sedap hati. Dari mula kelas tadi dia tak nampak Irfan, Zarith dan Pa’an. Takkan mereka ponteng kot?

“Saya nak maklumkan yang salah seorang rakan kita, Irfan Akmal telah kehilangan abangnya pagi tadi. Jadi, saya minta jasa baik semua disini untuk sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Al-fatihah.” Senyap. Yang kedengaran cuma kumat-kamit dalam bilik berhawa dingin itu. Hani pegun dikerusi. Dia baru sahaja bangun tidur ketika Zaim berdiri tadi. Kelihatan banyak mata yang berpusing memandangnya. Hani terus kaku. Sebaik sahaja ustaz melangkah keluar kelas, dia terus berlari ke tandas. Mencuci muka. Sebaik saja kakinya melangkah keluar, kelihatan Minn dan Abil di situ. 

“Kau okay tak?”

Hani angguk. Lemah. “Aku okay, tapi aku taktahu la Ipan macam mana.”

“Kau call la dia.” Efa, Abil dan Fara mendekati mereka. Ditangan Efa terdapat beg sandang milik Hani. 

“Ni tadi Zarith suruh pass kat kau.” Fara menghulur satu sampul surat. “Irfan yang bagi.”

Sampul surat itu dibuka. Ada satu nota kecil dan tiga keping not RM10 dalam tu. 

“Tadi Zarith kata Irfan bagi habis semua duit dia kat kawan-kawan. Kat kau pun dia bagi jugak la tu.” Abil menambah. “Jom la kita gerak ke surau. Baca yassin. Ke kau nak call Ipan dulu?” 

Hani menggeleng. “Esok la aku call. Sekarang pun mesti dia on the way balik, bagi dia cool down dulu. Esok agak-agak lepas jenazah dah selamat dikebumikan aku call.” 

Rakan-rakannya cuma mengangguk. Kaki mereka dibawa ke surau.


Malam itu, bacaan yassin beramai-ramai diadakan untuk disedekahkan kepada abang Irfan. Hani yang menunduk membaca yassin mengangkat kepala apabila kedengaran beberapa esakan. Sambil mulutnya meneruskan bacaan, matanya mencari dari mana datangnya esakan tersebut. Kelihatan dua pelajar aspuri sedang mengelap teresak-esak. Dorang ni menangis sebab ada hal peribadi ke sebab tumpang sedih abang Irfan ni eh? Biarlah. Matanya kembali difokuskan kepada buku yasin ditangan. 


Keesokan petangnya, tiba-tiba penolong ketua batch mereka mengadakan perjumpaan sesama pelajar perempuan untuk membincangkan program tingkatan lima yang bakal dijalankan. Ketika itu Hani sedang mengeluarkan duit syiling dari dompetnya, dia berniat mahu menelefon Irfan. Dia menuju ke bilik perjumpaan dengan menggenggam syiling. Sudah ramai rakan batchnya yang berada disitu. Hani mengambil tempat ditepi kerusi, berdekatan dengan Minn dan Abil. 

“Kau dah call Irfan ke Rina?” Satu suara menegur Rina. Hani cepat-cepat pasang telinga apabila telinganya menangkap nama buah hatinya itu disebut. 

“Dah. Dia cakap dia okay je. Lepastu dia senyap je bila aku tanya apa-apa.” Rina mengeluh. “Dia macam malas nak layan aku pun ada.” 

“Dia penat kot. Nanti kau call la lain.” Rakan baik Rina, Miju menambah. 

“Tak tahu la dia. Sekarang ni memang jarang sangat nak sembang dengan aku. Ada je alasan dia nak elak.” Kakinya diluruskan. “Macam harini pun, aku call sebab aku risaukan dia. At least aku boleh dengar kalau dia nak bercerita.”

Hani tiba-tiba rasa cemburu. Kepalanya dah tak terima apa yang Yuyu sampaikan kepada mereka selepas itu. Habis je perjumpaan, dia terus berlari ke public phone. Nombor Irfan ditekan. 

Beberapa saat kemudian panggilannya bersambung. Suara serak lelaki itu kedengaran. 


“Hello Ipan.” Hani memulakan bicara. Irfan di hujung talian terkedu. 

“Hani....” Meleret suara lelaki itu. Sebak. Sedih. 

“Ye. Kalau kau nak nangis, nangis la. Aku dengar. Sorry sebab tak mampu ada kat sana. Tapi aku ada kalau kau nak meluahkan.” Lembut Hani memujuk. 

“Aku dah puas dah nangis.” Irfan ketawa, menutup kesedihan. “Tapi bila dengar suara kau, aku rasa macam nak nangis lagi Hani.”

“Nangis la Pan. Tak salah pun. Nangis je.” Sebaik saja ayat itu keluar dari mulut Hani, kedengaran esakan dari talian sana. Hani cuma diam. Biarlah lelaki itu lepaskan segalanya. Sesekali Hani cuba menenangkan lelaki itu. 

“Hani....”Panggil Irfan apabila dia sudah kembali tenang. 

“Ya.” 

“Kau jangan tinggalkan aku. Aku dah tak sanggup hilang orang yang aku sayang.” Irfan meminta. Hani terkedu. “Aku serius sayang kau. Jadi, please, stay with me.” 

Hani senyum. “Okay.” 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium