Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,141
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

Telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk mematikan gerak tangan Hani yang baru sahaja mengemas bekas penselnya seusai dia menyiapkan homeworknya sebentar tadi. Telefon itu dicapai, mesej dibuka.

+ Salam, Hani. Tengah buat apa tu? 

‘Siapa pulak ni? Nak balas ke tak ni?’

 Akhirnya Hani memilih untuk tidak membalas. Lima minit kemudian, satu lagi mesej diterima. Malas-malas Hani membaca.

+ Hani, sorry. Ni aku la, Aarif Syauqi. Lupa nak bagitau dlm mesej tadi. 

Lahh. Arip ke? Hani senyum. 

~ Lah, kau ke? Aku ingat sape la tadi. 

Button send ditekan. Tak lama, terus balasan daripada Aarif diterima. Kali ni Hani cepat-cepat membuka mesej tersebut.

+ Sorry. Kau buat apa tu? Aku ganggu ke?

~ No worries. Tak ganggu pun. Aku baru siap buat homework. Kau buat apa? Kenapa text aku ni?

+ Aku pun baru siap study. Ni dok lepak dengan Fahmi semua. Aku saja je nak text. Lama tak dengar khabar kau.

~ Ohh. Aku khabar baik je ni. Haha. Kau nangis homesick tak kt MRSM tu weh? Mesti buruk kan kau nangis. Kahkah. 

Aarif tersenyum membaca mesej daripada si gadis.Dalam mesej pun sempat nak mengusik.

+ Lahh, kan dah pernah cakap haritu time last day aku?

~ Eh, cakap apa? 

Hani berfikir. Apa yang Aarif cakap sewaktu hari terakhir jejaka itu di sekolah Hani? Rasanya masa ucapan perpisahan daripada mamat tu takde pun dia cakap pasal homesick, pasal nangis? Mesej yang baru diterima dibaca. Pipinya membahang.

+ La, kan dah cakap. Kalau abang nangis, sebab abang rindu awak je. 

Erk. Hani terkedu. Mamat ni boleh pulak main-main macam ni. 

~ Kau ni kalau ada depan aku, dah lama aku sepak. Main-main pulak.

+ Sape cakap aku main-main?

~ Aku la cakap.

+ Abang tak main-main pun dengan awak.

~ Uish apa abang-abang ni doi? Aku anak sulung kot.

+ Haha, kau yg start panggil aku abang dlm kelas dulu kan?

~ Tu sebab mak kau panggil. Aku follow je.

+ Mak aku biasa panggil aku dengan nama je. Dia panggil abang tu biasanya nak bahasakan aku dengan kawan-kawan dia or anak kawan dia. Tu pun selalunya dia guna Abang Aarif. Time tu mungkin sebab kau yang ada depan pintu. Dan kau anak kawan mak aku. Cuma time tu dia lupa nak letak Aarif kot belakang abang tu. Hahah.

~ Lerr, hahah. aku ingat mak kau memang panggil kau abang kat rumah…

+ Tak lah, kau je yg panggil aku abang. Sebab tu aku pandang je kau time tu.

~ Kenapa?

+ Sebab aku rasa macam bini yg panggil.

~ Ah, malas ah layan kau. Bye.

Telefonnya dicampak ke atas katil. Sebal. Boleh pulak dia nak gurau bab macam ni. Dia tak tahu ke Hani ni perempuan. Cepat tau perasan. Mukanya ditekup ke bantal.

Telefon bimbit yang berbunyi diangkat tanpa melihat nama pemanggil. 

“Hello..” Malas suara Hani menjawab panggilan.

“Hani…” Lembut suara dihujung talian.

“Hm kenapa?” Hatinya kembali sebal mendengar suara Aarif.

“Err, aku nak cakap ni.”

“Kau memang tengah cakap kan?” Hani memusingkan badan menghadap siling.

“Emm, aku.. aku..” Aarif gagap di talian sana.Dah kenapa? Aarif takut sangat ke sebab ingat dia marah?

“Kau apa Aarif?”

“Errr… Hani, aku sebenarnya..”

Hani mengeluh lagi. Aarif ni kenapa? Call tapi gagap.

“HANI, ARIP SUKA KAU LA WEI!!” Satu suara dari belakang atau sebelah Aarif mencelah. Hani terkedu. Panggilan dimatikan. Dadanya dipegang. Berdebar-debar. 

“Ah, yang kau nervous ni kenapa? Dorang main-main je pun..” Hani menampar pipinya perlahan.

Satu mesej diterima.

+ Hani, sorry. Tu Fahmi tadi tu.

~ Oh, okay. Takpe2.

+ Tapi apa dia cakap tu betul. Aku suka kau. Aku sayang kau.

~ Weh apa ni Arip? Benda macam ni bukan benda nak buat gurau kau dgn kawan2 kau tau.

+ I’m not joking. I’m serious.

 

Hani membaca mesej daripada Fahmi tu berkali-kali. Aduhai mamat ni.

Telefon berbunyi. Aarif lagi. Terketar-ketar tangannya menjawab panggilan itu.

 

“Hani, aku serious. Aku suka kau. Aku dah dalam bilik ni. Aku sayang kau. Aku kacau kau selama ni sebab nak dapat attention kau. Yang Fahmi and budak ni usik kau tu, sebab aku bagitahu dorang yang aku suka kau. And aku dapat tahu khabar pasal kau daripada dorang la. Sebab tu dorang usik kau. I’m sorry. Tapi aku betul-betul suka kau. Jadi girlfriend aku?

 

Hani terdiam. Dan mengikut jiwa dan hormon remaja yang baru meningkat naik, Hani terima Aarif. Kecik-kecik dah gatal.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium