Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,148
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 13

HARI demi hari berlalu, peperiksaan akhir tingkatan empat telah pun tamat. Keputusan pun dah selamat dipampangkan di papan kenyataan. Keputusan Hani biasa-biasa je. Bila dia masuk SBP ni, segalanya lain dari sekolah lama dia. Para pelajar pun punya la pandai-pandai. Hani selalu dapat markah cukup makan je untuk addmath, kat sini ada yang dapat perfect score untuk subjek tu. 

Hani menunggu ayahnya sampai untuk membawanya pulang. Zaman tingkatan empatnya telah berakhir. Life Hani dia sekolah ini sangat berbeza dengan life di sekolah lamanya. Kalau dulu Hani rajin ponteng, sekarang dia dah lama tinggal. Paling teruk dia pernah buat kat sini pun, dia tolong cover budak laki kelas dia fly asrama. Dia ada jugak niat, tapi kawan dia kat sini baik-baik. Maka dengan dia sekali jadi baik. Syukurlah. 

Cuti sekolah akhir tahun tu dia habiskan dengan pulang ke kampung ibunya di Kedah. Keluarganya bukanlah dari golongan yang mampu bercuti ke luar negara setiap kali cuti. Nak bercuti dalam negara pun kena fikir banyak kali. Tapi Hani tak kisah pun. Balik kampung pun dah cukup untuk dia. Dia asyik hadap sawit je, sesekali hadap sawah padi pun dia dah bahagia. 

Hani memandang telefon bimbitnya. Mesej daripada Irfan tadi dibaca lagi. Dia taktahu tu dah masuk kali keberapa dia baca mesej tu. Sampai sudah dia tak balas-balas. 

+ Hani, aku suka kau. Nak tak kau jadi girlfriend aku? 

Irfan dah luahkan perasaannya. Hani pun sebenarnya sukakan Irfan. Baginya, lelaki pendiam tu ada istimewanya sendiri. Irfan tidak la sehandsome Nazri, tidak lah semanis Aarif. Irfan berkulit gelap, mungkin kerana dia aktif sukan. Dia atlet ragbi. Hani pun tak tahu apa yang dia nampak pada Irfan. 

~ Bukan kau dengan Rina ke? 

Hani teragak-agak nak menerima Irfan. Dia takut dituduh perampas. Baru-baru ni pun Rina and the gang dah pandang dia semacam, mungkin dia tahu yang Irfan ada contact Hani. Dia sebenarnya malas nak bergaduh. Dulu dengan Suzi, lepas dia putus dengan Haikal, Hani dengan rela hati cuba memperbaiki hubungannya dengan Suzi. Malas nak bergaduh pasal lelaki. Bodoh namanya tu. Tapi di sini, dah dua tiga orang yang bermasam muka dengannya, tambahan lepas kejadian Irfan bagi dia keychain. Zarith yang passkan keychain tu kat Hani. Menurut Zarith, itu merupakan pertama kali Irfan memberi sesuatu kepada perempuan. Rina sendiri tak pernah dapat apa-apa daripada Irfan. Bila dia tanya Irfan, keychain tu balasan dia untuk air tin 100 plus dulu. Hani terima jela. Bangga jugak dia time tu. 

+ Aku dengan dia teman tapi mesra je. Dia je suka aku, tapi aku tak pernah official dengan dia. Dia dah lama dah couple dengan orang lain. Masa aku mula-mula text kau dulu pun, Rina dah ada someone else. Aku tak suka dia pun. Dia text aku, aku layan jela. 

Mesej balasan daripada Irfan dibaca. Zarith pun ada memberitahu dia mengenai hubungan Irfan dan Rina. Katanya selama ini, kalau Irfan dan Rina berjumpa, semuanya atas permintaan Rina. Irfan malas nak cakap banyak, jadi dia cuma mengikut. Daripada situ yang timbul gosip Irfan dan Rina bercinta. 

Kekunci ditekan.

~ Aku boleh terima kau, dengan syarat, we stay addressing ourself like this. No sweet endearment. You okay with that

Hani mengajukan permintaannya. Dia malas nak bersayang, berabang, berbaby, berhoney. Dulu dia putus dengan Aarif pun salah satu sebabnya ni la. Dia geli. Tapi Aarif buat tak tahu. So sampai sekarang, Aarif je yang dia boleh terima guna panggilan macam tu.

+ Ala, knp? Tak rasa macam couple la macam tu. 

~ Aku tak selesa la. Rasa meremang haha. 

+ Kalau macam tu, kita teruskan kawan macam ni la. Takde beza pun kan?

Hani jungkit kening. Dia okay je. 

~ Tarahal. Aku okay je mana-mana. 


Namun, malam itu sekali lagi Irfan meminta Hani menjadi buah hatinya. 

+ Hani, aku tak kisah la kena guna aku-kau macam ni pun. Aku nak jugak kau jadi official girlfriend aku. Aku risau kalau kita teruskan macam ni, ada orang lain yang ambik kau drpd aku. So, kau jadi girlfriend aku boleh? 

Hani geleng kepala. Irfan ni la, macam-macam. Dan disebabkan dia pun dah terjatuh suka kat mamat tu, dia pun terima la. 

Dan apa yang Irfan risaukan berlaku lima minit kemudian, Hani menerima satu lagi confession. Daripada Loki. Memang sebelum ini Loki ada memberitahu Hani yang Loki ada crush dekat budak dorm Hani. Tapi bila Hani cuba meneka, Loki menidakkan semua yang tekaan Hani. Tapi Hani tak menyangka yang gadis yang disukai Loki tu ialah Hani sendiri. Hani pun akhirnya memberitahu Loki yang Hani telah menerima orang lain. Mujurlah Loki faham. 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium