Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,150
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 9

LOKER besi miliknya dibelakang kelas dibuka. Buku-buku teks itu disusun sebelum buku teks Syariah itu diselit. 

“Hani, jom join PRS.”

Hani mendongak. Dina, kawan sekelasnya. “Untuk apa?”

“Nanti ada program fasilitator, dengan budak sekolah rendah. Gabung PRS dengan pengawas sekolah. Esok taklimat. Cikgu nak tambah ahli PRS. Kau calon sesuai. Jom la.” Dina memujuk. 

“Tapi aku malas.”

Hani sebenarnya dah berniat tak mahu menyandang apa-apa jawatan disekolah ini. Cukupla disekolah lama segala jenis jawatan yang dia pegang. Sampaikan sebelum pindah sekolah, cikgu pengawas lantik dia jadi setiausaha. Tak pernah-pernah pelajar tingkatan empat pegang jawatan tu. Biasanya pelajar tingkatan enam yang pegang. Bila dia dapat pindah, Hani sangat la lega. Bebas dari jawatan. 

“Ala, PRS tak berat mana pun. Jom la. Fara pun ada.” Fara merupakan salah seorang kawan rapat Hani di sekolah ini selain Abil dan Efa.

“Hm okay la cemtu.”

“Jom ikut aku sekarang!” Dina tarik tangan Hani. 

“Pergi mana?” Suka-suki dia je tarik tangan tak bagi salam. Nasib baik tak terlanggar bucu meja. 

“Bilik kaunseling.” 

“Kata esok?”

“Aku nak kenalkan kau kat cikgu dulu la.”

“Ooooooooh.” 



SEKELILING bilik kaunseling itu diperhatikan. Kelihatan Pa’an sedang berbincang dengan Cikgu Azman mengenai program yang bakal dijalankan lusa. Pa’an ketua PRS rupanya. Dia jugak yang cadang nama Hani. Cis. Tadi Pa’an dan Cikgu Azman dah briefing serba sedikit mengenai program. Sekarang tinggal nak cabut undi menentukan partner untuk group fasilitator. Dua orang fasi akan menguruskan satu kumpulan pelajar. 


Khairul. 

Hani telan liur tatkala membaca nama partnernya nanti. ‘Ah sudah, siapa pulak ni?’ Selain pelajar perempuan, Hani cuma mengenali rakan laki kelasnya dan dua tiga orang rakan laki kelas Minn. Yang lain memang dia tak kenal langsung. 

“Siapa Khairul?” Hani bertanya. 

“Tu...” Jeah muncung bibir menunjuk kearah seorang pelajar lelaki bersongkok yang sedang bersila ditepi dinding. Lelaki itu mengangguk. 

“Oh, kau sini la.” 

Lelaki itu menghampiri Hani. 

“Aku Hani.”

“Khairul.”

Senyap. 

Siminit.

Dua minit.

Lima minit. 

Hani mati kutu. 

“Kau budak baru ke?” Khairul menyoal. 

Hani angguk. “Kau?”

“Sama la.”

Mampus. Dah macam mana nak terangkan pasal sekolah kalau dua-dua budak baru? Hani sendiri sesat dalam sekolah ni. 

“Kita tukar.” Hani bagi cadangan. 

“Wei kitorang nak tukar. Kitorang dua-dua budak baru. Taktahu apa.”

Tapi semua sekadar sengih. 

“Pa’an tolong la aku.”

“Sorry Hani, aku nak Pa’an.” Bella sengih. “Partner kau macam senyap je. Aku awkward la nanti.” Bella bisik ketelinga Hani. 

‘Dah tu, aku macam mana ni?’ Hani garu kepala yang tak gatal. Menyesal pulak dia setuju nak join program ni. 

“Kau tukar dengan aku la Hani.” Dia memberi cadangan. “Aku dengan Ipan. Kesian pulak korang dua nanti.”

“Ya Allah Dina, kau la penyelamat aku.” Tangan Dina digoncang-goncang. Terharu sangat ke apa tu? “Tapi Ipan tu sape?” Sekali lagi Hani mengeluh. 

“Tu...” Hani turut mengalih pandangannya, turut mengikut arah pandangan mata Dina. Seorang lelaki berbaju melayu maroon berkopiah putih sedang berlunjur kaki disebelah Pa’an. “Dia pengawas sekolah.”

“Ipan! Kau jadi partner Hani. Aku dah tukar dengan dia.” Keadaan bilik kaunseling yang agak bising itu membuatkan Dina terpaksa menjerit sedikit. 

Lelaki bernama Ipan itu sekadar mengangguk dan kemudiannya berdiri menghampiri Hani dan Dina. 

“Dia ni pun senyap jugak sebenarnya. Kau hadap jela Hani.” Bisik Dina sebelum menghampiri Khairul. 

Hani terlopong. ‘Malangnya nasib.’

“Nak duduk mana?” Ipan bertanya.

Hani menoleh. Matanya memandang sekeliling. “Em, situ la.” Meja cikgu Liza kosong. Langkahnya diatur kesitu. 


Balang gula-gula yang berisi alat tulis Cikgu Liza itu diambil dan diletakkan ditengah-tengah meja. Hani tersangat la awkward. Lepas perkenalkan diri masing-masing tadi, dia dan lelaki bernama Irfan tu senyap. Sama situasi macam dengan Khairul tadi. Tapi at least dengan Khairul tadi takde la gelisah sangat macam ni. Irfan tu dari tadi merenung Hani. Lepas tu pandang kawan mereka yang lain. Lepas tu pandang Hani balik. Hani mengeluh. 

Balang tadi dialih. Hani angkat kepala. Balang itu sudah berada di ribaan Ipan. ‘Aduh dia ni.’


“Kau kenapa?” Ipan menyoal. 

“Aku awkward la. Kau senyap. Aku lagi la tak tahu nak sembang apa.” Kakinya diangkat bersila keatas kerusi. Dia malas nak cover ayu dah. Penat. 

“Ohhh...”

Hani mendesis. ‘Tu je dia balas?’ 

“Lusa nanti kau jangan nak senyap. Aku serius tak tahu apa pasal sekolah ni. Aku join ni pun sebab Dina paksa.” 

Ipan sekadar pandang Hani tak berperasaan. “Kau kawan lama Pa’an?” 

Hani jungkit kening sebelah. Lain dia cakap, lain mamat ni melalut. “Haah. Kenapa?”

“Saja tanya.” Ipan angkat bahu. 

Hani mengeluh lagi buat kali keseratus juta. Kakinya diturunkan. Dina dihampiri dan dia bersila disitu. “Apa plan korang nanti?”







Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium