Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,105
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 14

MASA berlalu pantas. Hubungan dia dan Irfan jugak dah masuk bulan ke lima. Irfan sweet la jugak. Setiap hari, tiap kali waktu rehat, pasti akan ada roti dan air kotak dalam meja Hani. Kalau Irfan tak sempat letak dalam meja, nanti Zarith yang akan menjadi penyampai. 

Tapi hubungan mereka masih lagi rahsia. Cuma rakan terdekat mereka yang mengetahui status mereka. Satu hari, Irfan dilantik sebagai BADAR. Jawatan yang paling Hani harap tidak akan disandang oleh Irfan. BADAR tu badan dakwah kut, mana boleh nak couple semua. Haram. Heh, dah tahu haram pun still buat kan, Hani? Dan sememangnya apa yang Hani harapkan tak menjadi kenyataan. Saat Irfan memberitahu dia dilantik sebagai BADAR, Hani rasa macam ada batu yang  menghempap kepalanya. Dia rasa serba salah. Tapi Irfan memberitahu Hani yang dia nak teruskan. Cuma biarlah senyap-senyap. Hani pun bersetuju. Dia lagi suka macam tu. 

Dan setelah Hani benar-benar menjadi kekasih hati Irfan, baru la dia tahu yang Irfan tu punya ramai peminat. Hani musykil. Irfan tak handsome, gelap dan tak berapa nak tinggi pulak tu. Tu pun ramai peminat. Tapi Hani pun minat kat Irfan apa? 


“KENAPA kena gabung dengan laki harini wei?” Nozie, kawan Hani dari kelas Haitham bertanya. Subjek pagi itu ialah PJK. Kelas Hani, Ibnu Battuta akan digabungkan dengan Ibnu Haitham. Kebiasaannya pelajar perempuan akan diasingkan daripada pelajar lelaki untuk aktiviti fizikal subjek itu. Tapi hari ini sebaliknya. 

“Entah la. Cikgu nak ajar main sofbol katanya.” Efa menjawab. Lengannya yang tadi disinsing, diturunkan semula sebaik saja kelibat pelajar lelaki kelihatan mendekati kelompok mereka. 

“Aku serius cakap, aku failed gila bab sukan ni.” Hani ketawa kecil. Bola jaring pun dia tak reti. Satu-satunya sukan yang dia excel ialah olahraga. Yang lain, kirim salam. Hani memang tak faham langsung peraturan-peraturan permainan macam bola jaring, bola tampar semua tu. 

“Takpe, kot kau tengok muka Irfan terus kau jadi hebat ke nanti?” Dina mengusik. Hani tahan segan. Kebanyakan ahli kedua-dua kelas itu tahu yang Irfan dan Hani menyukai antara satu sama lain. Hani sekadar memberitahu yang mereka cuma teman tapi mesra, tak lebih daripada itu. Kawan rapat Hani saja yang tahu status sebenar. 


IRFAN kelihatan memegang bat, menanti bola. Mereka bergilir-gilir melakukan pitching dan pukulan. 

“Ha, yang perempuan sape nak pitching ni?” Suara cikgu Azlan kedengaran. Masing-masing tolak menolak sesama sendiri. Hani awal-awal dah menyorok di belakang. 

“Hani wei Hani.” 

“Bagi Hani...”

“Hani mana Hani?” 

‘Cis!’ Hani mendesis. Dia punya la nak mengelak dari menghadap muka Irfan. Segan. Tiba-tiba Dina yang entah bila muncul dibelakangnya menolak Hani kedepan, berhadapan dengan Irfan. Hani mengeluh. Bola dan glove yang dah tersedia di tangannya di pandang. Entah siapa yang sarungkan. Kepalanya diangkat. Irfan kelihatan tersenyum kepadanya. Tak, bukan senyuman manis. Senyuman menganjing mamat tu bagi kat Hani. Hani mengambil posisi seperti yang telah diajar dan bola dilempar laju. Cis, Irfan tetap berjaya pukul bola dia. Irfan pandang Hani. Smirk


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium