Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,138
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 6

“Hani!” Ustazah Jamilah memanggil. Buku nota gadis itu diangkat.

“Kenapa ustazah?” Hani bangun, mendekati meja guru. Tudung ditarik sikit ke belakang. ‘Aku dah kurus ke? Tudung pun dah longgar ni.’ Hani sempat menggumam dalam hati.

“Awak dah buang tabiat ke Hani?” soalUstazah Jamilah yang mengajar Pendidikan Islam itu. 

Hani garu kepala. ‘Ah sudah, aku salah hantar buku ke? Ke aku terhantar buku lirik si Mira form 1 tu punya?’ Hani mula gelabah.

“Saya buang tabiat apa ustazah?”Sepatah-sepatah dia bertanya. Takut jugak.

“Awak tiba-tiba hantar buku nota kat saya ni kenapa? Last awak hantar masa awal tahun tingkatan dua dulu. Saya kena buat kenduri kesyukuran ke apa ni?” Ustazah Jamilah gelak.

“Ohh, pasal tu. Saya rajin sikit ustazah. Jangan risau, lepasni saya tak hantar dah. Penat rupanya buat nota agama ni ustazah.” Dia sengih. Buku notanya diambil kembali.

“Sabar jela saya dengan awak ni.”Ustazah Jamilah geleng kepala.

 

Mereka semua bergerak menghantar buku nota Bahasa Arab kehadapan. Hani garu kepala. Aduh.

“Ustazah, check dari muka surat ni je tau.Belakang jangan.” Hani pesan kepada Ustazah Alia ketika buku notanya dihantar.

“Yelahhh..” 

Setelah buku nota Arab mereka dipulangkan,Ustazah Alia memulakan PnP.

“ Saya nak semua lengkapkan mana-mana nota yang belum siap tu. Terutama sekali page mengenai Fi’il Madhi dan Mudhori’. Boleh rujuk mana-mana kawan yang dah siap.” Ustazah Jamilah berpesan sebelum kelas Arab pada hari itu tamat.

“Hani! Pinjam buku kau tau!” Zack cepat-cepat menge’cop' buku Hani. Hani tak pernah dapat gred lain selain A kot untuk Bahasa Arab.

“Zack, awak cari orang lain jela. Hani tu nota dia tak pernah lengkap. Dia hantar kat saya nota kosong je. Sampai habis PMR pun takkan siap saya rasa.”

Hani garu kepala lagi buat kesekian kalinya. Harini ustazah-ustazah dia buat ‘kempen perli Hani’ ke?

Aki dan rakan mereka yang lain ketawa. Padan muka Hani. Siapa suruh malas. Nasib baik pandai, sebab tu cikgu-cikgu tak kisah. Dalam batch mereka, Hani merupakan pelajar top three. Hani, Juna dan Dina. Mereka bertiga saja la yang bertukar-tukar ranking top three dalam batch. Pelajar lain cuma mampu merasa merebut tempat keempat dalam batch je. Aki tak faham jugak macam mana Hani tu boleh pandai. Fokus dalam kelas pun jarang. Kadang tu, Hani dan Bed selalu keluar serentak dengan cikgu yang mengajar, lepastu mereka masuk ke kelas semula bila dah separuh waktu pembelajaran untuk subjek seterusnya. Bila ditanya, mereka jawab mereka tolong cikgu dibilik guru. Aki tahu je yang sebenarnya mereka yang cari cikgu nak minta kerja, jadi mereka boleh ponteng kelas dengan alasan ada cikgu minta tolong. Cerdik betul. Si Hani tu kadang-kadang hilang waktu kelas, rupanya lepak tidur dalam bilik kaunseling. Pernah sekali tu dia kantoi dengan pengetua, tapi Aki tak tahu apa yang Hani gebang kat pengetua sampaikan dia tak kena marah pun. Tapi tak pelik pun, Hani tu top scorer. Cikgu sayang. 

 

“Nama-nama yang saya sebut ni sila tunggu.” Kuat suara Cikgu Hafizan kedengaran walaupun tanpa mikrofon. Tu cikgu disiplin sekolah mereka. 

“Last sekali, Julia Natasya dan Azra Hanani. Semua pelajar ni sila tunggu. Yang lain boleh balik kelas.” 

Perhimpunan tamat. Hani terus duduk mencangkung tepi longkang, sekali dengan Julia Natasya, ataupun dipanggil Juna. Ada lagi lebih kurang lapan orang pelajar batch mereka yang disuruh tunggu. 

“Wei Hani, aku rasa minggu ni kita famous.” Juna tergelak kecil. Tangannya menguis batu kecil di hujung kaki.

“Kenapa?” Hani merungkai tali kasut Line Sevennya dan mengikatnya kembali. Bosan.

“Yelah, hari Isnin baru ni baru naik pentas, terima Anugerah Berbintang Pengetua. Hari ni, Khamis dah kena sebut nama pulak kat perhimpunan sebab buat kes.” Juna gelak lagi. Dia ni memang, selain  termenung, dia suka gelak.

Juna budak kelas Nurin. Dia rapat sebab sama-sama satu pilihan untuk subjek KHB. Juna merupakan salah seorang saingan sihat dia kat sekolah ni dalam menyandang ranking top three. Tapi dua-dua bongok. Buat kes. Hani tahu kenapa dia kena panggil ni. Kes couple. Hahaha.

 

“Saya nak awak semua mintak maaf kat semua cikgu sebab awak semua langgar amanah. Orang pergi sekolah nak belajar, awak bercinta. Saya dapat tahu jugak baru ni korang buat sambutan birthday and apa syaratnya tu? Kena bawak pasangan masing-masing?  Amboi-amboi.” Cikgu Hafizan membebel. Hani garu kepala. Patut la sampai kena panggil. Ada kes kat luar rupanya. Tapi dia mana join. Nak mampus kalau mak abah tahu? Dia couple pun senyap-senyap kot. Memang tak la nak jumpa kat luar. Kat sekolah ni pun, dia jumpa mamat tu depan kelas. Itu pun dia ajak Sara ataupun Bed teman.

Hani melangkah masuk bilik disiplin dengan langkah yang berat. ‘Ya Allah, semoga Cikgu Hafizan tak report kat abah.’ Cikgu Hafizan tu kawan baik abah. Geng main badminton sama-sama.

“Hi cikgu. Eheheh.” Teman lelakinya dipandang sebal. Nazri Affan. Lelaki itu senyap.

“Hah awak Hani. Kemain ye awak bercinta kat sekolah. Yang kat luar tu awak join tak?”

Hani menggeleng. “Nak mampus la tu kalau saya join cikgu.”

“Tahu pun. Ni haa, awak tengok ni gelagat-gelagat pelajar sekolah ni yang bercinta. Bukan main lagi bertepuk tampar kat luar. Sebab tu saya mengamuk. Hah tengok ni. Geram saya tengok. Baru form two dah gatal macam ni.”

Hani telan liur. “Kat mana cikgu jumpa ni?”

“Facebook. Dah tahu friend dengan cikgu-cikgu,tapi nak jugak upload. Tempah maut la tu namanya. Mak ayah taknak tegur, biar cikgu yang tegur.”

Hani mengangguk. Nazri yang diam disebelahnya dibiarkan. Bengang betul Hani. Dia ke Nazri tu yang lelaki sebenarnya? Kenapa dia yang kena lead jumpa cikgu semua ni? Cis.

“Tapi cikgu, saya tak buat semua tu. Cikgu jangan la bebel lebih-lebih kat saya.” Hani garu matanya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Saya tunjuk je. Dah alang-alang awak pun terlibat sama walaupun tak join. Kat cikgu lain dah mintak maaf?”

Hani angguk.
“Malu tak?”

“Malu gila cikgu.”

“Bercinta tak malu pulak?” Ambik, sedas kena dengan cikgu disiplin. Hani gelak awkward.

 

 

Cikgu Rozita didepan yang mengajar subjek Bahasa Melayu dipandang penuh fokus. Tapi otak Hani dah terbang melayang sampai ke dewan makan. Selain Matematik, subjek yang Hani memang tak boleh jadi kawan ialah Bahasa Melayu. Dia memang senang-senang je boleh dapat A, tapi setiap kali kelas Bahasa Melayu mesti Hani mengantuk dan bosan. Macam sekarang.

 

“… Ha, sama jugak la macam kita nak cari pasangan. Cari yang sekufu. Ini tak, yang perempuan bukan main pandai, duduk kelas A. Tapi cari laki kelas D. Nak cari pasangan ni, tak boleh pandang rupa je.”

Hani tersedak. Apa yang Cikgu Rozita jar sebelum tu memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi part last tu jelas sampai ke otak Hani.

‘Amboi cikgu, terang-terang sangat tu perli aku.’Hani mengeluh. Kena lagi dia harini. Semua sebab dia kantoi bercinta dengan budak kelas sebelah, Kelas D. Kelas B dan C kat bawah. Tau la Nazri tu memang handsome, tapi nak buat macam mana, dah tersuka tanpa sengaja. Bukan saja-saja nak suka. Nazri tu mula-mula sama macam Hani, jadi orang tengah antara Zana dengan kawan Nazri yang bersekolah di sekolah jiran mereka. Tapi entah macam mana mereka boleh terjatuh cinta sama sendiri. Biasalah, jiwa remaja yang asyik nak menggatal. Tu pun dah ada konflik antara Nazri dah kawan dia tu. Sebab kawan Nazri yang namanya Zafran tu tiba-tiba tersuka Hani. Kisahnya, masa Hani dankawan mereka yang lain outing, mereka tanpa rela terpaksa menemani si Zana yangnak jumpa Zafran. Dating. Kat cyber café pulak tu. Masa tu jugak la mereka semua pertama kali jumpa si Zafran tu depan-depan. Minggu depan tu, tiba-tiba Zana mengamuk. Rupanya Zafran minta putus. Zana kata Zafran suka Hani, so diadah taknak bercinta dengan Zana. Amboi, senangnya? Macam pinggan pakai buang. Jadinya, Zana mintak tolong Hani balas dendam kat Zafran. Hani taknak, tapi disebabkan nak tolong member dia setuju. Dia layan Zafran. Tapi entah macam mana, kantoi Hani contact denganNazri. Jadinya Zafran tuduh Nazri sailing Hani daripada dia. Dan sampai sekarang dua lelaki tu bermasam muka. Hani dah rasa macam dia playgirl.

 

 

Akhirnya peperiksaan tingkatan tiga mereka berakhir. PMR. Masa-masa lepas PMR nil ah yang paling dinantikan semua pelajar berusia 15 tahun itu. Sebab mereka boleh lepak, tak payah belajar, tak payahmasuk kelas. Duduk dewan. Hani mengangkut semua novel yang dia pinjam, bawak pergi dewan. Lima kerusi plastik yang sudah disatukan menjadi kerusi tinggi itu dipanjat. Novel Siti Rosmizah dibuka.

 

“Hani…”Belum sempat nak baca perkataan pertama,satu suara memanggil si gadis. Hani kembali menutup buku. Kelihatan Nazri berdiri sambal tersenyum memandangnya.

Hani membalas senyuman lelaki yang sedang bertakhta di hatinya itu. Handsome!

“Kenapa?”

“Jap lagi balik sekali nak?” Nazri memberi cadangan.

“Eh, saya kan duduk asrama, nak balik sekali macam mana?” Oh, sekolah Hani merupakan sekolah harian berasrama. Maka tidak semua pelajarnya tinggal diasrama. Rata-rata yang tinggal diasrama merupakan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Tapi rumah Hani dekat je. Rumah dia terletak ditaman sebelah sekolah. Bumbung rumah pun boleh nampak. Tapi dia sengaja memohon untuk tinggal diasrama. Sebab lagi senang nak belajar. Duduk rumah banyakdistraction.

“Maksud saya nak jalan sama-sama. Awak balik laasrama. Saya balik la rumah. Tapi nak jalan dari dewan ni tu, jom jalan sama-sama.” Nazri senyum lagi. Hani angguk.

“Okeh.” Novel ditangan kembali ditatap. Nazrikembali menyertai rakan mereka yang sedang bermain takraw.  

 

“Hani, kau dengan Nazri kali ni lama jugak kan?”Sara yang sedang menggigit epal itu menyoal.

“Haah Hani, sebelum ni kau biasa couple seminggu dua je. Paling lama sebulan.” Jen menyambung.

Hani tersenyum dan mengangguk. Kakinya diangkat,bersila di atas kerusi dewan makan itu. Lauk daging blackpepper itu digaul bersama nasi putih. Satu suapan masuk kemulut. Fuh, padu! Sedapnya makcik DM ni masak.

“Itu lah, aku pun rasa dengan Nazri ni aku lama.Aku pun rasa sayang kat dia.” Suapan diteruskan.

“So, kau dah tak suka Aarif dah ke?” Zanasambung menyoal.

Hani tersedak. Cepat-cepat air kosong itudiminum.

“Uish, kau Zana. Nasib baik tak tercekik si Hanini. Kalau tak dah arwah kawan kita ni.” Jira menepuk-nepuk belakang Hani.

“Entah kau ni.” Hani menarik nafas. “Tak beragak soalan.”

Zana sengih seperti kerang busuk. “Sorry, sorry.Aku curious.”

Hani senyap. Nasi kembali dikunyah sebelum diamenyambung, “Tipu la kalau tak sayang. Even memory aku bercinta dengan dia takbanyak, tapi aku still sayang dia. Dia first love aku kot.” Daging blackpepper digigit. “Tapi aku tak berani nak cakap apa ending relationship kitorang. Macam tahun lepas pun, masa kitorang get back semula. Cuma tahan few days. Lepas tu kitorang putus balik. Tapi aku memang still sayang dia.”

“Kalau kau kena pilih antara Nazri dan Aarif,siapa kau pilih?” Jen yang senyap dari tadi menyoal. Keenam-enam mata sahabatnya semua memandang Hani. Menanti jawapan.

Hani senyap. “Aku nak jawab aku pilih Nazri,tapi aku rasa macam aku tipu. Hati aku pilih Aarif.” Hani tunduk. “Aku rasa aku teruk gila sekarang.”

“Memang pun.” Bed mengangguk. Aki menyiku lenganBed.

“Betul apa. Hani ni, dia sayang Nazri, tapi dalam masa yang sama dia still tak boleh move on dari Aarif. Takkan aku nak cakap Hani tak salah? Dia dah macam tipu Nazri kot.”

Semua senyap. Hani mengeluh. Apa yang Bed cakaptu betul.

“Kau kena pilih Hani, Nazri atau Aarif. Kalaukau pilih Nazri, tolong lupakan Aarif.” Bed teguk air.

“Tapi Aarif first love Hani, Bed. It takes time.”Jen cuba membela. “Kita tak rasa apa Hani rasa. Mungkin dia tengah cuba.”

“Aku tahu tu. Aku cuma nak bagi Hani ni sedar jeyang Aarif tu masa silam. Nazri tu yang sekarang. Walaupun kita tak tahu lagiapa akan jadi pada masa depan.”

Hani senyum. “Thanks Bed, thanks semua. Aku tahuaku salah and memang aku tengah cuba buang Aarif dari hati aku.”

 

Keputusan PMR telah diumumkan. Hani memperolehi 9A. Rakan-rakannya pun sama-sama cemerlang. Kini mereka semua berkumpul dicyber café, nak mengisi borang permohonan ke sekolah berasrama penuh dan MRSM.Mana tahu ada rezeki.

 

“Kau isi mana Hani?” Sara kelihatan mengunyahkeropok lekor disebelah.

“Aku mintak KISAS. Kau Sara?”

“Aku malas. Nanti aku kena berpisah dengan kaumacam mana?” Sara senyum.

Gadis berkulit putih kemerahan itu dipandang.Sara merupakan kawan baik Hani disekolah kluster ini. Sara yang selalu temankanHani pergi mana-mana kecuali ketika Hani ponteng. Bed yang teman Hani ponteng.Sara jugak yang selalu bawak bekas pensel, bekas cermin mata milik Hani apabila gadis itu terlupa. Sara sentiasa ada bersama Hani ketika susah dan senang.

Hani senyum. “Kalau pun kita berpisah, kau stilljadi bestfriend aku la. Ni peluang keemasan tau weh. Mana tahu ada rezeki.Kalau kau malas, aku tolong isikan.” Fail Sara dicapai. Laman web ke sekolah berasrama penuh dibuka. Papan kekunci mula menaip butiran milik Nur Maisara.

 

 

“Hani, aku dapat KISAS.”

Hani terkedu. Sara disebelah dipandang. Malamitu, mereka sama-sama dijemput menghadiri majlis anugerah cemerlang yangdianjurkan oleh ADUN kawasan.

“Kau dapat mana-mana?” Sara menyoal. Tangan Hani digenggam.

Hani menggeleng. “Bukan rezeki aku kot.”Genggaman Sara dibalas. “Tahniah! Kau kena pergi tau. Jangan sesekali fikir nakreject. Susah kot nak masuk KISAS. Tengok, aku yang tolong apply untuk kau puntak dapat.” Hani ketawa kecil, cuba menutup kekecewaan dan kesedihan.

“Kan aku dah cakap haritu, aku taknak isi. Tapikau nak jugak isi.” Sara balas, perlahan.

“Eh engkau ni. Apa pulak, dah memang takdirAllah. Semua dah tertulis la Sara. KISAS tu sekolah bagus. Kau layak untuksekolah tu. Sebab tu la kau dihantar kat sana. Kau pun kata kau nak dalamiIslam dengan lebih lagi kan? Kat sana tempat yang sesuai. Kau doakan aku dapatmasuk SBP atau MRSM jugak k? Kan ada second intake..”

 

Hani melihat surat tawaran di tangannya. Surattawaran ke SBPI Kuantan. Dia senyum. Dia terus mendail nombor Jen.

“Jen!! Aku dapat SBP!!” Hani bersorak gembira.

“Wah, tahniah weh! Bila daftar?”

Hani membaca kembali surat ditangan. “Isnin,minggu depan.”

Tiba-tiba Jen diam. “Hani…”

“Hmm..”

“Kiranya janji kita nak sama-sama jadi otai masaform five nanti terkubur pada saat dan ketika ini la kan?” Hani terkedu. Dia masih ingat janji dia dengan Jen ketika mereka sama-sama makan Maggi cup waktu rehat sewaktu mereka tingkatan dua.

“Jen… Aku minta maaf…” Suara Hani mengendur.

Kedengaran suara Jen menangis dihujung talian. “No worries Hani. Aku cuma sedih. Aku tahu kau tak lupa pun. Kalau aku kat tempat kau pun aku pergi. Apa yang aku rasa sama macam apa yang kau rasa masa naklepaskan Sara pergi. Jangan lepaskan peluang ni Hani. Jangan risau, kitorang yang tinggal akan sentiasa support kau.” Jen senyum segaris, meyakinkan Hani yang serba salah.

Hani senyap. Ketika minggu terakhir Sara disekolah, Sara sudah jarang masuk ke kelas kerana terpaksa menguruskan urusan pertukaran sekolah. Pada hari terakhir, Hani sungguh-sungguh tahan air mata daripada tumpah. Sara pun. Hari yang paling mereka nak elak. Hari mereka berpisah. Hani dan Sara dah macam langit dengan bumi, berbeza personaliti tapi mereka ada chemistry yang kuat. Hani walaupun kasar tingkah laku, tapi semua orang tahu Hani sangat sayangkan Sara.

 

“Hani..” Suara Jen mematikan lamunan Hani. “Jangan tolak. Pergi.”

“Jen, aku serius akan rindu korang.” Hani cuba tahan air mata. Otai mana boleh nangis, walaupun tadi Jen nangis. Nanti lah dia bahan Jen sebab nangis tadi. Sekarang bukan masa yang sesuai.

“Kitorang pun akan rindu kau.” Jen menghela nafas perlahan. “Kau dah bagitahu Nazri?”
“Lepasni lah…”

Jen mengangguk. Walaupun Hani tak nampak.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium