Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,156
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 7

Hani melangkah masuk ke dalam dorm Melati dan merebahkan tubuhnya ke atas karpet yang dibentang di tengah-tengah dorm. Kedengaran suara pelajar Aspuri mula kembali ke dorm masing-masing. Bising. Sudah genap sebulan Hani disekolah ini. Dorm yang boleh memuatkan 16 orang pelajar itu diperhatikan. Lapan buah katil double decker. Semua warna kuning. Baru dia tahu yang SBP ini mengamalkan sistem rumah. Ala, macam dalam Harry Potter. Rumah biru, kuning, hijau dan merah. Bagi Hani, itu merupakan satu pengalaman baru kerana disekolah lama, sistem rumah hanya digunakan ketika hari sukan. Di sini, tempat duduk di dewan makan pun mengikut sistem rumah. Tadi di kelas, dia perasan nametag para pelajar juga mengikut warna. Macam dia sekarang, namanya terjahit diatas tag nama berwarna kuning. Baju pengawas disini berwarna coklat cair, berbeza dengan sekolah lamanya, berwarna biru. Cakap pasal pengawas, otak Hani teringat kejadian pagi tadi.


Oi, kau classmate Ziq kan?” Hani yang baru balik dari tandas itu menoleh. Mamat beruniform pengawas itu dipandang. Soalan itu dibiar dibawa angin lalu. Hanya keningnya diangkat sebelah, tanda dia mendengar lelaki itu. 

“Nah, ni beg Ziq. Bawak gi kelas. Dia cirit.” Beg galas jenama Adidas berwarna merah itu bertukar tangan. Lelaki itu berlalu meninggalkan Hani yang terpinga-pinga. 

Hani mencabut tudungnya dan disangkut pada hanger. “Mamat tadi tu sape eh? Tiba-tiba je suruh aku bawak beg si Ziq tu. Yang aku pun baik sangat pi ikut cakap dia.” Dahinya diketuk berkali-kali. 

HUJUNG minggu itu, Hani dan tiga lagi rakan sebiliknya, Minn, Imah dan Sufi sama-sama menyental baju di bilik air. Mereka sama-sama second intake, jadinya dorm mereka semuanya senior tingkatan lima. Mereka nak tak nak kena la menyesuaikan diri. Nasib baik senior dorm mereka sempoi-sempoi. Lega sikit rasa.

“Hani, kau ada pakwe tak?” Minn menyoal sekembalinya mereka dari ampaian. Hani menjungkit kening.

“Kau rasa?” Hani menyoal balik. Imah dan Sufi dah kembali ke dalam dorm. Tinggal dia dan Minn di depan cermin bilik air tersebut. Pantulan Minn dalam cermin itu dipandang.

“Tak boleh nak expect. Kadang aku rasa macam ada. Tapi most of the time aku rasa kau jomblo.” Minn ketawa. “Sebab kau ganas sangat. Aku rasa laki pun takut.”

Hani ketawa. “Pernah ada. Tapi baru putus two weeks ago.” Rambutnya dilepaskan dan disisir menggunakan jari. 

“Kenapa?”

“Sebab aku tak guna. Aku yang minta break. Tapi aku rasa yang dia pun tak boleh nak long distance relationship. Sedangkan aku taknak dating kat sekolah lama dulu pun mamat tu dah frust.” Wajah kacak Nazri terbayang di ruang mata. “Pastu aku pun kuat jealous. Dulu ada junior nak try dia pun aku dah merajuk teruk. Aku sendiri tak yakin yang aku boleh percayakan dia dan diri aku sendiri. Nanti aku tuduh dia macam-macam, dia jugak yang sedih. So aku rasa putus la kot jalan terbaik.” Pencuci muka dipicit sebelum disapu ke seluruh wajah.

“Kau tak rasa keputusan kau tu bodoh ke?” Minn memandang Hani dengan ekor mata. Berus gigi dikeluarkan. “I mean, kau macam buat decision ni without asking mamat tu punya pendapat. Sorry, tapi serius aku rasa kau ni agak selfish.” 

Hani diam. Nafasnya dihela perlahan. “Aku menyesal jugak. Tapi entah la, bila aku fikir nak minta maaf and get back, aku rasa berat hati. Jadi aku just keep it to myself. Aku malas nak fikir.”

Kali ini Minn pula yang senyap.

“Kau pulak, ada pakwe ke Minn?” Gadis berasal dari Selangor itu dipandang.

Minn cepat-cepat berkumur, baru selesai memberus gigi. “Kisah kita lebih kurang je. Aku dengan dia sama-sama dapat SBP. Tapi dia first intake. Dua minggu lepas dia masuk tu, dia mintak putus. Rupanya dia dah jumpa someone else kat sana.”

“Wow. Kau mengamuk tak?”

Minn sengih. “Gila tak mengamuk. Tapi aku control la. Dia tak cakap dengan aku yang dia dah ada orang lain. Aku tahu dari kawan kitorang yang sama sekolah dengan ex aku tu.”

“Kau sayang dia lagi?” Tuala disangkut dibahu.

Minn mengangguk. “Dia first love aku. Kau sayang ex kau lagi?”

Hani senyum. “Aku banyak ex doh. Ex mana yang kau maksudkan?” Ketawa kecil dilepaskan. “Tapi kalau kau maksudkan yang latest ni, yes, aku sayang dia lagi. Dia yang paling lama dengan aku.”

“Kau playgirl ke Hani?” Minn memandang wajah Hani, merangkap kawan sebelah katilnya itu dengan riak tak percaya. Serius la Hani yang ganas ni playgirl?

Nope, but if you wanna think that way, it’s up to you.” Hani mengukir senyum.

Minn menjungkit kening, meminta penjelasan.

Sooner or later, aku akan cerita kat kau dari awal.” Kaki melangkah kearah bilik mandi.

Okay then.” Langkah Minn diatur mengikut Hani dengan tujuan yang sama. Nak mandi.

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium