Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,466
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(1)

LIYANA ANAQI atau lebih senang dipanggil Aqi sudah beberapa kali menguap menahan kantuknya. ‘Adoih, semangat aku datang library nak hilangkan mengantuk ni. Kalau macam ni baik aku stay kat kelas je.’ Liyana merebahkan wajahnya keatas meja. Seketika kemudian, wajahnya diangkat-memandang jejaka yang sedang mengulangkaji nun di meja sana. ‘Rajin betul dia ni.’

Susuk tubuh itu direnung. Oh, jejaka itu namanya Muhammad Aizat Anaqi. Orang panggil dia Aqi jugak. Sedap kan nama Anaqi tu? Mestilah, sebab nama aku jugak. Hehe.. Aku pun taktahu macam mana mak bapak mamat tu boleh tergerak hati nak letak nama tu. Mamat tu handsome tau. Aku rasa orang nama Anaqi ni memang cantik handsome comel lawa la. Tak percaya? Cuba tengok Nadi Anaqi, anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob tu. Comel kan?

Berbalik pada mamat Anaqi tadi, macam mana aku kenal dia? Sebabnya dia budak batch aku. Tapi aku tak pernah tegur dia pun. Lagi satu, mamat tu pun antara hotstuff kat sekolah ni. Yelah, pengawas, lepas tu pulak player basketball. Baik budaknya walaupun tidaklah sealim encik-encik BADAR sekolah ni. Rajin datang library ni tapi bukanlah bermaksud yang dia ni skema hok? Dia normal macam budak remaja sekarang ni je. Tapi kalau nak banding dengan aku si Anaqi versi perempuan ni, sah mamat Anaqi tu lagi baik. Aku? Aku datang library pun kadang-kadang. Dan geng aku pun bukanlah hotstuff pun. Biasalah sekolah kan, geng-gong tu perkara normal. Aku ni termasuk dalam geng warak-warak. K tipu je. Aku dalam geng “KETAI” sebenarnya. Kepoh dan otai. Eh bukan kepochi yang sibuk-sibuk jaja cerita tu tau. Tapi kepoh yang sedara dengan murai tercabut ekor, peramah tak bertempat ni. Otai bukan sebarang otai, otai masih berbisa. Hehe, kami otai bukan bukan yang suka buat peraturan sendiri tu. Eh, kadang-kadang tak ikut jugak peraturan. Cuma, disebabkan aku berada kat sekolah ni dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam, makanya kami digelar otai sebab satu sekolah ni kami nak mahir selok-belok sampaikan nak fly pun tak payah ketar-ketar takut jumpa cikgu disiplin. Eleh, cikgu disiplin pun geng kami. Hoho. Tapi hati kami baik tau?

‘Eh, jauh kau melalut ni Aqi. Balik kelas lagi bagus.’ Liyana Anaqi lantas mengemas alat tulisnya sebelum melangkah keluar dari perpustakaan. Dia sempat menjeling mamat Anaqi itu sekilas dan tersenyum kecil tanpa perasaan.

Next: (2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium