Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,467
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 10

BAB SEBELUM INI TAK DAPAT DIDELETE SETELAH SEDIKIT PENAMBAHAN DILAKUKAN PADA AKHIR BAB. SORRY. JADI SAYA POS BALIK DISINI WITH THE UPDATED VERSION.



MALAM itu, Liyana mendapat panggilan daripada si ibu mengatakan Luthfi kritikal. Dia bergegas menuju ke hospital bersama ketiga-tiga sahabat baiknya.


"Luthfi!" jeritnya tatkala melangkah ke wad yang menempatkan adiknya itu. Tubuh si adik dipeluk. Mata adiknya yang semakin kuyu itu ditatap.


"Angah...Luth sayang Angah," Luthfi bersuara walaupun agak tersekat-sekat, namun bibirnya masih mampu mengukir senyuman lemah. "Maafkan Luth..."


"Luth, kau jangan tinggalkan Angah. Kau jugak kata nak tengok Angah grad nanti..." Liyana teresak-esak. Suasana sayu menyelubungi wad itu. Luthfi memandang ahli keluarganya satu-persatu. Dari si ayah yang hanya berkain pelikat, si ibu yang tersedu-sedan di birai katil, alongnya, dan satu-satunya kakak yang dia punya. Dan terakhir, si adik, Basyar yang sedaya-upaya menahan air mata.


"Syar...nanti laptop ngan PS4 BangPi kau ambik la ye..." tutur anak muda itu perlahan sambil tersenyum, cuba menceriakan si adik. Kepala Basyar diusap perlahan. Adiknya itu menunduk.
Luthfi tiba-tiba sesak nafas. Haikal lekas menghampiri si adik dan membisikkan kalimah syahadah. Dan sejurus selepas itu, Luthfi tidak lagi bernafas.


Puan Sharmila rebah disisi katil anaknya itu. "Luthfi...."
Aizat yang turut berada disitu setelah mendapat panggilan daripada Haikal turut berasa hiba. Bahu Haikal ditepuk perlahan, memberi sedikit kekuatan kepada si abang sulung.


Liyana yang sedang ditenangkan oleh rakan-rakannya dipandang sayu. Pandangannya kemudian dihala kearah Luthfi yang terkujur kaku. Wajah itu kelihatan tenang.


'Aku akan jaga kakak kau semampu aku Luth. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku Luth.' Air mata yang ditahan sedari tadi menitis jua. Junior yang telah dianggap adik sendiri kini telah pergi. Aizat melangkah keluar dari wad itu, menuju ke surau untuk menenangkan diri.



DUA MINGGU berlalu setelah pemergian Luthfi. Liyana yang dulunya bising telah bertukar menjadi pendiam.


"Aqi..." Satu suara garau menegur.Liyana mengangkat kepalanya. Hudd. Wajah jejaka itu direnung datar sebelum kembali memandang buku ditangan.


"Are you okay?" Lelaki itu bertanya namun sekadar dibalas dengan anggukan.

"Awak dah makan ke?"

Angguk.

Jam tangan di tangannya dipandang. Dua petang. "Dah solat?"

Angguk lagi.

Hudd mengeluh. Kerusi dihadapan gadis itu ditarik dan punggungnya dilabuhkan disitu.Minit berganti minit, namun Liyana masih memfokuskan pandangannya pada buku. Hudd dihadapan dibiarkan seperti tunggul. Seketika kemudian, gadis itu mengemas peralatannya dan bangun. Hudd bingkas bangun, menuruti langkah si gadis idaman.


"Aqi..." Lengan gadis itu ditarik sejurus mereka melangkah keluar dari perpustakaan. Gadis itu menoleh. Hudd terkedu. Gadis itu beriak serius. Liur ditelan, pahit.


"Apa yang kau nak?" Kasar."Err, saya cuma nak teman awak, kalau awak tak kisah..." Tuturnya perlahan. Sedikit gugup.


Liyana manarik nafas panjang. "Okay, sekarang ni aku kisah sangat. Sangat. Aku cuma nak bersendirian. And aku sangat appreciate kalau kau sudi angkat kaki dan hilang dari pandangan aku buat sementara waktu." Lengannya ditarik, dan langkah kembali diatur.


"Aqi, sorry!" Sekali lagi lengan itu ditarik. Masih belum berputus asa. "Saya tak bermaksud nak buat awak benci saya.

Keluhan kecil dilepaskan. "Hudd, saya tak benci awak pun. It just that i need some time for myself alone. Escapism. Saya nak console diri saya lepas apa yang berlaku. Nanti saya dah okay kita lepak sama lagi, em?" Nadanya melembut. Tangan si jejaka ditarik, melepaskan pegangan pada lengannya. Senyum diukir segaris sebelum berlalu.

Hudd memandang gadis itu berlalu tanpa riak. Nafasnya dihela lemah.



HARI DEMI HARI setelah pemergian Luthfi berlalu seperti biasa tanpa sebarang perkara berita cerita malah gosip yang menarik. Kelas, kafe dan katil. Rutin harian yang berulang.


Liyana memandang jejaka yang sedang memandu itu. Hudd namanya. Kacak. Atlet. Pandai. Pakej lengkap. Jejaka itu tak putus-putus cuba memenangi hatinya. Tipulah kalau hati wanitanya tidak terusik. Namun dia masih keliru. Dia tak pernah benar-benar jatuh cinta apatah lagi bercinta. Setakat crush tiga hari tu pernah la. Tu pun zaman sekolah menengah. 


"Kenapa pandang saya macam tu, em?"


Lamunan Liyana pecah berderai dek suara garau yang dalam itu."Heheh. Nothing. Tak, awak nampak handsome hari ni.." ujarnya berterus-terang. Pipinya digaru, segan. Hudd tersenyum. 

"Agak-agak dah boleh cairkan awak tak?"
"Hm?" Keningnya terangkat sebelah.

"Naa, kan awak cakap saya handsome. So, agak-agak dah boleh ke buat awak terpikat terjatuh cinta dengan saya?" Wajah gadis bertudung biru disebelahnya itu dipandang sekilas. Manis. Hari ini buat pertama kalinya, gadis bernama Liyana Anaqi itu bersetuju untuk keluar makan malam dengannya setelah puas dipujuk. Hud tahu gadis itu masih bersedih. 


"Highly possible. Kalau awak still tak give up nak pikat saya. Hati saya ni mahal sikit tahu?" Matanya dikenyit. Hudd terkedu, lalu pandangannya difokuskan kembali pada pemanduan. Bahaya kalau tenung lama-lama. Anak dara orang tu. "Tapi awak kena ingat yang hati tu tak boleh dipaksa tapi perasaan tu masih boleh dipupuk." Gadis itu bertutur sambil termenung jauh memandang jalan dihadapan. 

Dalam keasyikan mereka berdua melayani fikiran masing-masing, telefon bimbit milik Liyana berdering memecahkan kesunyian. 

"Yo bro." Hud menjeling. 'Encik Haikal ke?'

"Yee, waalaikumsalam." Sengih tak bersalah diukir mendengar omelan gerangan pemilik suara ditalian sana. "Aku keluar dengan Hud. Entah la dia nak bawak aku makan mana. Nanti aku sampai aku whatsapp kau." Gadis itu terdiam seketika kemudiannya. "Okay, assalamualaikum. Take care too."


IPhone 6 milik gadis itu disimpan semula kedalam beg. Hud berkira-kira mahu bertanya gerangan si pemanggil namun dia khuatir dianggap busybody.

"Siapa tu? Encik Haikal ke?" Akhirnya soalan itu terpacul juga dari mulutnya.

"Tak lah. Aqi." Gadis itu tersenyum. 'Aqi? Aizat? Kenapa dia call malam-malam macam ni?'

Mungkin mengetahui persoalan di kepala Hudd, Liyana menambah,"Dia tanya saya pergi mana sebab dia keluar dengan Along tapi saya takde."

Hudd mengangguk.








Previous: Bab ----
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium