Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,475
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(6)

TELAH GENAP seminggu kedua-dua Anaqi itu bekerjasama. Liyana semakin selesa dengan Aizat. Mereka sama-sama banyak mulut tetapi Aizat lebih serius berbanding Liyana.

Satu hari, tatkala Aizat sedang layan lepak seorang diri makan bihun sup di kafe, Hud menghampirinya lalu duduk dihadapannya.

“Aqi, aku rasa aku dah suka someone.”

Aizat tersentak sebelum senyuman terukir diwajah berkumis berlesung pipit itu.

“Who’s that lucky girl? Kau dah boleh lupakan arwah?”

Hud menggeleng. Aizat memandangnya pelik. “Dah tu?”

“That girl resemble arwah. Tak banyak, tapi ada la. Buatkan aku rasa suka dekat dia. Mungkin aku patut try dulu dekati dia. Mana tahu, bayangan arwah akan terus hilang.”

Aizat mengangguk. “Tell me then, who’s that girl?”

Hudd senyum. “Liyana Anaqi.”

Aizat tersedak. Hudd cepat-cepat menghulurkan air.

‘Duh, gawat ni. Kenapa dalam ramai-ramai Aqi jadi pilihan kau Hudd?’ getus hati kecil Aizat.

“Oih kau okay tak?”

“Okay-okay. Terkejut je. Kenapa dia?”

Hudd senyum. “Kan aku dah cakap tadi, dia mengingatkan aku pada arwah. Tapi aku tahu, dia mesti ada keistimewaan dia sendiri. Ni aku datang nak mintak tolong kau la ni.”

Aizat menjungkitkan kening.

“Tolong bawak dia jumpa aku kat tasik esok. Aku segan nak mesej. Kau kan partner dia untuk TITAS. Alang-alang tu boleh la tolong aku. Boleh eh?”

Aizat mengeluh. ‘Tolong kau dan aku sendiri kecewa. Takpelah Aqi, mungkin Aqi tu bukan jodoh kau.’ Dia mengalah. Kepada Hud, dia mengangguk. Jelas kegembiraan terpancar pada wajah sahabatnya itu.

“AQI, ada someone nak jumpa kau kat tasik jap lagi,”luah Aizat pada pertemuan mereka petang itu.

“Sape? Aku kenal ke? Laki ke perempuan?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut gadis itu. Aizat menggeleng-geleng kepalanya.

“Fuh mulut macam machine gun. Bertalu-talu soalan.”

Liyana menyepak kaki Aizat di bawah meja itu.

“Adoi! Sakitlah makcik. Aduh..” Aizat menyeringai. Liyana senyum sinis. ‘Padan muka kau, main-main lagi.’

“Assalamualaikum.” Satu suara menegur Liyana dan Aizat yang tenggelam dalam tugasan mereka.

“Waalaikumussalam,” jawab mereka serentak. Kepala diangkat memandang gerangan yang memberi salam.

“Oh kau Hudd. Duduklah.” Aizat mempelawa. Liyana kelihatan tercengang-cengan seketika sebelum mengukir senyum kepada Hud.

“Hud Iskandar.” Hud memperkenalkan diri.

“Aku Aqi.” Liyana membalas.

“Aku pun Aqi.” Aizat menyibuk.

“Ah, senyaplah kau. Menyibuk je.” Liyana membalas. Aizat buat muka sedih.

“Yela, aku sibuk. Bye.” Aizat bangun untuk meninggalkan mereka. Liyana tersentak.

“Woih kau pehal main sentap-sentap. Nak gi mana tu?” laung Liyana.

Aizat menoleh sebelum turut melaung. “Beli air kejap. Kau nak tak?”

Liyana melepas nafas lega. ‘Risau aku kalau kau betul-betul merajuk tadi. Jenuh aku nak siapkan assignment Along ni nanti.’

“Macam biasa,” ujar Liyana. Aizat mengangguk sebelum menyambung langkah.

Liyana kembali menyiapkan tugasan dihadapan.

“Err Liyana.”

Liyana angkat muka. ‘Lupa pulak ada makhluk Tuhan seorang lagi kat sini.’

“Call me Aqi. I prefer that more.”

“Tapi saya suka nama Liyana.” Hudd menjawab.

“But I don’t like people call me with that name. Mind that.”

Hudd mengalah.

“Ada Aizat bagitahu someone nak jumpa awak?”

Liyana mengangguk. “Kenapa?”

“Saya la yang nak jumpa awak tu.”

Sekali lagi, Liyana mengangguk. “Untuk apa?”

“Saya..err..saya..err..” Hudd mendehem mencari kekuatan untuk melafazkan apa yang terbuku di hati. “Saya suka awak Aqi.”

Liyana mengeluh. Termasuk Hud, ini dah kali ke sepuluh lelaki meluahkan perasaan padanya.

Liyana sememangnya cantik. Walaupun dia agak kasar, namun wajahnya masih lagi kelihatan lembut terutama apabila dia tersenyum menyerlahkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Atas sebab itulah dia menjadi pujaan ramai lelaki di kampusnya. Yang menghantar surat sahaja, belambak-lambak. Dah la dia sendiri terpaksa melayan kerenah peminatnya, ditambah lagi dengan peminat si adik. Boleh pengsan kut!

“Hudd, aku hargai perasaan kau. Tapi aku belum kenal kau sepenuhnya.”Liyana menutur dengan lembut.

“It’s okay. We have much time to know each other. Bagi saya peluang?” Hudd meminta penuh mengharap. Liyana nampak keikhlasan dari mata itu. Seketika kemudian, dia mengangguk.

“Aku setuju nak kenal kau dulu, tapi bukan bermakna aku ada relationship dengan kau.”

Hudd mengangguk. Dia tetap bersyukur kerana Liyana sudi berkenalan dengannya. Dia mula mengambil peluang berdua-duaan itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Liyana. Gadis itu nampaknya memang banyak cakap. Arwah Humayra dulu pun banyak cakap tetapi dia bukanlah tergolong dalam golongan peramah. Arwah cuma banyak cakap apabila dikalangan rakan-rakan sahaja. Hudd dapat merasakan yang dia semakin tertarik dengan Liyana.

“Nah oi!” suara Aizat memecahkan lamunan Hudd. Botol ice lemon tea dihulur kepada Liyana manakala air tin 100plus diserahkan kepada Hud.

“Thanks.” tutur Hudd. Aizat mengangguk.

“Mana terima kasih kau budak?” soal Aizat kepada Liyana.

“Kasih aku mahal,” balas Liyana selamba.

Aizat menjulingkan matanya keatas.

Seketika kemudian, Liyana mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku jeans yang dipakai.

“Alamak, bateri habis. Macam mana nak call budak bertuah tu ni?” gumam gadis itu perlahan namun masih mampu didengari oleh kedua-dua lelaki itu.

“Nak pinjam phone saya?” Hudd menghulurkan bantuan.

“Eh takpe-takpe. Segan aku dengan kau nanti,” Liyana menolak dengan lembut. Dia segan menerima bantuan daripada lelaki yang baru dikenali itu. “Aqi, phone kau.” Liyana menadah tangan meminta telefon bimbit Aizat.

“Dalam beg tu. Ambil sendiri.”

Liyana lantas mengambil telefon Aizat dari poket beg sandang lelaki itu. Dia bangun dan menjauhi mereka.

‘Bukan ke phone si Aizat ni ada passcode? Macam mana Liyana tahu?’ soal Hud dalam hati. ‘Oh, mereka rapat. Jadi tak mustahil. Aizat pun memang jenis tak lokek.’ Balasnya sendiri. Menyedapkan hati.

“Dia call sape?” soal Hud kepada Aizat.

Aizat mengangkat muka. Wajah Hud yang sedang memerhatikan Liyana dipandang sebelum dia turut sama memerhatikan gadis itu.

“Sape apa?” soal Aizat kembali.

“That budak bertuah yang dia call tu. Sape?”

“Ohh, Luthfi. Adik dia.”

Hud mengangguk. Liyana kembali menyertai mereka beberapa minit kemudian.

“Dia kat mana?”

“On the way balik. Harapla kereta aku selamat.” Luthfi meminjam keretanya atas alasan ingin keluar outing dengan kawan-kawan. Nak jimat duit sewa kereta katanya. ‘Ayah suruh beli kereta taknak.’omel Liyana.

“Eh pehal dia tak pinjam kereta kau Aqi?” Liyana bertanya.

Aizat senyum sebelum menyambung. “Kau ada nampak kereta aku ke sekarang?”

Liyana memerhatikan kawasan parking di tasik itu. Kereta Myvi milik Luthfi tidak kelihatan dimana-mana.

“Budak bertuah tu pinjam kereta aku sekali. Diorang keluar dua kereta.”

“Memang bertuah sungguh. Kau datang tadi naik apa?”

Aizat menjuihkan bibirnya kearah parking motor. “Motor adik kau tu la.”

Liyana mengangguk-angguk. Bibirnya membulat membentuk huruf O.

“Awak balik naik apa nanti Aqi?” sampuk Hud yang diam sejak tadi.

Liyana memandang Hud sambil tersenyum nipis. “Luth ambil.”

“Hoi Bang Ngah!” sapa Luth yang muncul dari belakang Aizat secara tiba-tiba.

Ketiga-tiga mereka beristighfar sambil mengurut dada.

“Eh terkejut eh? Kesian.” Luthfi buat muka tak bersalah. “Eh Hud. Kau pun ada?”

Hud senyum. ‘Siapa Bang Ngah tadi? Aizat ke?’

“Angah kau nak balik bila ni?”

“Nak balik la ni. Tunggu budak bertuah tu pulangkan balik kereta angah tu.”

Luthfi sengih.

“Okay la Hud. Aku blah dulu. Aqi, kau nak sambung lagi ke?” soal Liyana pada Aizat.

Aizat mengangguk. “Haah, sikit lagi ni part ni nak habis. Kau balik lah, dah lewat.”

“Okay, kau jangan balik lewat sangat. Karang tak sempat jemaah Maghrib. Bawak motor elok-elok. Bye Hud. Bye Aqi.” Liyana mengatur langkah ke keretanya. Luthfi mengikuti langkah si kakak. Tiba-tiba anak muda itu berpaling.

“Bye Hud. Bye Bang Ngah!”

Hud senyum kelat. ‘Sah, Bang Ngah tu Aizat.’ Aizat membalas laungan Luthfi dengan sekadar mengangkat tangan.

“Luth tu memang panggil kau Bang Ngah ke?” Hud tidak mampu menahan perasaan ingin tahu.

Aizat mengangguk. “Tak larat nak halang dah pun.”

“Sejak bila?”

“Sejak lepas kes histeria dulu tu. Aku pun taktahu kenapa.” Aizat langsung tidak teringat yang dia telah meluahkan perasaannya pada adik si Liyana secara tidak sengaja waktu itu.

“Cemburu pulak aku.”

“Eh, aku dengan Aqi takde pape. Jangan risau.” Aizat cuba menghilangkan walang di hati sahabatnya itu. Hud senyum nipis.

Previous: (5)
Next: (7)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium