Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,470
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 14
"Hati-hati sikit. Licin.." Tangannya memegang tangan Liyana yang cuba menuruni ladang teh itu. Macam mana mereka ada disini? Si Liyana ni kena cari sample daun apa tah untuk projek tahun akhir dia. Makanya dia sebagai suami yang mithali haruslah mengikut.

"Aqi, tangkapkan gambar aku." Gadis itu sudah bersedia dengan gayanya, menunggu gambar diambil. Aizat senyum sambil melayani kerenah si isteri. Sudah sebulan dia menjadi suami Liyana. Tapi cuma sekadar akad nikah yang cuma dihadiri pihak keluarga dan sahabat terdekat. Walimah akan berlangsung dua bulan lagi. Mereka memilih untuk mempercepatkan tarikh nikah kerana Liyana terpaksa travel untuk menambah satu lagi sample projeknya dan Aizat risau untuk melepaskan Liyana bersendirian walaupun Khayra berjanji untuk menemani isterinya itu. Mujurlah sem ini subjeknya sem ni tak banyak, jadinya dia boleh menemani Liyana. 


Dia tersedar apabila jemari sejuk si isteri menyentuh kulit pipinya. Keningnya dijungkitkan, bertanya.

"Termenung ingat sape?" Lengan Aizat dipeluk. Meminjam haba.

"Ingat kau la. Ingat sape lagi." Kepala si isteri dikucup. 

"Orang depan mata pun rindu ke?" Bahu Aizat dijadikan tempat sandaran. Selesa.

"Salah ke nak rindu isteri sendiri?" Ekor matanya menjeling si isteri yang tersenyum menikmati keselesaan. 'Tahu la aku ni best.' "Dah jom la naik sayang. Sejuk ni." Tangan si isteri dipimpin menuju ke restoran di ladang teh itu, sebelum mereka bergerak pulang ke kampus.


"Hi pengantin. Rajin study?" Hud menegur Liyana. Dia yang pada mulanya mahu memulangkan buku rujukan ternampak Liyana yang bersendirian mencoret butiran yang semestinya dia tak dapat fahami langsung.

"Oh, Hudd. Tak lah. Ni ha untuk literature review FYP. Nak access portal library tak lepas kenapa tah. Aku syak sebab aku lupa aktifkan kad awal sem ritu," celoteh isteri Aizat itu panjang.

"Nak aku teman ke?" Soalnya sekadar menduga walaupun dah boleh agak jawapan Liyana.

"Eh takpe. Aku okay je sorang. Sebab boleh serabutkan meja ni haa." Kan dah kata. Haha. Semenjak hari Liyana berterus-terang mengenai keputusannya, Liyana kembali menggunakan aku-kau apabila berbual. Mungkin jugak nak jaga hati Aizat. Cincin nikah dijari manis Liyana dipandang. Hari nikah mereka dia turut serta. Dia merupakan salah seorang saksi. 


"Saya mintak maaf Hud. Saya hargai perasaan awak pada saya. Tapi saya tak rasa saya boleh rasa benda yang sama terhadap awak. Hati saya untuk orang lain. Saya pilih orang lain untuk memiliki hati saya. Saya harap kita still boleh jadi kawan. Saya harap jugak awak akan jumpa someone better than me." Luah Liyana petang itu ketika mereka bertemu ni depan library. Dari jauh dia nampak Khayra dan Adi, Menunggu gadis dihadapannya ini mungkin. 

"Takpe Liyana. Saya faham dan saya sendiri dah lama perasan yang perasaan awak tu bukan untuk saya. Cuma saya yang menafikan. Thanks jugak sebab sudi jadi kawan saya, dan ya, kita akan still kawan." Hudd tersenyum. "Pergilah, makcik dua orang tu dah tunggu lama tu." Keningnya dijungkitkan, menunjuk ke arah rakan si gadis. 

"Thanks.. Saya gerak dulu.." Liyana berlari mendapatkan rakan-rakannya. Hud menongkat dagu sambil mengingat peristiwa seminggu sebelum itu di bilik Aizat ketika dia mahu meminjam liquid paper.


"Weh, kau jumpa ke idok?" soal Aizat yang baru kembali dari bilik air. Dia terpaku apabila melihat bekas cincin digenggaman Hud. "Err.. Hudd.."

"Kau beli untuk Liyana ke?" soalnya direct. Hatinya remuk. Dia tahu memang untuk Liyana kerana Liyana merupakan satu-satunya kawan perempuan Aizat.

"Sorry Hudd. Aku boleh explain." Aizat melabuh punggungnya di atas kerusi.Lengan Hudd ditarik supaya duduk diatas katil miliknya, berhadapan dengannya. "Aku suka Aqi dari dulu, tapi aku tak berani confess. Bila aku jadi partner dia, aku happy gila sebab aku ingat tu step untuk pikat hati dia. Tapi haritu jugak kau cakap kau jumpa someone yang resembled arwah and aku tengok kau happy. Tapi aku tak expect perempuan tu Aqi. Aku tak sanggup tengok kau sedih lagi. Sebab tu aku tolong kau rapat dengan Aqi walaupun aku kecewa. Aku sayang kau, aku sayang Aqi. Cincin ni aku beli lepas arwah Luthfi pergi. Dia mintak aku jaga Aqi. Tapi aku fikir kau pun boleh jaga Aqi sebab aku tau kau suka dia. So aku decide untuk tak proceed dengan permintaan arwah. Jadi aku mintak, kau jaga Aqi macam kau jaga nyawa kau sendiri. Untuk arwah dan untuk aku." Wajah Aizat yang tersenyum kelat itu dipandang.

"Aqi, Liyana tak suka aku. Aku tahu dari hari pertama aku tegur dia. Dan even days passed, she never like me. Aku tahu dia cuba bagi aku peluang. Tapi aku tau dia cuba paksa hati dia. Senyuman dia bila dengan aku tak sama dengan senyuman dia bila ada kau. Dia selesa dengan kau. Kau special dalam hidup dia, bukan aku. Jadi, kau jangan undur diri untuk aku. Kau dah banyak tolong aku Aqi. Saat-saat akhir Humaira pun, kau yang banyak bagi support untuk aku. Aku taknak kau korbankan kebahagiaan kau untuk aku. Jadi ayat kau yang last tadi, aku pulangkan balik kat kau. Aku mintak, kau jaga Aqi macam kau jaga nyawa kau sendiri. Untuk arwah dan untuk aku. Dan aku tahu kau yang terbaik untuk dia." Kotak cincin digenggamannya diletakkan ditapak tangan Aizat. "Dia untuk kau, bukan untuk aku." Bahu Aizat ditepuk perlahan sebelum jejaka itu ditinggalkan sendirian. 


"Bro, jauh termenung." Bahunya yang disentuh membuatkan dia tersedar dari flashback peristiwa yang berlaku berbulan lalu. Aizat.

"Eh, sorry. Tadi aku tegur bini kau. Konon nak teman tapi dia tak kasi tapi tah cemana aku sampai kebulan dah berfikir." Liyana yang sedang mengemas alat tulisnya dipandang.'Masa bila dia simpan buku-buku tadi pun aku taktau. Tinggal dua buah buku je ha. Betul-betul punya terbang jauh fikiran aku tadi. Tak sedar langsung.'

Aizat senyum. "Jom lah. Gi lunch. Pukul 1 dah ni." Buku dan pencilcase ditangan Liyana bertukar tangan. 

"Takpe kau gerak la dulu. Aku plan nak pulang buku pastu nak pinjam buku tadi. Tapi terbantut." Ketawa kecil dilepaskan. Aizat mengangguk dan berlalu. Liyana memaut lengan Aizat, menyaingi langkah si suami. Hud senyum. 'Aku doakan kau bahagia sahabat.'

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium