Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,465
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 13
Dari pintu surau dia melihat Aizat sedang mengikat tali sneakersnya berjenama Adidas itu. Lepas solat tadi, mereka berempat terus berbaring merehatkan diri sebelum pulang ke bilik. Lagipun Zohor macam ni tak ramai jemaah di surau. Cumanya Aizat yang paling awal bangun kerana teringatkan Encik Haikal yang ingin bertemu dengannya petang itu.


Dari pintu itu juga dia nampak Liyana yang bercekak pinggang menanti Aizat. "Tadi kata nak tunggu kita, sekali kita yang kena tunggu dia." Suara gadis itu kedengaran. 

"Sorry duh, aku pi baring dulu tadi. Lupa pulak.." Aizat tersengih menampakkan giginya yang putih. Liyana juling mata keatas sebelum kedua-dua mereka melangkah seiring berlalu pergi. 

"Korang ni serious ke takde pape? Ke aku dipermainkan?"gumamnya perlahan. Lengan kirinya diletakkan diatas dahi. Mata cuba dipejam untuk meredakan persoalan yang bermain difikiran dan cemburu yang menapak dihati.


"ASSALAMUALAIKUM..." Pintu bilik Haikal diketuk tiga kali.

"Waalaikumsalam. Come in.." Senyum diukir melihatkan Aizat melangkah masuk. "Eh Angah ikut sekali? Free jugak ke?Eh, kenapa tiba berbaju kurung harini? Buang tabiat ke? Ke korang pi menikah senyap-senyap?"

"Haah free." Punggungnya dilabuhkan disebelah Aizat. "Saja nak pakai baju kurung. Sebab harini takde lab, pakai baju kurung ni sekejap je. Tapi kenapa Along kata pi menikah pulak?" Dahi gadis itu yang berkerut jelas menunjukkan yang dia tertanya-tanya.

"Yelah, dah korang pakai matching harini. Along ingat pi nikah la." Haikal ketawa mengusik. Aizat dan Liyana serentak memandang diri masing-masing. Aizat berkemeja maroon dan Liyana turut berbaju kurung warna sama berbunga pink dipadankan dengan shawl bertona serupa. Uh ohh..


"Kot la tak sabar." Haikal memecahkan kesunyian dengan ayat kurang difahami oleh kedua anak muda itu.

"Apa yang tak sabar Along?" soal Aizat. Wajah Liyana yang turut menunjukkan riak yang sama dengannya dipandang sekilas.

"Alah ingat Along taktahu ke. Arwah Luthfi pernah pesan kat kau suruh kawen dengan Liyana kan? Along dengar la. So bila nak masuk minang. Tu jugak tujuan Along panggil kau harini. Dah tiga bulan arwah pergi, so Along nak la jugak tanya kau setuju ke dengan arwah time tu? Along tanya dah mak ayah. Dorang on je kalau korang nak. Boleh ganti Along bagi cucu first. Selamat sikit Along." Panjang lebar Along bersuara. Aizat menelan liur. Liyana terlopong.

"Saya tak bincang dengan Aqi lagi Long." Dia memang ada memberitahu pesan Luthfi buat kali terakhir kepada ibu dan ayahnya. Mereka pun sekadar mengikut apa keputusan yang dibuatnya nanti. Nak kata masalah duit takde la sangat, sebab dia memang ada membuka online shopnya sendiri, menjual jersi dan tempahan mengecap baju. Online shopnya tu sudah 4 tahun dikendalikan, untung pun alhamdulillah cukup kalau dia ingin menjadikan gadis disebelahnya itu sebagai permaisuri hidupnya. Tapi ada satu masalah yang membelenggu dirinya...

"Laa. Ingatkan korang dah bincang. Cemtu korang bincang la alang-alang tu. Along gi pejabat fakulti sekejap. Tiba ni ha Puan Jee cari." Mata Haikal menatap telefon bimbitnya membaca mesej daripada staf fakulti itu sambil melangkah keluar dari biliknya, meninggalkan adik dan bakal adik iparnya itu.

Senyap.

"Wei, sorry aku tak bagitahu kau. Aku was-was sebenarnya dengan ikut pesanan arwah." Wajahnya diangkat. Liurnya ditelan saat melihat gadis itu turut merenung dirinya. 

"Kenapa was-was?" Gadis itu bersandar, sambil memeluk tubuhnya.

"Sebab first, aku takut kau tak setuju. Yelah, benda ni agak tiba-tiba la. Mesti kau terkejut kalau tiba aku ajak kawen. Second, aku risaukan Hudd. Dia sukakan kau. Aku rasa cam betray dia pulak. And aku pun taktau apa perasaan kau. Aku taknak kau rasa terbeban. Mungkin kau pun suka Hud. Aku taknak jadi penghalang." Aizat tunduk, bermain dengan jemarinya. 

Senyap lagi.

"Tak. Aku tak suka Hud. Malam aku keluar dengan dia tu, sebelum naik bilik, dia ada bagitahu aku pasal Humaira. Kau pun kenal kan?" Aizat mengangkat kepalanya dan mengangguk. "Dia cakap memula memang dia suka aku sebab aku resembled her. Tapi lelama dia suka aku sebab diri aku. Aku appreciate sebab dia try hard nak win my heart. Dia mintak aku bagi peluang dekat dia. Tapi aku senyum je malam tu sebab aku rasa aku perlukan masa. Tapi mungkin lepas ni aku boleh bagi jawapan dah kot." Wajah Aizat ditatap sejenak sebelum senyuman diukir terhadap jejaka itu. "Kau suka aku tak?" Double jerk diangkat bersama senyuman manis kelas satu.

"Ei,sorry sikit." Aizat membalas. "Tapi kan Aqi, aku memang suka kau dah lama. Dari sekolah. Tapi aku tak rasa nak approach kau. Sebab aku segan and awkward pulak nak ngorat kakak Luthfi. Then, kita berjodoh pulak sampai ke sini. Aku cam lega gak sebab aku boleh nampak kau selalu walaupun waktu kat cafe kolej je. Then bila Luthfi masuk sini aku macam banyak jugak dengar pasal kau sebab arwah selalu cakap pasal kau. Then bila dia start panggil aku abang ngah tu, aku segan jugak, takut kau tak suka. Tapi aku suka sebenarnya." Hidungnya digaru, segan. "Sorry tapi i like you, like really. Really like you." ucapnya ikhlas sambil menatap mata gadis itu.


Liyana berdehem, mengawal segan dan debaran di hati. "Look Aqi, aku pun suka kau. Tapi aku taktahu sejak bila. So yeah..." Mukanya yang merah memandang keluar tingkap bilik Haikal. Aizat tersenyum, memahami maksud ayat gadis itu.


"So, done discuss ke?" Haikal kembali ke ruang pejabatnya, mengesan riak segan diantara dua anak muda dihadapannya itu. Dia senyum. "So Aqi?" Aizat dipandang.

"Weekend ni in sha Allah parents saya datang rumah Along." Aizat menutur yakin. 


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium