Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,467
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(5)

“TAK SANGKA aku Encik Haikal tu abang kau Aqi.” Adina memecahkan bisu mereka di dalam kereta Axia milik Liyana.

“Tapi nama dia takde huruf L pun? Kau Liyana, Luthfi pastu yang bongsu tu apa nama dia?” soal Re’an.

“Lathif Basyar..” Liyana menjawab. Wajah si adik bongsu yang berusia 16 tahun itu bermain di ruangan mata.

“Ha, Lathif..”

“Apa pulak. Kan ke Encik Haikal dah cakap tadi, nama dia Haikal Luqman. Luqman tu L apa. Cuma L dia kemudian.”

“Eh haah la. L jugak. Betul la abang kau. Aku percaya.”

Liyana ketawa mendengar perbualan rakan-rakannya.

Dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke perpustakaan kerana Khayra dan Re’an ingin memulangkan buku rujukan yang dipinjam. Sementara menunggu Khayra, Liyana dan Adina lepak santai dibawah pokok di hadapan perpustakaan.

“Angah!”

Gadis-gadis itu menoleh. Kelihatan Luthfi berlari-lari kearah mereka.

“Apa hal lari macam tak cukup tanah ni?”

Luthfi menarik nafas. Termengah-mengah dia.

“Kau dari mana Luth?” soal Adi.

“Luth dari kafe tu.” Merujuk ke kafe yang berada di sebelah perpustakaan.

“Yang lari kenapa?”

“Luth excited ni. Tu yang lari. Angah tahu, Along kerja sini. Dia ajar TITAS kuliah Luth semalam. Eh, angah pun ada TITAS kan sem ni? Tak jumpa Along?”tutur Luth satu nafas. Dia berhenti mengambil nafas sebelum menyambung. “Terkejut Luth semalam. Ingat klon along je.”

Liyana ketawa sebelum membalas. “Angah baru habis kelas dia la ni. Tapi angah takde la terlopong macam kau. Angah cool je tapi geram betul dengan along main rahsia-rahsia.”

“Tahu takpe.”

“Hah, Luth jangan nak bagitahu orang Along tu abang Luth. Angah lempang kau 15 kali 5 nanti.”

“Eh, kenapa?” Dahi Luthfi berkerut.

“Nanti makin bertambah resume nak jadi ipar angah. Yang kau pun saja pun angah dah pening.”

Luthfi mencebik.

AIZAT ANAQI termenung memandang padang bola di hadapannya. Wajah pensyarah baru TITAS tadi bermain-main di ruangan mata. Pada mulanya, dia cemburu apabila pensyarah itu kelihatan berminat dengan Liyana. Ah, ya. Aizat suka Liyana. Dan tiada siapa tahu perkara ini. Biarlah ianya rahsia. Ah, berbalik kepada pensyarah tadi, Aizat seperti pernah melihat wajah itu.

“Oih!”

Aizat tersentak. Luthfi sedang tersengih-sengih disebelahnya. “Menung apa bang?”

“Eh kau ni Luth, salam mana salam?”

“Salam tengah beli makanan kat kafe,” balas Luthfi selamba. Salam merupakan salah seorang rakan sekelasnya.

“Loyar buruk nampak Luth. Siku mau siku?” Aizat menjeling.

“Rileks bang rileks. Menung apa tadi?”

“Takde apa. Cuma terbayang muka si ----“ Aha! Muka pensyarah tu ada dalam gambar keluarga si Luthfi. Dia tahu kerana Luthfi sentiasa bawa foto keluarga mereka didalam dompet. “Hah! Aku dah tahu! Encik Haikal tu along kau kan? Yang dulu mengajar kat UniMAP?” tebak Aizat.

Luthfi tersengih-sengih seperti kerang busuk sambil menggaru belakang kepala yang tak gatal.

“Err, mana kau tahu bang?”

“Aku puas berfikir dari tadi. Nasib baik aku ingat gambar family kau tu.” Senyuman terlukis di wajah. Terasa lega setelah berjaya membongkar misteri yang lebih kurang macam misteri nusantara.

“Kau jangan bagitahu orang lain tau! Angah tak bagi.”

Aizat mengangguk. Pasti gadis itu tidak mahu diganggu oleh peminat-peminat si abang.

DUA BULAN telah berlalu. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Normal.

“Hari ini saya akan berikan assignment kepada kamu. Kamu dikehendaki melakukannya secara berpasangan.” Mendengarkan perkataan ‘berpasangan’ itu, masing-masing sibuk mengecop rakan masing-masing. Risau orang lain kebas dulu. Haikal tersenyum melihat telatah para pelajarnya.

“Tak payah sibuk nak cop-cop ya. Saya yang akan bagi partner kamu semua.” Haikal menjungkitkan keningnya sebelah. “Saya dah tengok senarai nama. Luckily, total kamu semua bagi dua-dua kos genap. Dan jumlah siswa dan siswi sama banyak. So, saya decide nak buat partner with different gender.”

Terdengar keluhan dari pihak pelajar siswi. ‘Kalau buat dengan lelaki, confirm macam buat sorang.’ Masing-masing terdetik dalam hati.

“Jangan risau. Saya akan pastikan dua-dua buat kerja. Kalau partner kamu tu adalah ‘sleeping member’, kamu boleh adukan pada saya. Jangan takut.” Para pelajar perempuan mengangguk sambil memohon dalam hati agar mendapat partner yang boleh diharap.

Haikal menyebut nama pelajarnya bersama pasangan mereka sehingga nama terakhir.

“Dan yang terakhir, Liyana Anaqi dan pasangannya Aizat Anaqi. Hah, Anaqi-Anaqi, boleh bekerjasama?” soal Haikal. Dia memang sengaja meletakkan mereka sebagai pasangan kerana hari itu Luth ada bagitahu yang Aizat menyukai Liyana. ‘Nampak tak aku abang yang baik?’ getus hatinya.

Serentak kedua-dua Anaqi mengangguk. Haikal tersenyum.

“Okay ini senarai tugas kamu semua. Pilih salah satu dan hantar pada saya tiga minggu lagi.”

Para pelajar baik lelaki mahupun perempuan terus mencatat butir-butir tugasan.

MALAM itu, Liyana menerima mesej daripada Aizat.

-Salam Aqi. Esok free tak? Aku ingat nak bincang pasal tugasan tu. Kalau boleh nak siapkan cepat, tak payah kelam-kabut nanti.

Hm, bagus mamat ni. Senang kerja aku.

+Aku tarahal. Set the time.

-Pukul 10, library. Ke kau malas gerak library?

Eh eh dia ni. Macam tahu je aku tak suka pergi library.

+Aku okay je. K see you tmr.

-Okay, gudnite. Salam.

Setelah menjawab salam, Liyana meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja belajar. Novel Oh Mama Tiriku! Karya Herna Diana diambil lalu dibaca.

Previous: (4)
Next: (6)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium