Bab 12

BAB 12 – TERSELAMAT

Kepulauan Hulu

Karasuma dan Bitch selamat sampai di Kepulauan Hulu melalui mesin perentas masa. Walaupun alat penjejak yang digunakan oleh ahli Zentrical Z5 terputus hubungan dengan Jabatan Zentrix, mereka berdua masih mampu mengesan lokasi terakhir keberadaan Z5. Kepulauan ini agak luas tempatnya dan boleh dijangka akan mengambil masa yang panjang untuk menjejak Rienna.

“Bitch, kau pasti ini tempatnya?”Karasuma bersuara, memecah kesunyian.

“Ya, 100% pasti.” Bitch menjawab yakin.

“Ok, kita gerak sekarang. Sekejap lagi senja. Kita ada masa 4 jam sebelum matahari terbenam sepenuhnya.”

Karasuma mengangkat beg sandangnya dan merangkul ke bahu. Beg sandang Bitch turut diangkat bersama. Bitch kaget.

“Bak sini.” Bitch cuba merampasnya dari tangan Karasuma.

Girl. Beg ni, biar aku yang bawa. Kau, kesan kedudukan Rienna tu sampai dapat. Nah, binocular dan coordinator.” Karasuma menghulurkan peralatan itu kepada Bitch.

Bitch terdiam dan menggigit bibir. Karasuma sungguh aneh. Memang kena dengan gelaran ‘lelaki tiada perasaan’.

“Jom gerak”.

“Iya..ya..” Bitch membontoti langkah Karasuma. Sesekali langkahnya perlahan mengelak batu-batu dan kayu tajam.

Bitch, ejen wanita terlatih ni handal dengan peralatan canggih tapi terkebelakang sikit dari skill Karasuma. Penjejak dan pengesan terhebat Jabatan Zentrix, tapi jarang turun ke lapangan. Tidak seperti Karasuma yang handal di lapangan. Ada sebabnya Prof Helt meminta Bitch turun ke lapangan sekali dengan Karasuma, walaupun beliau tahu Karasuma mampu melakukan misi menyelamat Z5 seorang diri.

 

Gua Agus, Kepulauan Hulu

Rienna merebahkan badannya pada lantai gua. Penat. Lapar. Seharian dia berjalan untuk mencari tempat berteduh. Badannya luka-luka dan calar balar. Dia takut seorang diri, tapi dikuatkan tekad survivalnya. Pantang berundur pantang menyerah selagi semangat dan kudrat masih ada.

Dia berpaling menghadap ke dinding gua dan merengkot kesejukan. Menggeletar.

Fikirannya seakan beku. Nak berfikir pun dah tak boleh. Bayang kenangan indah di Zonna menyapa memori. Dia tersenyum.

Terlelap.

Satu. Dua. Tiga. Tidak tahu berapa lama dia terlelap.

“Rienna! Bangun. Bangun”.

Dia mencelikkan mata. Kabur. “Ibu?”.

“Syukur akhirnya kau bangun jugak Rienna. Aku risau benar tadi.”

Memorinya bersimpang-siur di minda. Pandangannya juga semakin jelas. Terpampanglah wajah manis penuh keibuan dimatanya.

“Madam Bitch?”

Pantas Rienna bangun. Bitch memegang bahunya dan mendudukkan Rienna kembali.

“Bertenang Rienna. Bertenang.” Bitch menenangkan Rienna yang nampak agak kelam kabut.

Bitch. Zentrical mana tak kenal? Sesuai dengan namanya samarannya ‘Bitch’, memang orang kenal dia sebab perangainya yang bitchy. Evil. Bitch memegang hak mutlak membuang sesiapa sahaja ahli Zentrical yang tidak kompeten dalam latihan percubaan. Bitch memegang portfolio jurulatih taktikal yang mengawal selia latihan berbentuk maya.

“Madam datang selamatkan saya?”. Rienna bertanya perlahan. Segan. Dia tahu, Z5 telah menghampakan Jabatan Zentrix. Dia yakin, pasti kumpulan mereka paling rendah markahnya.

“Bukan aku je. Karasuma pun ada”. Bitch tersenyum.

Rienna baru perasan kehadiran ejen lelaki tersebut. Bertambah dua kali ganda segannya. Dia akhirnya menggaru kepala dan membuat muka comel. “Maaf madam. Hehe..”.

Bitch dan Karasuma masing-masing mengulum senyum. Tahu dah si Rienna ni macam mana. Diorang jurulatih, memang masak dah dengan perangai anak didik mereka. Kalaulah Rienna tahu perit getir rintangan yang mereka berdua tempuh sebelum menemuinya, Rienna akan merasa bersalah sampai ke sudah. Tapi tak apa, Rienna sudah selamat dan mereka berdua akan ke lokasi seterusnya iaitu Daratan Jahol.

“Malam ni, kita akan bermalam ni guani. Rienna makan dulu ye. Aku ada bawa makanan”. Bitch menghulurkan roti dan air.

“Terima kasih madam.” Rienna makan dengan lahap. Lapar sungguh.

Bitch hanya memerhati kelakuan Riennasambil matanya mengisyaratkan agar Karasuma berjaga di pintu gua. Karasuma hanya menurut tanpa bunyi. Lagipun, memang tugas lelaki melindungi wanita terutamanya wanita yang dia sayang. Itu pegangan Karasuma sepanjang hidupnya.

“Madam. Kami tak berjaya pulang.Tapi, saya ada kepingan tu. Ni.” Rienna mengeluarkan kepingan batu dari poket jaketnya.

Bitch dan Karasuma kaget. Tidak sangka sebenarnya.

“Macam ni madam. Kami dah hampir berjaya nak balik, tapi Kumpulan Mixzof serang kami. Jadi kami terpisah. Saya tak tahu apa nasib Kai, Vishvak dan Frezay”. Rienna cuba menjelaskan.

Bitch mengambil kepingan tersebut dari tangan Rienna. Karasuma juga bergerak menghampiri mereka berdua dan meneliti kepingan tersebut dengan penuh minat. Senyuman tersungging di bibir mereka.

“Tahniah Rienna!”. Kedua-duanya berkata serentak. Penuh gembira.

Rienna tercengang. “Kenapa?”

Bitch menghubungi pusat kawalan Jabatan Zentrix dan berhubung secara langsung dengan Prof Helt.

“Prof. Misi Z5 berjaya. Kepingan yang Rienna dapat ni original.”

Di skrin, terpapar senyuman lebar Prof Helt. Jelas nampak kepuasan di kedut mukanya. Seketika, mukanya berkerut seribu. Mereka bertiga kaget.

“Bitch. Karasuma. Korang berdua wajib bawa balik Z5 malam ni jugak. Kumpulan Mixzof akan menyerang lagi!”

“Ba..baik Prof.” Bitch dan Karasuma patuh.

“Rienna. Kamu boleh berjalan tak? Kita kena selamatkan kawan-kawan kamu segera. Kami tahu lokasi mereka”. Karasuma bersuara tegas.

“Boleh Sir!” Rienna bangun penuh semangat. Semangat setiakawannya membara. ‘Kai, Vishvak, Frezay. Tunggu kami datang. Kami akan selamatkan korang semua.’


Dataran Jahol, Rumah Penghulu

Kai, Frezay dan Vishvak serta beberapa orang penduduk kampung duduk dalam bulatan mengelilingi unggun api. Desir angin lembut malam tu, menyapa dingin dan sesekali Kai menggigil. Cuaca elok, tapi entah kenapa dirasakannya sejuk. Jam 12 pagi, embun pun sudah menitik barangkali. Fikirnya.

Sejak petang tadi lagi, mereka semua bersiap siaga dan berbincang strategi terbaik untuk menumpaskan lanun. Tindakan mereka berkumpul di pesisiran pantai sambil mengelilingi unggun api adalah termasuk dalam strategi mereka. Vishvak sebagai ketua, menamakan strategi ini sebagai ‘Pirates B.’ Operasi Pirates B ini dilakukan dengan penduduk kampung mengadakan pesta unggun api beserta makan besar.

Operasi ini dilakukan pada malam itu setelah Kai berjaya mengesan kehadiran kapal lanun tak jauh dari Kepulauan Hulu. Dengan kepintarannya dalam teknologi moden, tidak susah baginya mencipta alat pengesan.

Setelah mendapat maklumat yang cukup berkaitan lanun-lanun itu, mereka bertiga berbincang dengan ketua kampung. Hasil perbincangan itu, kata sepakat dicapai dan sokongan penduduk kampung diperoleh.

Kai bangun dan menapak naik ke menara kawalan pantai. Dari situ, dia meneropong ke serata arah lautan. Kepulauan Hulu nampak berbalam-balam ditelan pekat malam. Setakat ini, tiada tanda kehadiran lanun-lanun tersebut. Kai menanti penuh debar.

‘Peewwiitttttttt’

Frezay dan Vishvak segera menajamkan pendengaran. Isyarat dari Kai!

“Korang semua, kuat lagi.” Vishvak mengarahkan penduduk kampung agar lebih galak memukul gendang dan menari,berlakon seolah-oleh mabuk gendang.

Frezay keluar dari kumpulan itu dan berlari ke arah sekumpulan penduduk kampung lain yang bersembunyi di sebalik semak dan benteng. Dengan segera dia memberi isyarat supaya bersedia kepada mereka semua.

Seketika, kedengaran gegak gempita di pesisiran pantai.

Lanun-lanun sudah mendarat.

Kekacauan dan kekecohan menjadi-jadi. Jerit pekik terlolong penduduk kampung semakin hebat.

Lanun-lanun tersebut dengan rakusnya memakan makanan pesta dan memusnahkan barang-barang di sekitar situ. Bagai orang mabuk, mereka bersorak dan memukul penduduk kampung tanpa belas ihsan. Mereka kerasukan dek keseronokan memusnahkan penduduk kegembiraan penduduk kampung.

“Kumpulan 1, gerak!!!” Frezay menjerit lantang.

Huuaargggggg!!!!!!!!

Gerombolan pertama penduduk kampung keluar dari persembunyian dan terus membelasah lanun-lanun yang seakan kerasukan dan tidak sedar kehadiran mereka. Betul kata Frezay, orang yang merendahkan tahap siaga mereka lebih mudah ditumpaskan.

Kumpulan lanun terus kucar-kacir dan terpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Ketumbukan mereka goyah menanti belah. Dalam amukan kumpulan pertama penduduk kampung, Frezay memberi isyarat kepada kumpulan kedua pula. Kali ini, anak panah bersimpang siur mendarat di badan lanun-lanun tersebut. Kumpulan kedua ini bersembunyi disebalik semak dan pepohon tinggi. Jadi, lebih mudah untuk mereka memanah musuh.

Gegak gempita dan kucar-kacir suasana di pesisiran pantai semakin kuat. Nampaknya, kumpulan penduduk kampung berjaya mengawal keadaan dan menumpaskan kumpulan lanun. Lanun-lanun ramai yang tercedera dan tidak kurang juga yang berundur serta bertempiaran lari ke kapal mereka.

Ini kerana, tindakan penduduk kampung yang masing-masing keluar dari tempat persembunyian mereka dan terus mengasak kumpulan lanun tersebut menipiskan peluang mereka untuk merompak penduduk kampung seperti sebelum ini. Tiada pilihan, lanun-lanun tersebut terpaksa berundur. Penduduk kampung berterusan bersorak gembira. Lagipula, operasi Pirate B ini bukannya bertujuan membunuh lanun, tetapi hanya menakut-nakut dan mencederakan mereka.

Misi berjaya! Kai, Frezay dan Vishvak bersyukur tiada penduduk kampung yang terkorban.

BOOMMMMM!!!!

Letupan kuat menggegarkan suasana. Semua orang menjadi panik dan ketakutan. Bala apa pulakah yang mendatang?


Kapal Viu Jack

Letupan hebat yang menggegarkan lautan turut dirasai oleh Rienna, Bitch dan Karasuma. Dari kejauhan, kepulan asap hitam menjulang di udara mencemari pemandangan bintang di lautan. Api menjulang marak, menjadikan air kelihatan merah menyala seakan disimbah cahaya matahari rembang petang.

Bitch meneropong ke tengah lautan.Seketika, wajahnya bertukar pucat.

“Mixzof!”.

Karasuma dan Rienna masing-masing kaget. Apa yang mereka fikirkan ketika itu ialah Kai, Frezay dan Vishvak.

Karasuma segera mengemudi kapal itu menghala ke Daratan Jahol. ‘Korang semua mesti selamatkan diri dulu. Mixzof bukan lawan kalian sekarang’. Hatinya mendesis hebat. Kapal layar yang dipinjam dari nelayan itu bergerak laju.

“Madam. Apa saya patut sekarang?”Rienna bertanya agak kelam kabut. Dia tahu macam mana jahatnya tentera Mixzof. Gara-gara Mixzoflah dia terpisah dari kawan-kawannya.

Bitch dilihat berfikir dengan serius. Seketika, dia berpaling kepada Karasuma.

“Karasuma. Peralatan taktikal kita cukup kan?”.

Karasuma mengangguk.

“Bagus. Rienna, tugas kau ialah perhatikan pergerakan musuh. Jika ada apa-apa, segera berikan isyarat kepada kami. ” Bitch memberi arahan. Serius.

Bitch bergegas turun ke kabin dan mempersiapkan dirinya dengan sut taktikal. Dicapainya pistol dan pisau Rambo, beserta tali panjang dan kit menyelamat. Sut taktikal untuk Karasuma juga disiapkan sekali.

“Karasuma.” Bitch melemparkan sut lalu ditangkap kemas oleh Karasuma.

“Madam..Sir.. Kita dah semakin menghampiri Dataran Jahol.” Rienna melaporkan.

Bitch dan Karasuma, kedua-duanya siap dalam sut taktikal mereka. Nampak sangat cool!

“Rienna, kau stay sini. Tunggu arahan kami untuk langkah seterusnya”. Karasuma bersuara sambil membetulkan cermin mata kalis airnya.

“Baik Sir.”

Rienna memerhati sahaja kedua-duam anusia itu terjun ke dalam laut dan menghilang. Dalam hati, dia berdoa agar semuanya selamat. Rienna kembali fokus kepada kerjanya.

 

DaratanJahol, Pesisiran Pantai

Kai pantas turun dari menara kawalan dan bergegas mencari Frezay dan Vishvak. Dalam suasana panik itu, mereka bertemu dan masing-masing gusar.

“Mixzof”. Kai mengepal penumbuk. “Diorang memang tak puas hati dengan kita kan?”.

Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain. Masing-masing bekerja keras memikirkan strategi terbaik untuk melepaskan diri dari dikesan Mixzof. Dalam keadaan mereka sekarang, mereka tahu Mixzof bukan lawan mereka.

HAHAHAHAHAHA!!!

Ketawa besar secara tiba-tiba itu disambut dengan kejutan oleh mereka bertiga. Habislah. Mereka terlambat untuk melarikan diri. Nampaknya, Mixzof terlebih dahulu berjaya mengesan mereka. Mereka tiada pilihan, masing-masing berada dalam posisi bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan.

“Serahkan kepingan tu.” Mixzof dengan angkuh meminta. “Korang dah terperangkap. Takde siapa yang boleh selamatkan korang sekarang. Hahahaha!”.

Kai mengepal penumbuk. Darahnya mendadak naik. Menggelegak panas hatinya.

“Hei orang tua. Kau dahlah menyusahkan orang, lagi ada hati nak rampas hak orang pula.” Kai mula bermain kata.

“Hahaha. Ada aku kisah? Apa yang aku tahu, aku nak kepingan tu. Kalau tak, tahulah nasib kawan perempuan korang tu.” Mixzof mencebik dan tersenyum sinis.

Mereka bertiga saling berpandangan dan berkerut dahi. Rienna ditangkap? Mustahil.

“Ye je kan kau ni? Macam la budak tu lembik sangat sampai kau berjaya tangkap dia.” Frezay sengaja memerli Mixzof.

Mixzof dilihat mengepal tangan. Goyah. Hei, tolonglah jangan nak tipu Frezay. Semua mimik muka dan gerak tubuh dia boleh baca.

“Kau lupa ya, kau pernah tersungkur kena balun dek budak tu.” Frezay sengaja menyimbah minyak.

Mixzof terbakar hatinya dek kemarahan. Tak guna sungguh budak perempuan tu, tergolek-golek jatuh tangga dirinya ditinju oleh Rienna. Saat paling tak dapat dilupakan apabila diketawakan oleh orang bawahannya sendiri. “Huh!” Dia mendengus marah.

Mixzof mengerling kepada Gor, pembantu kanannya. Gor tanpa banyak bicara terus menerkam ke arah Kai. Kai segera mengelak dan melibas batang kayu kepada Gor. Sasaran tidak mengena. Gor terlalu tangkas!

Menyedari hal itu, Vishvak melontarkan batu kepada Gor. Gor berpaling kepada Vishvak dan menukar sasaran serangan. Mulutnya menyeringai marah, air liur berjejeran keluar. Dia menderam persis seekor harimau.

“Habiskan budak bertiga tu Gor. Hahahahaha!!!”

Serentak dengan arahan itu, Gor menerkam laju ke arah Kai, Frezay dan Vishvak. Mereka bertiga sempat mengelak dan berpecah arah. Dengan ketiadaan senjata canggih, memang agak sukar untuk mereka bertiga berlawan ditambah lagi dengan kehadiran 10 orang jeneral tanpa roh milik Mixzof secara tiba-tiba. Mereka bertiga kelelahan.

“Apa kita nak buat Vishvak?” Kai meliarkan pandangannya. Mereka bertiga terkepung dalam bulatan 10 orang jeneral tanpa roh diketuai Gor.

Vishvak berjeda mengambil nafas. Dadanya turun naik. Sebenarnya dia tidak menyedari kehadiran 10 orang jeneral tersebut kerana sejak dari tadi, fikirannya hanya tertumpu kepada Gor dan Mixzof.

Mixzofdan ketumbukannya memang pandai bermain strategi!

“Fokus.”Sepatah Vishvak menjawab. Kai terpinga-pinga. Maksudnya apa?

“Psstt..psstttt!!”

“Hoi!”

Kaidan Frezay mencari arah bunyi itu dan mata kedua-duanya terbuntang luas. Mulut mereka ingin mengungkapkan sesuatu tapi cepat-cepat dipotong oleh Vishvak.

“Haha..orang tua. Game dah mula!” Vishvak melaung kuat.

Mixzof dan konco-konconya kaget. Dah kenapa budak-budak ni tersenyum sesama sendiri? Mata mereka diliarkan ke sekeliling.

‘Hah..Apa tu?’ Mixzof kehairanan.

Surprise!”.

Laungan suara kedengaran. Kelibat pantas dan tangkas orang yang menyerang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh Mixzof. Tanpa disedari, telinganya luruh ke tanah. Mixzof meraung kesakitan. Amarahnya memuncak dan dia membedil rambang sehingga habis peluru sebelum menyedari bahawa dia menembak orang bawahannya sendiri!

Peluru bedil yang dimiliki oleh Mixzof bukan sahaja dapat melubangkan badan manusia bahkan mampu membunuh tentera tanpa roh. Tulang-belulang 10 jeneral kesayangannya merelai luruh ke tanah. Mixzof bengang.

“Korang tunggulah. Aku akan balas dendam!!!”. Dia menjerit kemarahan.

 

Kapal Viu Jack

Rienna tercegat menanti kehadiran Bitch, Karasuma, Kai, Frezay dan Vishvak dengan sabar. 10 minit yang lalu, dia mendapat arahan dari Karasuma agar melayarkan kapal ini mendekati Daratan Jahol. Kapal ini dipasang dengan alat transparent jadi tidak mudah untuk Mixzof mengesan kehadiran kapal ini. Dengan teropong berkuasa tinggi, Rienna dapat memerhatikan apa yang terjadi.

Dia menyaksikan saat mendebarkan apabila ketiga-tiga kawannya dikelilingi jeneral tanpa roh. Melihatkan itu sahaja, hatinya berdebar hebat. Jeneral-jeneral itulah yang mereka lawan semasa di dalam gua sebelum mereka berjaya merampas kembali kepingan tersebut. Jenera ltersebut takkan mati walau apa cara sekalipun mereka buat.

Walau bagaimanapun, dengan tindakan pantas Bitch dan Karasuma menyerang Mixzof, kawan-kawannya terselamat. Hal itu mendatangkan ketenangan kepada dirinya.

Bunyi kocakan air membunuh nostalgianya. Pantas dia naik ke pelantar.

Kai,Frezay dan Vishvak terlentang lelah di lantai kapal. Bitch dan Karasuma menyusul naik dan melepaskan lelah. Masing-masing keletihan. Karasuma segera menghubungi Jabatan Zentrix.

“Prof, kami bersedia untuk pulang.”

“Bagus Karasuma.” Prof Helt tersenyum lebar. “Mary, bawa mereka semua kembali ke abad ni.”

“Baik Prof.”

Dalam beberapa saat, kapal Viu Jack hilang dari Tamadun Mesopotamia.

            BERSAMBUNG >>

Previous: Bab 11: Si Lanun
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh