Bab 4: Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia.. 5000 S.M

Hutan Aria: Sisi kanan.

“Vishvak, kau tindih aku. Bangunlah, sakit tau.” Frezay mengaduh. Badan Vishvak yang agak berat itu baru saja menghempap badan Frezay yang beratnya kurang sekilogram dari Vishvak.

“Dah sampai ke?” Vishvak terpinga-pinga.

“Ya, dah sampai. Tapi kalau ya pun, turunlah dari badan aku ni dulu. Kau ni berat betul. Nak patah tulang belakang aku ni.”

“Ye ke? Maaf, maaf,” sengih Vishvak, bersalah pun ada. Bukan dia tak tahu, si Frezay kawan baiknya ni kurus sedikit dari badannya, yang tegap dan gagah. ‘Eleh Vishvak…over perasanlah pulak kau ni.’

“Maaf, maaf, tolonglah aku bangun pulak,”

“Eh.. nanti, nanti, mana budak berdua tu?”

“Manalah aku tahu. Tapi…budak ni memang nak kena!”

Vishvak mengusap kedua telapak tangannya yang dihinggapi debu tanah. masih enak duduk atas badan Frezay. sesak nafas kawan ni dibuatnya.

“Cepat, kita kena cari diorang,” Vishvak menamatkan perbualan dan bergegas berdiri. Tanpa membuang masa, dia berlari meninggalkan Frezay yang masih terkial-kial bangun.

“Woi Vishvak, tolong aku dulu!”

Hutan Aria: Sisi Kiri

“Rienna, kau ok ke?” Kai memecah kesunyian.

“Ini semua kau punya fasallah. Nahas kita kalau senior dua ekor tu tahu kita tak ada bersama mereka,” Rienna menjawab sambil mengurut tangannya. Sakit ohh… nak menangis rasanya.

“Bukan salah aku pun. Dah gelombang radio terganggu, perjalanan kita pun terganggu juga,” Kai membela diri. Dia mengerling kepada Rienna. Timbul rasa kasihan dalam dirinya melihatkan budak itu mengurut-ngurut pergelangan tangan. Merah sangat nampaknya.

“Sakit sangat ke?” Kai mencangkung dan memerhatikan tangan Rienna yang nampak merah.

Rienna yang memang dah nak menangis terembes juga air matanya. Dengan mata berkaca, dia memandang Kai. “Sakit sangat...macam terseliuh”

Tersentuh hati Kai melihat Rienna menangis. Segera fikirannya melayang kepada Farynne, yang juga mudah menangis kalau sakit walau kena gigit dengan semut api!

“Kau boleh jalan tak ni? Aku bab urut mengurut ni, tak pandai sangat. Kang tersalah urat, lagi parah ni.” Kai menggaru kepala.

“Boleh je jalan. Tangan yang terseliuh, bukannya kaki.” Perlahan Rienna menjawab.

“Meh sini beg kau, aku tolong bawakan untuk kau. Urut la dulu tangan tu.”

Wah.. kenapa Kai tiba-tiba menjadi seorang yang sangat caring ni? Hati Rienna tersentuh lagi. “Terima kasih. Ni beg.”

“Jom gerak sekarang. Nanti Bos Besar (Vishvak) marah.” Kai terus menapak ke depan. Rienna membontotinya di belakang sambil mengurut tangan.

Setelah berjalan menempuh hutan belantara, beberapa denai dan anak sungai, Kai berhenti dari berjalan. Benda di hadapannya memang mengagumkan. Rienna sendiri terus terpegun sebaik saja ternampak benda tu.

Sebuah istana yang keseluruhannya diperbuat daripada kristal berlantaikan kaca dengan menaranya diperbuat dengan zamrud hijau berkilauan bertatahkan berlian yang termahal di dunia. Tamannya dipagari dengan batu nilam berselang selikan dengan intan permata mengagumkan setiap jiwa yang memandangnya. Sekelilingnya pokok yang menghijau…memagari seluruh kawasan istana dengan keseluruhannya digubah cantik!

“Wow, cantiknya..!” teriak Vishak yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Budak berdua itu serentak berpaling.

“Hehehe… pandai tak kami cari korang berdua? Simple as kacang je. So, lepas ni jangan nak berangan boleh terpisah lagi. Faham?” Tu dia kuasa veto Vishvak dah muncul. Frezay mengangkat bahu.

Vishvak memandang pula istana didepannya. Habis berterbangan dah semua amarahnya terhadap Kai dan Rienna. Hatinya menjadi sejuk macam disimbah dengan ais sedangkan matanya tidak berkelip-kelip. Kali ni, dia berangan-angan pula dirinya menjadi raja dalam istana tu. Bertuahlah dia kalau terdapat seorang puteri cantik dalam tu. Tentu dia orang pertama yang akan melamar puteri tu. Dia tersenyum-senyum sendirian.

“Sudah-sudahlah berangan tu,” Kai tersenyum sinis.

“Kau menyibuk apa..” Vishak membalas .

“Kata orang, kalau tersenyum-senyum seorang diri tu, alamatnya tak lama lagi akan masuk hospital…” Rienna tersenyum meleret.

“Huh, hospital? Hospital apa?” Frezay macam orang dungu bertanya.

“Hospital sakit mental la…” Sukarelawan penyindir terbaik tolong menjawab. –Kai.

Mencerlung Vishvak memandang juniornya yang saban hari membuatkan aras darahnya menaik. “Korang berdua ni boleh tak kalau tak sakitkan hati orang?”

Serentak Kai dan Rienna tersengih. Dah tau dah…kejap lagi kalau diorang teruskan jugak naikkan temperature si panas baran Vishvak, bisa meletup istana tersergam indah di depan. Jadi, keluarkan senjata utama- sengih jela…

Well, well, wellfirst time aku Nampak korang berdua sehati sejiwa. Ada apa-apa ke??” Haila…jangan main-main dengan si Frezay ni. Nampak je macam orang bodoh, tak peka, menyendiri…tapi bila masuk bab ni, maunya pasangan kekasih berguru dengannya!

Kai pandang rienna, Rienna pandang Kai. Masing-masing saling memandang, kemudian serentak memandang Frezay. “Eh…mana ada apa-apa.”

“Rienna, ok dah tangan tu?” Kai teringatkan kes tadi.

“Ye, dah. Terima kasih untuk tadi. Minta beg.” Rienna menghulurkan tangannya untuk meminta beg. Kai dengan senang hati memberi.

Vishvak dan Frezay senyap tak terkata apa-apa. Dalam hati, mengucap syukur kepada Yang Esa atas perdamaian Kai dan Rienna. Bukan senang tu..

Frezay menapak ke depan meninggalkan Kai, Rienna dan Vishvak. Dia memasuki kawasan istana yang baginya memang sangat cantik. Macam berada di negeri kayangan, alam fantasi pula. ‘Kalau berangan nak jadi raja boleh tak? Hehehe..macam best je rasanya’

BERSAMBUNG>>>

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh