Bab 8: Risiko

Bilik Kawalan Utama: Jabatan Zentrix

Jabatan Zentrix gempar dengan kehilangan ahli Zentrical Z5 secara mendadak. Titik merah di skrin radar mesin masa hilang sekelip mata. Siren berbunyi nyaring, sebagai tanda pencerobohan masa berlaku di Tamadun Mesopotamia- Babylon Lama.

“George, laporkan keadaan.” Prof Helt kalut.

“Baiklah. Jam 15.00 waktu Mesopotamia, radar tidak dapat mengenalpasti lokasi Z5 Rienna. Titik lokasinya tiba-tiba hilang. Pada jam 17 pula, Z5 Vishak, Z5 Frezay dan Z5 Kai turut hilang di satu lokasi yang sama. Pada agakan kita… jika dilihat pada peta lama ni, lokasi terakhir mereka dikesan sebelum hilang ialah di hutan simpan pinggir Istana Kota.”

Prof Helt mengusap dagu dengan muka berkerut. Kemudian, dia meneliti peta lama dan radar pengesan dengan teliti. Mustahil.. hatinya berdesis.

“Macam mana dengan Z4, Z3, Z2 dan Z1?” Sambungnya lagi.

“Setakat ni, Z3 dah berjaya menjumpai kepingan pertama manakala Z1 dijangka akan kembali ke zaman ini dalam 2 jam lagi.”

“Hebat Z1. Seperti yang dijangka.” Prof Helt tersenyum. Kemudian dia menyambung. “Z2 dan Z4?”

“Z2 memberi isyarat baik juga. Mereka juga sudah berjaya mencari kepingan tu. Sama juga dengan Z4.”

Prof Helt menarik nafas lega, berpuas hati dengan 4 kumpulan tersebut. Memang dia tidak tersalah membuat pilihan. Ahli Zentrical Z1 hingga Z4 adalah kumpulan elit dan melepasi pelbagai halangan dan cabaran yang ditetapkan oleh Jabatan Zentrix. Setiap kumpulan tersebut disertai oleh 5 orang termasuk dua orang ahli lama. Mereka adalah kumpulan yang mendapat kepercayaan penuh Ketua Jabatan Zentrix, iaitu Jacob El-Farisi.

Namun, bagaimana ceritanya dengan Zentrical Z5?

Mereka ini terdiri dari 4 orang ahli sahaja termasuh dua orang ahli lama. Penubuhan kumpulan ini adalah atas arahan istimewa dari Pengarah Tertinggi Jabatan Zentrix yang tertarik dengan perawakan pelatih baru iaitu Kai dan Rienna. Mereka diuji dengan cabaran yang sama namun apa yang membezakan mereka berdua dengan ahli yang lain ialah semangat setiakawan yang tinggi dan saling melindungi.

Sifat itu tiada dalam kumpulan Z1 hingga Z4. Mereka perfect dalam segala hal namun semangat setiakawan tiada dalam diri mereka. Jadi, atas matlamat untuk menjadikan Z5 sebagai role model lah, kumpulan itu ditubuhkan.

“Teruskan usaha mencari Z5. Biarpun mereka tu troublemaker, kita kena cari juga.” Prof Helt mengeluh.

Seterusnya, Prof Helt mengerahkan Time Security Team mencari sebab utama kehilangan titik lokasi pada radar, sama ada ianya adalah kesilapan teknikal ataupun ada unsur-unsur campur tangan Kumpulan Mixzof. Dia bingung.

Penjara Lama

“Kita nak mulakan cari Rienna ikut jalan mana ni?”

Mereka bertiga berada di persimpangan. Terbentang luas di depan mereka setelah keluar dari Penjara Lama itu ialah tiga jambatan gantung yang di bawahnya gelap dan berkabus. Suasana agak seram dan mereka gerun memikirkan risiko yang akan diambil jika tersilap langkah.

Vishvak menapak ke depan dan meneliti satu persatu jambatan tersebut. Jambatan yang panjang dengan hujung jambatan nampak kecil dan gelap. Otaknya ligat memproses cara terbaik untuk memilih jambatan yang betul untuk sampai ke seberang.

Dia memicingkan anak mata dan kemudian terarah kepada longgokan batu di tepi kaki Kai. Dia mengisyaratkan kepada Kai supaya membaling batu tersebut ke dasar jambatan.

Batu dilempar dan tiada terhasil apa-apa bunyi. Dia ketawa tertahan-tahan. “Kind of dalam la ni. Kalau jatuh… memang Innalillah.” Berbunyi juga akhirnya Kai.

Vishvak, selaku senior yang sudah 6 kali menyertai misi seperti ini termenung lama. Dia terfikir-fikir cara yang sesuai untuk menyeberangi jambatan itu dengan baik. Risiko besar terpaksa diambil.

“Cuba test jambatan ni. Biasanya jambatan seperti ni dibina untuk mengelirukan musuh. Aku rasa kita dah semakin hampir dengan kepingan purba tu memandangkan perangkap seperti ni dah ada. Dalam misi aku terdahulu di Astria, ada perangkap empat lorong yang sama bentuk. Disediakan kala jengking bagi sesiapa yang tersilap masuk lorong.”

“Bijaknya arkitek yang bina tempat macam ni. Menyusahkan orang betul.”Kai membebel.

Vishvak tertawa mendengar lawak basi dari Kai. Tawanya bergema kuat dalam gua tersebut. “Kau ni.. dah memang niat mereka nak melindungi harta dari dicuri, memang la patut dibuat perangkap macam ni. Adoii..”

“So, macam mana?” Kai tersengih.

“Kita serahkan pada yang pakar.” Vishvak menunjuk kepada Frezay yang dari tadi senyap tak berbunyi.

Frezay mengambil sebiji batu dan melemparkan ke arah jambatan pertama. Jambatan itu serta merta lebur seperti debu. Vishvak dan Kai ternganga. Seterusnya, batu dilontarkan kepada jambatan kedua. Pun sama. Lebur seperti terkena magis. Frezay menarik nafas.

“Kita guna jambatan ketiga untuk pergi ke seberang. Jambatan tu selamat.”

Fuyoo… Kai melahirkan rasa kagum. Vishvak terus merangkul bahu Frezay.

“Seperti yang dijangka dari kawan sejatiku Frezay!”

Frezay hanya senyum.

“Macam mana kau tau jambatan ni?” Kai ingin tahu. Perasaannya membuak.

Frezay menjelaskan bahawa tak susah sebenarnya nak memilih jambatan yang selamat ni. Tanpa cahaya jamung, jambatan ni hanya satu je! Arkitek bina tempat ni dengan hukum cermin yang memberi pantulan kepada cahaya. Jika tiada cahaya, objek tidak akan terpantul. Jadi, disebabkan ada cahaya jamung itulah, mata mereka memberi ilusi jambatan ada tiga. Jika dalam kegelapan, jambatan ini akan nampak satu.

Jambatan ini dibina dengan menggunakan bahan semula jadi di dinding gua. Frezay mengunjukkan tangannya kepada dinding. Sesuatu yang berkilauan serta merta menerpa pandangan apabila terkena cahaya. Batu permata.

Sekarang Vishvak dan Kai faham apa yang sebenarnya terjadi. Dalam hati, mereka mengakui kepintaran artikek pada zaman ini.

Tanpa membuang masa, mereka terus meniti jambatan dengan berhati-hati. Jambatan itu sudah agak uzur dan bergoyang-goyang namun masih utuh, sesekali membuatkan mereka bertiga hilang imbangan dan hamper-hampir terjatuh. Jadi, nak tak nak terpaksa juga mereka berjalan perlahan-lahan.

Setelah lima belas minit berjalan, mereka bertiga mampu melepaskan nafas kelegaan. Langkah terus diorak menuju kea rah bunyi air yang menitis. Tap! Tap! Tap!

Setelah agak jauh masuk ke dalam, mereka terpegun. Memang ada air menitis, tapi ianya tidak seperti biasa. Air itu menitis dari bumbung gua yang berbentuk lubang dengan air memenuhi lubang tersebut. Suasana di sini agak cerah kebiruan berbanding tempat lain.

“Subhanallah.. cantiknya tempat ni.” Frezay tenggelam dalam khayalan. Seketika dia terleka menikmati pemandangan memukau itu.

Sebuah lubang terbina di atas bumbung gua. Jika berdiri betul-betul di bawah lubang tersebut dan kepala didongak ke atas, akan ternampak bentuk sebenar lubang tersebut. Macam telaga terapung dengan air berwarna biru laut!

“Frezay, kalau ada air atas tu, bermakna kita sekarang berada di dasar laut kan?” Kai bertanya soalan bodoh.

“Ye la dik. Ni mesti tak tumpu perhatian masa kelas Prof Mugen kan?” Vishvak memaut tengkuk Kai, membuatkan budak itu tertunduk-tunduk. Geram sebenarnya.

“Ala.. kuliah dia tu boring la.” Kai mencebik.

“Kau ni kan. Balik ni.. memang siap aku bagi kuliah.”

Vishvak marah-marah lawak, meniru gaya Prof Helt. Kesunyian dan kebosanan yang melanda memaksa Vishvak menjadi begitu. Kai dan Frezay terkekek-kekek ketawa, sambil terguling-guling atas lantai gua. Lucu bila terbayangkan Vishvak menjadi Prof Helt. Seketika, rindu pula pada bebelan professor tua itu.

Bunyi derap tapak kaki mematikan tawa mereka. Segerombolan manusia. Mereka bersiap siaga. Sedetik, dua detik…


>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh