Bab 3: Berusahalah, Rienna!

Rienna terjaga dari tidur. Suara di bilik sebelah amat mengganggunya yang sedang enak dibuai mimpi. Dicapainya jam loceng, baru pukul 2.00 pagi. “Hish…apahal pula mamat ni, aku nak tidur pun tak boleh.” Omelnya sendirian.

Pantas bantal ditekup ke telinga. Lemas, dia membaling pula bantal tu jatuh ke bawah. Hatinya semakin meronta-ronta meminta dia memekik je malam tu, tapi disabarkan juga. Dengan penuh perasaan sakit hati, dia berbaring semula dan cuba memejam mata kembali. Baru je nak terlelap, bunyi tu kedengaran lagi!

“Pantang nenek aku ganggu tidur orang ni.” Dia mengetap bibir.“Hei, boleh tak kau diam sikit? Bisinglah, kau ni betul-betul mengganggu aku, kau tahu tak!” Rienna menggunakan sehabis mungkin suaranya untuk menjerit meminta diam. “Ish…seraklah pula suara merdu aku ni. ehmm..ehmm..”

Pekikannya tidak bersahut malah semakin kuat pula suara tu. Dengan muka yang mencuka, dia keluar dari biliknya menuju ke bilik sebelah dan menumbuk kod-kod eletronik yang terdapat di pintu. Terlalu geram ni, sampai nak pecah pintu dibuatnya.

Secara tiba-tiba, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke dalam walaupun dia tahu itu bilik Kai, musuh ketatnya. Musuh yang takkan dimaafkan sampai bila-bila pun. Bengang sangat, dia terus merempuh ruang tidur utama.

BUMM..!!!

“Kau ni tak …! Oh my God, Kai! Apa dah jadi ni?”

Marahnya yang melampau serta merta hilang diganti dengan rasa gelabah. Kai terbaring atas permaidani . Masih sedar, tapi teramat lemah. Rienna terus meluru mendapatkan Kai dan cuba memberi bantu mula. “Wei, kau jangan nak takutkan akulah, bangun!”

Tiada respon.

‘Alamak, apa aku nak buat ni? Siapa pun, tolonglah bantu aku…’ Rienna bangun dan memerhatikan sekeliling. Mindanya yang tengah bercelaru sukar untuk berfikir sekarang ni. Matanya tiba-tiba terpandangkan selfon di hujung katil dan tanpa berfikir panjang lagi, dicapainya dan terus mendail nombor Vishvak. Sekarang ni, nama senior garang tu je yang dia ingat.

Come on, Vish. I need your help…!

Bilik Mesyuarat 1

‘Rasakan Z5. Lepas ni, takkan ada siapa pun yang berani mengajar aku. Hahaha! Bagus giler kerja kau Gio, masukkan racun dalam makanan budak tak makan saman tu. Khairul Adam…nasib kaulah yang kena. Itulah, berani sangat ketua kau yang tak guna tu dan sekarang tengok, kau akan membuatkan dia gagal ke Dunia Mesopotamia. Hahaha!!!! Rasakan Wirsyak. Dendam aku pada kau takkan pernah padam sampai bila-bila PUN!’

“Bad, apa pasal yang kau duk senyum-senyum, lagak tak lebih macam orang gila ni?” Gio yang baru masuk kehairanan.

“Tak adalah…aku duk fikir apa akan jadi pada budak Kai tu hah? Pada musuh aku, Wirsyak? Aku harap sangat-sangat yang Z5 takkan dapat pergi ke Mesopotamia.”

“Tenanglah. Tadi aku ternampak Si kai tu dah mula lemah, dan takde siapa pun antara kawan-kawan dia perasan. Aku dapat rasakan yang benda tu dah mula bertindak balas. Biar dia rasa, bagaimana susahnya untuk ke Mesopotamia.”

Badrul menepuk bahu Gio sambil tersenyum penuh dendam. “Bagus, Gio.”

“Tengok oranglah.” Gio mendabik dada, konon dialah yang terhebat.

Pintu tiba-tiba terbuka, berlenggang masuk Katty dan Patty iaitu adik beradik kembar seiras. Pakaian, fuh…bergaya mengalahkan ratu cantik lagi…padahal bukannya cantik sangat, diri tu je yang perasan lebih.

“Hai, Bad. How are you today? Rindulah kat you.” Manja menggoda, Katty menghadiahi badrul ciuman di pipi.

“Takkanlah tak bersua muka baru sejam dah rindu?” Badrul menarik Katty ke dalam pelukannya.

“Alah…takkan tak boleh?”

Kalaulah Prof helt tengok adegan ni…dah pasti tumbuh bulu selebat-lebatnya kat mata. Geli!

“Oitt…sudah-sudahlah tu.” Gio tersengih.

“Kau ni suka potong linelah. Kau dah ada Patty, jadi janganlah kacau daun.” Katty merengek manja, seakan mengadu kepada Badrul tentang Gio.

“Ok, Ok. Aku nak keluar ngan Patty. Emm…oh ya Kat, dah buat seperti yang dirancang?”

“Dah! Dijamin seratus peratus bahawa mereka takkan dapat pergi ke Mesopotamia. Hish…benci betul aku dengan perempuan tu. Perasan cantik bagai puteri, aku lagi cantik.” Mengetap bibir katty bila membicarakan hal budak tu.

“Kakak, kan dia tu betul-betul puteri. Jadi, memang patutlah cara dia pun macam puteri.” Patty bersuara selamba.

“Kau nikan tak boleh ke kalau tak puji perempuan tu. Sakit hati kakak tau!”

Easy, kak! Tak payahlah nak susah hati sangat pasal dia. Dah letih Pat dengar kakak membebel pasal dia. Dahlah kak, Pat nak pergi ni. Bye!”

“Hish adik aku sorang ni.” Merah padam muka menahan marah.

Bilik Tidur Khairul Adam..

“Maaf Vishvak, team awak kali ni memang tak cukup regu. Kai tak boleh teruskan misi ni memandangkan dia dah terlalu lemah. Saya sendiri pun tak tahu lagi apa puncanya dia jadi macam ni, dan ini memang berita buruk buat kamu semua.” Dr karen memandang kea rah Kai yang terbaring lesu atas katil. Senyap tak berkutik langsung.

“Takkan Dr tak tahu pun apa puncanya? Dr kan seorang doktor, buatlah pemeriksaan cepat!”

Rienna dah emosianal sangat ni. Hatinya sendiri tak dapat menipu bahawa dia amat takut sekarang ni. Takutkan semua…takut Kai…takut pada misi ni…dan semuanyalah! Frezay melirikkan matanya ke arah Rienna yang sedari tadi tak dapat mengawal diri dari resah gelisah. Macam cacing kepanasan.

“Weh, kau tu. Bukan ke kau benci sangat ngan Kai, yang kau emo sangat ni apahal? Rilekslaah, dia tak apa-apa.”

“Rileks kepala otak kau! Frez…kau bukannya doktor. Kau tak tahu pun apa yang terjadi sebenarnya. Kalau Kai K.O terus tadi apa akan jadi? Aku tak rasa kita akan dibenarkan meneruskan misi ni tanpa Kai. Lagi satu, kau ingat Kai akan sembuh macam tu je ke, sebelum pukul 8 pagi esok? Tak mungkinlah…!”

Rienna menarik nafas panjang, disusuli dengaan keluhan berat. Dia meraup muka, kemudian melemparkaan pandangan jauh kea rah hutan batu yang kian berlumba-lumba mencari sinar mentari gamaknya, sampai nak mencakar langit!

Frezay pandang Vishvak, Vishvak pandang Frezay. Masing-masing angkat bahu, kemudian senyum penuh makna. Langkah yang baik….

Prof Mugen masuk secara tiba-tiba. Cemas lagaknya. “Karen, macam mana?”

“Err…beginilah. Saya rasa Kai tak boleh dan takkaan boleh teruskan misi ni. Mustahil dia akan sedar buat masa ni memandangkan racun dalam badan dia terlalu kuat. Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi tapi bila dibuat pemeriksaan menyeluruh, saya agak makanan yang menjadi puncanya.”

“Maksud awak, ada orang sengaja letakkan racun dalam makanan dia?” Prof Mugen mengetap gigi.

“Ya. Itu saya pasti sangat sebab dah tak de faktor lain dah yang boleh menjadi puncanya. Ini bermakna, ada orang yang tak berkenan dengan dia. Vishvak, apa pendapat kamu?”

Vishvak ersentak. “Err…saya tak berani nak tuduh sesiapa dalam hal ni, tapi saya dapat rasakan memang ada orang yang cuba nak menggagalkan misi kami. Dr Karen, macam mana? Zentrical Z5 takkan boleh sertai misi ni ke?”

“Itu….”

“Misi kamu semua akan diteruskan dalam tempoh 6 jam dari sekarang walaupun tiada apa-apa perubahan pada Kai. Ini bermakna, hanya kamu bertiga saja akan meneruskannya, Kai takkan boleh turut serta. Karen, teruskan pantau keadaan dia, lepas tu bagi laporan penuh. Orang yang cuba menjatuhkan kumpulan kali ni memang takkan dimaafkan.” Prof Mugen mengatur langkah keluar dari bilik tu.

Selepas beberapa minit, masing-masing melangkah keluar dari bilik tu dengan langkah longlai.

‘Boleh ke esok ni?’

‘Kai, Kai…siapalah yang dengkikan kau?’

‘Argh….bencinya! boleh ke Z5 teruskan misi ni tanpa Kai?’

Berserabut perasaan mereka bertiga. Mustahil kumpulan mereka akan menang dalam misi ni. Hai…nasib badan la kau Z5.

“Vishvak, Frezay, tunggu kejap.”

Serentak mereka berdua berpaling dan memusatkan pandangan ke arah Rienna yang menunduk muram. “Ya, ada apa?”

“Ak…aku.” Rienna menggigit bibir. “Aku tak boleh teruskan kalau tak cukup regu. Aku tak berani. Vishvak…tolong. Tolong keluarkan aku dari kumpulan ni. Aku tak sanggup. Takut.”

Frezay mengangkat kening. “Hello tuan Puteri Rienna, kau ingat kau senang-senang je ke boleh keluar dari misi ni?”

“Tapi Frezay…!”

“Rienna, dari kau duk fikirkan hal ni, lagi baik kalau kau fikir bagaimana cara nak pulihkan Kai. Kau tak nak sertai misi ni kalau tak cukup regu kan? Jadi, fikirlah macam mana nak cukupkannya. Rienna, dengar sini. Kami berdua pun sebenarnya tak berapa yakin dengan keputusan Prof Mugen, tapi kita kena tempuhinya walaupun tanpa Kai. Kita masih ada 5 ½ jam lagi sebelum misi bermula dan kita perlukan rehat sepenuhnya. Kalau kau boleh fikirkan cara segera untuk pulihkan Kai, kita ada masa 5 jam untuk tidur. Emm…?” kata Vishvak.

Rienna termenung, sambil otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Kakinya tak boleh duduk diam, asyik mundar-mandir ke kiri kanan, menbuatkan kedua seniornya naik pening. Tiba-tiba. “Ha! Aku dah tahu. Dah tahu!”

Dia menjerit kesukaan dan terus berlari ke biliknya. Lima minit kemudian, dia keluar membawa beberapa biji pil berwarna jingga.

“Apa ni?” serentak frezay dan Vishvak bertanya.

“Ubat Tradisi Kerabat Diraja Zonna. Dengan ubat ni, Kai pasti sembuh dengan segera.” Bercahaya mukanya.

“Kalau begitu, jom ke bilik Kai. Cepat!”

Dewan Utama

“Baiklah semua, misi akan diteruskan kira-kira lima minit lagi. Bersedia semua. Ingat, markah akan dikira sepanjang perjalanan misi ni. faham?”

Prof Helt memandang kepada semua ahli Zentrical. Wajahnya penuh bersemangat, bagai nak pergi berperang lagaknya. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang mengejutkan seisi Jabatan pagi tadi.

“Kai, awak benar-benar dah bersedia?”

“Ya!” terlebih bersemangat pulak dah…

‘Hek eleh…semangat betul! Kaalau aku tak guna otak semalam, memang konfem kau tak boleh pergi, ntah-tah terlantar atas katil tu lagi. Rienna, kau ni memang bijaklah. Tapi, bijak kau ni, ada sebaab kan? Kalau kai tak pergi, dah tentu kau pun tak boleh pergi sama kan? Betul tak? Betul tak? Erk..! Apa yang kau mengarut ni?’ Rienna menggeleng-gelengkan kepalanya pantas.

“Rienna, nape ngan kau ni? Dah tersampuk hantu, atau kau dah nak gila? Manalah tau kan, kau terlebih excited nak pergi…kau kan budak paling kolot kat sini?” Sinis kata-kata bisikan masuk ke telinganya. Dia menjeling geram.

“Kau ni, tak boleh ke kalau tak buat orang senang hati sikit hah? Macam babun, memekak je retinya.” Balas Rienna, jangan tak balas!

“Kaulah yang babun. Perempuan yang tak reti guna ayat yang baik. Ni lah akibatnya kalau otak tak berkembang!” Sindir Kai tak puas hati.

‘Menggelegaknya jiwaku! Nanti kau kai, ambik ni!’

“Auuu!!!” Terjerit Kai menahan sakit. “Rienna!”

“Ni lah akibatnya kalau lawan cakap Puteri Rienna Raisyah.” Selamba je Rienna membalas, senyuman maha menyakitkan hati menghiasi bibirnya yang comel membunuh tu! ( Membunuh jiwa lelaki )

“Kau!!” Kai mengetap bibir, menahan marah.

“Kai, rienna…ada masalah? Saya tengok makin rapat kamu berdua, baguslah! Bila misi ni bermula, untuk kumpulan Z5 saya dah tetapkan team work untuk kalian. Vishvak akan beregu dengan Frezay dan Rienna dengan Kai. Harap kamu semua bekerjasama dengan baik ya.” Laju je Prof Mugen menetapkan peraturan. Kai dan Rienna… jiwa mereka membentak hebat.

Al-kisahnya bermulalah perang mata hati…aura gelap menyelubungi diri…hati masing-masing mengumpul senjata….maka mata saling memanah!

‘Kai, jangan harap kau boleh senang.’

‘Kau ingat aku akan senangkan kau? Never Rienna…!’

‘Aku akan seksa kau kejam-kejam, jadilah hamba aku.’

‘Kau nak aku jadi orang suruhan kau?? Hek eleh…aku ke kau? Pigidah…’

‘Amboi, perasan betul lelaki seorang ni. Tengoklah nanti…kau akan menyesal sebab sakitkan hati aku ni.’

“Dah bersedia semua??” Tegas suara Prof Helt mematikan perang mata mereka berdua. Dengan semangat terlebih wajalah pulak Prof tua ni bertanya!

Masing-masing mengangguk dengan penuh keyakinan dalam jiwa.

“Baiklah, bergerak sekarang. Ingat, masa akan dikira sejurus kamu masuk dalam mesin masa ni.” Lima minit berlalu, Prof Helt memberi isyarat kepada para petugas kawalan untuk menghidupkan mesin yang diberi nama MEPESA II. “Berlepas!”

Prof Helt menarik nafas lega. Sekarang, misi baru bermula. Misi yang bakal merubah dunia sejagat…mengembalikan semula keamanan dunia yang telah dirampas sejak berabad lamanya oleh waris keturunan Allbrat Hitcock.


>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh