Bab 5: Puteri Ranmia

Frezay- ‘Best betul kalau dapat tinggal dalam istana ni dengan ramai pelayan. Huhu…konfem seratus persent aku tak nak balik semula. Kat sini, akulah raja…apa yang aku nak aku dapat. Makanan…oh, sudah tentulah semuanya lazat-lazat belaka. Harta kekayaan? Huahaha…aku kaya! Aku kaya! Cantik ah…lepasd ni boleh pakai kereta sport termahal kat dunia aku. Lepas tu, aku akan belikan untuk adik-adik aku sebiji seorang, tanda abangnya ni seorang yangcaring maring-bukan mereng ya. Untuk ibu dan ayah, rumah terbesar kat dunia aku akan bina untuk mereka berdua, mereka kan dilayan sebagai raja dan ratu. Haha…bagus, bagus!’

Rienna-‘ Huhu…pokok-pokok yang menghijau, pasti terdapat khazanah alam yang tak ternilai harganya. Campuran dari semua akar kayu dah pasti dapat menyembuhkan penyakit kronik. Ya, lepas tu…aku akan berjaya menjadi sseorang doctor yang terulung di dunia. Hebat kan? Kalah la si Perasan Kai tu! Biarpun aku ni doktor, kebajikan orang ramai takkan dilupakan. Aku kan puteri di hati rakyat? Dah tentu aku sebagai puteri mahukan yang terbaik buat rakyatku. Aku mahu mewujudkan sifar penyakit.Ganbatte, Rienna! Ya, aku boleh.’

Vishvak – ‘Haila, dah namanya istana, dah pasti ada raja dan permaisurinya. Paling tak, ada putera. Ah, putera buat apa? Aku ni lelaki normal, aku hanya mahukan perempuan…dan semestinya akulah manusia paling bertuah kalau yang mendiami istana ni seorang puteri! Huhu…dah pasti puteri tu cantik jelita. Lepas tu, dia akan layan aku bak puteranya. Dibelai dan disayang sepenuh hati. Aku akan memegang takhta bersama puteri dan memerintah dengan penuh adil dan saksama. Dah tentulah pembantu peribadi aku si Frezay, dan junior berdua tu akan jadi orang suruhan aku. Hahaha!!! Kejamnya aku! Baiknya ku! Hehehe…siap kau Rienna dan Kai, dah pasti di bawah pemerintahan aku korang berdua akan bersatu sebagaiLovey-Dovey. Hebat tak aku??’

Kai- Sebagai jurutera robotic, aku akan gunakan sepenuhnya peluang ni. Cipta robot yang canggih, lepas tu dapat tolong cepatkan kerja orang. Yang kaya…aku juga. Eh, jap2! Aku bukannya nak kaya, tapi aku nak curahkan bakti. Untuk sap eek..? ya, Rienna! Aik…apa pasal pulak si budak kolot tu juga yang yang sebut ni Kai??? Ada something di hati ke…..? Tak3!!! Tak kuasa aku! Aku tak kuasa nak sebut nama dia banyak kali, aku hanya berkuasa untuk jadikan dia WIFE aku! …….(Kai, dunia dah kiamat ke??? )

“Hai……”

Cair perasaan lelaki…manusia di depan mereka gila cantik! Dengan gaun kembang putih bergemerlapan berkilau dengan berlian memancar dari setiap sulaman membuatkan mata memandang tak berkelip. Di tambah pula dengan rupa paras empunya suara…membuatkan jiwa lelaki bergetar hebat!

“Cantiknya…!”

“Bidadari aku dah datang…..”

“Ohh……..”

Rienna memandang ketiga-tiga regunya dengan pandangan kaget, kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Hatinya bergetar hebat pabila memandang musuh ketatnya tak berkelip memandang perempuan yang tak berapa nak cantik di depanya. Dari pandangan matanya, dia dapat meneka siapa perempuan tu, macam mana perangainya. Dia menarik muka empat belas, kemudian bergerak setapak ke depan. Langkah demi langkah, hidungnya hanya seinci hampir mengenai muka perempuan tu. Matanya dijeling.

“Kau jangan nak mengada-ngada, aku tak akan kalah dengan kau.” Serentak dengan itu juga, kakinya memijak kaki permpuan itu. Berkerut mukanya menahan sakit, tapi berkerut lagi muka Rienna menahan rasa. Geram betul!

‘Oitt..Rienna. pehal pulak kau tetiba je rasa geram kat perempuan perasan bagus tu? Suka hati la kat siapa malaun 3 ekor tu nak pandang, bukannya rugi kau pun. Atau kau jeles Rienna??’ Rienna berbisik dengan hatinya. Sekejap kepalanya senget ke kanan, sekejap ke kiri. Lagak macam orang tak betul. ‘Ahh..persetankan semua tu!’

“Selamat datang ke Istana Berlian Negara Kota Ur. Hmm…beta tak pernah nampak pun kalian semua kat sini. Ha, biar beta teka, kalian bukan dari Negara beta kan? Dari mana kalian semua? Euphrates? Nil? Mongol? Huanghe? Kerala?” Semangat Puteri Ranmia meneka, tak sedar Frezay di depan berkerut muka.

“Kami yang putih ni dikatanya datang dari Kerala? Senget ke apa…???”

Hahahahahahaha!!!!!!!!

Rienna tergelak sambil menekan perut. Rasanya dah banyak ketawa sangat sambil berair matanya. “Hahaha…Kerala. Woi..kau tau tak Kerala tu kat mana? Ada ke patut kami yang putih melepak ni katanya dari Kerala? Agak-agaklah…atau kau tak pernah membaca?”

Memang kejam la manusia yang bernama Puteri Rienna Raisyah ni. Memang tak ada sifat sopan santun sebagai tetamu langsung!

“Kamu tak menghormati Tuan Puteri! Dimakan tulah nanti.” Mien dan Mein serentak berkata. Masam mencuka lorh…

Rienna membuat muka gaya takut. ‘Hek eleh…aku pun puteri jugak, takut ape? Ada aku kisah tulah kea pa ke? Mengarut je semua tu. Tahyul. Khurafat. Yang berkuasa hanya Allah S.W.T’. Omelnya dalam hati.

“Tak pe dayangku Mein dan Mien. Mungkin tetamu kita ni penat, ajaklah mereka semua ke istana. Kalian semua, jadi tetamu beta sekarang. Silakan ke istana beta…” Ajak Puteri Ranmia dengan muka manis lagi innocent. Tapi bagi Rienna, manis tu ada makna, apabila dia terperasan jelingan maut Puteri Ranmia kepada kumpulannya sejak detik pertemuan pertama mereka di luar istana lagi. Sebab itulah, Rienna tak teragak-agak… untuk membenci Puteri Ranmia.

Bagi Rienna, Puteri Ranmia ada helahnya yang tersendiri. Masakan tidak, mereka berempat yang completely orang asing, mudah-mudah diterima masuk ke dalam istana, walhal apa yang dia perhatikan, rakyat jelata bukan main susah lagi merayu memohon kepada pengawal istana supaya membenarkan mereka masuk untuk berjumpa Puteri Ranmia. ‘Pasti dia ada helah ni. Kalau tak, takkan puteri sendiri yang keluar menyambut mereka berempat di muka pintu istana?’ Desis hatinya.

“Wah…….cantiknya dalaman istana ni!!!!!!” ternganga Kai.

“Cantikkan? Ha, ini adalah idea beta menghiasnya. Tengok sana, batu zamrud tu beta dapat dari Lembah Huang He. Beta ada pergi ke sana minggu lepas, dan raja kat situ hadiahkan beta dengannya. Batu tu, kalau awak nak tahu wahai si tampan, hanya ada satu je kat dunia. Maharaja Kuning baik hati hadiahkan beta…sebab beta ni cantik.”

Rienna dah berasa nak termuntah mendengarnya. Adeh…perasan betullah perempuan ni.

Tergedik-gedik Puteri Ranmia. Pegang sana, pegang sini mengagung-agungkan istana miliknya. Mata tu tak payah cakaplah, melirik ke arah Kai, Frezay dan Vishvak. Mereka bertiga pulak, apa lagi suka hatilah. Lagi dilayan makin menjadi-jadi perangai. Berbulu mata Rienna menengoknya, serasa cacing dah naik ke mata! Sebelum hati membengkak, lebih baik dia pusing-pusing dulu istana ni. Mana taknya, sepanjang dia berjalan dengan ’rombongan’ puteri tu, dia dirasakannya tak wujud. Apatah lagi, hanya dia seorang je perempuan dalam kumpulan Zentrical Z5. Ada ke tak de, dia tetap tak penting dirasakannya. Sedih la pulak..

Kawasan Halaman Istana, Anjung Dapur.

Tari, ,mari menari

Dalam menari, siramlah bunga

Bungaku kembang, kuncup nya malam

Malam beradu, wahai puteriku..

La la la la….!!!

Tari, mari menari

Dalam menari, bersihkanlah…istana tercinta

Istana berlian cantik terperi

Milik teragung, Puteri menawan..

La la la la la…

Rienna mengangkat kening. Huawawa…besar pengaruh Puteri perasan tu sampai dayang istana pun menyanyi segala lagi! Siap puji memuji lagi… tapi, memang tak dinafikan kecekapan mereka dalam membuat kerja. Bunga digubah cantik, lantai, meja, tingkap dan segala peralatan istana licin bersinar, berkilat. Kerja pun cepat. Dia mengorak langkah ke bilik memasak istana. Wow…kagumnya menggunung.

Semua dayang memakai pakaian seragam. Peralatan dapur disusun elok, proses masakan berjalan lancar tanpa jerit pekik ketua dayang mengarah itu ini. Makanan pula…nyam nyam…sedapnya!!!!!

“Balik ni, aku nak suruh Dayang Laila memasak hidangan yang sedap-sedap untuk aku. Hmm…sedapnya….” Dia membayangkan masakan Dayang Laila, iaitu dayang kesayangannya yang terkenal di seluruh Zonna dalam bidang masakan dan juga jahitan.

“Kau. Tolong keluar dari sini. Orang luar tak dibenarkan masuk.”

Mak aihh…garang betul. Dia meneliti dari hujung rambut ke hujung kaki orang yang menegurnya tadi. Muka kemik, kepala botak di tengah, perut buncit, tinggi melangut. Hahahaha…macam Prof Helt. Jahat betul persepsi budak Rienna ni.

Dengan gaya berlagak, dia berlalu dari situ menuju ke taman istana pula. Haa…kat sini lagi cantik. Taman yang dipenuhi bungaan yang berwarna warni, tanaman hijau menutupi alam. Aman tak terperi rasanya. Matanya dipejamkan, menghayati suasana dingin bagai embun pagi, kicauan burung yang begitu mempesonakan, deruan air terjun yang segalanya menggamit kerinduan kepada Zonna. Menghirup oksigen segar yang langsung tak tercemar sedikit pun. Segalanya mendamaikan. Tapi…

Iskh..iskh..sob..sob..

Dia mengerutkan dahi. Siapa pula mengacau ketenteraman ni? Menangis macam budak kecil walhal suara bukan milik budak-budak tak cukup umur. Laju je kakinya melangkah mencari punca suara tu. Dia hanya mengikut je bunyi tu tanpa arah tujuan, yang membawanya ke sebuah pondok kecil di tepi istana. Hum???

“Hanna, ibu tak boleh benarkan kamu bekerja kat istana. Kamu tu masih kecil, baru berusia 20 tahun. Tak boleh! Kamu tak tahu apa yang ada kat istana tu, macam mana kehidupan mereka. Walau betapa miskin pun kita, ibu takkan sekali-kali benarkan kamu bekerja. Ingat tu! Ibu masih boleh menanggung kehidupan kita berdua. Uhuk..uhuk..!”

“Ibu…..”

“Dengar cakap ibu, Hanna.”

“Baiklah. Ana faham.”

Rienna hanya memerhatikan sahaja drama sebabak didepan matanya melalui celahan dinding. Terbit rasa simpati dalam dirinya. Dia memerhatikan keadaan rumah itu. Uzur seuzurnya, rumah yang hamper roboh. Atapnya kelihatan hamper tertanggal. Kalau hujan, pasti rumah ni akan digenangi air. Dia mengalihkan pandangan kea rah ibu tua di hadapannya. Nampaknya, budak itu sudah menghilang. Sebuah keluhan terbit dari mulut comelnya.

“Tak guna awak mengeluh. mengeluh tak membantu seseorang Berjaya dalam hidupnya.” Tiba-tiba satu suara menyapa pendengaran. Automatic kepalanya berpusing menghadap tuan punya suara.

“Han..Hanna. bila masa..?”

Hanna hanya senyum nipis. Diraihnya tangan Rienna lalu digenggam rapat. Rienna hanya mengangkat kening, tak faham.

“Hmm…saya fikir awak lebih tua dari saya, jadi saya perlu panggil awak kakak. Kakak nama apa?” Spontan pertanyaan keluar dari bibir Hanna.

“Aa..Rienna.”

“Ohh..sedap nama tu. Ya..Kak Rienna. Selamat berkenalan. Saya Hanna, penduduk kat Negara Kota ni.”

Rienna hanya senyum nipis. Alahai…comel la pulak budak Hanna ni. Matanya melilau memandang persekitaran rumah tu.

“Kakak, jemputlah masuk. Rumah saya tak cantik macam rumah orang lain, tapi ni jelah tempat kami berteduh dari hujan, dari panas terik sang suria yang sentiasa menyinari bumi ni.” Hanna mempelawa masuk.

“Baiklah.”

Istana: Anjung Seri

Vishvak mundar mandir. Sesekali dikerlingnya jam tangan berjenamanya dengan rasa tak puas hati. Hatinya mendongkol geram. Geram segeramnya kerana Rienna belum pulang lagi, sedangkan masa untuk mereka melaksanakan misi ni semakin suntuk. Mereka hanya diberi 24 jam untuk ini, kalau lambat ditolak 1 markah. Markah walaupun 1, tetap berharga tau..

“Kai, ada Rienna call tak? Lama betul dia menghilang, sejak tadi lagi.”

“Tak.” Kai dengan muka tak bersalah menjawab. Dibelek-belek lagi perhiasan dalam bilik istana tu.

Frezay memandang kedua-dua team regunya. Kai, Nampak sangat dia tak kisah ke mana Rienna pergi, sedangkan Vishvak dari tadi bagai cacing kepanasan. Agaknya memang aura seorang ketua kot, menjadikan Vishvak begini. Ini kerana, apa yang diherankan sangat jika hilang baru baru dua jam. Normallah.

Sekejap bangun sekejap duduk. Lenguh dengan cara tu, berjalan mundar mandir tak tentu arah. Dikerlingnya Frezay yang sedang melayan lagu melalui mp3nya dan Kai yang bermain game dengan laptop peribadinya. Hampeh! Macam bukan orang yang sedang berdepan dengan misi besar. Tak puas hati, Vishvak berdiri garang di depan dua budak tu. “Korang berdua!” dia menuding jari telunjuknya. “Bersiap sekarang! Rienna harus dicari segera.Aku dah tak tahan ni, sedap hati dia je menghilang tak bagitau. Kita hanya ada masa lebih kurang 48 jam je lagi untuk cari kepingan tu sebelum kita kembali semula ke markaz.”

“Ya Allah, 48 jam lagi? Mak aii…sempat ke?” Frezay menepuk dahi. Seakan tersedar sesuatu yang penting, iaitu tugas mereka ke sini bukan untuk makan angin, tapi melaksanakan tugas. Terasa menyesal dah la…

“Cepat!”

“Oraitttt!!!” Frezay bangun sambil menngeliat. “Jom!”

Mereka bertiga bangun meninggalkan bilik besar tu, mencari Rienna yang merajuk entah ke mana. Sambil berjalan, fikiran mereka melayang teringatkan kuliah Prof Mugen mengenai Tamadun Mesopotamia ni.

Menurut Prof Mugen, perkataan Mesopotamia berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud tanah di antara dua sungai. Tamadun ini berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3200 S.M dan kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M. tamadun ini terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea.

Pembentukan tamadun Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan Bandar Baghdad. Bahagian utara meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria. Manakala bahagian selatan pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon pua terbahagi kepada dua kawasan iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di selatan.

Pertumbuhan tamadun ini bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer namun, orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke kawasan ini dan membina penempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina system pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang menjadi Bandar dan seterusnya Negara kota. Semua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan. Bisanya, sesebuah Negara kota ini memiliki keluasan lebih kurang 1000 batu persegi seperti kota Lagash yang luasnya lebih kurang 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30000 ke 35000 orang. Setiap Negara kota ialah kerajaan berdaulat, mempunyai unit politiknya yang tersendiri. Negara-negara ini hanya akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.

“Ahhhhhh!!!”

Melayang ingatan mereka, hancur bersepai apabila terdengar jeritan itu. Masing-masing memandang sesame sendiri. Vishvak memberi isyarat mata supaya berpecah, mencari punca jeritan itu. Kawasan ini agak pelik suasananya, gema yang terhasil boleh didengar empat penjuru. Jadi, agak susah untuk menentukan koordinat sebenar suara tersebut.

>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh