Bab 6: Ancaman Bahaya!

Penjara Lama

“Ehh? Eh? Eehhhhhh????

Rienna panik!

Rasanya tadi, dia masuk ke rumah Hanna…tapi?? “Kenapa suasana menjadi lain macam je ni? Gelap..” Suara hatinya berbisik cemas.

Kakinya meneruskan langkah yang diatur tak kemas. Perlahan-lahan dia menapak ke depan, sambil tangannya meraba-raba dinding. Mana la tahu kot-kot ada butang ke suis ke yang dapat membuatkan ruang gelap ni bercahaya semula. Ada ke zaman ni?

“Ahh!! Wei.. kenapa jadi macam ni? Tak nak duk sini.. gelap. Hanna!! Mana awak Hanna??” Rienna mula memekik.

Itulah dia Rienna Raisyah. Puteri Zonna yang takutkan kegelapan. Weak point. Dia hairan sendiri, kerana rasanya tadi dia mengikut Hanna masuk ke dalam rumah. Rumah tu buruk sekali, tapi dia percayakan Hanna sebab muka Hanna innocent, tambah-tambah pula melihatkan keadaan ibu Hanna yang uzur. Niatnya hanya ingin membantu. Tapi kenapa tiba-tiba pula dirinya berada dalam kegelapan?

Tap!

Langkah kakinya terbejat. Bunyi air! Kalau bunyi air, maknanya ada udara yang masuk. Kalau ada udara yang masuk, bermaksud ada jalan keluar. Dia pasti!

Rienna mempercepatkan hayunan langkahnya yang sesekali tersadung pada sesuatu yang merentangi jalannya, seperti akar pokok. Dia membuat kesimpulan sendiri bahawasanya sekarang ni dia berda dalam satu terowong rahsia, yang usianya mungkin mencecah ratusan tahun, memandangkan akar-akar pokok sudah banyak yang memnjalar dan tebal. Dindingnya pula ada yang sudah merekah dan ditutupi dengan lumut dan daun-daun kayu kecil.

Sambil berjalan, mulutnya tak berhenti-henti menyebut zikrullah. Sesekali memekik memanggil nama kawan-kawan sekadar atas kertas, manalah tahu nasibnya baik mereka mendengar panggilan itu. Rienna menyedari kala ini, dia amat memerlukan pertolongan biarpun sekecil zarah. Itulah, ikut hati mati, ikut kata binasa.. dia menyedari kebodohannya menyendiri dari ahli kumpulannya.

'Cemburu la konon. Kan susah sekarang ni. Ayahanda.. nak balik rumah.' Hatinya menangis.

'Lembik la kau ni Rienna. Ni ujian sikit jelah..'

‘Tapi, salah diorang juga sebab tak pedulikan aku!’ Hatinya membentak geram.

‘Sabar.. sabar itu separuh dari iman. Akan ada jalan keluarnya. Bergantung haraplah pada yang Esa..’ Hatinya bermemolog sendirian, mengingatkan diri sendiri. Nasihat dari Ustazah Aminah terngiang-ngiang di benak sanubarinya.

Hatinya lapang sekarang. Dia menarik senyuman, semanis mungkin. Puteri Rienna Raisyah terbaik. Beta boleh lakukannya! Kejab lagi, beta dapat keluar dari lohong ni. Langkahnya diatur kemas penuh gaya, meredah kegelapan tidak berpenghujung dengan azam membara dihati.

Rumah Kecil, Pinggir Istana.

“Jeritan siapa tadi tu?”

Mereka bertiga bersiap-siaga. Mata meliar ke serata arah. Namun, tiada apa yang abnormal pada pandangan mereka. Biasa-biasa saja, ditambah pula jeritan tadi seperti angin lalu saja.

“Tak ada apa-apa pun. Teruskan pencarian.” Vishvak mengarah.

Mereka bertiga menjerit-jerit memanggil Rienna berselang-seli. Suasana semakin senja, meremang suasana. Sudah dua jam berlalu begitu saja. Nasib mereka baik kerana untuk misi ini, masa tidak ditentukan. Mereka bebas untuk mencari kepingan purba tanpa terikat dengan masa.

"Silap kita ke tak pedulikan dia?"Frezay meneka-neka.

"Yela kot." jawab Vishvak.

"Janji dah tak nak buat macam tu. Dah macam apa dah kumpulan kita ni." Frezay macam orang berikrar gayanya. Terbit ketawa halu dari mulut Kai yang dari tadi serius.

"Alhamdulillah.. lega rasa hati aku. Kau kalau senyum kan kacak. Ni macam babun lapar dah aku tengok. Haih.." Frezay membebel macam mak nenek. serentak mereka bertiga ketawa. Sekadar memenuhi ruang pendengaran yang kosong.  

Penat. Letih. Hampa apabila pencarian tidak berhasil. Itu perasaan mereka bertiga. Dalam berkira-kira ingin berpatah balik ke istana, mata mereka tertancap pada sebuah rumah yang kelihatan agak using dan uzur. Hati mereka bagai ditarik-tarik ke rumah tersebut.

“Hello.. hello. Ada orang tak?” Frezay mengetuk pintu. Dua tiga kali ketuk, pintu terbuka dengan perlahan-lahan.

“Ya.. anak ni cari siapa?”

“Err..”

Meremang bulu roma!

Dihadapan mereka bertiga, berdiri seorang nenek dengan belakang bongkok tiga. Matanya merah berair, kulitnya hitam berbintik merah. Rambut beruban dan menggerbang, tak disikat rapi. Sekali pandang, macam hantu yang selalu ditayang kat televisyen! Mereka menelan air liur, terasa tersekat kat kerongkong.

“Nenek ada nampak seorang budak perempuan tak, yang tingginya lebih kurang setakat bahu saya. Kulitnya putih, hidungnya mancung. Matanya bersinar galak dengan alisnya yang lentik. Dia pakai tudung dikepalanya.” Kai memberanikan diri bertanya, memandangkan Vishvak dan Frezay dah macam patung cendana jadinya melihatkan paras nenek tersebut.

“Hii..hii..hii..” Nenek itu ketawa. 

Kai dah terasa nak terkencing. Kenapalah nenek ni menakutkan sangat?

“Err..nenek ada nampak tak?” Sekali lagi Kai bertanya takut-takut. ‘Ohh.. be gentleman ok.’ Dia memarahi dirinya sendiri kerana takut. Nenek di depannya manusia lah. Kakinya jejak ke tanah. Tak ada pula melayang-layang macam langsuir.

“Ada cu.. tadi dia masuk ke sini. Tu, dia tengah tidur atas katil tu. Mari masuk, mari.” Nenek bongkok tiga mengajak ramah.

“Baiklah.” Kai menjejakkan kakinya masuk ke rumah, diikuti Frezay dan Vishvak yang mula mengumpul semula keberaniannya. 

Ni kalau Rienna adegan ni, maunya dia tergolek-golek atas lantai ketawakan mereka bertiga. Situasi ni akan lebih haru lagi jika Rienna terdengar cara Kai mencirikan dirinya. Cantik kot.. kembang semangkuk jadinya si Rienna ni. 

Mereka bertiga memerhatikan hiasan dalam rumah itu. Not bad bagi seorang nenek yang tinggal seorang dan keadaan dirinya yang tidak terurus tinggal dalam rumah yang dekorasinya agak kemas. Namun, ada sesuatu yang membuatkan mereka curiga. Sebuah lukisan budak perempuan yang seakan Rienna dengan sebatang colok, dan… sebilah pisau pemotong daging yang berlumuran darah! 

Mereka cuak.

“Nenek… mana budak perempuan tu?” Kai memecah kesunyian.

Nenek itu hanya tersenyum, sambil tangannya menunjuk kepada satu arah. Seketika, tubuh mereka bagai terkena kejutan elektrik. Terpaku di tempat masing-masing.

Rienna..!!!!

Seluruh tempat dirasakan berpusing-pusing, dan kala itu telinga mereka sempat menangkap butir-butir semacam jampi mantera yang tidak dapat difahami. Dunia dirasakan mahu kiamat, apabila bacaan mantera itu berubah menjadi semakin nyaring dan berdengung-dengung, membuatkan gegendang telinga mereka seakan mahu pecah. Visual Rienna yang berlumuran darah dengan isi perut terburai keluar dan kepala mahu terputus dari badan membuatkan kepala mereka menjadi sakit sangat. Dada terasa pecah, menyeruakkan darah yang berhamburan.

“Hahahahaha…!!! Rasakan Jabatan Zentrix.” Nenek tua bongkok tiga berubah menjadi seorang panglima wanita yang gagah, yang dibelakang badannya tertancap megak logo kumpulan mafia dunia: Kumpulan Mixzof.

“Selamat datang ke dunia khayalan Atlantis, wahai pemuda-pemuda yang kacak. Bergembiralah di alam sana. Khas dari aku yang terhormat, Srion. Hahahahaha!!!!”

"Mix...zof.." Kai rebah. Diikuti Frezay dan Vishvak.

Rumah yang kecil lagi uzur, tapi berdekorasi kemas berubah menjadi semak-samun. Srion kemudiannya menukarkan patung yang berupa Rienna menjadi jerami padi. Mulutnya tersungging senyuman sinis.

Well well well… Zentrical Z5 yang bodoh. Kesian.” Srion mengusap perlahan rambut Kai yang terlentang tidak sedarkan diri, seakan ada rasa kasihan dalam benaknya. Namun, sepantas kilat mencekak kasar rambut itu sampai tercabut beberapa helai.

Go to hell.”

Serentak dengan itu, satu lohong besar terbuka dan Frezay, Vishvak dan Kai terjatuh didalamnya. Lohong yang hitam pekat tidak berpenghujung.

Kepuasannya terserlah setelah berjaya menyihir budak lelaki bertiga itu. Dia hanya menurut arahan Mixzof supaya menggagalkan misi Jabatan Zentrix untuk mengumpul kepingan purba demi mendapatkan bebola Kristal yang menjadi artifak sejarah paling bernilai di dunia ni.

Srion ketawa gila dan hilang ditelan kegelapan malam. Ghaib begitu sahaja seperti dibawa angin lalu beserta gema ilai tawanya.


>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh