Bab 2: Nostalgia

“Kalau tak sebab kau tadi, tak de lah aku kena marah. Kasihan Cik Cisso aku, dia pun turut kena marah,” Rienna memulakan bebelannya.

“Kau boleh diam tak hah? Sebab tikus bodoh kau tu, aku terlepas peluang nak tengok TV,” Kai mula terbakar. Menggelegak jiwanya.

“Elleh..kalau setakat tengok TV tu, esok pun boleh..” Rienna sengaja meliuk lentokkan badannya.

“Kau ni kan…!”

“Sudah!” Vishvak memekik tiba-tiba.

Vishvak, senior yang paling ditakuti oleh semua pelajar baru di Jabatan Zentrix. Walaupun mukanya tak kalah dengan Kai, dia ni teramatlah tegas sampai semua pelajar berdoa agar dia tak termasuk dalam kumpulan masing-masing. Mungkin permintaan mereka dikabulkan, Vishvak disenaraikan menyertai kumpulan Zentrical Z5, iaitu kumpulan terakhir bagi ujian kelayakan ke Unit Jabatan Zentrix dan juga kumpulan yang dijangka akan memberi pelbagai masalah kepada pihak mereka.

Kenapa ya? Jom kita survey latar belakang ahli mereka.

Kai, ataupun Khairul Adam Edward ialah pelajar university di Quryen yang paling bijak. Berumur 23 tahun, mendapat anugerah dekan sepanjang semester. Walaupun bijak, dia suka menyendiri dengan robot-robot ciptaannya. Macam saintis la katakan, tapi tetap suka aktiviti lasak. Benda yang paling disayanginya: Kereta sport rekaannya. Tanpanya, dia macam patah kaki, lebih rela mati! Dia mempunyai pakej yang cukup lengkap sebagai seorang lelaki, macho itu kewajipan. Perangai yang baik itu akan berubah 100% bila bertemu musuh ketatnya: Rienna.

Rienna, atau Puteri Rienna Raisyah. Berasal dari Zonna, sebuah negara yang paling mundur dalam dunia teknologi tapi, paling maju dalam bidang perubatan herba. Kenapa? Sebab ¾ dari negara tu terdiri dari hutan. Memang padan jugalah Kai mengata dia hanya tau main dengan beruk kera je. Petik jari je, semua binatang akan muncul. Dia ni juga seorang yang suka menyendiri, ada chemistry juga lah dengan Kai ni. Perangainya yang manja keanak-anakan itu pun akan berubah 100% bila bertemu Kai.

Vishvak, atau Wirsyak Al-Hakeem ialah senior yang paling garang dalam Jabatan Zentrix. Tahun ni, dia bersama sahabat baiknya Frezay menjadi senior yang paling ‘bertuah’ kerana mengemudi budak berdua yang kepala angin tu. Baru je berumur 25 tahun, tapi jenis yang tak makan saman, tengking orang tu suatu kemestian. Al-lawaknya, mungkin Kai dan Rienna ni tak berdoa kot, nasib la dapat senior macam dia ni.

Frezay, atau Fariez Zayyan adalah kawan baik Vishvak yang mempunyai paling ramai peminat. Gayanya yang sempoi bersahaja dan gentleman berjaya mencuri hati pelajar perempuan, tolak Rienna seorang lah. Perangainya yang baik tu membuatkaan ramai orang menyenanginya. Opss…jangan silap ya! Vishvak dan dia ni kamceng sangat, tapi orang yang mereka doakan agar tak termasuk dalam kumpulan masing-masing ialah Vishvak, bukannya dia. Dia ni orang sanggup buat solat hajat lagi!

“Kalau korang tak hentikan peperangan ni, sekali lagi aku sumbat korang di tempat tadi. Eiiiii…betul-betul menyusahkan. Kau tahu tak tindakan korang tadi tu dah jatuhkan satu point markah kita. Sekarang, kumpulan lain dahpun mendahului kumpulan kita. Apa, korang nak duduk sini sampai tua ke? Ingat, kalau tak lulus dalam pertandingan ni tak boleh masuk Unit Jabatan Zentrix. Ha, kalau korang rasa nak duduk sini sampai bila-bila, teruskan,” Kali ni Frezay pula memberi ceramah panjang lebar nasihat itu nasihat ini sampai nak tercabut telinga budak berdua tu.

“Macam nak tercabut telinga aku. Macam lah dia tu baik sangat. Kalau aku…hmm..mestilah aku ni baik. Haha!” Kai mengomel sendirian dalam biliknya, sambil masuk bakul angkat sendiri . “Huh, menyampah betul. Kalau aku bersemuka lagi dengan perempuan tu, siaplah kau,” tambahnya. Kali ini ditujukan kepada Rienna.

Dia berbaring atas katil peraduannya dan fikirannya melayang kepada nostalgia-nostalgia lama… “Ah, rindunya aku pada Fraynne. Apa khabar dia agaknya sekarang? Baikkah, atau buruk? Bagaimana hidup dia di sana? Semakin cantikkah dia? Dah 10 tahun aku tak jumpanya, mesti dia semakin cantik menawan sekarang. Tapi, bahagiakah dia? Ahh…Fraynne. Aku rindu sangat kat kau. Kau tak rindu akukah?”

Fikirannya semakin hanyut, tenggelam dalam lautan kenangan. Setitik dua air mata tumpah juga. Jangan ingat lelaki tak boleh nangis ye, lelaki pun punya hati dan perasaan. “Fraynne, aku minta maaf, aku gagal lindungi kau, sebagai perempuan yang aku sayang sangat. Kau takkan ada pengganti. Cubalah Frayyne, cubalah lepaskan diri dari belenggu penjara cintanya gilanya! Dia langsung tak cocok dengan kau. Fraynne, aku di sini! Aku sentiasa menunggumu kepulanganmu.”

Nostalgianya terhadap ibu dan ayahnya menerpa pula dalam ingatannya. Sayangnya pada mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Walaupun dibesarkan dalam kota kosmopolitan, dia mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Tapi kasih itu tidak dapat berkekalan selamanya. Kumpulan Mixzof memang kurang ajar terhadap diri serta keluarganya. Orang tuanya dibunuh, tapi adik perempuannya diculik oleh Mixzof untuk dijadikan perempuan simpanan. Selama ini memang rahsia itu tiada sesiapa pun tahu walau seniornya sekalipun. Atas dasar itulah, dia beria-ria mahu menyertai Jabatan Zentrix untuk membalas dendam. Tapi, tak sangka pula akan sekumpulan dengan Rienna, budak kolot tu. Tapi…tak dinafikan dia tu memang menawan. Kai tersenyum sendirian.

Dia kembali sedih apabila teringatkan adik kesayangannya. Pesanan ibu dan ayahnya kuat terpahat dalam sanubari.

“Kai, mama sayang kamu. Juga Chubby Montel, janganlah selalu bertekak dengan abang kamu tu. Lagi satu, sekarang ni mama kena tolong papa menghapuskan Mixzof. Walau apa pun yang terjadi, kamu berdua kena bersatu,” Pesan mamanya.

“Anak emas papa pula jangan nakal-nakal tau. Nanti hilang pula kecantikan sayang papa ni pula,”Usik papanya pula kepada adik perempuannya.

“Alah papa ni…hari-hari kami kena tinggal. Boringlah duk kat rumah.” Chubby Montel merengek manja. Kai mencebik geram.

“Kau ni dahlah nama montel, merengek-rengek macam budak kecik!”

“Mama, tengok abang ni. Dia usik Chubby…!” Chubby Montel memeluk mamanya dengan lagak manja, overlah pulak! Papanya ketawa senang.

“Sikit-sikit mengadu, sikit-sikit mengadu. Cantik sangat lah tu!”

“Abang! Memang Chubby cantik.”

“Tak!”

“Cantik!”

“Tak!”

“Sudah-sudahlah tu. Oklah sayang, mama dan papa nak pergi dah ni. Duduk rumah elok-elok, jangan gaduh-gaduh.” Pesan mamanya lagi.

“Papa, papa kena janji tau pulang awal dan seterusnya..belanja kami makan kat luar,” Kai dan Chubby Montel serentak meminta.

“Ok sayang, jumpa nanti” Papa dan mamanya melangkah keluar.

Seperti yang dijanjikan, mereka berempat keluar untuk makan malam di restoran yang terkemuka . Malam tu, memang mereka berempat menjadi keluarga bahagia, mungkin terbahagia di dunia. Dalam suasana riang, gelak ketawa tu, tanpa diduga Mixzof sudah lama menanti. Pada saat itu juga mama dan papanya dibunuh dengan cara amat kejam sekali.

Peristiwa berdarah tu tak habis setakat tu saja. Mixzof, demi terpandangkan Chubby Montel yang memang jelitawan, menjadi pujaan pula seluruh budak lelaki di kota kosmopolitan ini, dia ditangkap oleh Mixzof yang sememangnya biang keladi. Budak kecil berumur 12 tahun pun mahu dikebasnya, manakan pula gadis 20-an. Chubby Montel, nama je Chubby tapi dia bukannya gemuk. Chubby tu nama manjanya saja, dan walaupun umurnya baru 12 tahun, dia kelihatan seperti gadis 15 tahun. Cantik! Mungkin diwarisi dari mama yang keturunan Arab dan papanya yang keturunan Mat saleh.

Kai cuba membantu, tapi ternyata kekuatannya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan Mixzof yang ketika itu masih muda dan bertenaga sedangkan dia..hanyalah budak ingusan berumur 13 tahun. Jauh panggang dari api jikalau hendak menewaskan Mixzof. Akhirnya dia terpaksa merelakan adik kesayangannya diculik oleh oleh Mixzof itu. Nasibnya kira baik kerana berjaya melarikan diri sebelum ditembak oleh algojo-algojo Mixzof yang sememangnya berdendam dengan keluarganya. Selama 10 tahun itu jugalah, dendamnya tak pernah surut dan takkan pernah padam.

Café 1

Hai abang Rrez…handsome la hari ni.”

Hari ni dah sepuluh kali ayat tu meniti di telinganya, semuanya diucapkan oleh gadis-gadis jelita pelajar kat situ juga, yang berperangai gedik menggoda. Ni baru pukul 9 pagi, kalau sampai petang nanti tak tahulah berapa. Frezay, dengan lagak macho dan sempoinya membalas, membuatkan gadis-gadis itu terasa berada di awang-awangan..

“Hoi!!!”

Terjungkit bahu vishvak disergah tiba-tiba. Dia mengurut dada sambil matanya dijengilkan kepada kawan baiknya itu, yang sedari tadi ketawa berdekah-dekah. Frezay menghentikan ketawa dan duduk di depan Vishvak tanpa rasa bersalah, muka blur lagi adalah. Sengaja dia menyergah begitu walaupun tahu Vishvak ni memang anti-sergahan. Dia punya masalah sikit ngan jantungnya-semenjak lahir.

“Kau ni nak aku K.O ke?” Mencuka Vishvak memandang Frezay. Frezay pula tayang muka selamba, tak bersalah.

“Alah, rilekslah bro, jangan terkejut sangat. Aku tak nak bertanggungjawab kalau kau K.O kat sini, nanti jatuhlah air muka aku yang macho ni.” Frezay tersengih. Vishvak menumbuk perlahan bahu kawannya. “Tak guna punya kawan, banyaklah kau punya macho.”

Frezay ketawa. “Was up bro, dari tadi aku tengok kau duk termenung sini, rimas aku tengok. Biasanya kalau pagi begini, kau pergi check pelajar baru dan mulakan sesi ceramah kau tu. Kalau ada yang ‘bertuah’ sangat, makan kala jengking kau la…”

“Apa? Kala jengking?”

“Yup, tengkingan kaulah. Kau ni, tak boleh ke kalau tak marah orang, sehari pun jadilah.”

“Entah, tak tahu. Tu, memang perangai aku dari azali lagi kot!” Selamba badak je Vishvak ni menjawab.

Frezay mengeluh. Bukannya apa, dia kesian tengok pelajar tu semua kena marah. Memang terkena lagi mereka semua kerana Vishvak ni dari bahagian disiplin.

Masing-masing membisu. Suasana hening seminit, kalau ada jarum jatuh pun boleh dengar. “Vish..!” Frezay memecah kesunyian.

“Apa?”

“Kalau aku cakap kan, jangan marah hah?”

“Apa dia?”

“Wirsyak Al-Hakeem, kau ni cukup pakej. Rupa ada, poket penuh, segalanya dah tersedia untuk kau…”

“Jadi?” Vishvak memotong. Bosan sebenarnya. Dihirupnya teh yang masih penuh dalam cawan.

“Aku doakan agar kau cepat kahwin!”

BURRRRR!!!

Tersembur air keluar dari mulutnya, membasahi baju Frezay yang memang tepat berada di depannya. Dia terbatuk-batuk.

“Kau ni…asal sebut kahwin je dah macam ni.” Frezay mengelap bajunya.

“Cukup, cukup. Jangan sebut perkataan tu depan aku lagi. Anti!” Vishvak memberi amaran dan berlalu meninggalkan Frezay yang masih termangu-mangu sendirian.

“Apa kena dengan kawan aku ni?” Frezay berbisik sendirian dan mengangkat punggung meninggalkan café itu.

Dewan Utama

Loceng menjerit nyaring, memaksa semua pelajar bangkit dari dari dewan makan dengan segera. Sesetengahnya membebel tak puas hati, tanda protes waktu makan diganggu. Arahan untuk berkumpul di dewan utama diterima dengan hati mendongkol. Sebu rasanya.

“Baiklah pelajar sekalian, saya Profesor Mugen De Vaille iaitu petugas yang dikhaskan untuk membantu kamu semua kendalikan misi ni…”

“Fewittt…cantiknya Prof ni!”

Pelajar lelaki mula membuat onar. Prof Mugen yang memang anggun sentiasa mencuri hati orang lelaki. Hish…bahaya ni!

“Diam semua!”

Semua orang terdiam, termasuklah Prof Mugen sendiri. Getaaran jiwa semakin terasa dengan kemunculan Singa Dua Benua. Dia, mengambil mikrofon dari tangan Prof Mugen dan memulakan sesi kaunselingnya. Yang pasti, akan ada yang menangis lepas ni!

“Kamu semua ni tahu tak apa peraturan bila berada di sini? Atau lembab sangat sampai buku disiplin pun tak sempat baca? Tak boleh memotong percakapan petugas kamu. Tak boleh nak tackle dia. Ok, ingat sini wahai kaum Adam…Prof Mugen ni anak saya. Jadi, jangan ada sesiapa pun yang cuba-cuba nak tackle dia! No way! Huh.” Prof Helt mengembalikan semula mikrofon itu kepada anaknya dan berjalan keluar meninggalkan dewan diiringi bisik-bisik pelajar lelaki yang 1000 kali tak puas hati!

“Baiklah, kita sambung semula. Okey, saya akan jelaskan satu persatu. Sekarang, kamu semua berkumpul dalam kumpulan masing-masing.” Prof Mugen memberi arahan. Tegas tapi lembut.

Setelah masing-masing berada dalam kumpulan, Prof Mugen menyambung kembali taklimatnya yang tergendala sebentar tadi. “ Baiklah, saya akan jelaskan misi kamu semua. Di sini, kita ada lima kumpulan utama iaitu bermula dari Zentrical Z1 hinggalah Zentrical Z5. Ok, suka saya bagitau kamu semua bahawa misi ini lebih menjurus kepada pertandingan, jadi kerjasama sesama ahli kumpulan aamat diperlukan. Untuk tugasan pertama, markah sebanyak 20 % akan diberikan, tugasan kedua 30%, ketiga 10%, keempat 5% dan kelima, iaitu tugasan terakhir markah akan diberikan sebanyak 35%. Setiap tugasan akan diberikan selepas semua kumpulan sampai semula ke dewan ni. Faham semua? Ada soalan?”

Ketua zentrical Z3 mengangkat tangan. “Prof, cakaplah apa tugasan kami. Tak sabar ni.”

“Baiklah semua, seperti yang kamu lihat, di depan ni ada satu mesin dan di dinding pula terpapar gambar kepingan purba. Kamu boleh agak kan?” Prof Mugen berjeda. Para pelajar berpandangan sesama sendiri.

“Ini ialah misi pertama kamu, dan masing-masing perlu membawa balik hanya 2 kepingan setiap kumpulan. Markah bukan dikira dengan membawa balik kepingan tu, tapi masa. Semakin cepat kamu sampai, semakin banyak markah yang kamu dapat. Ingat, walaupun tiada penyingkiran, kumpulan yang terakhir tetap tak boleh lari dari misi ni sebab sekali kamu sertainya, kamu takkan boleh keluar. Ok, bersedialah semua dari sekarang. Esok tepat jam 8 pagi, kamu akan menempuh alam baharu, yang tak terjangkau dek akal fikiran. Setakat ini sahaja penerangan saya, terima kasih. Ingat pesan saya, jaga diri, kuatkan tali persahabatan, kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan. Sekian.”

Suasana mula hingar bingar sebaik sahaja Prof Mugen keluar dari dewan. Riuh lebih dari pasar! Apa lagi topik yang hangat diperkatakan, tentulah pasal misi pertama tadi. Persiapanlah, perasaanlah, semua ada!

Badrul mengorak langkah menuju kearah Zentrical Z5 yang tenang bersahaja, tak banyak cakap. Kiranya mood diorang baik lah hari ni, tak gaduh-gaduh macam selalu.

“Yo bro, amacam kau rasa kau boleh kalahkan aku ke?” Sinis dia berdepan dengan mereka semua.

“Kau ni apahal? Itu bergantung kepada keputusan esoklah. Kami tak harap pun akan menang esok, sebab orang yang mengharap tu sebenarnya yang akan kalah! Jom Z5, kita blah dr sini. Tak guna layan dia ni, memekakkan telinga je.” Vishvak beredar diikuti Kai, Frezay dan Rienna. Badrul mendengus tak puas hati.

“Aku akan buat korang semua merana lepas ni. Awas!”

Cuba cakap, siapa lagi yang tak kenal Badrul? Kalau Vishvak terkenal dengan garangnya yang tak boleh nak kawal tu, Badrul pula dengan sikap buli terlampau. Jahat tu yelah…mengurat perempuan pun nombor 1! Hari-hari, ada saja yang dia tak puas hati dan bila hatinya dah bernanah, akan ada orang yang masuk hospital, paling kurang tak bangun seminggu. Dia dah banyak kali diberikan amaran, tapi disebabkan dia ni anak pengarah Jabatan Zentrix, faham-fahamlah! Mesti ada orang yang bela.

Selepas makan petang, Vishvak berhenti berjalan dan berpusing menghadap Fezay dan kedua budak kepala angin itu. “Korang semua ikut aku ke bilik. Bincang.”

Mereka tanpa banyak soal masuk ke bilik yang memang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Nak cakap kuatnya pengaruh orang disiplin ni, dapat bilik khas lagi. Kumpulan lain mana dapat, hatta kumpulan anak pengarah sekalipun.

“Hari ni aku nak aturkan strategi untuk esok. Seperti yang Prof Mugen cakap, kita perlu bekerjasama. Faham? Jadi, step pertama kita ialah berpecah menjadi dua kumpulan. Aku dan Frezay, Kai dan Rienna.”

“Tak nak!” Serentak Rienna dan Kai melafazkan ayat bantahan. Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian masing-masing memalingkan muka ke arah bertentangan. Benci! Frezay mengerutkan dahi. “Asal?”

“Keputusan ni muktamad. Eh, korang berdua tak boleh ke berdamai? Dari awal lagi bertekak, tak letih ke?” Vishvak meninggikan suara.

Kalau orang lain, mungkin dah kecut perut, mungkin ada juga yang menangis tapi tidak bagi Kai dan Rienna, coolaje.

“Tapi Vishvak, takkan kau tak tahu perangai budak berdua ni? Boleh jalan ke kalau kita buat macam ni?” Frezay berbisik di telinga Vishvak.

“Itulah rancangan aku. Buat-buat serius, o.k. biar budak ni rasa sedap ke tak gaduh lama-lama.” Bisik Vishvak kembali.

Vishvak sebagai ketua, menjelaskan bahawa untuk mencari kepingan tu, mereka semua akan menaiki mesin masa ke 5000 tahun yang lampau, iaitu tahun 1511 SM. Jabatan zentrix telah mengenalpasti semua lokasi kepingan purba itu berada. Jadi, mereka sebagai kumpulan Z5, akan menuju ke Babylon (Iraq). Semua perihal pasal Babylon, mereka mesti khatam malam ni juga dan tiada bantahan lagi.

Kai hanya mendengar separuh telinga je, kerana tubuhnya tib-tiba berasa lesu. Dia pun tak tahu kenapa dengan dirinya, sebab tadi elok je. Lesunya bertambah dengan kepala yang semakin memberat. Nyeri sekali dirasakan sekarang ni. Suara Vishvak yang maha lantang tu pun dirasakan seperti angin lalu je. Kai berdoa dalam hati agar ada sesuatu yang membuatkan Vishvak berhenti bercakap sekaligus menamatkan sesi taklimat tak bertauliah ni.

Tit..tit….

“Ya Prof, emm..baiklah. Ok semua kita bersurai dan jumpa pukul 7.00 pagi esok.”

“Alhamdulillah…” Bisik Kai.

Masing-masing kecuali Kai berjalan laju menuju ke bilik dengan perasaan teruja. Kai memang sedaya upaya cuba menyembunyikan riak wajahnya yang sesekali berkerut. “Kenapa ni?” Merah mukanya menahan sakit yang begitu cepat menyerang.

Seseorang memerhatikan mereka berempat dengan senyuman sinis.


BERSAMBUNG>>>

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh